Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, March 23, 2012

Kau Betul Betul Buat Aku Merana!

Memang betul-betul buat diri ini merana!!!

Makan tak kenyang.

Mandi tak basah.

Tidur tak lena.

Demam! Bad Headache!!! *meleleh ingus ijo* iyeeeekkkkkkk!

Sangat stress ouchhh!!!!

Kau . Kau . Kau . Kau . Kau . Kau penyebabnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



OmmmEmmmmJayyyyy. Rasanya semenjak dah bertukar kerja ke tempat baru, bidang kerja pun baru selama 6 bulan ni memanglah sangat seronok, but inilah tender yang paling susah giller saya pernah buat, betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal.

Ya rabbi, tender spesification dahla setebal buku teks kena baca. Term term technical sangatlah susah nak paham sampai kering anak tekak tanya orang. Part buat costing. Kena dengar ceramah free dari boss lagi. Faham-faham ajelah kang kalau ter'estimate' below cost memang alamat kena penendang je lah. KAHKAHKAH. Dulu masa kat 'u' nak amik exam pun tak pernah baca nota segigih ni. HikHikHik. Sabar je lah.

Tu belum part yang memang sangat tak biasa sangat saya buat, stayback!!! Balik office lambat?? Oh no no no. Tapi untuk menyiapkan tender ni saya terpaksa stayback selama 3 hari.Eh balik lambat 3 hari pun nak kira bukan kena tidur kat office pun.

Boss cakap, nevermind its learning process. Mata pandang atas, tangan kat bahu ;p OH LAA LAA

Tapi tulah, satu yang paling saya suka kerja kat construction line ni sebab takde ISO, KPI bla bla bla. Diorang tak kisah dengan semua benda tu. Yang penting kerja siap and dapat project money ooo money. Thats all. Siapa yang pernah ada experience kerja dengan company yang sibuk dengan ISO la, kena achieve KPI la, audit meng'audit' ni tau la macam mana azab. Kalau ada extra allowance ke lain lah cerita, ini buat kerja buta-buta je buat apa HAHAHAHA based on my experience la ye hello nak masuk toilet kat KLCC pun kena bayar RM2 tewwwww!! Tettttttssssssssssss!!

**************************************************************************************


Fuh. Phewwwww. Memang stress mental dan fizikal seminggu ni.

Anyway, anyhow Alhamdulillah.



Dah selamat di hantar ke UTP, Seri Iskandar, Perak semalam. Perjalanan yang agak jauh sampai lenguh lenguh badan ni haaaa. Adehhhh.  Journey jalan-jalan cari makan yang ditemani dengan hujan lebat punyela banyak accident kat PLUS Highway so tak sempat nak singgah makan mee udang Mak Jah, Kuala Sepetang tewwwww. Sobsssssss. Hoi nak kerja ke berjalan ni haaaaaaa???

Warghh Warghh Warghh

***********************************************************


Lat but not least, jeng jeng jeng enjoy your weekend peeps!!!!!! Taraaaaaaaaaa.

Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Thursday, March 22, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum,

Happy Thursday peeps yeayy!!!! Esok dah Friday sikit je lagi. Sedikit musahabah diri di hari Khamis untuk renungan kita bersama. Amin.

Ingat tak time di ijab kabulkan dulu????

Tanggungjawab Berat Selepas Ijab Kabul

"Aku terima nikahnya Suhaila binti Jamal dengan mas kahwinnya RM200 tunai".

Demikian jawab pengantin lelaki sebaik sahaja bapa pengantin perempuan mengusulkan "Aku nikahkan dikau dengan anakku Suhaila binti Jamal dengan mas kahwinnya RM200 tunai".

Lafaz sebegini bagi sesetengah lelaki boleh dilakukan dengan sekali lafaz sahaja. Walaupun begitu terdapat juga pada sesetengah tempat saksi mahu lafaz itu diulangi sehingga 3 kali  walaupun pada dasarnya ia boleh diterima. Ada sahaja alasan yang dicari walaupun alsannya remeh temeh. Pada pendapat mereka, cara itu adalah untuk mendapat pahala sunat tiga kali. Benarlah, dalah Islam 3 kali itu sunat, tetapi tidak semua perkara perlu di ulang sebanyak 3 kali.

Kesan Ijab Kabul

Apabila seseorang lelaki berjaya melafazkan ijab kabul, semua orang berasa lega terutamanya pengantin lelaki. Mereka gembira kerana penantian pasangan itu untuk disatukan sudah tamat. Pastinya pengantin berasa lega kerana semua pantang larang sudah tamat dan kini mereka bebas sebagai suami isteri.

Tetapi persoalannya, tahukah pengantin lelaki akan masej yang terkandung dalam ijab kabul itu? Saya percaya kalau pengantin lelaki itu faham mungkin dia akan berasa gembira sedikit sahaja mengenangkan tanggungjawabnya yang besar selepas itu. Mengapa tidak? Bapa mentua telah melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuannya kepada menantunya. Maknanya, dia mahu anaknya dijaga seperi mana dia menjaganya. 

Dia mahu anaknya dididik dengan iman dan takwa. Mana-mana yang tidak sempat dididik semasa di tangannya.Selain itu sedarkah si suami, bahawa segala kesalahan dan dosa si isteri, dia perlu ambil tanggungjawab dan menyelesaikannya. Dosa yang dahulu memanglah tertanggung pada bahu masing-masing, tetapi selepas berkahwin suami perlu bertanggungjawab membendungnya . Dalam keadaan ini jika dia membiarkan sahaja perlakuan si isteri tanpa tunjuk ajar yang betul, maka dia turut berdosa seperti pengamalnya juga.

Menyedari keadaan itu, suami perlulah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam hal yang berkaitan dengan hal rumah tangga. Suami juga harus lebih kuat iman dan takwa  dalam mendidik isteri dan anak-anak. Suami yang cukup ilmu agama ditambah dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan menjalankan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama, dia kan mengelak dari jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya.

Tanggungjawab Utama

Menerima ijab kabul bererti seorang suami menerima tanggungjawab ibubapa isterinya dan Allah. Maka dengan itu, dia tidak harus ada alasan untuk mengelak dari amanah itu. Dalam ruangan yang ada ini, mari kita selongkar amanah yang perlu ada dalam ijab kabul itu.

Amanah Dalam Lafaz Ijab Kabul

Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa yang mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin, suami perlu ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah SWT. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh melakukan dosa walaupun dosa kecil.

Peranan kedua , mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak-anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu, suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menjaga isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut keperluan.

Amanah Ibu Bapa Mertua

Mertua diberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi oleh mertua dalam menjaga anaknya. Maka sebagai suami dia wajib menjaga keperluan isterinya zahir dan batin. Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya  kerana dengan itu akan terguris hati ibubapanya. Maka dengan itu, kalaulah berlaku krisis rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik secepat mungkin.

Kecuaian suami dalam menjaga keperluan ini akan mengakibatkan krisis yang sedikit akan mejadi besar dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ini tidak seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Oleh itu, bendunglah krisis dengan sebaik-baiknya dengan menjauhi perkara yang boleh menjadi punca berlakunya krisis. Dan jika ini terjadi juga, duduklah berbincang dan hindarilah sikap saling salah menyalahkan. Masing-masing perlu mencari penyelesaian dengan matlamat, apa jua tindakan yang dilakukan adalah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Jika suami dapat memelihara amanah Allah dan amanah ibu bapa ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapailah apa yang dikatakan sebagai rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah SWT.

Sumber: Facebook

********************************************************************

..........Aku terima nikahnya...... Segalanya walau...........

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Wednesday, March 21, 2012

Tips Penjagaan Rambut Yang UMPHHHH

Rambut? OmmEmmmmJayyyy! Lamanye tak pergi saloon. 

Rambut yang sihat dan berkilat akan membuatkan kita berasa sihat dan yakin pada diri sendiri. Kan?

Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
  • Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
  • Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
  • Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda

  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur. Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut. Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.




  • Bila potong rambut kat saloon wajiblah dengar ceramah cara penjagaan rambut yang betul. Disusuli dengan "you nak beli shampoo ni, very good. Nak beli conditioner ni tak, now tengah promotion. Grrrrr"

    Terdapat tiga jenis rambut iaitu:


    1. Rambut berminyak
    Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
    Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
    2. Rambut normal
    Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.
    Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.
    3. Rambut Kering

    Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.
    Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.
    Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
    Setiap wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.
    Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
    Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua.
    Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai.
    Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.
    Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut.


    Nyaman tenang bila sesekali dapat steam rambut.

    Kalau nak letak conditioner pulak, always apply conditioner from the ears down. Never condition the scalp. Do not over-condition.(jgn apply conditioner pd keseluruhan rambut dan elakkan terkena pd kulit kepala nanti memudahkan kewujudan kelemumur, ini juga akan membuatkan rambut anda berminyak.


    Yeay!!! Im just 20 years old ok! ;p ╋╋ム╋╋ム╋╋ム"╋╋ム╋╋ム╋╋ム



    Sumber: MyMetro.

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

    Monday, March 19, 2012

    Meatballs IKEA Tetap Bertakhta Di Hati. Ewahhhh.

    Adeh dah lama tak cer cer cer part yang paling menggembirakan.

    Benda apa lagi yang menggembirakan dunia ni. Selain makan. Erksssss.

    Lama dah tak singgah IKEA walaupun sekangkang kera je dari office, almaklumlah I have very tight comittment tapi sekarang tidak lagi. YEay!!!!!!!!!!!!

    Petang tadi lepas office hour pederaih pergi IKEA. Yang paling best kalau beratur kat food court Ikea around 6pm orang memang tak ramai. Yelah orang semua balik office masak kat rumah, ini ke Ikea pulak perginya ;p






    Makan berdua je tapi punyelah banyak. Ohoiiii makan ke malantak ni ha??? Alhamdulillah murah rezeki makan je orang belanja Yahooo hep hep hoorey!!!!

    First time makan set salmon. Eh not bad ye sedap jugak.

    Paling best drink boleh refill berapa banyak yang ko suka. 10 kali? 20 kali? Boleh. Boleh.


    Kejap pepsi, kejap mirinda stawberry, kejap 7 up pulak. Eh tea and coffee pun boleh. Adeh. Sharing is caring order satu drink je cukuplah.

    Ikea ada sale la sekarang.Valid from 8 - 25 March 2012. 


    Apa lagi. Jejomsssss!

    Peace No War! Hooyeh!!!!!!!!!! 

    Kan best kalau rumah aiii ade sofa lembut empuk macamni. Syioknyeee!! KROHHKROHHHKROHHH Zzzzzzzzzzzzzz.



    Jangan nak beranganlah!! 

    Aii sebenarnye kurus ok saja cover dengan bantal taknak sumeorang jeles dengan ke'slim'an aiii. Bluekk ;p perasan tak habis-habis GRRRRRRRRRRRRRR. OkBai.

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak Beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

    Sunday, March 18, 2012

    Thanks Anak-Anak. Buat Mama Kurus ;p

    Bila balik kampung, ini lah dia aktiviti kesukaan anak-anak.

    Yehaaa. Baik si kakak mahu pun si adik 2 x 5 jewww. Geng kamceng la katakan. Panjat tangga, turun tangga dan panjat balik tangga. Yehaaaaa jom dera mama!!!



    Round ke sepuluh dah ni.Adehh.

    Sekian.


    Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

    Saturday, March 17, 2012

    Sabar Itu Separuh Dari Iman

    Setiap manusia ada dugaan yang Allah bagi dan mengikut tahap kesabaran seseorang itu.

    Tangan aku ada 2 je. Tahap kesabaran aku ada batasnya juga. Jangan la nak letak semuanya atas kepala aku. Ingat aku Superwoman ke?


    Twitter pun ada limit apatah lagi tahap kesabaran aku ni? Harap maklum.

    Tolong jangan fikir tahap kesabaran kau sorang je, aku pun ada juga tahap kesabaran.

    Aku pun ada tahap kesabaran aku jugak. 24/7 je nak jaga hati kau. Hati aku letak mana? Heh :) 

    Memang sabar separuh daripada iman. Memang. Tapi setiap orang ada tahap kesabaran jugak.

    Tahap kesabaran seseorang manusia tu ada batasnya. 

    Tahap kesabaran aku ada limit. Please respect others 

    Setiap manusia ada tahap kesabaran. 






    Sabar dan syukur. KAta-kata hikmah motivasi diri.


    "Patience is waiting. Not passively waiting. That is laziness. But to keep going when the going is hard and slow-that is patience"


    Sekian. 

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli;o ;p

    Wednesday, March 14, 2012

    WordLove Wednesay - 14 March Bila Selangor Takde Air





    Lepas ni angkat kain jemuran pulak, hujan dah turun.KAHKAHKAHKAH!

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)

    Tuesday, March 13, 2012

    Zara Amani 12 Month-Young : Week-2

    Hello Hello Hello from Baby Center!!

    Ada kemungkinan Zara akan merasa sedih sobss sobss mama lagik sedih teww apabila mama meninggalkan Zara sekarang padahal bukan tinggal pergi mana pun, mama pergi kerjalah, she's right on schedule bebeh. Usia 12 hingga 18 bulan adalah waktu perdana untuk kanak-kanak merasa takut untuk berpisah - istilah psikologi  bermaksud anak kecil tidak boleh hidup tanpa ibubapanya di depan mata. Cara terbaik untuk mengendalikan perpisahan yang menyakitkan adalah secara sweet and short. Awwww sweet like candy gitu. Ucapkan selamat tinggal dengan ciuman yang pantas. Air mata anak kecil akan reda sebaik sahaja ibubapanya berada di luar penglihatan. Memang susah sebagai ibubapa untuk tidak berasa bersalah, tetapi dalam jangka masa panjang anda akan membantu anak anda menjadi lebih berdikari. Yeay!!


    Di usia antara antara 12 dan 18 bulan, anak anda akan sedar bahawa bunyi yang anda buat seperti membaca - perkataan - sebenarnya bermaksud sesuatu. Lebih banyak anda bercakap dan membaca kepada kanak-kanak pada masa ini,  the better her vocabulary will be.


    Dah pandai bye-bye, dah pandai jalan, ada 5 batang gigi, dah ada vocab sendiri, cara untuk menang dengan mudah bila gaduh dengan kak Nayli : geget kuat-kuat ouchhh sampai kak Nayli nangis!


    Apapun, remember, your child is an individual.


    Perkembangan Zara mungkin tidak sama dengan kanak-kanak sebayanya. Mungkin ada yang tidak boleh jalan lagi, tetapi dah pandai cakap HiHiHi. Semua kanak-kanak dalam dunia ni adalah unik dan meet milestones pada kadar mereka sendiri. Info perkembangan anak yang kita baca di mana-mana sekalipun cumalah garis panduan apa yang anak kita berpotensi untuk capai, jika bukan sekarang tidak lama lagi. Yang lebih penting jika ibubapa ada sebarang soalan mengenai toddler's development, jumpalah doktor.

    Gedebushhhh tebaboooooo!


    Hadoyaiiiiii alololo kesiannya jantuh tergolek macam nangka busuk. 


    Panik kejap mamanyo. Hihihi.


    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;) ;p

    Saturday, March 10, 2012

    Satu-Satunya BE Di Bulan March

    Sesekali jenguk Nuffnang's account memang syiok. Betul, kena tengok sesekali je lelagik tengah bulan kalau tengok hari-hari tak syiok wooo.


    Alamak, dah tinggal satu BE je hari tu tengok ada dua. HiHiHi. Okla dari takde. Ok whatttt BE dari Dutch Lady Friso tu je dah boleh beli sekotak susu Lactogen Nayli yang 350g ;p

    BE dari susu formula memang suka menari-nari di belog saya. Shuke shangat tewwwww. Thank You.

    Memang berbaloi-baloi. Yeay!

    Tapi apela sangat BE kat belog saya compare BE kat belog u olls kan. Sure lagi va va vasss!!! Takpe usaha tangga kejayaan. Hooyeah!!!!

    Sekian.

    Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

    Selamat Pagi. Breakfast Apa Hari Ini?

    Sekali sekala mesti makan breakfast trademark rakyat Malaysia. 

    Wauwweeee. Slogan diet start tomorrow bila menghadap menu macam ni. Yelah kalau hari-hari makan nasi lemak macam mana nak diet? Demox wek wek.




    Baget dua minggu sekali baru pekena  menu nasi lemak ayam, kuah kasi lebih. yeay!! Gila nak makan hari-hari. Kolestrol tinggi eh nasi lemak kan banyak guna santan.

    Tak sah dua minggu sekali jugak mesti pekena yang ini jugak. Pakej dengan nasi lemak lah.




    Tak elok makan manis-manis ni sebenarnya especially untuk kanak-kanak.

    Sebab tu lah berpaksikan pada laporan Kementerian Kesihatan 2011, setiap rakyat Malaysia di laporkan telah mengambil gula sebanyak 47kg pada tahun 2011. Secara purata, rakyat Malaysia mengambil gula yang terlalu banyak dibandingkan dengan negara lain. Contohnya, rakyat Jepun hanya mengambil 18kg gula setahun. Glurpsssss.

    Dan jangan terperanjat dari info yang pernah saya baca pernah tak terlintas dalam otak anda bahawa kenakalan seseorang budak ada kaitan dengan pengambilan gula yang berlebihan? YEs, mengikut pakar perubatan pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan pertumbuhan otak seseorang kanak-kanak. Hal ini akan menganggu saraf mereka sehingga menjejaskan keseimbangan hormon menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktive, gelisah dan nakal, senang mengantuk, kurang cergas dan mempengaruhi pencapaian pelajaran mereka. Ouch!!!



    Bukan ukuran perut saya ye. Source google obesiti angkara makan banyak gula. Rakyat Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara Asia TEnggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.


    *******************************************************


    Awalnya bangun. Lagi awal dari mama.




    Every morning Zara tak breakfast nasi lemak ok. Tapi Zara makan biskut Tiger. Ngaummmmmmm.

    Bekalan pergi nursery mesti ada.



    Mesti kena ada je makanan kat tangan sekarang.

    Sekian.


    Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p