Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, January 8, 2010

great gift from nature~


Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat khasiat susu ibu

 

buku yg banyak membantu memberi pemahaman & inspirasi padaku. buku ini adalah pemberian my SIL coz dia adalah ex-staff nurse. ku start baca buku nie mase preggy lagik.


set spectra 3

ku start pam susu utk buat stok since 16 hari pas aku bersalin.... & bile ko masuk keje je ku ade lebey kurang 60+++ bekas yg ku simpan dalam botol MLO, Bumblee Bee, bekas dadih & liner... yg penting.. alhamdulillah til now baby ku da 2++ months... ku exclusive BF baby ku.... meaning takde ape yg masuk kat dalam perut baby ku seperti AIR MASAK, AIR BUAH, NESTUM, SUSU FORMULA kecuali SUSUKU SEMATA-MATA!!!!!!...... yeay~!!!!! semoga misiku untuk exclusive breastfeed for 6 months & meneruskan penyusuan sehingga umur baby 2 tahun berjaya~!!!!! amin~

Exclusive BF= breastmilk only (no Formula Milk, no solid foods, no pacifier, no air masak, Breastfeed more than 12x per day)
Fully BF= breastmilk + solid foods (no Formula Milk)

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia. Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri? Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).



" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Insya Allah besar ganjaran pahala untuk awak. :-)

    ReplyDelete
  2. wah! teruja nya saya tengok gambr EBM utk bby awak! Utk next baby, saya pun berazam utk mula menyimpan stok sejak dlm pantang!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~