Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, November 23, 2012

Lapangkan Dada, Bersihkan Hati dan Tenangkan Jiwa

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari,

Jom kita cerita pasal marah.

Marah itu adalah sesuatu yang normal. Kadang kadang bila kita marah pada seseorang memang sukar nak memaafkan orang itu. Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik terutamanya perempuan yang sangat kaya dengan perasaan dan bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar walaupun tidak bermaksud berbuat demikian.Sememangnya bukan mudah untuk menjadi pemaaf. Sikap negatif yang kawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri seseorang.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).

Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan, dimalukan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Kalau boleh jangan terpahat di hati kita ungkapan... "aku ni susah sikit nak maafkan orang" . Selalu cuba nak buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Cuba tanamkan sifat pemaaf dalam diri. Saya pun selalu mencuba ke arah itu. Insyaallah.

Bila tengah marah sesuatu yang logik dan dirasakan betul tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau, mempengaruhi orang sekeliling supaya mempercayai apa yang kita cerita dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. 

Sesiapa saja berupaya menahan kemarahan dan mengakui kesalahan lampau walaupun mengaibkan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah dan sukar mengaku kesalahan sendiri adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Menjauhi maksiat juga dapat membantu melapangkan hati sebab maksiat adalah penyebab kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati. Dengan maksiat itulah yang membuatkan hati dan dada kita menjadi sempit,  jiwa tidak tenang, sentiasa menyalahkan orang lain dan marah.

Sabda Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titk hitam itu akan bertambah, sehingga menebal dihatinya. Itulah tutupan yang disebut Allah dalam Al-quran." (Al-hadis)


Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini. Sama-sama kita amalkan InsyaAllah

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Iaitu sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

"Forgive but not forget, or you will be hurt again. Forgiving changes the perspectives. Forgetting loses the lesson." [Paulo Coelho]



Waallahualam.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~