Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa Di Tropicana Golf & Country Resort

Semalam first time berbuka puasa di luar. Actually bukan takde perasaan nak berbuka puasa di luar tapi tengoklah keadaan ashkar-ashkar mama & papa yang kadang-kadang cranky ni. Kang masa nak berbuka time tulah sorang nak yak, sorang lagi meragam nak tido. Malasla. Sebagai FTHW bila dapat keluar rumah kadang-kadang tu rasa macam yeyeyeyeyeyeyeyeyeyeye seronoknya!!  Walaupun keluar pergi pasar Ramadhan depan rumah je. Betul tak? Kadang-kadang lah. Hehe. Apepun rileks memang rileks,  kalau cakap FTHW pun sibuk jugak saya rasa mommies berkerjaya lagik penat.

Dapat invitation berbuka puasa di sini. Thanks cik Pia kerana 'belanja'. Yeay!!!




Dekat je dengan rumah, tak susah sangat pun nak pergi dengan membawa ashkar-ashkar.

Dari parking ke cafe jauhla jugak, naik bukit turun bukit pastu naik bukit lagi. Fuh. Ada disediakan buggy. Memandangkan kami ada stroller yag heavyweight ni macam mana la nak naik buggy, so pelan-pelan tolaklah.

Inilah cara untuk save energy di bulan puasa. 




Buffet style, macam-macam ada.



Pilihan saya semestinya lah ini. Suka sangat, dah habis tambah, dah habis tambah lagi ntah berapa kali tambah pun tak tau. Tak makan nasi pun takpe asalkan ada ni. Carbonara I loike tapi tatau nak masak makan je tau. YEay!!! Tapi tak boleh challenge carbonara kat SINI lah.




Kalau yang ni semestinya Enchek Husband lah. Kena ada nasi. MEsti. Wajib.





Macam-macamlah kitorang makan. Burpsss Alhamdulillah.





Siput fear factor pun ada.



Nasib baik ada cik Pia jadi nanny jap kalau tak dapat mama makan. Nak tidur. Biasalah meragam taknak duduk dalam stroller.




Lepas papa dodoi barulah tido. ISk Iskk terror la papa. Hayunan setanding buaian kat rumah. hiks! Apelagik bile baby Zara dah tido. One, two zommmmmm-lah.



NAyli? Yang ni senang je nak handle. Depan food memang behave habis. Mama & papa tinggalkan Nayli sorang-sorang ambil food pun takpe. MAkan mengalahkan mama yang berpuasa. Semua nak makan sendiri, suap sendiri.

Mushroom soup.



YAng paling NAyli suka.



Satay. Banyak giller dia makan. Comot.

Eh ok je bukak puasa di luar dengan dua orang ashkar ni ye.

Enchek Husband cayang, apelagi jom bukak puasa kat luarlah this weekend kes malas nak masak lah ni . Hooyeahhh!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Perkara-Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Di Bulan Ramadhan




Bila tiba Ramadhan semua orang excited. Excited dengan makan-makan lagik-lagik yang buffet style, bazaar Ramadhan dan yang paling penting sekali adalah............... jeng jeng jeng biasala ape lagi. Baju Raya-lah. Kalau beli 10 pasang baju raya  di tempat yang berlainan mesti 10x jugak nak cerita pasal baju raya tu kan. Biasalah tu.

Sebagai ingatan sesama sendiri untuk diri saya juga.. JANGAN. 
  1. berpuasa dengan terpaksa
  2. meninggalkan sahur
  3. banyak berbual kosong dan berdusta(menipu)
  4. melengah-lengahkan solat sehingga adakalanya meninggalkan solat.
  5. kurang sabar/mudah marah
  6. malas baca Al-Quran
  7. malas buat/menambah amalan sunat
  8. kedekut taik idung masin
  9. banyak tidur sepanjang siang
  10. Tidak berusaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sampai memutuskan silaturrahim
  11. berlebihan ketika menyediakan juadah berbuka/membazir
  12. melambatkan berbuka
  13. makan terlalu banyak ketika berbuka sampai malas beribadah
  14. menonton TV/melakukan perkara tidak berfaedah/melalaikan pada waktu malam
  15. langsung tidak menjaga pandangan & sering memandang yang bukan mahram
  16. menghabiskan malam dengan perkara yang lalai online facebook update belog je sehingga tidur lewat
  17. sibuk membuat persiapan syawal sehingga kurang beriktikaf dan solat malam
  18. banyak berhibur
  19. meninggalkan amal ibadah lain walaupun tidak diwajibkan solat dan berpuasa(bagi wanita)
  20. boros menyambut persiapan raya.

Insaf.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, August 10, 2011

Basic Accesories Yang Diperlukan Untuk Memulakan Sessi Pam Susu


Status anda:

First time preggy dan berminat mendalami ilmu penyusuan?

takpun...

2nd time preggy dan berminat mendalami ilmu penyusuan?

takpun...

arghhh tak kisahla berapa kali dah preggy pun tapi berminat nak mendalami ilmu penyusuan?

Mesti taktau basic accesories yang perlu beli? Saya tau dan faham sangat sebab saya dulu pun macam tu jugak. Sekali tengok kat internet online set pam ada macam-macam benda. Pulak tu set pam ada A, B, C, D kadang-kadang sampai X, Y, Z. Takdela tu tipu je. Pening kepala kejap. Mana satu yang paling bagus ni??? Peralatan apa yang wajib ada?

Sebenarnya dalam penyusuan susu ibu, pam juga adalah perkara penting. Especially untuk ibu yang bekerjaya. Yang terpaksa tinggalkan anak-anak kat babysitter or nursery. 8 jam sehari. Sobssss. Memng diakui untuk starting memerlukan perbelanjaan yang lebih sikit. Tapi untuk sekali tu je lah. Macam saya dulu starting gedebuk RM500++ dekat RM600 la jugak. Mahalllll giller eleh kalau shopping baju tak cakap mahal pulak. So breastfeed ni untuk orang kaya je ke? 

 *BUKAN-LAH!!!

Breastfeed untuk orang yang nak KAYA. Nak kaya kenalah JIMAT. Nak jimat kenalah EXCLUSIVE BREASTFEED.

Sebab saya tak kayalah saya nak breastfeed. Mula-mula dulu tak tau langsung khasiat susu ibu. Tapi ingat nak jimat lah. Jeles baca kat mag PA&MA mommies ada beratus botol EBM dalam fridge. Tak payah keluar duit beli susu tin. Macam best je.

Tapi bila survey harga pam, yaa ampunnnnnnn mahal giller macam tak jadi nak beli la pulak. Tapi bila baca khasiat susu ibu, selidik punya selidik, bak kata-kata dalam kellymom.com diandaikan seperti "gold water" tiada setanding harga & wang ringgit. Awwww.

So saya beli complete set Spectra 3. Senang semua ada dalam tu. Cuba bayangkan sebagai kegunaaan untuk long term, macam saya ni dari Nayli sampailah ke Zara. Sangat jimat aii tell u. Ingat susu tin murah ke haaaa?

Actually yang penting mesti ada backpack. Bagi saya penting lah takkan nak guna paperbeg kot. Back pack adalah beg untuk menyimpan pam serta aksesori untuk mengepam eg. botol, cooler beg & icepack. Senang nak bawa ke hulu & ke hilir especially untuk mommies yang bekerjaya. Style lah sikit walaupun rupa macam beg sekolah pun ada jugak. Hari-hari mahu usung pergi balik dari office.

Ada macam-macam jenis backpack di pasaran. 

YAng ni jenis Autumnz



Yang ni pulak jenis Jingle Jungle. 



Yang ni pulak jenis Moms Precious. Oh saya guna yang ini. Sangat berbaloi-baloi. Dah hampir 2 tahun dah. Digunakan untuk 2 generasi daripada NAyli sampailah ke baby Zara. MAsih elok lagi.


Lepas tu benda yang mesti ada ialah cooler beg. Cooler beg bertujuan untuk menyimpan susu yang diperah di office supaya sentiasa berada di dalam keadaan sejuk. Kalau kat office anda ada fridge ok jugak lepas perah boleh simpan dalam fridge, which is good. Tapi anda masih memerlukan cooler beg untuk meletakkan susu dalam perjalanan pulang anda dari office ke rumah kerana pertukaran suhu susu (kejap sejuk, kejap tak sejuk, kejap kat suhu bilik) boleh menyebabkan susu rosak. Opsss. 


YAng ni jenis Auntumnz cooler beg.



Yang ni pulak colorful cantik gitu harga pun mestilah cantik jugak. Jenis Hailey.




Ini pulak jenis Moms Precious cooler beg. Saya guna yang ini. Macam backpack jugak, cooler beg ni dah digunakan selama 2 keturunan, masih elok. Boleh simpan 6 bottles dengan 4 ice packs.



Perlu jugak ada icepacks untuk diletakkan dalam cooler beg. Saya ada 6 icepacks. 4 dibekalkan ke nursery, 2 lagi untuk kegunaan di office. 


Saya guna icepacks jenis Moms Precious. Setakat simpan susu selama 8 jam boleh tahan sejuk lagi. MAximum adalah 12 jam.




Juga yang diperlukan adalah peralatan untuk menyimpan susu eg botol EBM or plastic liner. Pernah saya cerita kat SINI.

Dan yang terakhir sekali kali mestilah ada pam. Tak kisah la pam elektrik, manual or battery operated. Cerita pasal pam pun pernah saya buat entry kat SINI. Saya adalah Spectra 3 user breastpump dulu kini dan selamanya. Sangatlah berbaloi-baloi.

Rasanya tu jelah peralatan yang wajib ada. Kan???? Kebanyakan peralatan saya beli online kat SINI je.

Eh ada lagi yang terakhir sekali iaitu positive mind set!!! 

So nak jimat tak???? Nak kaya??? Brestfeed la anak-anak kita. Tak payah beli susu tin, tak payah pergi klinik selalu Anyway to me, knowledge is more important than bf equipment. Carilah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu dulu. Dah ada ilmu lagi senang nak praktikkan.Yang penting niat dan usaha, memang banyak dugaan & cabaran time breastfeed ni tanpa ilmu or just ikut-ikut je memang tak akan menjadi. Janji jangan putus asa. 

"SEDIKIT SAHAJA PENGALAMAN SAYA, SEKADAR BERKONGSI APA YANG ADA"

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 9, 2011

Cabaran Dalam Penyusuan Susu Ibu



Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ataupun tidak menyusukan baby di awal kelahiran adalah "tidak cukup susu" or "tidak ada susu". Selalunya si mommies membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup untuk baby. Sama ada yes or no, ianya boleh dirawat, dun worry bebeh. Anyway yang paling penting kemahuan adalah perkara yang paling utama, mommies perlu mahu memberikan susu ibu dan jangan sesekali mengatakan anda T.I.D.A.K C.U.K.U.P S.U.S.U. dot dot dot. Kerana adalah hak setiap bayi untuk menikmati susu ibunya sendiri.

Tanggapan kebiasaan seperti bila baby yang baru lahir asyik menangis nampak seperti masih tidak puas hati selepas menyusu, menyusu terlalu sekejap atau terlalu lama, mengantuk & tidak berminat untuk menyusu , peningkatan berat baby yang kurang, breast tak tegang dan tidak mampu memerah banyak susu adalah tanggapan biasa menjurus ke arah pemikiran awal "saya tak cukup susu".

Jangan begitu. Banyak punca yang boleh menyebabkan keadaan seperti itu terjadi seperti lekapan yang lemah menyebabkan pengaliran susu yang kurang, masa penyusuan yang terlalu singkat tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu iaitu kurang dari 8x dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam so suruh hubby pi bancuh formula milk sebab taknak tidur terganggu dan juga pengambilan alkohol & kafein oleh mommies yang menyusu.

Ok. Meh pakar pengkaji tak bergaji nak bercerita sikit. Terdapat 2 hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu. Hormon prolaktin & oksitoksin namanya.



Prolaktin
* dirembes oleh kelenjar pituitari hadapan menyebabkan sel kelenjar menghasilkan susu.
* bila baby menyusu, urat saraf diputing teransang dan ransangan akan dihantar ke otak. KElenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah menyebabkan payudara menghasilkan susu.
* hormon ini berfungsi selepas penyusuan dan menyediakan susu untuk penyusuan seterusnya.
* hisapan baby menyebabkan payudara menghasilkan susu.
* prolaktin melambatkan ovulasi dan kedatangan haid dan proses ini dipanggil refleks prolaktin.

Oksitosin
* dirembes oleh pituitari belakang. Bila baby menyusu saraf terangsang dan rangsangan akan dihantar ke otak. KElenjar pituitari akan merembeskan oksitosin dalam darah menyebabkan otot pada payudara akan bertindak & memancutkan susu keluar.
* membantu mengecutkan rahin & mengurangkan masa pengeluaran darah nifas dan proses ini dipanggil refleks oksitosin.

Penyumbang utama dalam penghasilan susu adalah hormon. So sebenarnya tiada istilah "saya tiada susu". Penyusuan adalah supply vs demand. Lagi kerap kita menyusukan baby or perah susu, insyallah lagi banyak susu akan dihasilkan. Doink!!!

Kalau nak tau tanda baby mendapat cukup susu boleh dilihat dari segi:

* bayi berhenti menghisap dengan sendiri.
* penyusuan yang kerap (8-12 kali sehari)
* dengar bayi menelan. glurpp glurppp * puas hati betul bila dengar bunyi macamni.
* baby nampak puas, ceria, otot & kulit baby sihat
* berat baby meningkat



image mat & minah salleh ini dicedok dari en. google . sekadar hiasan.

Perlu diketahui, ini adalah fakta benar bukan auta mengenai penyusuan susu ibu:

1) Air yang terkandung dalam susu ibu sudah melebihi daripada keperluan bayi. Oleh itu mommies tak perlu bagi air masak or air tambahan kepada bayi meskipun dalam cuaca panas.
2) Ramai mommies yang bimbang bila ada problem inverted nipple. Jangan risau kerana baby mendapat susu daripada payudara bukan dari puting. Galakkan bayi menghisap sebahagian besar tompok gelap payudara. Bayi yang menghisap puting dengan kuat semasa menyusu akan membantu memulihkan puting.
3) Pemakanan yang seimbang & berkhasiat adalah penting untuk mommies yang breastfeed. Jangan berpantang!!! Banyakkan minum air kosong manakala sayur-sayuran  dan buah-buahan adalah sumber vitamin untuk memulihkan kesihatan mommies selepas melahirkan anak.
4) Mommies yang breastfeed perlu mengelakkan untuk berdiet untuk kuruskan badan. BErdiet boleh mengurangkan zat makanan dalam susu ibu. Takpelah demox sikit demi anak.

Buat mommies yang masih baru dalam dunia breastfeed, pelajarilah teknik-teknik mengepam, menyimpan & memanaskan susu dengan betul kalau boleh sewaktu preggy lagi. Kalau dah beranak baru nak menuntut ilmu penyusuan pun takpe boleh jugak, boleh praktikkan untuk anak seterusnya. Kalau takde orang terdekat yang boleh membantu, en. google pun boleh tolong. Saya pun dulu banyak belajar dari en. google.com. MEmang mula-mula tu rasa serba canggung, rasa agak leceh, tapi lama kelamaan mengepam susu menjadi amalan & rutin saya di office yang lama kelamaan menjadi kebiasaan.

Kepuasan!!!!



 Love.Love.Love الحمد لله 



Saja nak share dengan mommies semua. Pengalaman yang saya lalui membuatkan saya mahu share dengan mommies yang lain tentang  ilmu penyusuan. Semoga dapat merasa nikmat dan kebahagiaan tatkala si anak merenung tepat ke arah mata kita ketika sedang menyusu. Bagaikan sedang mengucap a trilion thanks yang tidak terhingga kepada mama yang bagi minum susu mama. Perasaan masa tu, soopa doopa nice-lah. YEay!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, August 8, 2011

Jom Ke Bazar Ramadhan Stadium Paroi

BEst tau balik kampung time puasa puasa. Feel dia lain macam sikit. Yang paling best mestilah mom's cooking. LEpas tu bila balik kampung mestilah tak lepaskan peluang ke bazar ramadhan berdekatan dengan kampung. Arghhh kesimpulannya balik kampung time puasa memang syiokk habis. So last weekend masa di kampung kami pergi ke bazar kat Stadium Paroi. Setiap kali time puasa wajib singgah sini. Adik Zara tinggal kat rumah, kak NAyli jomss ikut.

Banyaknye sebenarnya bazaar kat sini. Semua pun tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Hahaha!

Yeay!! Saya nak cari gulai siput sedut masak lemak cili api sebenarnya. Nyot nyot nyot delicious. Siapa yang selalu makan mesti la tau kesedapannya.

Baru pukul 5pm dah penuh dengan orang.




Tak puasa tapi rambang mata. Nak jalan takmau orang pegang kang kena culik dengan UFO baru tau.




Macam-macam ada dijual, dari makanan utara, pantai timur sampailah selatan. Sedap or tak tu tak taulah. KEna cuba dulu baru tau. Bagi saya kalau peniaga tu memang berniaga makan oklah, ni yang time bulan puasa baru berniaga tu yang kadang-kadang buat spoil sikit. Kadang-kadang beli rasa macam membazir je, tak sedap langsung.



YAng kelakarnya SIL suruh beli kuih putu bambu. Haaaa tau tak kuih apa? Saya memang tak tau langsung. First time dengar. Ahaks!

Untuk siapa-siapa yang tatau, ni lah kuihnya. Yeay!!!




LEbih kurang macam putu mayam tapi upgrade sikit bentuk silinder. KAt dalam ada inti gula melaka.Sedap!

Dapat jugak makan ni! Ngidam weh! Waka Waka.




Apapun rasanya harga makanan sekarang mahal lah. KAdang-kadang nama je murtabak daging or ayam, tapi isi penuh dengan telur. Haishhh. Untung siapa yang pandai masak dan berniaga di bulan puasa.

*Selamat BErpuasa u ollss!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, August 7, 2011

Reunion Geng BAs Sekolah

Yeayy!!! GEng bas sekolah lepak ramai-ramai lagi.

Biasalah bila semua dah berkumpul suasana memang riuh rendah. Semua tak puasa, semua pun ada extra energy nak melompat dengan lebih tinggi. Hooyeahhh!!!

Fuiyoo budak-budak sekarang. Advancelah.




Dari kiri: Acheem, NAyli & Ajeem. Baby Zara kecit tak boleh join group ni lagi. Lepak main games. Ipad2.

Apa yang penting. Kerjasama!!! Jangan gado-gado ye.

Bila mama tolong wan masak, Nayli buat homework. 




A for apple, B for big mama. Yeay!! MAma saya memang big. Sobssss.



Syiok nye berpuasa di kampung. Malam ni after berbuka puasa dah nak balik KL. Sobssss. Macamni nak balik kampung  tiap-tiap minggulah. Mom's cooking terbaik wehhh. Yeayyy!! Seminggu kalau direct macamni confirm naik 10kg! Ahaks!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, August 6, 2011

Jalan-Jalan Naik Kereta

Bila nak berjalan jauh sikit dengan anak-anak kecik persiapan bawa barang memanglah macam apa. Barang-barang untuk hiburan anak dalam kereta pun dah macam-macam. Yelah kalau long journey anak cepat bosan. Kalau dah bosan mulalah meragam itu ini.

So kami nak balik kampung Seremban. Yeayyy!!!! Walaupun journey tak sampai 2 jam pun, tapi barang-barang untuk anak mesti ada.

Untuk baby Zara segala mak datuk toys especially yang ada music, yang bling-bling wajib adalah. Bila dah start nak menangis mama kasi bunyi yang ini, bila ini tak jalan mama kasi yang ini pulak. Hiks!

Doinkkk!!!




Untuk kak Nayli pulak senang sikit. Asal ada ni dalam kereta dah ok.



*tengah layan lagu Justin Bieber tu. Wallaweh.

Ingat lagi mama dulu kecik-kecik main konda kondi, galah panjang je. Kalau naik kereta pun ada toys biasa-biasa je lah. Tapi budak-budak sekarang bukan main advance. Layan Ipad2 beb. Dasyat.

Bagus jugak papa dah install banyak software dalam ni. Nak belajar ABC ada, 123 ada, nak dengar lagu ada, nak main games ada, nak dengar surah Al-Quraan pun ada, pendek kata macam-macam adalah so apelagi mama pun bolehla layan zzzzz dalam kereta jap. Yahooo!

Memanglah dunia makin advance sekarang ni.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, August 4, 2011

Adik Beradik Yang Kamceng

Saya ada dua orang anak yang sangat comel lote? Tak percaya mereka comel?





Describe in 3 words. Comel, macam-macam ragam & menghiburkan.

Nany in the making. Betul tak kalau saya kata kanak-kanak yang ada adik nampak lebih matang dari usianya? Ntahla tapi saya rasa macamtu kat Nayli.

Sekarang dah boleh tinggalkan mereka berdua. Dah tak buli adik. Boleh main sama-sama. Pandai layan adik. Kadang-kadang gurauan Nayli boleh buatkan adik Zara ketawa berdekah-dekah. Bukan buat apapun, Nayli cuma angkat-angkat perutnya. Takpun juih-juihkan bibirnya. Agaknya kanak-kanak lebih mengetahui apa yang baby suka kot.

Nayli. Sangat obses pada pencil or pen.







Bukan setakat buku or kertas, dinding pun dia nak conteng.

Zara pulak. Sangat obses pada bunyi-bunyian.




Kalau tengah menangis bagi music toy confirm senyapla.

Memandangkan sekarang ni tengah berpuasa so everyday masak kan NAyli bubur nasi je, so boleh la letak macam-macam dalam tu. Senang sikit. KAdang-kadang nak makan, kadang-kadang taknak, tengok moodlah. Kalau tak nak makan mama buat-buat merajuk tak nak kawan mesti dia makan jugak.

Nak cepat besar tak? Kenalah makan. Ini ayat biasa mama pada NAyli kalau susah nak makan.

Satu yang saya noticed bila tak hantar anak ke nursery ialah anak dah tak sakit. Kalau tak kejap-kejap batuk, baik minggu depan batuk balik. Lepas tu selsema, baik kang 2 minggu lagi selsema balik. Cuma demam je jarang kena. YElah kanak-kanak ramai, senang kena jangkitan penyakit kot.

Seronok jugak.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, August 3, 2011

Dugaan Exclusive Breastfeed Di Bulan puasa

Saya dah gantung beg sekolah pam. Dah basuh bersih-bersih dah dah simpan baik-baik dalam kotak takut kotor balik. Samalah dengan nasib cooler beg jugak.




Oh jangan lah salah faham. Saya masih exclusive breastfeed baby Zara. Insyallah sehingga titisan susu yang terakhir. Chewaaah.

Saya masih minum susu mama je-lah. Yahoooo!!!!



Ye! Saya adalah FTHW untuk sementara waktu. Kalau best sambung lagi. Saja nak berehat kejap lagi-lagi di bulan puasa ni. Penatlah. Penat dengan kerja dan juga orang sekeliling yang membosankan. Sebab tulah boleh bungkus beg pam tu jap. Everyday direct breastfeed je untuk baby Zara. Anyway saya rasa bulan puasa memang agak mencabar untuk ibu-ibu yang fully BF. Lagi-lagik yang bekerja dan pumping masa office hour. Letih. TAkpelah, itulah pengorbanan seorang ibu.

Alhamdulillah masih seperti dulu walaupun kakak dan adik kongsi sama-sama.



Memandangkan baby Zara sekarang 100% direct breastfeed, so everyday saya kena cairkan jugak frozen EBM ni dan bagi Nayli minum. YElah nanti expire pulak. Nasib baik kak Nayli tak reject fozen EBM ni. Saya pumping jugak, biasanya masa sahur & lepas waktu berbuka so hasil perahan saya pada hari ini akan saya gantikan semula untuk frozen EBM tadi. Tak laratlah nak pumping di siang-siang hari. Banyaknye alasan. Hiks!

Start je habis belajar dulu terus kerja. Actually tak dapat result exam final semester lagi tapi dah dapat kerja. Berkobar-kobar masa tu. Dululah. Tak sabar-sabar nak pegang duit sendiri. So ini adalah pertama kali rasa tak bekerja. Oh saya tak plan kot sampai bila-bila jadi FTHW. Ok jugak dapat tengok anak-anak membesar depan mata. Boleh lepak-lepak. TApi boring tu ada jugak. Eh seryes boringla duduk rumah je padahal baru duduk rumah tak sampai seminggu. Hiks! DAh tau dah movie ni pukul berapa, movie tu pukul berapa. Nak buat apa lagi? LAyan TV dengan anak-anak jelah. Lainlah kalau anak-anak dah besar memang saya angkut hari-hari makan meatballs kat IKEA. Hahahaha! Apapun terpulang pada masing-masing. Ada yang suka kerja, ada yang suka duduk rumah kan? Kalau nak cerita pasal letih rasanya mommies yang bekerja & mommies yang jaga anak kat rumah letih jugak. Sama je.

Happy je mama yang jaga.



Mama pun happy jugak.

Apapun saya ada baca satu rencana yang berguna untuk mommies yang breastfeed:

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.


Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.


Apapun badan kita unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya adalah konsep "permintaan dan penawaran" adalah amat penting. Oleh itu susukan bayi dengan kerap dan bagi bagi ibu yang bekerja ataupun yang berjauhan dengan bayi jangan lupa untuk mengepam susu setiap 2-3 jam sekali. Janganlah terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan meyebabkan kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stress yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, August 2, 2011

Kakak Dah 21 Months, Adik Pulak Dah 5 Months

Untuk anak-anak mama, selamat ulang tahun. Si adik lahir 2hb, si kakak pulak lahir 5hb so awal bulan ni mama buat entry ulangtahun sekaligus la yeh.

Yahooo! Zara Amani dah 5 bulan. Alhamdulillah still exclusive breastfeed. Selain beberapa kali makan ubat sebab demam, batuk & selsema yang lain-lain tu semuanya membesar dengan khasiat susu ibu sahaja. Hooyeahhh!!!

Kakak Nayli pulak dah 1 tahun 9 bulan. Makin bijak dan macam-macam ragam. Kelakar tau  layan Nayli sekarang. Oh ye lagi sebulan baby Zara dah boleh makan. Kat kepala mama ni dah macam-macam idea nak buat fruit puree untuk baby Zara. YAng terbaik haruslah air tangan mama. Yeay!





Jika mama tiarap  baby Zara dengan muka pandang kat bawah, baby Zara akan meregangkan tangan dan kaki serta melengkungkan bahagian belakangnya. Apelagi mengesotla. KAlau nak tinggalkan sorang-sorang atas katil dah kena buat retaining wall guna bantal. HAha ayat tak boleh blah mentang2 dulu study building.  Very dangerous. Kena susun bantal kat sekeliling katil. Belum ada sejarah jatuh katil lagik la. Macam kak Nayli dulu masa kecik, 2x jatuh katil Ayoyoyo.

Play together.




Lepas tu kan. Hahaahahah! HAbis kena buli. Eh bukan adik yang kena buli. Tengokla tu. KAkak yang kena buli. Hiks!

*Korek mata kakak! YAhooooo dapat balas dendam.




Seronok tengok diorang membesar. Walaupun nama lain-lain, sorang Nayli Dayana, sorang lagi Zara Amani tapi perangai masa baby lebih kurang sama je kot.

*Tak boleh la nak letak kejap. Haishhhhh.

Senyum lebar-lebar. Say cheese !!!!!




Comelnya.

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!