Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, July 31, 2011

Shopping Pra-Raya Pun BErmula. YEay!!

Last day before menyambut puasa... Lets shopping yeyeyeyeyeyeyeyeye!

First time letak dalam baby seat. Mama dah tak larat nak pangku lah. Oh ok je rupanya duduk dalam ni. Dengan ini mama isytiharkan baby seat ini dah diturunkan wasiat dari kak NAyli ke baby Zara. Yahoo!!




Oh dah besar la adik Zara. Dah boleh pakai jeans Levis. Dulu ingat lagi masa first time pakai londeh je. Jeans ni actually for 6-9months & now baby Zara baru 4 months. Saja beli besar boleh pakai lama sikit. Ini pun dah macam muat-muat je.

Pergi mana ye kita hari ini? Mana lagi Sunway Pyramid here we come bebeh!!!

Ommm Emm JAyyyyy!!! Banyaknye kereta. Jammed giller naik fly over nak masuk ke Pyramid.  



Kalau bawa kereta manual memang tercabut sebelah kakilah.

Ramainye umat manusia yang bershopping di sini. Sale pulak sana sini. Rambang mata. Makan dulu. Tension tension. Dahla cari parking pun berjam-jam.

Lapar sangat kan? Jom makan kat sini. All you can eat.



Eh dah tukar tempat la. Now dah located sebelah dengan Jco Donuts. Sambil makan boleh ngadap pemandangan roller coaster kat Sunway Lagoon.

Charge dikenakan RM20/seorang. Buffet style. MAkan la selagi larat. Macam-macam ada.






Best kan? Sumbat selagi boleh sumbat. Burpsss Alhamdulillah.

Lepas makan apelagi. Shopping time-lah. Nayli tak habis ajak papa & mama main kejar-kejar. Happy ye dapat buli mama & papa.




Ada cik abang nak kawan. Nak bagi belon. TEngokla si sombong Nayli tu. Dia boleh lari pulak. Buat dekkk je kat cik abang handsome tu.



Nayli memang ikut angin pasang surut. Kadang-kadang friendly sampai mama yang kena kata sudah. Kadang-kadang kalau sombong macam ni lah.

Dah pandai demand sekarang. Mama, nak tu. Nak ni. Ingat mama & papa ni cop duit ke hahhh? Hiks!




Dah letih lari sini sana. LEpas tu memang suka buat macam rumah sendiri. Hah tau pun penat.




Pendek kata layan Nayli memang boleh buat mama turun 2kg seminggu lah! Bagus jugak tu.

Preparation for raya rasanya dah banyak yang beli. Bagus jugak shopping awal-awal ni. Bukan apa kalau beli baju tu ada banyak pilihan saiz la. Pilihan warna pun banyak. Kalau beli last2 minute selalunya saiz tu dah habis, ni dah habis. Lagipun Ramadhan nanti dah tak payah shopping dah kan. Takut terbabas pulak puasa tu nanti. Banyak godaan la katakan. Boleh percaya ke Ramadhan dah tak shopping? Hahahaha!

Happy-lah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Persiapan MEnyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pagi-pagi lagi dah bangun. Chill. Mama pun chill la jugak. Huwaaaarghhhh. Hello, its Sunday morning ok anak anak. Apakan daya. Sobssss.

Kak Nayli, adik Zara pinjam peha gebu jap ye. Nak baring-baring. Syiokk la tido atas ni. Macam tidur atas tilam Vono pulak.



Semakin boleh tolerate. YEah itulah kak Nayli. Sekarang nak tinggalkan mereka berdua pun dah boleh percaya. Kasih kakak dah makin nampak. Dah kurang buli adik. Dua-dua baru bangun. Dua-dua tak mandi lagi. LAyan cartoon dulu lah.Yeay!!!




KEmana hari ni???

Giant lah. MEmbeli belah barang dapur lah. KAn dah nak raya  puasa. Kurang 24 jam lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga keterujaan menyambut Ramadhan ini se'TERUJA' bershopping dan mengukur keluasan Jalan TAR dan SOGO untuk cari barang-barang raya. Hiks! Starting menyambut Ramadhan di sini sahaja Insyallah kalau takde aral melintang next week nak balik kampung di Seremban. Menyambut puasa di sana. KAmpung dekat je nak balik every week pun no problem. Aktiviti wajib nanti mestilah ke bazar Ramadhan. YEayyy!

Bila datangnya Ramadhan tersenyum jugak. Apataknya dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 saya berpuasa penuh sebab preggy. This year? Insyallah penuh la jugak kot. Biasalah breastfeeding kan membantu.

Ayam. Ayam. Murah. Murah. Beli sekor je tu pun nampak gayanya kena marathon makan ayam la. Hari-hari kena makan. Fridge dah penuh dgn frozen EBM baby Zaralah. Lambat-lambat masak kang busuk pulak.

Senyum tengok ayam. Suka makan ayam. Muka pun dah macam ayam. Hahahaha!



Haishh. Belum bayar dah nak minum. Other than barang dapur, beli barang anak-anak sekali. Ingat barang untuk anak-anak sikit ke? Pheww.




Kesian. Siapa yang tengok mesti rasa kesian. Tengokla.




Kalau tak sendal dengan bantal kang senget pulak kepala. TErpaksa lah buat macamni. Hiks! Baik je duduk dalam stroller. NAsib baik.

Anyway di kesempatan ini saya memohon ampun & maaf jika ada terkasar bahasa dalam penulisan, walaupun kita cuma kenalan di alam maya, jauh di mata dan tak pernah berjumpa tapi sejujurnya saya senang sekali dengan anda semua. Eh yelah saya memang tak pernah langsung jumpa rakan blogger. 

Salam RAmadhan dari kami sekeluarga, moga amalan kami ini mendapat keberkatan dari-Nya. Dah ada anak dua ni agak-agak ada aktiviti macamni lagi ke ye? Hehehehehe. Toksah la berangan.

‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Seth Tan takde di bulan puasa ni. Jangan jadik setan sudahla.


Tema baju raya tahun ni? Ooooo mestilah ada. Dah siap pun. Yahoooo!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, July 29, 2011

Dinner Yang Hebat

Last nite dinner terbaek!! Kami ke TGIF, The Curve.

Its big baby. Untuk mengelakkan Nayli lari sana lari sini, bagi jelah dia duduk dalam stroller. Adik Zara papa yang dukung.



Bila kak NAyli nak makan adik Zara pulak duduk dalam stroller. Gilir-gilir lah.



Ini Nayli punya.




Ni mama punya.






Ni pulak papa punya.




Adik Zara je tak makan. NAsib baik tak meragam kasi can kat mama nak makan tak ingat dunia ye? Hiks!




Semua sedap. Semua hebat. Semua habis licin menjilat jari. Alhamdulillah.



Burpsss. Kenyang giller. Banyaknye makan, takpela next week puasa boleh diet balik. Kononnnnnn. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, July 28, 2011

Adik Pakai, Kakak Pun Nak Jugak-Lah

Kalau siapa-siapa yang ada baby girl mesti nak pakaikan macam-macam accesorieskan. Kalau kecik-kecik macam baby Zara ni senanglah. Pakai apepun semua ok je.

Pakai hairband nampak comel je. Eh baby Zara ada double chinlah macam mama jugak.


Bila dah besar macam NAyli memang susah sikit nak pakaikan apa-apa kat kepala. Pantang mama pakaikan hairband mesti cepat je tangan tu nak tanggalkan. 

Tapi bila Nayli tengok adik Zara pakai, dia pun mulalah nak pakai jugak.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Hahahahaha! Selebetnya.

Haishhh kesiannya Nayli yang pakai sendiri ni. Tulah nak cepat sangat tak sabar nak tunggu mama pakaikan.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, July 27, 2011

Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club Subang, Yeay!!

Lame dah tak main bowling. Memang lame sangat. Rasanya last time main 5 years ago!! YEah!!  5 years ago ok. LAma kan......

Are you ready???



Sebelum main snap piccas ramai-ramai dulu. Lepas office hour je semuaorang terus shot pergi sini. Kitorang main kat Ole-Ole Bowling Monterez Golf Club Subang. Memang acara wajib tang bergambar ni. Yeah inilah dia bakal-bakal pembaling bola bowling pada hari ini ok

Semua happy. Semua excited. MEstilah happy boss belanjakan. Hiks!



Oh satu team 4 orang. Tengokla team saya. Semua import ok. Ni kalau tak menang tak taula nak cakap ape. German mari . Hiks!



Kitorang main 3 games. Fuh boleh tahan penat jugak yelah dah lama tak main, dah lama tak baling bola bowling. Semuanya dah lama. Tu yang pancit tu.

GAya seorang champion. YAng belah kiri tu ye. Ehem ehem.




First game dapatlah jatuhkan more than 100 pins. MAsuk 2nd & 3rd game dah pancit. HAishhhh. Tapi takdelah teruk sangat. 2nd & 3rd game dapat jatuhkan dalam 80++ pin je.

Oh my muahs muahs Enchek Husband pun ada jugak. Terror jugak main bowling. Tapi terror lagi saya. Hehehe.



Actually its my farewell party dude. Erksss. Yelah. Say goodbye to everyone. Say goodbye to big boss also. Keep in touch yawww.



Sayonara.

Saja nak bertukar angin. Tukar selera. Awwww. The greater the challenge, the geater the rewards. Cheers-lah.

Sekian.

Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

Wordless Wednesday #4 - الحمد لله


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, July 24, 2011

Ubat Oh Ubat YAng Tak Sedap

Biasanya bila anak-anak saya chewaahhh sekarang dah kena guna ayat anak-anak sebab anak dah 2 orang diserang batuk dan selsema saya tak bawa pergi klinik terus.

Sebab kat rumah pun dah berderet dengan segala jenis botol  ubat.



Yang besar, yang pendek, yang tinggi, yang kurus semua ada. Anak-anak saya biasanya kalau sakit tak lama sangat 2-3 hari dah sembuh ubat pun tak sempat nak habis so balance biasa simpan dalam fridge je. In future kalo diserang batuk, selsema or demam bagi balik ubat tu je lah. Saya dah check dengan doc boleh je tapi  jangan simpan ubat melebihi dari 3 bulan ok.

Nak tau tak pe'el Kak Nayli. Senang betul nak bagi makan ubat. Agaknya dia ingat ubat tu gula-gula kot?

Bagi je dia syringe ni. Untuk peringkat umur Nayli sekarang doc advise 4ml sekali telan.

Masa ni Nayli diserang selsema hingus hijau yang pekat lagik likat. Hiks!




Nanti slow-slow dia tekan lah sampai habis masuk mulut. Kalau lambat sangat mama je yang tekan bagi habis. Hiks!




Sedap sangat ke sayang??

Yang penting kalau anak demam kena bagi anak minum banyak air kosong sebab demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan dan tak payah lah pakaikan baju tebal-tebal sangat. Pakaikan anak dengan baju dari fabrik nipis dan ringan dan mempunyai aliran udara yang baik. Selain itu bagus juga kalau letakkan tuala sejuk di atas dahi kerana boleh menyokong keberkesanan ubat untuk menurunkan suhu badan.


Tapi biasanya kalau demam tak berapa panas saya akan elakkan bagi ubat dulu sebab setahu saya bila demam suhu badan menjadi panas sebab ini adalah tanda badan sedang melawan penyakit. Lagipun doc pernah bagitahu saya bila anak sakit sikit-sikit bagi ubat antibiotik lama-lama badan akan bergantung sepenuhnya dengan ubat je dan antibodi semulajadi dalam badan akan menjadi lemah untuk melawan penyakit.

*Sihat selalu la hendaknya anak-anak ku sayang. Anak sihat mama pun senang hati.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, July 23, 2011

Kompleks PKNS Dalam Kenangan

Bila datang sini semua memori dulu-dulu kala datang balik. Yelah tempat membesar kat sini. Hiks!

Lama dah tak jejak sini tau! YEay!




Kompleks PKNS, Shah Alam memang lah port rasmi bagi student UITM, Shah Alam. Kat Shah Alam nak pergi mana lagi. YElah dulu masa student manjang sengkek je kalau nak pergi KL banyak la pulak pitisnya yang keluar nanti. Lagipun kalau pergi Kompleks PKNS boleh singgah ke SACC Mall atau Plaza Alam Central sebab semuanya sebelah menyebelah je. Kalau pergi Plaza Alam Central pulak tak lain tak bukan nak tengok artis lah. YElah Muzik-Muzik dulu kan buat kat situ. Artis yang paling cantik bagi saya kalau tengok live? Absolutely Erra FAzira. DAh la tinggi. Memang cantik seyhh!!!

So hari ni pergi Kompleks PKNS dengan Enchek Husband dan anak-anak. LAst sekali pergi rasanya 2 tahun yang lepas kot. Macam biasalah walaupun belum start puasa lagi tapi suasana macam esok nak raya! YEay!




Hooyeah!!!! Berpinar mata kejap.

Baju kurung, baju kebaya, baju melayu, tudung syria macam-macam ada dijual. MEmang macam-macam pilihan tapi harga boleh tahan jugak lah.

Tengok ni. Baju budak-budak pun silap-silap lagi mahal dari harga baju mak budak tau.


Fuh.

Kalau kat SACC Mall yang paling saya suka mestilah kedai ni.


Segala mak datuk macam-macam jenis chocolate ada jual. Sedap-sedap pulak tu. Tapi tu pun cerita masa zaman student la. Sekarang ni dah tak reti nak makan chocolate-chocolate ni. Hehehehe.

Baby Zara pun happy jugak sebab pergi shopping.



Bagi kami sekeluarga persiapan untuk raya biasa-biasa je. Yang lebih mestilah untuk anak-anak. Yang penting baju kaler ikut tema big family dah ada. Hiks! 

*tak sabar nak melaram di pagi raya walaupun baju raya kena buat size XXXXXXXL. Sobsss.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, July 22, 2011

Dulu Saya Bersalin KAt Hospital Government Tapi Ok Je


Tengah preggy tak tau nak bersalin kat mana? Pening kepala nak pilih private or government hospital? Adus macam-macam betul kan. Bagi saya nak pilih tempat bersalin ni tak semestinya pergi hospital yang besar dan mahal-mahal . Yang paling penting  berhampiran ngan rumah coz senang nak pergi/balik, husband pun senang kalau ada apa2 yg tak cukup ke..

Selalu jugak dengar hospital government utamakan government servant je. Saya dan Enchek Husband tak kerja governmentlah. Statement tu tak berapa betul kot. Saya melahirkan dua-dua baby kat Hospital Sungai Buloh ok je pengalaman di labour room dua-dua pun hampir sama dalam 3 jam menahan rasa nak berak yang maximum tu.  Epidural or apa-apa suntikan untuk menahan sakit memang tak ambil lah. Bagi saya bersalin kat mana-mana pun sama yang bezanya cuma nilai yang kita perlu bayar. Hospital tempat saya bersalin adalah hospital rakan bayi yang bestnya  bila baby keluar je lepas potong tali pusat baby akan diletakkan diatas dada kita sementara proses mengeluarkan uri dilakukan. Ia bertujuan agar baby dapat menghidu bau badan ibunya dan boleh breastfeed dalam satu jam selepas kelahiran saat baby kita diletakkan atas dada itu adalah saat yg paling indah. Masa tu dah tak kisah dah nurse nak buat apa sakit pun hilang tumpuan hanya tertumpu pada baby. Belek habis cukup tak jarinya ada cacat ke. Hiks! Lepas uri dah dikeluarkan barulah nurse akan ambil baby untuk dibersih dan sambil itu mereka akan jahit luka bersalin. Lepas dah selesai dalam 20 minit baby akan diserahkan kembali kepada kita dan Enchek Husband pun boleh masuk masa bini nak beranak. Walaupun duduk kelas 3 tapi saya rasa takde masalah sebab bukan nak duduk lama cuma satu malam je best jugak boleh lepak kat katil mommies yang lain tukar-tukar cerita dan share knowledge apa yang patut.

Teringat masa nak bayar duit ward hubby standby RM200 sekali kena bayar RM53 aje. Hubby cakap nih baby yang jimat pastu susu free pulak lagi sebab breastfeed baguslah boleh simpan duit untuk perbelanjaan lain pulak.

Pada saya kalau kita tiada sebarang masalah kesihatan its ok bersalin di private hospital, tapi kalau banyak komplikasi better bersalin kat government je sebabnya ini pengalaman rakan saya sendiri kononnya nak senang dan selesa bersalin kat private alih-alih dia terpaksa dipindahkan ke GH juga sebab mengalami pendarahan teruk ketika bersalin (koma 3 hari) dan baby juga ada masalah kan susah namanya tu duit kena bayar sampai RM7ribu, tapi habuk apa pun tak dapat susah lagi ada. Macam saya lepas bersalin ada nurse datang rumah follow up kita & baby(kalau private tak tau pulak) lagi pun mana2 tempat bersalin sakitnya tetap sama. Apa-apa pun tepuk dada tanya poket.

Nayli masa 30w dalam pewot.



Yang best lagi memang banyak bestnya nurse ajar macam mana nak breastfeed. Haritu masa nak beranak dua-dua dapat doktor perempuan  altho nampak juga kat wad O&G tu ada doc laki. Masa check-up before balik pun dapat doktor perempuan. Alhamdulillah sangat-sangat

Kalau check-up masa preggy pun saye pergi klinik kesihatan. Klinik kerajaan lagi detail sebab ada officemate anak no 6 baru check up kat klinik kerajaan dan dia cakap selama ni dia check kat private hospital tak pernah lak kena minum air gula so kita paham2 sendirila kan macam mana check up kat private hospital tu.

Just my opinion, lain orang lain yang diperlukan terpulang pada masing-masing. Sekadar nak bagi pendapat di belog saya, yang lain terpulang kepada diri sendiri lah kan. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan a zillion of thanks to all HSB staff yang terlibat dalam proses kelahiran my beloved kakak Nayli &adik Zara. Jasamu sangat ku kenang dan bagi mommies yang nk bersalin kt Hospital Sungai Buloh or hospital government yang lain, jangan risau sebab bagi saya sakit bersalin tu same je, yang penting tawakal banyak-banyak. InsyaAllah Tuhan permudahkan urusan.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!