Alhamdulillah walaupun di kira lambat tapi masih berpeluang mendaftar haji di Lembaga Tabung Haji.
Sebagaimana tercatat dalam sebuah hadis daripada Ibn' Abbas RA bahawa RAsulullah SAW bersabda:
Sebagaimana tercatat dalam sebuah hadis daripada Ibn' Abbas RA bahawa RAsulullah SAW bersabda:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Dulu ingatkan asal buka akaun di Tabung Haji akan secara automatik akan daftar haji tapi rupanya tidak. Untuk info bayaran minimum untuk membuka akaun tabung haji adalah sebanyak RM10.00 sahaja manakala bayaran minumum untuk membuka akaun tabung haji dan mendaftar haji adalah sebanyak RM1,310.00.
Lepas selesai mendaftar staff di kaunter bagitahu ikut kiraan tahun 2054 turn saya menunaikan haji. 41 tahun lagi. Glurpssssss.
Tapi janganlah takut itu cuma angaran saja mungkin rezeki kita untuk menjadi tetamu Allah lebih awal dari itu. Dari info petugas di Tabung Haji itu, bayaran haji untuk muassasah adalah sebanyak RM9,980.00 manakala untuk pakej bermula serendah RM21,000.00.
TEMPAT BERLEPAS | DEWASA (15 tahun ke atas) | 15 tahun ke bawah |
Semenanjung Malaysia
| RM 9,980.00 | RM 9,011.00 |
Sabah
| RM 10,110.00 | RM 9,141.00 |
Sarawak
| RM 10,065.00 | RM 9,096.00 |
Ibadat haji merupakan fardhu ‘ain ke atas setiap orang Islam yang belum menunaikannya dan memenuhi syarat-syarat wajib haji. Kewajipan haji itu ditunaikan sekali dalam seumur hidup. Biasanya selepas mendaftar untuk menunaikan haji, kita akan menunggu giliran selama 10-15 tahun. Insyallah.
Petugas di Tabung HAji itu juga memberitahu sekarang ni pun dah ada skim caruman mendaftar haji dengan menggunakan caruman KWSP. Syaratnya mudah saja mesti ada minimum RM1,300.00 di akaun 1 KWSP dan berumur tidak melebihi 55 tahun dan beragama Islam. Pendaftaran juga boleh dilakukan di Bank Rakyat dan Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP ye.
Yang paling penting kena konsisten menyimpan duit dan bermula dari sekarang membuat persediaan mencari ilmu untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima.
Jom kawan-kawan semua daftar haji. Semua orang memang bercita-cita ke sana tapi kadang-kadang tertanggguh untuk daftar di Tabung Haji kerana sibuk. Perlu diingat lagi lambat daftar, lagi lambatlah giliran kita. Sekurang-kurangnya bila kita daftar, ditakdirkan Allah SWT kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun Islam yang kelima atleast kita dah daftar haji cuma belum mendapat panggilan untuk mengerjakan haji
Wallahualam.
وَلِلهِ عَلَى ﭐلنَّاسِ حِجُّ ﭐلْبَيْتِ مَنِ ﭐسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً ج وَمَن كَفَرَ فإِنَّ ﭐللهَ غَنِىٌّ عَنِ ﭐلْعَٰلَمِينَ
Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.
Semoga bermanfaat untuk makluman kita semua..
Sekian.
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
Alhamdulillah.... bagusnya ko akma, salutelah aku dgn ko..... InsyaALLAH aku akan menyusul mengikuti jejak langkah ko..... :-)
ReplyDelete