Semalam pergi beraye ke rumah makcik. Memandangkan makcik berasal dari Sarawak banyaklah dihidangkan ni selain dari kuih2 raye.
Pesta makan masih belum habis lagi okay. Hehe.
Kek Sarawak. Wah bestnye. Ni memang asli dibawa dari Sarawak ok.
Eh saye bukan nak cerita pasal raye or kek Sarawak ni. Actually nak cerita pasal NAyli. Semenjak dua menjak ni exact date tak pasti la pulak saye tapi rasenye since NAyli 9 months kot dia dah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan untuk berpisah dengan papa & mamanya. Sebelum tu Ok je.
Nayli mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, lagik2 jika dia penat atau meragam, dan jika papa & mama tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, Nayli mesti akan susah hati & menangis.
Mase tu NAyli cume OK bile dengan papa, mama & orang2 di nursery je.
Walaupun saye tak suka melihat Nayli bersedih & menangis, tapi kadang2 saye akan membiarkan NAyli melalui pengalaman ini.
Saye ade bace info yg mengatakan masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Masa meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Memang sukar apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi kerisauan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.
Itulah yang saye cube buat kat NAyli.
So mase kat rumah makcik tu opah & atuk NAyli pun ade gak dan NAyli dah boleh bersama dengan diorang. TAkdela macam sebelum ni taknak kat orang langsung. BErkepit je dengan papa or mama.
Tengokla tu, dia pun join discussion dengan atuk jugak.
Saye tak pasti adakah ini disebabkan penangan Raye sebab NAyli banyak jumpe orang2 yang tak dikenali. Tapi harap2 keadaan mcm ni akan berkekalan hendaknye.
Saye tau NAyli semakin membesar, bijak & mengenali orang sekarang. Sebab tu lah dia bersikap begitu kan.
Bijak dah anak mama sekarang ni
yelah tak lame lagi nak dapat adik pulak. Muax~! Muax~!