Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, August 30, 2011

Merasa Suasana Kampung

Cerita sehari sebelum raya. Last Ramadhan.

KAmi berjalan lagi. Ke rumah opah. Bagi papa & mama opahlah. Bagi Nayli dan Zara dah status  moyang.

Hi, My name is Zara. TEngok hairband ye. Ehem Ehem thanks to Mak Lang sebab bagi present. YEay!!




Bakar lemang, kacau cendol pendek kata suasana raya tu memang dah adalah. Perfect. Meriam buluh je yang takde.

Kat kampung kan. Masa ni lah nak kenal jenis-jenis pokok.

Ini pokok pisang, ini pokok kelapa, ini pokok rambutan, ini pulak pokok.... erksssss. Pokok ape yeh? Ntah mama pun dah konpius banyak sangat pokok kat sinilah.


Taktau lah nak rasa kelakar ke or ape, nak pijak tanah yang ada daun-daun kering tu pun taknak ingat nak pijak tahi ke? Nayli oh Nayli.



Lesson for today. Belajar jenis-jenis pokok ok. Esok kita belajar pasal animal pulak. Nayli tau tak mana satu  lembu, mana satu ayam? Kerbau, itik, angsa? MEsti tak tau punye.

Ini pulak pokok jambu air. PEtik jambu air dengan papa lepas tu makan. Sedap tak??  Kat KL tak merasa la macamni.



Ini lah moyang Nayli & Zara. Budak kicit dah tinggal hairband je. Kepanasan. Hiks!




Sampai malam di rumah moyang. Breakfasting yang terakhir pun di sini. Lauk pauk mestilah yang terbaik.  Dum dam dum dam bunyi mercun.



Takbir raya di sana sini.

"allhu akbar,allahu akbar, allahu akbar, laillaha illallh, allahu akbar walillahil hamd"

Till we meet again Ya Ramadhan. Syahdu.

Have a blessful Eid Mubarak with ur loved ones.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, August 29, 2011

Esok Hari Raya. Yeay!!!

Esok je lagi. Dah tak lama. Alhamdulillah, this year ramadhan was totally great. Everything goes up very well. Yeay!!



Banyak tak buat ni? Hiks!




Saya? Nan hadooooo. Semua kuih tunjuk. Belum puasa lagi pun member-member dah pakat bagi sample kuih raya yang mereka jual. Bukan sorang, bukan dua orang. Ramai ok. BEli jelah.

Ramadhan pun dah nak meninggalkan kita semua. Sobssss.

sentiasalah setting niat........
upgrade iman
........
download sabar
........
upload usaha
........
delete dosa
........
update doa
........
dan top-up ilmu
........
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak
........




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011. YEAY!!!

Raya tahun ni kat PErak. 3rd raya baru balik Seremban. Moh la datang kampung eden yo. Happy u olls orang tegur aii nampak kurus. Awww.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, August 28, 2011

Merayau Di Ipoh Parade

Saya tak pernah tinggal kat Perak. Tak pernah belajar kat Perak. Takde sedara mara kat PErak.

Tapi saya kahwin dengan orang Perak. yeay!!!

Sebab tu lah cuti lama sempena raya ni excited giller bila Enchek Husband ajak pergi Ipoh. Jalan-jalan. First time u olls jalan-jalan kat town Ipoh. Awww.

* excited melompat-lompat.

Kampung Enchek Husband kat Bota. Nak ke Ipoh 45 mins jugakla. Takdela lama sangat. Lainlah diorang ni. Dalam kereta dah penat. Maklumlah puasa. Isk Isk.





Oh baru tau ada pekan nama MEnglembu. Rupanya kacang yang glamer orang selalu makan waktu boring tu di buat di sinilah. BEsar jugak kilangnya. Indian Street pun ada kat sini. Macam kat Penang pulak ye.

First time bebeh sampai sini. Ipoh Parade. Ok whatttttttt.

Cantik menarik tertarik ko memang da boom. YEay!!! Style-Lah.




Ada Parkson, ada FOS, ada Reject Shop ada ape lagi ye? Macam-macamlah ada!

Ada lagi satu yang best. Yeay!!

Tengah cuci poket mata  adik Zara meragam macam orang kena dera, lapar la tu. Nasib baik ada ni

Baby  room yang cantik. Ada tempat changing diaper & bilik penyusuan yang cantik wooo. So dapatlah menyusu adik Zara di sini.


Sesak ramai orang tengah shopping raya tapi tak boleh celen la kat KL. KAt Sogo. Kat Jalan TAR. Kuss semangat. Fuh.

Baby Zara pun nak jalan-jalan jugak.



Satu benda lagi je yang saya aim dari dulu tapi tak dapat lagi kat Perak ni. Mee udang kat Kuala Sepetang. Teringin weh !! Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, August 27, 2011

RAya. Raya. Packing Time. Hooyeah!!

Mama sibuk, anak dara tu sibuk. MAma sibuk, anak dara tu lagiiiiiii sibuk yang teramat. Menyibuk.

Sibuk nak tolong mama masukkan duit dalam angpow. Nasib tak tau pergi kedai beli sekerim, beli coklat lagi. Kalau tak mesti dah kena songlap. Hiks!




Sambil buat kerja nyanyi lagu raya, mana kerja tak siap.




Bila mama packing barang, anak dara tu lagiiiiiiiiiiiii sibuk nak tolong packing. Eh bukan tolong packing, tolong unpacking. Habis dah baju bersepah sana sini. Kalau macamni 10 tahun kemas pun tak habis sayang oii.

Tengokla tu. Mutu. Gaya. Keunggulan.




Eh perasan tak? Perasan tak?

Spek mata tu.



Tu lah kanak-kanak zaman sekarang untung betul. Spek raya pun ada. Mama dulu, manalah ada spek menyepek ni. Mama pakai dia pun nak. Papa pakai dia pun nak. Haa belikan dia satu habis cerita. Pinjam-pinjam tak main ok. Ingat spek mata mama murah ke haaa? Ouch.

Kalau dah besar sikit memang mama suruh diorang je yang buat semua. Kemas beg, kemas baju etc. Hahahaha! Anak dara ada dua orang kan. Melentur buluh biar lah dari rebungnya. Lalalalalalalala~

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, August 26, 2011

Nostalgia HAri Raya

Raya last year kami bertiga but this year kami dah berempat.

LAgi fakta yang perlu diketahui. Raya last year saya tengah preggy 3 months tapi badan macam selim melim la jugak. Raya this year saya tak preggy tapi badan demox macam tengah preggy. Sob Sob.

Ini pic raya tahun lepas. Aidilfitri 2010.


Ada Nayli je, baby Zara dalam perut.

Kalau nak tengok keluarga besar saya boleh tengok kat SINI. Macam-macam ragam.

Anyway,

SELAMAT HARI RAYA !! MAAF ZAHIR BATIN !!

* jap jap. Wasiat dari kanak-kanak under age.

Saya budak kecik jangan lupa bagi saya duit raya tau auntie, uncle.!!!! YEay!!




Saya pun budak kecik jugak walaupun tak berapa kecik. Nak duit raya jugak. Yeay!!



* tengah tolong mama masukkan duit dalam angpow tu sebenarnya.

Kalau dah ada anak raye lebih untuk anak-anaklah. Untuk mama & papa ala kadar je ^_^. Baju raya mama tahun ni 3 pasang je tau. Jadilah. Malaslah nak shopping. XXXXXXL. Menciklah.

Asyik update belog je bila nak kemas beg ni????? Huwarghhhhhhh.


Uwaaaaaaaa malasnya. Apasal malas ni. Apsal? Apsal? Apsal???? Common!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Perkara Yang Paling Menakutkan MAsa Cuti Raya

Dah nak gerak balik kampung esok. Tak sabarnya. Cuma risau sikit. Eh bukan sikit, risau banyak. Iskkk.

Dalam banyak-banyak benda selain daripada rumah dimasuki penyangak ada satu benda je yang paling menakutkan saya.

JAnganlah BLACKOUT masa kami cuti balik ke kampung. Ouchhhh.

Kalau tak habis semua kena buang. Oh TIDAKKKK !!!!! Oh my, oh my, oh my, oh my.



Saya tengah re-check balik semua frozen EBM. Nak pastikan semua stok bulan May telah habis digunakan sebab bila balik ke KL semula dah masuk September. Eh kejap je dah nak hujung tahun kan. Eh kejap je dah nak kerja balik. Sobssss.

Alhamdulillah, next week baby Zara dah 6 bulan. First mission saya untuk exclusive breastfeed selama 6 bulan hampir tercapai walaupun masa starting dulu saya mengalami problem yang agak kritikal. TAk sia-sia saya buat preparation masa preggy time baby Zara dulu. Berbaloi-baloi.

Amboi sukanya dia. Tukang perabihkan frozen EBM. Siapa lagi, Nayli-lah. Yeay!!!

Membesar dengan sihat dan kuat. Amboi besarnya sengih.



Ya Allah aku minta pertolongan dari-Mu. Semoga dipermudahkan. Dijauhi benda-benda yang tak elok. Amin.



Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Babai KL. Welcome kampung. Ketupat, rendang, air gas Mirinda Pepsi blablabla. Confirm naik 10kg lepas ni. Ayoyoyoyo!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, August 25, 2011

Sudah Mood Raya-Lah

Sana sini semua dah MOOD RAYA.

Balik mana tahun ni? Kampung kan ada dua.

Balik sini dulu ke???




 Atau sini dulu ke??



Hiks!

Oh this year is Perak turn-lah. Kan last year dah raya kat Seremban dulu. Lepas tu baru balik Perak. Kami akan balik Sabtu pagi sampailah raya ketiga. Lepas tu shot ke Seremban pulak. Mungkin sampai raya ke tujuh kot di Seremban. Ya raya ketujuh is on Monday sebab Sunday gerenti jalan sesak giller. Insyallah.

Presenting my anak dara dengan baju raya nya. YAhoo! Lorhhh dah tak sabar-sabar nak pakai. TAk suprise lagi la macam ni sayang. Ok ok pakai 5 minit je ye lepas tu bukak balik.


Alololo comelnya. Dah besar dah anak dara mama. Dulu kenit je anak dara ni.

Ucapan untuk semua. Untuk follower. Untuk yang tak follow. Untuk sesiapa yang baca belog saya. Untuk semualah.



Jap jap nak nyanyi lagu Dendang Perantau.

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku.......................



Lalalalala~

Sobssssssss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Shopping On Weekday

Aiii pergi shopping on weekday u olls!! Erkssss. gedix tak!! Haha. Tu belum start cakap bahasa 'W' lagi. Awwww. FTHW biasalah. Yeay!!

Sekali sekala bila merasa pergi shopping mall on weekday macam heaven la jugak. Eh orang tak ramai la, nak cari parking pun senang tak payah nak berlaga montot. Semuanya tenang je.

Buat calang-calang kalinya first time pergi dengan NAyli je without Enchek Husband. Enchek Husband kerjalah. Bini dia je yang tak kerja. Konfident boleh handle NAyli sorang-sorang. Oh NAyli kan good girl.

Baru bukak kan. NAk la jugak tengok apa yang best. Jusco One Utama. Lama dah tak pergi OU. Last sekali pergi bulan May hari tu.




MEmang la cantik tapi sale takde sangat. Baju longgok-longgok yang biasa ada time mega sale pun takde. Baju kurung kanak-kanak for raya pun macam tak nampak je. Pendek kata bab-bab barang untuk raya kureng sikitlah.

Asal ada belon semuanya bertambah mudah. YEay!!!!

NAsib la kat TOYRUS diorang bagi free belon kat kid. NAyli memang suke belon. Dah dapat belon lagi senang la mama nak handle. Sebenarnya malas nak bawa stroller yang sangatla heavy duty gedabak tu. Tak laratla nak angkat sorang-sorang. Kalau Enchek Husband ada lainlah. So inilah caranya mama nak usung NAyli ke hulur hilir. YAhooo!!!


MAbeles-lah. TAkde ape nak shopping pun. Saja nak jalan-jalan. Saja nak cuci mata. Dah lama pulak rasanya tak tengok dunia luar. Hiks! Lama dah tak pergi One Utama sejak Jusco ditutup sebab major renovation tu. Wah cantikla sekarang.

Heaven untuk kanak-kanak macam NAyli. Playland terbaik !!




Dah tak kisah mama ada ke takde.




Nayli main sorang-sorang mama nak shopping baju jap. Erks boleh ke macam tu. Hiks!



Last but not least. Alololo ciannye muchuk tu. PEnat dah ye. Mama pun dah penat jalan ni.

Mama, nak shushu !!!!!!


Mana-mana pun boleh landing ye sayang.




Dah MOOD RAYA sangat-sangat ni. Yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, August 24, 2011

Penyusuan Eksklusif 2 Tahun Penuh



Dalam usia baby Zara yang semakin menghampiri 6 bulan pada minggu depan kejap je kan, saya sebenarnya sangat tertarik dengan maksud "penyusuan 2 tahun sempurna" yang disebut dalam Al-Quran. Ulamak mensyarahkan sebagai memberi susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan tambahan lain kepada anak.

Juga apabila adanya hukum najis mukhoffafah, iaitu air kencing bayi lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah yg cuma minum air susu ibu sahaja; maknanya mesti ada orang yg memang dah berjaya menyusukan anaknya 2 tahun secara eksklusif tu kan kan kan kan.

Tetapi pakar perubatan telahpun memberi garis panduan supaya anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas mula diberi solid food. ini bukan bermakna mereka tidak dapat menyusu lagi. Menyusu jugak cuma tambahan diberi solid food-lah.


Ini adalah kerana bayi yang sedang membesar amat memerlukan kepelbagaian makanan dan dalam hal begini susu ibu tidak mencukupi untuk memberikan semua nutrien yang diperlukan. Seorang bayi yang tidak mendapat cukup zat tidak akan membesar dengan baik. Dikhuatiri juga mereka akan develop pica (memakan benda2 yang bukan makanan seperti tanah - feature of iron deficiency anemia in children). Awwwwww.

Apapun mengikut pembacaan saya lagi happy reading u olls, perintah/galakan ,meyusukan selama 2 tahun genap tanpa apa2 makanan dan minuman adalah tertakluk kepada ibu2 yg sihat, tidak mempunyai masalah ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan anak itu. Sekiranya ibu ada masalah ketika mengandung (alahan), melahirkan dan membesarkan galakan menyusu lengkap selama 2 tahun itu diringankan dengan ayat dari surah al-ahqaf ayat 15 dan surah luqman ayat 14 iaitu boleh bagi makan/minum benda lain sebagai topup kepada susu ibu

Lagipun stail pemakanan manusia moden kini sudah byk berubah, lebih byk makan makanan yg diproses yang mengandungi sekalian  bhn penambah perisa dan bhn pengawet. Fast food jangan cakaplah. KFC, Mc Donalds, Pizza Hut memang dah sebati dalam perut. Malah makan makanan fresh pun belum tentu freshnya kerana penggunaan baja kimia dan bahan sintetik lain utk tumbesaran tumbuh2an dan haiwan. 


Taraa Taa Taraaa Im Love It. Dulu GCB je now dah double GCB pulak. Saja je nak suruh orang demox makan banyak but I  loike....
Haishh macam mana pic beger ni boleh tersesat kat entry ni pulak. hiks!


* ok ok sambung balik.


So sudah tentu nutrien ibu tidak dapat menampung keperluan nutrien bayi. Mungkin maka rasionallah saranan utk memberi bayi makan seawal usianya 6 bln itu kan. Betul tak?

Saya ada baca satu rencana kat mana ntah yang menceritakan RAsulullah saw dihantar ke kawasan pedalaman untuk disusukan oleh HAlimah Saadiah supaya ibu susuan Baginda itu akan mendapat bekalan air dan makanan yang bersih serta segar tanpa pencemaran sebagai minuman dan makanan. Dengan ini susu yang akan diberi kepada BAginda Nabi saw akan mengandungi sumber yang sangat terjamin kualitinya. Di sini kita dapat lihat bahawa cara pemakanan para ibu yang menyusu anak perlu dijaga. Pastikan yang segar, bersih dan tidak tercemar barulah TERBAEK . Semua ini telah diperlihatkan Allah menerusi sirah junjungan kita semua. Boleh amik iktibar sewajarnya.

Apapun banyak benda yang saya ingin tahu dan tahu. Untuk sesiapa yang baru belajar janganlah kita berasa sedih dan malu kalau taktau  sbb itu adalah PEMBUNUH kepada semangat kita untuk menjayakan penyusuan susuibu. Kalau malu kenalah bertanya supaya kita tidak sesat jalan. Kalau dilimpahkan susu yang banyak jgnlah kita lupa untuk mengepam dan malas2. Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. 

Apapun yang paling penting setiap anak ada rezekinya dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain ok. Cuba selagi terdaya dan Malaysia yakin boleh!!  YEay!!!

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 23, 2011

Malam Lailatul Qadar

Entry kali ni tak nak cerita pasal makan ke, pasal shopping ke, pasal anak-anak ke. Sekadar renungan kita bersama.

Sedar tak sedar kita dah berpuasa pada hari yang ke-23. Bersemangatlah di sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadan. Sepertiga terakhir bulan Ramadan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan, keutamaan serta pahala yang melimpah. Seperti biasa setiap tahun di bulan Ramadan, umat Islam akan menunggu kedatangan LAilatul Qadar atau Malam Yang Berkuasa kerana percaya orang yang menemui Lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan oleh Allah SWT. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amin.
.



1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.(iaitu suatu malam yg penuh kemuliaan dan kebesaran,kerana pada malam itu permulaan turun Al-Quran)
2.Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.\
uinya pada 
Antara amalam-amalan yang wajar di lakukan pada malam Lailatul Qadar

1-Bertaubat kepada Allah SWT
2- Sentiasa berdoa
3- Beristighfar kepada Allah SWT
4- Solat berjemaah
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut kehadiran malam Lailatul Qadar.
7- Mengandakan amalan kebajikan
8- BEriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10-Berdoa agar sempat menemuinya pada tahun depan.

Wallahualam.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!