Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, November 10, 2012

Oh Sedapnya Hokaido Cake Lagi Lagi Bila Dimakan Semasa Sejuk

Assalamualaikum,

Hujung minggu adalah masa untuk bercerita pasal makanan yang sedap dan merasai makanan yang best-best.

Yang paling hangat selain durian crepe sekarang ni adalah Hokaido Cake. Semakin menular ke serata blog dan asyik asyik tengok orang upload pic kat FAcebook. Kannn?

Belek-belek photo album, banyak betul gambar food yang terperap dalam lappy. So for today, I share this. Taraaaaaaa. It's Hokaido Cake. Yeay dah pernah rasa hari tu. ;p Nasib baik kalau tak meleleh ayaq liur lagi.

Nah!!!


It is not a cake that could attract me from how it's look but I won't deny that I was attracted by it's packaging. Opsss first impression saya pasal cake ni tak berapa best sebab rupanya biasa-biasa je. Terfikir jugak memula tu kenapalah harganya agak mahal.

Tapi bila dah makan rasanya tersangatlah gebu dan tekstur sangat lembut ditambah pula dengan inti kastard yang lemak berkrim. Waduh terpaksa kontrol ayu time makan takut cepat habis sebab sebijik berharga RM2.50 mahal tu. Waka Waka. NAk jimat buat sendiri kat rumah.

Rupanya macam cupcake but taste so much better than a cup cake. Kat sebelah atas ada sugar powder macam salji. The inner filling is soft and creamy and the buttermilk taste is fragrant. It is best eaten when COLD. Yummy and I start to love it.

"Don't judge the book by it's cover".

And now I learned don't judge a cake by how it's look. KAHKAHKAH. Walaupun rupanya tak berapa cantik tapi sedap giller. Eleh part makan kau memang no 1.

Demi makanan lautan api sangup ku redah. TROLOLOLOL.

Have a walk. 
Take a deep breath. 
Eat good food. 
Drink coffee. 
Smiles. 
Be happy.

Happy weekend peeps. Hope you enjoy my reading here. OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Cara Mendidik Anak-Anak Zaman Moden

Assalamualaikum semua,

Dulu saya tak begitu memahami kenapa mak dan abah agak menyekat kami adik beradik membesar dengan kemewahan meskipun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan lebih selesa. Rupa-rupanya kepayahan dan sekatan yang diiringi dengan kasih sayang inilah yang banyak membentuk sikap semasa dewasa.

Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan susah payah agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan. Insyallah.

Tertarik dengan kata-kata sasterawan negara, anak-anak akan cacat dengan kemewahan. Susah dan payah perlu dirasai oleh anak-anak, terlampau selesa akan menjadikan mereka lemah.

Inilah anak-anak saya yang sangat ohsem Zara Amani dan Nayli Dayana.


Umur mereka rapat. Masa si kakak berusia 1 tahun 4 bulan dah dapat adik. Sekarang si kakak genap 3 tahun si adik dah 1 tahun 8 bulan. Yeay!!!

Tahun pertama membesarkan mereka berdua tersangat tough. Seryes. Mama yang bekerjaya dengan dua anak kecil memang sangat mengundang kesabaran. Letih tak payah cerita.

Itu cerita lama. Mereka berdua semakin membesar. Kini dah jadi kawan baik. Tak dapat bayangkan kalau si kakak masih seorang diri takde kawan untuk bermain, bergaduh dan juga gelak-gelak mesti asyik kacau mama je kan. Ermm Nayli tak suka main barbie doll baik yang comel berambut panjang mahupun doll murahan yang tak comel langsung berambut serabai. Waka waka. NAyli suka main dengan kawan. Ya, yang boleh diajak berlari satu rumah sampai berpeluh ketiak ;p

Sekarang ni mama adalah segalanya bagi mereka, yang selalu mendapat tempat di hati mereka. Mamalah yang paling cantik, mamalah yang paling baik, mamalah yang paling pandai.
.
Bila dah besar? Ntahlah. Hopefully mama tetap idola mereka sampai bila-bila seperti mana mama sentiasa jadikan kamu berdua idola mama sampai bila-bila.

Shopping is the best thraphy. Memang itu lah yang paling syok mestilah kita bertiga mama-nayli-zara kan girls power. Tak banyak kerenah sangat kalau teman mama beli gloceries.



Bestnye pergi Giant. Pantang nampak.




Hari ni mama malas nak masak so kami makan roti jewww. Lapar tau tak. KAHKAHKAH.




Kalau dah penat sangat tidur tegak dalam troli pun boleh. Zzzzzzzzzz.




Kalau ada masa bawa mereka pergi playground. Happy. Sebab kakak berat 15kg si adik pulak berat 10kg kalau main jongkang jongkit asyik si kakak je la yang kat bawah. Ahak tak balance langsung!!



Apa yang si kakak nak main pasti si adik pun nak main jugak begitulah sebaliknya. 

Yang sikit sama di rasa. Share sama-sama. Part makan kat luar pun oklah. Sometimes behave sometimes melompat dengan lebih tinggi terpelanting fork and spoon. Arghh itulah dia kanak-kanak nak membesar. Part makan mereka tak berapa ada masalah cuma sekarang ni mama sedaya upaya mengajar mereka makan pedas sebab mama adalah die hard fan masak lemak cili api no 1 ye. Arghh asal nampak kemerah-merahan je dah start geleng kepala cakap "podaihhhhhhhh" Aikk mana belajar bahasa nogori ni sayang? Orang nogori wajib belajar makan pedas. HewHewHew.

Mama borek anak mestilah kena rintik la. *mata pandang atas, tangan kat bahu. Oh La La~


Menurut pakar motivasi Dr Hassan Ali pula, jika inginkan kebahagiaan sehingga usia tua, jangan tingalkan ilmu agama. Didiklah anak dengan ilmu agama dan dunia sama rata kerana pada zaman ini ilmu agama lebih penting kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita lebih mencabar. Insyallah hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita.

Terdapat 40 kesilapan ibubapa biasanya dalam mendidik anak-anak:

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Memang teringin mendidik anak-anak hidup berdikari, tapi kadang-kadang tak sampai hati. Harap mereka tahu menghargai dan bersyukur. Apepun jangan lupa memeberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.



***************************************************


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.                                                                      (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.


Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.

Lalu Rasulullah SAW berkata : Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.               (Maksud Al-Hadith )



Mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Wallahualam semoga dijauhkan.

Thanks for reading.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Thursday, November 8, 2012

Gurauan Yang Sangat Kejam Dari Seorang Suami

Assalamualaikum,


Perghhh memang tak jadi nak makan walaupun perut rasa laparrrrrrrr.
Insiden yang sangat kejam masa beli makanan tadi. Ada seorang ibu datang bawa dua anak makan. Anak pun kecil kecil lagi. Kelihatan si bapa duduk jauh didepan. Bila ditanya kenapa duduk jauh. Jawapannya : Nak pandang pun tak ada selera ditujukan untuk isterinya. Wallaweh padayappa sungguh.

Tafsiran saya :
1: Mungkin si isteri bukan orang kaya dan tak berduit. Dia hanya dianggap beban pada suaminya kerana perlu ditanggung seluruh hidupnya. Jadi dia dibenci suami. 

2: Isteri semakin tak cantik sebab dah makin tua dan lepas melahirkan anak badan dah pun jadi macam ikan buntal. Ini menunjukkan betapa tak ikhlasnya suami menyayangi isterinya seadanya dia. Tak menghargai pengorbanan isteri lepas lahirkan anak untuk dia. Ingat senang ke mengandung dan melahirkan anak haa?



3: Suami bergurau. (Gurau bangang tak kene tempat namanya)


4: Tafsiran saya : Lelaki mcm ni mesti dah banyak kali lukakan hati bininya. Sentiasa berusaha mencari si garik yang lebih manis.

Saya tengok je muka bini dia tadi. Apa yang saya rasa walaupun dia senyum sehabis daya untuk tahan sakit dan malunya dia tapi masih nampak bayang bayang air mata dalam hati dia. Mesti hancur sangat hati ialah bila suami sendiri tergamak nak burukkan isteri sendiri. Tapi dia masih perlu bertahan sebab anak-anak. Biar diluka banyak kali dia masih dan masih perlu bertahan demi anak anak walau dia tahu sampai masanya sbg seorang wanita dia juga berhak utk buat keputusan utk dirinya sendiri.
Untuk semua bergelar suami. berpada-pada bila menyakiti hati isteri. Doanya waktu teraniya adalah doa yang dimakbulkan. Isteri tu bukannya minta duit berjuta cuma keikhlasan menerima dirinya sedanya.
Untuk isteri itu : andai satu hari kamu ditinggalkan seperti sampah, ingat saja Allah sentiasa ada untuk menyayangi kamu walau betapa hinanya kamu dimata manusia itu.
Teringat pada bicara semanis kurma : Bila Allah uji kita dengan suami yang kurang bertanggungjawab, Allah beri rezeki lebih pada isteri supaya walau bagaimana sukar pun hidup masih boleh diteruskan. Kasihnya Allah pada wanitakan.

Insyallah.


********************************************************


Diceritakan pula, seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah SAW bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” - hadis riwayat Abu Daud.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” – surah al-Talaq ayat 7.


Dalil-dalil ayat al-Quran dan al-Hadis i ini adalah antara bukti seorang suami WAJIB dan MESTI bekerja dan berusaha untuk menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anaknya, tidak kira si suami berada dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah jika suami seorang yang cacat anggota, tanggungjawab mencari nafkah keluarga tetap wajib dan mesti, bezanya memadai diusahakan menurut dayanya.

Semoga bermanfaat.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, November 7, 2012

Jom Ramai-Ramai Daftar Untuk Mengerjakan Haji

Alhamdulillah walaupun di kira lambat tapi masih berpeluang mendaftar haji di Lembaga Tabung Haji.

Sebagaimana tercatat dalam sebuah hadis daripada Ibn' Abbas RA bahawa RAsulullah SAW bersabda:


“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Dulu ingatkan asal buka akaun di Tabung Haji akan secara automatik akan daftar haji tapi rupanya tidak. Untuk info bayaran minimum untuk membuka akaun tabung haji adalah sebanyak RM10.00 sahaja manakala bayaran minumum untuk membuka akaun tabung haji dan mendaftar  haji adalah sebanyak RM1,310.00.

Lepas selesai mendaftar staff di kaunter bagitahu ikut kiraan tahun 2054 turn saya menunaikan haji. 41 tahun lagi. Glurpssssss.


Tapi janganlah takut itu cuma angaran saja mungkin rezeki kita untuk menjadi tetamu Allah lebih awal dari itu. Dari info petugas di Tabung Haji itu, bayaran haji untuk muassasah adalah sebanyak RM9,980.00 manakala untuk pakej bermula serendah RM21,000.00.

TEMPAT BERLEPASDEWASA (15 tahun ke atas)15 tahun ke bawah
Semenanjung Malaysia
RM  9,980.00RM 9,011.00
Sabah
RM 10,110.00RM 9,141.00
Sarawak
RM 10,065.00RM 9,096.00


Ibadat haji merupakan fardhu ‘ain ke atas setiap orang Islam yang belum menunaikannya dan memenuhi syarat-syarat wajib haji. Kewajipan haji itu ditunaikan sekali dalam seumur hidup. Biasanya selepas mendaftar untuk menunaikan haji,  kita akan menunggu giliran selama 10-15 tahun. Insyallah.

Petugas di Tabung HAji itu juga memberitahu sekarang ni pun dah ada skim caruman mendaftar haji dengan menggunakan caruman KWSP. Syaratnya mudah saja mesti ada minimum RM1,300.00 di akaun 1 KWSP dan berumur tidak melebihi 55 tahun dan beragama Islam. Pendaftaran juga boleh dilakukan di Bank Rakyat dan Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP ye.

Yang paling penting kena konsisten menyimpan duit dan bermula dari sekarang membuat persediaan mencari ilmu untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima.

Jom kawan-kawan semua daftar haji. Semua orang memang bercita-cita ke sana tapi kadang-kadang tertanggguh untuk daftar di Tabung Haji kerana sibuk. Perlu diingat lagi lambat daftar, lagi lambatlah giliran kita. Sekurang-kurangnya bila kita daftar, ditakdirkan Allah SWT kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun Islam yang kelima atleast kita dah daftar haji cuma belum mendapat panggilan untuk mengerjakan haji

Wallahualam.


 وَلِلهِ عَلَى ﭐلنَّاسِ حِجُّ ﭐلْبَيْتِ مَنِ ﭐسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً ج وَمَن كَفَرَ فإِنَّ ﭐللهَ غَنِىٌّ عَنِ ﭐلْعَٰلَمِينَ

Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.


Semoga bermanfaat untuk makluman kita semua..

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, November 6, 2012

Fenomena Durian Crepe Yang Mantap

Assalamualaikum,

Ok rasanya keinginan dah tak dapat ditahan-tahan lagi!

Dulu masa zaman Garret Popcorn macam tak cukup kaki pergi KLCC sebab nak merasai sendiri bagaimanalah kesedapan popcorn yang satu ni. Lepas tu zaman macarons pulak tak cukup kaki pergi Empire Subang. Lately dimana-mana orang bercerita pasal ini pulak. Waduh.

Kulitnya licin dan mulus je. Woot! Woot!


Pfuhhhh! DURIAN CREPE IN DA HOUSE!!! Gambar curik kat Facebook kawan saya hehehe. Dia beli RM12.00 for 6 biji kata kawan saya bagi yang bukan penggemar durian pun boleh makan durian crepe ni sebab sikit je durian dia tak macam durian pancake kat Mid Valley tu sebijik macam durian dibalut dengan kulit je. Muak la jugak..

Biasanya orang makan durian crepe ni sejuk-sejuk lagi mengancam dan yang pasti dari observation saya walaupun rasa sesuatu makanan tu sangat subjektif untuk dinilai bagi setiap orang tapi  yang biasa saya dengar mesti berbunyi "sedap giller!!", "sedap tapi takdela sampai tak ingat dunia" tapi tak pernah pulak saya dengar orang kata tak sedap. Tu yang tergoda habis sampai meleleh ayaq liur tu. Awwww.

Sebagai penggemar buah durian yang tegar tapi jarang sentuh bubur kacang durian, lempok, ice cream durian tapi die hard fan tempoyak saya rasa saya sangat menggilai benda ni sekarang ni walaupun tak sure macam mana rasanya.

Hot betul durian crepe sekarang ni tapi tak pernah try lagi ketinggalan keretapi sungguh. Sobssss!

Kat Seremban mana nak dapat benda ni, kalau nak buat memang tak reti. TROLOLOLOL. Ada siapa yang jual online tak?

Helpppppp tidur tak lena mandi tak basah dah ni. NEENONEENONEENO. Ahak!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Menyusukan Bayi Mampu Menurunkan Berat Badan


Demoxxxx?? Obesiti? Berat Badan Berlebihan?? Dagu Berlapis-Lapis Macam Kuih Lapis??? Baju tak muat???

Ooooooo TIDAK!!!!

Yes, masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Ada juga ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, boleh dikatakan semua wanita berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang walaupun dah beranak pinak. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. KAHKAHKAH

Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun lainlah kalau dah faktor genetik makan banyak manapun badan tetap kurus macam plywood.  Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.


Kesabaran menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Wowww!! Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. 

Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan jua aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Yang paling penting hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Apepun saya memang sangat bersetuju dengan statement menyusukan baby dapat menguruskan badan sebab saya  tak perlu berjogging, naik tangga turun tangga, berjalan kaki setiap hari, tak payah beli ubat kurus yang mahal-mahal, pakai Premium Beautiful wakakaaka tapi saya masih boleh memakai jeans sewaktu anak dara dulu. TROLOLOLOL. But i'm not motivator yang patut dijadikan panduan untuk sesiapa yang ada keinginan nak kurus. Saya cuma tulis ikut pengalaman je, kalau ada yang tak setuju pergi  tulis pengalaman ko kat blog ko jangan kondem pengalaman aku. KAHKAHKAH emo la pulak apa kes ni? Bhahahahaha.



Breastfeeding bukan saja bagus untuk bayi kerana tiada yang lebih baik dari susu ibu tetapi juga baik untuk mamanya yang nak kurus sebab sememangnya manusia terutamanya wanita selalu mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik. Kan? Kan? Kan?


Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, November 5, 2012

♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Assalamualaikum,

NAyli Dayana genap 3 tahun harini dipinjamkan buat mama. Alhamdulillah.


No celebration at all cuma buat makan makan sikit dengan keluarga, takpayahlah biasakan nanti takut dah besar kalau tak buat majlis harijadi terus merajuk dengan mama pulak nanti. Lagipun mama dulu pun tak membesar dengan suasana tu lah.

Cuma yang mampu mama doakan semoga NAyli Dayana menjadi ahli syurga mendengar kata mama setiap masa, sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik, minda yang cerdas, akrab dan erat kasih sayang dan hubungan dengan adik Zara, semoga Nayli Dayana menjadi khalifah Allah yang menjaga solat, menjaga iman, akhlak dan amal. Amin.

Alhamdulillah anak mama sorang ni becok mulutnya, comel dan selalu mengalah dengan adik Zara.




***********************************************


Warkah untuk Nayli Dayana.


Ke hadapan anakandaku Nayli,

Jangan takut untuk buat silap, setiap yang berlaku pasti ada yang pertama-kali-yang-dilakukan-dalam-hidup. Nayli akan jadi lebih matang apabila belajar dari setiap kesilapan yang Nayli lakukan. Kalau time Nayli baca ni, mesti Nayli dah matang dan dah boleh berfikir dengan baik, kalau time mama marah Nayli  untuk sesuatu yang tak baik, itu sebab mama nak cakap yang mama pernah makan garam dulu sebelum Nayli. Mungkin betul orang selalu cakap, macam mana kita sekarang macam tu lah anak anak kita nanti. Jadi kalau Nayli anak mama, mungkin Nayli akan berdarah separuh degil dan Nayli akan jadi budak yang suka mencuba, jadi mama takkan halang untuk apepun yang Nayli nak buat as long as Nayli guna kan kepercayaan yang mama berikan dengan sebaik-baik-baik-baiknya.

Ikhlas dari,

Mama Nayli di masa lepas yang sedang menaip di usia 3 series.

Kisah setahun yang lepas, @ 2nd brthday Nayli Dayana ;)

Kisah dua tahun yang lepas @ 1st birthday Nayli Dayana ;) Time flies.


********************************************



♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli

Sunday, November 4, 2012

Jom Masak Lemak Cili Api Daging Salai Nogori Style

Assalamualaikum,

Alhamdulillah rezeki murah sempena Hari Raya Korban haritu. Ada lagi daging korban yang tinggal.

Jom kita salai daging ni yeay lepas tu masak lemak cili api yang memang dah begitu sinonim dengan orang Negeri Sembilan.



Lepas dah siap salai daging ni macam ni cara nak masak pulak. Senang je.

Daging dipotong nipis nipis
2 biji kentang dipotong sederhana (taknak letak pun takpe)
2 batang serai (dititik)
20-25 batang cili padi (lagi pedas lagi umpphh) 1 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup yang ditumbuk
sedikit garam

PERHATIAN:
Masakan lemak cli api original from nogori memang tidak memerlukan bawang putih atau bawang merah. Memang mudah.

Cara Masak Pulak:
1- Kisar halus atau tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat kemudian masukkan dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik. Masak sebentar.
2- Selepas itu masukkan satu cawan santan dan satu cawan air, masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu. Setelah kuah agak mendidih masukkan kentang dan setelah kentang empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai. Sesuaikan rasa masukkan garam dan kacau selalu.
4- Masak sehingga kuah pecah minyak, angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi panas.

Sungguh menyelerakan! Cuba jangan tak cuba ok. Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, November 3, 2012

Uniknya Majlis Pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle


Memang lain dari yang lain. Majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle dilakukan di Flamingo by The Lake di Hotel Flamingo. First time tengok orang nikah tepi tasik. Jakun kejap. KAHKAHKAH.


Baju Diana pun simple dan unik macam orang Indon kan. Sederhana je. Sweet.

Nikah pun dilakukan atas kerusi di tempat terbuka.




Bersederhana sungguh. Nasib baik cuaca baik. Tapi pengantin kena berpanas sikit ok jugak dapat vitamin D wallaweh.

Memang sangat lain dari yang lain. Simple double thumbs up. Tahniah!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Friday, November 2, 2012

Boleh Redeem Hadiah Jika Kumpul Barcode Drypers

Assalamualaikum,

Siapa kat sini anak dia pakai Drypers angkat tangan?

Nah berderet angkat tangan. Drypers oklah not bad. Sometimes pakai Huggies. Sometimes pakai Pet Pet. So far anak-anak tiada alergic dengan apa-apa jenis pampers so mama boleh hentam kromo jelah beli ikut baget ataupun apa yang ada kat kedai.

Siapa tau yang kita boleh redeem hadiah jika kita kumpulkan bar code kat pek Drypers tu banyak-banyak angkat tangan? Boooo mesti ramai yang tak tau termasuklah saya. Nayli dah berumur 3 tahun Zara pulak dah nak masuk 2 tahun barulah saya tau. Itu pun nasib baik tau. Kalau anak-anak dah tak pakai pampers dan dah masuk sekolah baru tau itu lagi naya. KAHKAHKAH.

Sebenarnya ada banyak jugak hadiah yang boleh dikumpulkan jika kita ada banyak koleksi bar code dari yang ala-ala sampailah ke hadiah yang boleh tahan lah jugak, ikut berapa banyak point yang ada.

Caranya mudah saja. Mula-mula kita kena isi form jadi ahli kelab Drypers. Itu pun sebab masa tengah shopping barang-barang anak kat Manjaku, staff dia suruh isi form kalau tak sampai ke sudahlah tak tau. Kesian betul.

Antara hadiah yang menanti.


Jeng jeng jeng jeng saya target nak baby food storage bag tu lah macam best je beg tu nampak comel lagi lagi yang kaler pink. Tapi taknak letak food storage tapi nak letak pampers, botol susu blablabla bila keluar jalan-jalan. Ok tak? Hehe. Nylon Foldable Mat tu pun macam best jugak.

Tapi ingat offer ni hanya valid sehingga 31 December 2012 je, dah tak lama lagi je. Sempat ke ni nak kumpul 160 points. Dah bertahun-tahun beli Drypers baru dapat redeem bar code sebanyak ni. Grrrrrrr.

1.. 2.. 3.. 4.. 5... Alahai....


Sebagai contoh barcode 9 557327 000516 tu berjumlah 15 points.

Setiap barcode ada nombor yang berlainan. Setiap nombor menentukan berapa banyak point yang dapat kita kumpul. Lagi besar dan lagi mahal barang yang kita beli, lagi tinggila nilai point yang kita dapat. Yeay!

Bukan setakat beli lampin buang Drypers je, kalau beli barang mandian, bedak Drypers pun ada jugak point yang tertentu tapi macam mana nak sertakan barcode tu saya kurang pasti. Ohoii macam mana nak potong barcode kat bekas bedak dan barang mandian haaa??? Hehehe.

Apelagi silalah borong Drypers banyak-banyak lepas tu potong bahagian bar code tu bagi kat saya supaya impian saya nak dapatkan beg yang cute tu tercapai. Ahak!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
* 

And jeng jeng jeng

On April 2013 Alhamdulillah barang pun dah sampai. Yeay! ;)


Thank you, Drypers!

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p