Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, October 15, 2012

Mesti Kisah Sama Ada Exclusive Breastfeed Atau Campur Dengan Formula Milk

Assalamualaikum,

Pagi tadi tengah bersiaran secara online kat office sempat lagi tu!! tiba-tiba terbaca discussion kat satu group. Dan banyak jugaklah comment kat statement tu.


"Tak kisahlah sama ada exclusive breastfeed atau mixed feeding (campur formula milk), yang pentingnya kita dah berikan bayi haknya untuk menyusu".


Eh mama-mama yang awesome sekalian. Pada pendapat saya lah kita kena kisah especially kalau baby berumur 6 bulan ke bawah. Jangan ambil hati, ini pendapat sayalah. Memang kena kisah sangat-sangat.

Kenapa saya kata sedemikian.

Saya rasa mungkin ada juga mama yang masih keliru tentang keperluan penyusuan bayi. Mungkin pemikiran masyarakat telah terpesong sedikit dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, suratkhabar mahupun radio di mana bayi perlu minum susu formula dan akan kekurangan zat jika tidak mengambilnya.

Saya tahu memang ada mama yang exclusive breastfeed anaknya kemudian ntah apa yang berlaku diberikan juga formula milk. Mungkin pada fikiran mamanya "alaaa sehari jer minum formula milk atau sebotol je, tak kisahla..."

Wahai mommies yang awesome sekalian,
Usus baby yang baru lahir tidak matang sehingga berusia 180 hari sebab itu makanan pejal sepatutnya diberikan kepada bayi selepas 180 hari atau dalam erti kata lain ketika bayi berusia 6 bulan.
180 hari cuma anggaran je cepat atau lambat bergantung juga kepada bayi. Terdapat enzim dalam susu ibu yang berfungsi melindungi keseimbangan dalam usus bayi tetapi enzim keseimbangan ini tidak terdapat dalam formula milk. Justeru itu jika bayi yang berusia bawah 6 bulan yang diberikan formula milk ataupun makanan lain walaupun cuma seteguk atau sesuap, ianya akan menganggu keseimbangan dalam usus bayi ini. But dun worry be happy, keseimbangan ini boleh dikembalikan dengan menyusukan bayi secara ekslusif selama 2-3 minggu. Bukan dalam waktu yang pendek ye. JAdi sanggupkah anda mengambil masa selama 2-3 minggu untuk mengimbangkan semula susu bayi kerana sikap tak kisah berikan bayi apa-apa janji ada breastfeed?
Saya sering mendapati mommies yang sering mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini selalunya mempunyai salah faham. Konsep sebenarnya mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan dan bukan rezeki aku nak buat macam mana. TApi betul ke kita sudah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada mommies yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria-ria makan suplement dan milk booster. Tapi jarang pam. Bila anak menangis selalu fikir sebab anak tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, mommies top up pulak dengan susu fomula. Ingat, penyusuan susu ibu adalah demand vs supply. Mesti ingat selalu tu.
Edison berjaya mencipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So adakah kita dah cuba 1000 kali?
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang akan membawa pada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Alaa samalah macam bila kat 'u' belajar degree kena pergi sekolah bertahun-tahun, buat thesis itu ini, baca macam macam buku. Macam tu jugak nak jadi ibu dan nak menyusukan anak dilihat mudah tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Tapi takdela susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Last but not least niat ikhlas, doa dan tawakal. Mintaklah dengan Allah SWT kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia. Ikhlaskan hati menyusukan anak bukan kerana ikut ikutan dan ingin bersaing dengan kawan kawan dan seterusnya tawakal. BAnyakkan berzikir sewaktu megepam dan meyusukan anak. Sabar dengan usaha yang dilakukan dan jangan cepat mengalah bila hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Selamat maju jaya mommies sekalian.

****************************************************

Jeng Jeng Jeng it's Monday. BORINGGG. Jika tidak suka dengan job anda sekarang click click click saja pada Jobstreet. KAHKAHKAHKAH.

Mulut siapa yang paling cekciiiiii. Awwwww.



Nayli and Zara budak bijak. Anak manja intan payung mama!

Mana mungkin ada ibu yang tak sayang anak-anaknya kan? Hakikatnya apa pun panggilan untuk ibu golongan wanita inilah yang ditakdirkan oleh Allah SWT untuk mengandung selama 9 bulan, melahirkan, menjaga, mendidik, membesarkan zuriat kurnia yang paling istimewa dari-Nya. Sememangnya ibu mempunyai kekuatan luar biasa yang Allah anugerahkan dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Saturday, October 13, 2012

Girls Day Out Gitew dan Lasangna @ Delifrance Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Hai, hai hai happy saturday to everyone.

Today kan girls day out giteww. Yeay!!!


Melepak sampai ke Jusco 2 Seremban. KAt sana ada playland untuk kanak-kanak ribena. Kasi mereka bergembira sakan hep hep hoorey hari ni.

Last but not least. It's Delifrance time. Yeay!!

Siapa suka lasagna angkat tangan. Eh ingat Delifrance ade jual roti je tapi lasagna pun ada ye. First time ni.  Bismillah...


My opinion lasagna kat Delifrance memang terbahek. Siapa yang tak berkesempatan baik pergilah makan cepat. Tak kedekut sangat macam kat Secret Recipe or Pizza Hut sebab separuh bekas je and sikit giller. I love it's creamy texture, rich in beef chunks and the layers of cheese and pasta are awesome bebeh.

Rasa pun tak boleh challenge Delifrance part creamy and yummy nya. And the best part of it, it is served hot making the dish PERFECT. Sedapnya!! Nayli suka, Zara suka, mama lagi terlebih suka. Tak cukup sepinggan teww. Awww

Siapa yang pernah makan rasa-rasa betul tak comment saya ni? Kan? KAn? Kan? Part makan memang kau no 1 kan akma. TROLOLOLOLOLOL.

Dah lepas ni kalau #GemukJanganNakBisingPulak. KAHKAHKAH. Eh senang hatilah.

Makan untuk hidup. Haihhh.

Happy weekend peeps!

***********************************************

Muhasabah for 5 minutes!

Dia berpakaian longgar dan menutup aurat belum tentu dia solehah

Wall facebooknya penuh dengan post islamic belum tentu dia mengamalkan semuanya

Sekurang-kurangnya dia berusaha menjadi lebih baik mengikut syariat Islam

Selagi termampu usah malu untuk berubah, Allah tahu niat seseorang ♥ ♥ 

Di mana ada angan-angan, di situ akan lahir 

secebis usaha

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Thursday, October 11, 2012

Kerana Kerjalah Saya Sampai Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum,

Kalau tak sebab kerja takdelah sampai sini.



Melaka BAndaraya Bersejarah here I come bebeh! Excited giller padahal dulu kampung kat Bandar Hilir, Melaka je kotttttt.

Perghhh sempat layan cendol pulak lagi. Orang kata kalau singgah Melaka tak sah wajib try asam pedas melaka, mana mau carikkkkk? Help! Help!



Ohoii nak kerja ke nak makanggggg ke nak enjoyyyyy ni haaa? KAHKAHKAH.

Today dah Khamis esok dah Jumaat. Yeay!!! Lepas tu cooooootiiiiii!!

*********************************************


Muhasabah diri 5 minutes!!

Ada dua jenis manusia di dunia ini. Bila melihat seseorang , ada yang akan mencari silap dan kesilapan lampau mereka. Satu lagi akan mencari kehebatan, manafaat dan sangka baik pada semua orang. Siapa agaknya yang akan berjaya dunia akhirat. Setiap yang kita buat akan dikembalikan kepada kita semula.

Jom cerita pasal anak pulak. Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka juga. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka jika mereka tidak menjadi seperti yang kita mahukan . Memang selalu touching asyik terfikir pasal anak-anak je sekarang ni. Apesal ntah.

Semoga saya mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak saya. Amin.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p


 

Wednesday, October 10, 2012

Breakfast Roti Tisu Plus Teh Tarik Memang Sangat Menyelerakan

Assalamualaikum,

Breakfast merupakan aktiviti yang penting untuk kesihatan terutamanya untuk sesiapa yang hendak menjaga berat badan. Chewah intro terlebih poyo. Deng!!!

Pagi ni kitorang budak office beramai-ramai mengadakan rombongan cik kiah ke kedai mamak berdekatan dengan tempat kami kerja. Konon nak breakfast beramai-ramailah ceh siap datang office awal lagi. Punyela bersemangat tapi memang setahun sekali je la saya akan membuat aktiviti seperti ini. Breakfast kat rumah dengan anak-anak lepas tu drive kereta ke office macam lipas kudung sebab dah terlambat keluar rumah lagi best. Ahakkkk! Aii kan memang suka something yang challenging. Awwwwww.

Menu wajib di sini. Must try.

Korang kenal tak roti tisu?


Sebenarnya roti tisu ni terdapat dalam pelbagai jenis bentuk. Ini semua bergantung bagaimana kreatifnya  mamak yang tebar roti tu lah. Pernah jugak jumpa roti tisu berbentuk lonjong.

Depa kata roti tisu kat kedai yang kami serbu ni adalah yang terbahek. Itu sebablah nak try-test-cuba ni. Perghh memang tak boleh ditandingi oleh kedai mamak yang lain beb. Special sikit.

Bagi saya pemakan yang tegar tolak batu dan kayu ni apa yang perlu ada pada roti tisu adalah teksturnya yang garing dari muncung sampailah ke bahagian bawah. Lepas tu gula tak payahla banyak sangat kalau takde pun takpe plus ada  butter dan kaya. Enjoice!!

Tapi makan roti tisu ni memang susah nak habis sebab rotinya besar gedabak. Tapi bagi pemakan yang tegar rasanya roti ni tak cukup mengenyangkan lah.

Last but not least..................... never complete with teh tarik. Tebaboooo!


Perghhhh. Pekat-likat-lemak berkrim disukai ramai. Perfecto.

Ini macam haaa pukul 9 am mata dah berair la jawabnya. Bos saya nak amik half day leave lah ada emergency case. KROHHH KROOOH KROOOH ZZZZzzzzzzzzzzz ;p

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, October 9, 2012

Harapan Dari Seorang Insan Yang Bernama Mama

Assalamualaikum,

Sangat tertarik pada quote oleh Dr. Muhaya:

Anak yang kurang perhatian akan nakal. Mula beri perhatian dan lihat bagaimana mereka berubah. Untuk anak berubah kita harus berubah.


Moment yang paling indah sekali dalam dunia ialah bila dapat melihat anak membesar di depan mata. Sayang sangat kepada sesiapa yang tidak dapat melihat proses pembesaran anak-anak. Apepun ibu bapa harus salahkan diri sendiri kalau anak nakal. Anak-anak adalah amanah dari yang Maha Esa untuk kita corakkan menjadi kain putih atau hitam. Tepuk dada tanya selera. Kadangkala faktor persekitaran juga memainkan peranan. Bila ada unsur buruk yang mempengaruhi anak tarikannya adalah lebih kuat. Memang menakutkan.

Biasanya bila anak-anak nakal ibubapa akan gunakan kuasa veto untuk memarahi anak termasuklah saya juga. Rasa tak cukup nak menahan tahap kesabaran lagi-lagi dalam keadaan penat. Selalu juga berdoa supaya dilembutkan hati. Rasanya yang paling penting hentikan fokus pada perkara remeh temeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan anak-anak. Bayangkan jika kita tidak beriman bagaimana anak-anak akan beriman. Kan?

Semoga saya dapat menjadi ibu yang memahami dan sabar dalam membentuk akhlak anak-anak. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Selalu nak cermin diri sendiri. Mampukah? Kah? Kah? Mudah-mudahan dapat menjadi ibu yang terbaik. Berdoa dan terus memberi kasih sayang. Semoga dipermudahkan. Amin.


2 year 11 month & 1 year 7 month

*****************************



I LOVE MUM EVER AND EVER

MAMA LOVES BOTH OF U EVER AND EVER TOO, NAYLI AND ZARA. MUAHSSS!

*****************************

Jom muhasabah diri untuk 5 minutes!

Hari ini mungkin dia tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya.

HArini mungkin dia ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan Qiyamullail semasa kita semua lena.

Kita tidak tahu dan takkan tahu, tugas kita bukan me'neraka'kan orang, tetapi mengajak manusia ke jalan-Nya dan saling mendoakan antara satu sama lain.

Maka jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiranmya.

Jadi pemerhati diri kita bukan pemerhati orang lain.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, October 8, 2012

Nikmatnya Makan KFC Zinger Double Down

Assalamualaikum,

Setelah berhari-hari ber'lunch'kan masak lomak cili padi pedas berapi. Harini nak makan special sikitlah.  Eh bukan sikit tapi special banyak. Sangat sangat special. Yelah hari-hari dengar orang bercerita tengok pic kat magazine pulak lagi siapa boleh tahan. Glurpsssss meleleh ayaq liur dah ni. Grrrrrrrr.

Terbaru, terlatest, terhebat, terbaik dan semua yang ter ter ter dari KFC. Yeay!


Lagik best dari burger yang ini. Perghhhh sedap giler bebeh.

Burger KFC Zinger Double Down yang paling special pernah saya jumpa sebab takde bun. Bun nya telah digantikan dengan daging ayam, maknanya yang mengapit daging ayam adalah ayam jugak. 100% daging ayam. Awwwww. Lepas tu ada lagi. Ditambah sekeping keju, sos keju dan sos mayonis yang sangat banyak sebijik macam rasa sos cheezy wedges. Ohsem! MAbeles! Fantastic! Bombastic!

Sebenarnya target burger ni adalah untuk perut lelaki. Motto pun 'ALL MEAT, ALL MAN. Tapi no problem saya pun boleh habiskan burger ni dengan sepantas kilat je walaupun saya adalah wanita tulen. TROLOLOLOLOLOL tulen bang. BArulah boleh masuk office balik dan bekerja dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar. Zzzzzzzzzzz ;p

Harga pun tak mahal sangat. RM8.40 untuk ala-carte dan RM10.50 untuk set yang ada drink.

Alhamdulillah kenyang sampai ke malam.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Sunday, October 7, 2012

Makan-Makan Di Johnny's Steamboat @ Jusco 2 Seremban

Happy weekend,

Weekend makan ape? 

Have you ever tried a steamboat before? Mestilah pernah kan. Sebenarnya saya suka sangat update blog cerita pasal food, lotsa food stuff, i just went out and eat and eat and eat. Tapi I ain't going bigger, either LOL!!!! Nasib baik.

It was a good idea to have lunch at Johnny. All time favourite steamboat place. Love the dip 'thai-flavoured' sauce and also Tomyam. Walaupun anak-anak melonjak-lonjak nak makan kat McD sebab boleh main kat playground tapi taknaklah 24 jam pergi fast food je sayang. Not good. Lainlah mama sistem imune sangat tinggi. Heh. Lagipun bosanlah asyik makan benda yang sama jewww. Takkanla every week nak makan benda yang sama jeww kan kan kan. Ewwwww ;p

Steamboat with Thai flavour. Perghhh..



Makan steamboat sangat bagus bukan goreng-goreng macam fast food tak banyak kolestrol. Ayat penyedap hati KAHKAHKAH.

So delicious.

Sila datang lagi. Alhamdulillah dimurahkan rezeki.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

Wednesday, October 3, 2012

Duit Poket Dari Nuffnang Masuk Tahun Ketiga Berblogging

Happy Oktober,

Bulan ni genap la saya dah berblogging selama 3 tahun. Selama saya poyo-poyo berblogging ni Alhamdulillah dapatlah sedikit duit poket dari Nuffnang. Yeay!!


Ini 3 tahun punya income tau tak. RM219.92. Euwwwwwwwwwwwwwwwwww. Tak tahu bila masa datang mood nak cash out. Nantilah dulu.

First two years berblogging income from Nufnang memang slow giler. Seposen pun susah nak dapat apatah lagi seringgit. HAHAHAHA.Serius masa tu follower pun berapa kerat je. Lately ni je baru ok. Tapi takdelah ok sangat. Apepun syukur. Terima kasih kepada 408 folllowers yang sudi follow blog yang yaa aaa aww ini. Terima kasih jugak kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa baca entry kat blog ni. Chewahh!

Actually saya tulis belog saja suka-suka. Bila takde kerja kat office tulis blog. Maknanya kalau lagi kerap saya update blog maknanya saya takde kerja la tu. Take it easy. Janganlah serius beria-ria sangat baca apa yang saya tulis. Saja suka-suka nak merehatkan fikiran. Kalau ada yang tak suka atau kurang selesa boleh click kan saja 'x' kat atas belah kanan tu ok sekian ;p

Hidup ini sangat indah so hadapi lah dengan penuh keriangan.

Catatan untuk kenang-kenangan je ni. Deng dong. See ya!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Tuesday, October 2, 2012

Outstation Ke Tangkak, Johor

Assalamualaikum,

Semalam dapat task best la jugak kat office. Pepagi buta sampai je office boss suruh pergi site visit. Where?

T-A-N-G-K-A-K.

Konfius jap located kat mana ye pekan ni sebab dulu cikgu Geografi tak sempat nak ajar sampai habis semua bab, tetiba dia dah cuti bersalin. Heh.

So go TAngkak go here I come bebeh! Yahooo!


Tangkak kat Johorlah, a small town located near to Melaka. Lepas exit JAsin jumpalah exit Tangkak. Main attraction is the Gunung Ledang which is famous from the legend 'Puteri Gunung Ledang'. Tapi takde la pergi sana pun, nama pun dah site visit so paham-paham la ye.

Singgah dulu di restoran jejantas Air Keroh makan A&W. Biasalah kalau berjalan atas nama kerja haruslah makan best-best dan menjilat jari. KAHKAHKAH.

Tak sangka. Once u reach there, you can see shops selling fabric everywhere, for dress or curtains and such in very affordable price. Berderet deret kedai menjual kain di sepanjang jalan sampai juling bijik mata. Lots of local tourist (rombongan Cik Kiah) to buy fabrics. Dah macam kat Nilai la pulak. Mari, mari, borong, borong untuk raya tahun depan. Opssss.

Dekat je pergi pagi petang dah balik. Kerja sekarang ni memang banyak berjalan. Best tu memanglah sebab tak payah terperuk kat office je tapi kalau everyday macamni yaa aww aww jugak.

This coming Friday pun nak berjalan lagi. Lagi jauh.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, October 1, 2012

Haji Shariff's Cendol & Rojak Yang Super Duper Sedap!

Happy Monday blues,

Sempena dengan Monday yang tak berapa nak best ni kenalah bercerita pasal benda yang best. Apelagi tak lain tak bukan jom cerita pasal MAKAN lah. Yahooo!

Hasil perkenalan dengan rakan-rakan baru di Seremban yang mempunyai sifat dan keinginan makan yang luar biasa to the max, dalam sekelip mata je saya mampu mengenali tempat-tempat makan yang best kat Seremban dengan kadar yang cepat mengalahkan roket. Fulamak memang syok habislah. Bab makan siapa yang tak excited.

So untuk para pemakan yang tegar ini lagi satu tempat makan yang paling best. Jeng Jeng JEng.




Senang nak cari sebab ianya satu-satu kedai yang bewarna hijau. Dari jauh dah boleh nampak lagipun ianya terletak di tepi jalan je. Kedai ni pada awal-awal dulu bukanlah seperti yang ini. Ianya cuma gerai penjaja yang terletak berhampiran dengan A&W Seremban. Just imagine dengan hanya menjual cendol dan rojak boleh upgrade ke lot kedai dan maju seperti sekarang ni. Fuh siapa kata jual cendol tak boleh jadi kaya haaaaa.

Actually makanan yang dijual kat sini bukan banyak pun, cuma ada dua je cendol dan rojak. Rojak tu boleh pilih sama ada nak rojak mee ataupun rojak tapi memang sedaplah. Ada banyak pilihan cendol kat sini seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol campur dan cendol bandung. Perghhh rasa cendolnya pula lebih lembut, santannya yang cukup lemak dan air gula yang tak terlalu manis. Kalau makan time lunch hour balik office mesti mengantuk giller mata macam digam guna gam gajah gara-gara pukulan santan yang pekat lagi hebat ;p Zzzzzzzzzzzzzz.



Jangan risau kedainya juga boleh tahan bersih la agak kemas. Lantai pun berkilat, susun atur pun kemas, meja semua di lap, lalat pun takde tau. So apelagi sesiapa yang tersesat kat bandar Seremban bolehlah singgah lepak di sini. Insyallah berbaloi dengan rasa dan harganya sekali.

Jom serbu Haji Shariff's Cendol and Catering Sdn Bhd yang terletak di No. 44, Jalan Yamtuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.

Tunggu entry pasal tempat makan yang best-best lagi teww. Banyak lagi ni bersusun kat draft tunggu masa nak publish je. Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p