Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, November 5, 2012

♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Assalamualaikum,

NAyli Dayana genap 3 tahun harini dipinjamkan buat mama. Alhamdulillah.


No celebration at all cuma buat makan makan sikit dengan keluarga, takpayahlah biasakan nanti takut dah besar kalau tak buat majlis harijadi terus merajuk dengan mama pulak nanti. Lagipun mama dulu pun tak membesar dengan suasana tu lah.

Cuma yang mampu mama doakan semoga NAyli Dayana menjadi ahli syurga mendengar kata mama setiap masa, sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik, minda yang cerdas, akrab dan erat kasih sayang dan hubungan dengan adik Zara, semoga Nayli Dayana menjadi khalifah Allah yang menjaga solat, menjaga iman, akhlak dan amal. Amin.

Alhamdulillah anak mama sorang ni becok mulutnya, comel dan selalu mengalah dengan adik Zara.




***********************************************


Warkah untuk Nayli Dayana.


Ke hadapan anakandaku Nayli,

Jangan takut untuk buat silap, setiap yang berlaku pasti ada yang pertama-kali-yang-dilakukan-dalam-hidup. Nayli akan jadi lebih matang apabila belajar dari setiap kesilapan yang Nayli lakukan. Kalau time Nayli baca ni, mesti Nayli dah matang dan dah boleh berfikir dengan baik, kalau time mama marah Nayli  untuk sesuatu yang tak baik, itu sebab mama nak cakap yang mama pernah makan garam dulu sebelum Nayli. Mungkin betul orang selalu cakap, macam mana kita sekarang macam tu lah anak anak kita nanti. Jadi kalau Nayli anak mama, mungkin Nayli akan berdarah separuh degil dan Nayli akan jadi budak yang suka mencuba, jadi mama takkan halang untuk apepun yang Nayli nak buat as long as Nayli guna kan kepercayaan yang mama berikan dengan sebaik-baik-baik-baiknya.

Ikhlas dari,

Mama Nayli di masa lepas yang sedang menaip di usia 3 series.

Kisah setahun yang lepas, @ 2nd brthday Nayli Dayana ;)

Kisah dua tahun yang lepas @ 1st birthday Nayli Dayana ;) Time flies.


********************************************



♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Nayli Dayana ♥♥♥

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli

1 comment:

  1. Happy Birthday Nayli..make proud of your parents ok!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~