Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, September 28, 2012

Di Antara Sebab Baby Reject Untuk Breastfeed

Assalamualaikum,

Hmmm dah lama sangat rasanya saya tak menulis pasal penyusuan susu ibu. Yes, mungkin kerana saya dah tak breastfeed anak-anak saya lagi kerana disebabkan pelbagai perkara.  Arghh manusia memang banyak alasan. Bila orang sengaja nak pisahkan antara baby yang masih kecil molek dan mamanya sebulan lebih memanglah kan. Tettsss!!!

Walaupun dah tak breastfeed baby tapi saya ingin berkongsi sedikit mengenai ilmu penyusuan susu ibu. Biasanya dalam mengatakan sebarang sebab terhadap sesuatu perkara seperti masalah yang seringkali terjadi iaitu baby taknak menyusu, kita perlu lebih bersifat terbuka dan memikirkan beberapa possible causes. Terutamanya jika mommies yang tidak mendapat full info regarding the situation dan tak tengok sendiri mcm mana baby tu refuse to feed. Therefore, jika ada orang cakap antara sebab baby taknak direct breastfeed bukanlah disebabkan baby teething; adalah agak misleading, salah tau. Kerana, sudah diketahui bahawa teething juga adalah salah satu possible cause kenapa baby refuse direct feeding. Yeyeye biasanya bila baby dah start tumbuh gigi sulung mesti happykan sebab itu tandanya baby dah makin besar.

Kat sini ada senarai kebarangkalian kenapa jadi gitu. Tapi this list is not exhaustive. Maksudnya, mungkin saja ada lagi sebab-sebab lain kenapa baby tak nak breastfeed. Tapi boleh la check dulu satu persatu sebab-sebab yg diberi ni ye.

Dua fasa umur yang utama di mana masalah tidak mahu breastfeed ini sering berlaku:
1. Fasa awal kelahiran
2. Fasa umur 3 hingga 8 bulan

Sebab2 utama kenapa bayi enggan menyusu:
1. Cara penyusuan yang salah
2. Bayi yang nampak seolah olah enggan menyusu (Ibu salah anggap)
3. Bayi yang terganggu dengan sebarang perubahan
4. Bayi menghidapi penyakit, dalam kesakitan atau dilalikan

More details:

1. Cara penyusuan yang salah, antara sebabnya:
- Diberi susu botol atau puting kosong terlalu awal sampai timbul masalah niple confuse.
- Tidak dapat cukup susu kerana lekapan salah atau payudara bengkak atau sebarang masalah lain
- Kepala bayi ditekan dari belakang
- Ibu menggerak gerakkan payudara
- Susu terlalu banyak dan bayi tidak dapat mengawal penghisapan (mommies boleh pam sikit dulu sebelum menyusukan baby)

2. Bayi yang nampak seolah olah enggan menyusu (Ibu salah anggap):
- Cara bayi baru lahir mencari cari payudara (rooting)
- Terganggu (umur 4-8 bulan)
- Berhenti menyusu dengan sendirinya (>1 tahun)

3. Bayi yang terganggu dengan sebarang perubahan:
- Terpisah dari ibu (ini yang terjadi pada saya uwaaaa)
- Penjaga yang baru
- Ibu sakit
- Rutin di dalam keluarga yang berubah
- Ibu datang haid atau bau ibu berubah

4. Bayi menghidapi penyakit, dalam kesakitan atau dilalikan:
- Jangkitan
- Kecacatan mental
- Sakit akibat kelahiran traumatik
- Hidung tersumbat, sakit mulut akibat seriawan atau tumbuh gigi
- Mungkin mengantuk, ubat psikiatrik /ubat selsema/ubat batuk yang diambil ibu

Jadi, dari list ni, cuba fikirkan dengan keadaan mommy dan baby; kalau ada yang sama sebabnya macam kat atas tu ye. Again, at that age, teething juga could be the problem.

Salah satu cara nak atasinya bila baby dah mula buat perangai tidak mahu menyusu ialah cuba breastfeed baby waktu dia tengah mamai nak tido tu. Biasanya waktu tu yg paling mudah utk dia 'surrender'kan diri dia hehe sebab tengah lapar bangat. All the best mommies yang awesome!

Lagi satu, cuba banyakkan skin-to-skin contact iaitu biarkan baby pakai pampers saje, it works! Dan stopkan baby hisap puting ianya mengganggu breastfeeding. Bila baby prefer bottle jangan layan sangat biarkan je dia meragam nanti lame-lame mungkin dia ok balik.

Bila baby reject nak breastfeed memanglah Tuhan je yang tahu perasaan geram dan penatnya cuma saya sabarkan diri, dan anggap ini ialah growth spurt dia sebab dalam masa growth spurt, baby akan tends to be more fussier dari hari biasa dan ianya akan berakhir dalam 2-3 hari dan kadang2 sampai seminggu. Chill je jangan putus asa kalau boleh,ambil cuti sehari dua, melepak dirumah dengan baby  sebab bila dia lapar, boleh terus minum. Nanti boleh nampak perbezaan nya lepas tu. Insyallah baby akan mula sukakan direct feeding kat mamanye balik.

Apepun niat ikhlas mommies untuk memberi yang terbaik untuk anak anda sangatlah sesuci embun pagi and happy breastfeeding to all mommies yang awesome!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Wednesday, September 26, 2012

Short Article : Saya Suka Makan

Let the update begins with....... Subhanallah! Terlalu banyak benda yang berlaku lately semuanya baik baik belaka. Nowadays jiwa aku terasa sangat tenang dan aman damai. Yang paling best sangat happy bila bersama dengan anak-anak melihat mereka membesar depan mata, reaaalllllllyyyyyyy super duper great.

Apepun kerja memang meletihkan otak.

Kat office lukisan-lukisan pelan besar gedabak tetap memenuhi work station aku.  Ya, memang tak dapat dipisahkan dari dulu. Oh kenapa.

Terfikir jugak alangkah bestnye kalau jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Dahla makan free, semunye best-best pulak tu. Yes, the only thing yang boleh satisfiedkan aku bila tengah letih is ........................ FOOD!! Saya suka makan dan suka makan banyak sangat. I EAT A LOT. Kenapalah dulu masa kat 'u' tak amik course masak memasak. KEnapa? Why?

YAng bertambah kelakarnya ada sorang officemate aku pun dah tahu aku suke makan. So ada sorang chinese lady yang sangat baik hati ni bagi aku banyak gileee cookies sebab dia cakap, "I can see your happy face everytime you eat any food..." Thats why dia suka bagi aku bekalan cookies yang banyak giller. Bayangkanlah tak sampai 2 weeks aku kerja pun dah ada orang tahu perangai tak semenggah aku ni. Hahahaha, apepun aku sangat gembira. Sumpah tak pernah jumpa dengan orang yang sebegini baik. Yeay!!!!

Dan the most cool ever is semenjak aku bekerja di Seremban aku berpeluang makan lauk kegemaran aku. Everyday!! Tak lain tak bukan, masak lemak cili padi pedas berapi lah. Perghhhh yang pedas semestinye memuaskan hati. Life is superb ;)

Tengok jelah macam mana sihatnya aku nanti 2-3 bulan akan datang ;p Awwwwww.

Sekian saja cerita dari aku.



Remember, good things only come to those who optimist about his / her life. Be thankful!

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Monday, September 24, 2012

Bestnya Makan McDonald's Samurai Beef Burger

Assalamualaikum and happy monday blues oh yeay,

Harini tak payah la cerita pasal kerja ataupun monday blues kerana sememangnya cerita pasal kerja tu tak best. Itu biasa.

Jom cerita pasal makan lagi best. Ahak.

Perghh yang terbaru dari Mc Donalds. Samurai Beef Burger, another burger to try. Dah berada di pasaran since 18th September haritu. For limited time only. While stocks last. Ceh dah macam staff Mc Donalds pulak. Saya dah makan. The most delicious burger. Perghh sedap giller wa cakap sama lu. Bab makan memang no. 1 tolak batu dan kayu je KAHKAHKAHKAH.




Dagingnye lembut makan bersama dengan sos teriyaki.  Lepas ni kalau makan lagi nak order with two beef patties la pulak sebab memang tak puas makan sekeping je. Grrrrrrrr buruk lantak betoi. MAkan untuk hidup yabedabedu!!

Set ni datang dengan minuman Sakura Mc Fizz. Campuran air riben dan sprite. Bagus untuk kesihatan sebab kandungan gasnya kurang. TApi tak bagus kalau minum hari-hari.

Sila. Sila. Baunya yang menusuk kalbu dah cukup membuai perasaan.




Kalau nak lagi happening siapa yang order large set dapatlah Katsu Curry Mc Shaker fries. Bertambah best. Sebab dah makan shaker fries jom ber Ricky Martin jap. Oh La~ La~

Hola Amiga, Hola Amiga 
You're my temple of desire 
We'll go around the world in a day 
Don't say no, no 
Shake it my way, oh 
Shake your bon-bon 
Shake your bon-bon 
Shake your bon-bon 


Pulops dah. Cukup-cukupla tu. Apepun Alhamdulillah rezeki sentiasa murah. So tunggu apelagi jejoms ke Mc Donalds sekarang jugak.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Friday, September 21, 2012

Curi Curi Online Time Kerja

Day-4



Aku tengah online  kat office yang serba sejuk ni sambil menguap nak dekat sejuta kali. Harini dah hari yang ke-4 aku kerja. Deng. Aku patut lempang muka aku laju laju je skrang ni T___T Padahal aku  kerja orang bayar gaji boleh pulak aku duduk goyang kaki kan.

Aku rase ade sesuatu yang menakjubkan berlaku tengahari tadi, padahal takde laaa menakjubkan sangat ponnnn, aku memang suke hyperbolaaaaa. Kah Kah suke hati lahhh! Okey, aku better focus kat kerja yang telah diberikan kepada aku, koman-koman selama 3 bulan probation period ni aku kena lah jadi pekerja mithali. Yeay!! 

Almost 4 months aku duduk goyang kaki yeay now im back to work. Aku suka kerja sebenarnya ada kerja ada duit lagipun aku memang dah biasa terkejar sana sini. Rindu sebenarnye dengan suasana breakfast ramai-ramai buat air milo cicah biskut kering, pukul 12.45pm dah siap-siap kemas beg sebab perut dah lapar giller sambil mulut potpetpotpet jerit"nak lunch kat mana haa?" Pekerja-pekerja kat sini sangat 'dedikasi' tu yang aku suka sangat tu. 2x5 je  macam kat tempat lama dulu. Best. Best. Tapi masa aku kerja kat sini memang tak berapa nak bestlah, jujur aku cakap. Ok jugak mempunyai hobi bertukar-tukar tempat kerja baru sebab gerenti ada kenaikan gaji. Apepun jangan risau aku seorang yang peramah dan baik hati. Penuh perasaan dan perasan KAHKAHKAH. Tu belum review cerita hari-hari kat mana kami pergi makangggg for lunch. Kaki makangggg diorang ni semua. Habislah aku.

4 bulan jadi FTHW part duduk rumah jaga anak melihat anak membesar depan mata memang best tapi aku dapat rasakan yang aku cukup tak produktif sebab aku tak kreatif macam orang lain yang bila duduk rumah boleh buat macam-macam kerja yang berfaedah menambahkan duit dan mengisi masa lapang dengan baik. Teringat masa jadi FTHW aku suka tengok WHI dan ada satu hari rancangan WHI pasal Al-Quran. Salah satu panelnya adalah ibu yang mendidik anak-anaknya untuk hafal surah Al-Quran. Dia ceritakan pasal dia punya determination dan keinginannya untuk jadikan anak-anaknya saham terbesar di akhirat nanti. LEpas tu ustaz tu sambung "menurut Yusuf Qardhawi, ajar anak menghafal Al-Quran dulu..." 

Aku juga paling suka dengan quote dari Prof. Dr. Muhaya IKIM iaitu:

"Syurga itu mahal. Anak adalah saham terbesar untuk dijadikan pencen kubur.......".

Ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Banyak lagi yang aku impikan dalam kehidupan ni. So far so good Alhamdulillah Allah SWT permudahkan permintaan aku yang satu ni.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Petua Menghilangkan Penyakit Busuk Hati

Assalamualaikum,

Dah Jumaat dah pun nowadays memang duk mengira je bilalah nak Jumaat ni bilaaaaaa!!! KAlau dulu rasa macam eh cepat betul dah Jumaat. HAHAHAHA. Sesiapa yang baca status updated wall kat FAcebook taulah apa yang saya maksudkan. HAri-hari updated macam takde kerja lain pulak kan. DENGGGG!! BAbai tidur pukul 2pagi. Welcome bangun pukul 6.30 pagi. Heh.

Apepun di Jumaat yang mulia ni memanglah penghulu segala hari marilah kita semua bermuhasabah diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Sama-samalah kita berdoa minta dijauhkan dari penyakit busuk hati kepada sesama manusia. Insyallah. BAyangkan kita ni berada di depan api neraka masa tu kalau menyesal memang dah terlambat. Manusia ni makin lama bukannya makin muda. Ustajah la pulops.

Tahukah anda kat dalam dunia ni jenis-jenis penyakit memang banyak. Tak terkata banyaknya.

Diantaranya ialah penyakit iri hati, fitnah, hasad, prasangka buruk, khianat dan sebagainya. Cara untuk mengelakkannya senang je.

1. Jangan banyak berbicara. Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga emosi dan nafsu. Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh kerana itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan, antara lain, seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.


3. Selalu Mengingati Allah SWT. Rajin bersolat, baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.


4. Jangan bergaul dengan orang yang ada penyakit hati. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t. YElah tak pasal-pasal kita pulak yang menjangkit sama.

CErita tamat. LEarnt lesson. Time flies. I'll be right back japgijapgijapgi kan dah cakap today is Friday so chill jelah. Yeay!!!

Bila kita nak berbuat sesuatu kita kena ingat Allah. Bergembira itu tidak salah. Chillax.

Thanks for reading and stay tuned nantikan 2nd entry untuk hari ini. Oh LA~ La~

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

Tuesday, September 18, 2012

Ooo Rupanya Umur 3 Tahun Tak Boleh Masuk Tadika Lagi

Asalamualaikum,

Selalu jugak imagine macam manalah NAyli Dayana bila dah start ke sekolah nanti. NAmpak gaya macam dah tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Bawa beg, cium tangan mama then tak habis-habis ucap babai mama. Bila mama tanya nak pergi mana. Skolahhhhhhhhhh!!! Lepas tu pintu rumah berkunci tak boleh bukak then datang balik diri sebelah mama. Lompat-lompat. Sengihhhhh. 

Dunia sekarang semua kena pantas bukan macam dulu. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak ketika dewasa pula umpama mengukir di atas air. Lainlah dulu umur 6 tahun baru masuk tadika. Umur 7 tahun masa darjah 1 barulah pandai membaca dengan betul. Dulu lain, sekarang lain. Memang pun.

Tadi first time survey kindergarten dekat sini. Tak banyak yang ada, cuma nampak satu je. Little Caliphs. Uniform kat sini sangat comel. Budak perempuan pakai jubah & tudung.

Jumpe pengetua dan tanya details.

Registration RM1000+++ (woww!!) Monthly kindergarten = RM230. Kami cuma menerima kanak-kanak 4 - 6 tahun. Dulu kami pernah menerima kanak-kanak berumur 3 tahun tapi akhirnya diorang tak boleh catch up belajar bersama kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas. So kami dah taknak ambil kanak-kanak yang berumur 3 tahun lagi. Anak puan berapa tahun?

Erkss 2 tahun, bulan 11 ni baru nak masuk 3 tahun. Heh.

Oh kecik lagi rupenya anak mama. Arghh terburu-buru sungguh mamanye. Eh betul ke kecik lagik??

Korang hantar anak pergi tadika masa umur berapa ye?? Kecil kecil si cili padi. Oh La~ La~ ;p

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





                       


 

Sunday, September 16, 2012

Peranan Sebenar Mentua-Mentua Dalam Perkahwinan Anak

Assalamualaikum,

Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memang impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, harus diingat bahawa keharmonian rumahtangga turut membabitkan hubungan mesra dengan keluarga isteri atau suami, khususnya ibu dan bapa mentua.

Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Tetapi biasanya konflik atau hubungan yang pada mulanya baik baik belaka akan menjadi tidak baik antara mentua dan menantu selalunya akan   terjadi apabila mereka tinggal serumah ataupun tinggal berdekatan contohnya selang tiga rumah. Meskipun hari ini jarang anak menantu dan mentua memilih  untuk tinggal serumah atau berdekatan, tapi ada juga suami yang lebih dikenali sebagai anak emak yang lebih selesa tinggal di bawah ketiak makbapaknya dalam erti kata lain tinggal berdekatan dengan keluarganya tanpa memikirkan perasaan pasangannya sama ada setuju ataupun tidak dan langsung tak diajak berbincang, dimana keluarga mentua pun memang sangat bersetuju dengan tindakan si suami iaitu anaknya itu yang akhirnya mengakibatkan konflik rumah tangga yang sangat teruk kerana campur tangan mentua sehingga mengakibatkan penceraian.

Kita juga pernah diingatkan dengan nasihat dan pandangan oleh bekas Pegawai Agama Istana NEgara, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz yang menyatakan:


“Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”
“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”

Memang ada kes mentua yang suka campur tangan rumah tangga menantu seperti menghasut, memandang kecil kepada menantu, terlalu mempercayai kata-kata anak dan menyalahkan menantu atas segala permasalahan yang timbul seperti menuduh menantunya nak enjoy saja bila ada hal yang perlu dilakukan juga sehingga sanggup mengunci pintu kerana tidak membenarkan menantu masuk rumah hanya kerana termakan dengan hasutan anak dan sebagainya. Sehinggakan, ada juga mentua yang hanya sayangkan cucu saja sedangkan menantu langsung tidak pandang.


"Jangan atas nama 'Bir Walidain' (Berbuat baik kepada ibubapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri"


Konflik hubungan antara menantu dan mentua bukan saja berlaku pada zaman dulu, tetapi juga sekarang. Biasanya jika masing-masing mengetahui tanggungjawab masing-masing supaya tak perlu masuk campur tangan dalam hal rumah tangga anak-anak sebarang konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada perceraian tidak akan timbul. Paling penting  jangan mendengar sebelah pihak saja kerana masing-masing ada kelemahan dan kesalahan sendiri. Benar, tiada manusia yang sempurna di dunia ini walaupun anak sendiri. Manusia sanggup melakukan apa saja walaupun menipu semata-mata untuk menyorokkan kesalahan. Apabila sering menipu untuk menutup kesalahan sendiri lama-kelamaan sikap menipu sudah menjadi kebiasaan sehingga tidak merasa bersalah langsung untuk menipu manusia lain demi untuk menutup kesalahan sendiri walaupun terpaksa menipu ibu bapa sendiri. 

Di zaman mutakhir ini sebahagian manusia sudah hilang rasa malu dengan orang sekeliling, disebabkan hilang perasaan malu pelbagai tingkah laku tidak senonoh ditonjolkan secara terbuka contohnya seperti hubungan intim di antara suami orang dan isteri orang bagaikan sudah menjadi perkara biasa. Mereka ini sepatutnya malu untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan maksiat. Malu adalah sebahagian dari iman. Sifat malu sangat penting dimiliki oleh setiap muslim. Diriwayatkan oleh Bukhari, RAsulullah lebih malu sifatnya dari seorang gadis. Itulah pentingnya memiliki sifat malu kerana jika ada perasaan malu, seseorang muslim dapat mencegah dari membuat perkara yang dilarang.

Tidak dapat dinafikan sebagai manusia, ibu juga tidak terlepas daripada kesilapan seperti bersikap memilih kasih sesama anaknya. MEskipun mentua selalu mengungkapkan kata-kata "mak tak pernah membeza-bezakan antara anak-anak dan menantu-menantu mak" tapi kadangkala apa yang selalu disebutkan hanya di lidah saja. Setiap anak yang dikandung semestinya istimewa dan mempunyai kelebihan masing-masing. Jika sudah biasa memberi tumpuan kepada anak sendiri, ibu juga apabila menjadi mentua hanya memberi perhatian lebih kepada anak dan sering mencari salah menantu saja apabila timbul sebarang masalah. Banyak konflik yang terjadi akibat sikap mentua terhadap menantu seperti suka adu dombakan keluarga termasuk ipar duai, menghasut anak sehingga menerbitkan perasaan serba salah kepada pasangan dan sentiasa mendahulukan orang lain dari mengutamakan menantu.


"Ketaatan kepada ibubapa memang sesuatu yang wajib, tetapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu mengikut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama"


Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami. Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibubapa adalah segala-galanya sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti sehingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan. Kesilapan dan kekurangan boleh diperbaiki jika suami bijak mengendalikan masalah yang timbul. Suami perlu meletakkan perjalanan hidup berumah tangga pada landasan yang ditetapkan agama dan janganlah terlalu mendengar dan mengikut telunjuk orang lain sahaja. Justeru, dalam hal ini amat penting suami mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Memang banyak kes-kes penceraian berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tetapi puncanya dalah sama kerana si suami tiada ilmu dan tiada pendirian dalam rumahtangga.


Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.......

Lemah......

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga...

baik sang suami baiklah rumahtangga. Buruk sang suami hancurlah rumahtangga....


Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. YEah you heard me perempuan ada 9 NAFSU DAN 1 AKAL. Kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa pathetic gila orang perempuan. KAsihan perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik, terpelajar but actually ada 1 akal je. Hahaha! Sebab tu perempuan ni pendirian sangat tak tetap. Tak stabil macam jet ski yang dilambung ombak masa air pasang. HArini dia kata lain, the next day dia kata lain. Kalau tak terima pendapat mereka, perempuan akan marah. HAha cool bukan? Tak dengar cakap je marah heee itulah specialnya perempuan, we are allowed to marah marah like crazy once in a month without being scolded back. Ada juga perempuan yang mood swing marah-marah disebabkan sesuatu, lebih lebih lagi ketika mengandung. Suami perlulah mengambil tahu semua perkara ini dan peka dengan perubahan isteri.

Dalam kebanyakan masalah yang berlaku, keegoan suami sering menyebabkan isteri memendam rasa dan tidak merasakan dirinya juga manusia yang berhak untuk bersuara. Pendapat dan suara isteri selalunya tidak diendahkan oleh suami yang beranggapan sebagai ketua keluarga dia berhak melakukan apa saja yang diingini apentah lagi bila mentua yang tidak tahu cerita hujung pangkal masuk campur dan memburukkan lagi keadaan. Sikap terlalu banyak bersabar dan memendam rasa akhirnya menimbulkan konflik dalam jiwa isteri apatah lagi jika si isteri keseorangan tidak mempunyai teman, keluarga dan saudara mara berdekatan. Biasanya sikap isteri yang sudah terlalu banyak memendam rasa dan bersabar akan menimbulkan konflik dalam jiwa si isteri, Keadaan ini akan menyebabkan isteri memberontak dan membawa kepada keadaan yang tidak dikawal lagi. LAzimnya bila keadaan begini berlaku jika isteri tinggal berdekatan dengan mentua, si isteri tetap dipandang salah tanpa cuba dicari apa punca masalah sebenar ataupun diajak berbincang.



Kalau di pihak isteri semakin isteri bersabar semakin berlipat ganda pahalanya...

Kalau selalu mengalah mungkin ada rahmatnya.....

Tapi hidup berumahtangga ini untuk selamanya, bukan untuk sehari dua....

Mampukah kita bertahan.....


Isteri sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara memberikan pendapat atau meminta apa-apa yang layak baginya sebagai seorang isteri seperti yang ditetapkan oleh syarak. Suami tidak sepatutnya bersifat autokratik atau ingin menggunakan kuasa sepenuhnya tanpa mendengar sedikit pun pendapat isteri dan hanya mengikut telunjuk keluarganya saja.

Kesimpulannya, tiada perselisihan yang tiada jalan penyelesaian. Setiap orang ada melakukan kesilapan, tetapi penyelesaian kepada masalah itu bergantung kepada setiap individu termasuklah konflik antara mentua dan menantu. Biasanya konflik rumahtangga bila melibatkan campur tangan dari mentua memang akan menjadi lebih teruk.

Tidak jatuh maruah suami jika mengaku kesalahan yang dilakukan. Itulah jalan sebaik-baiknya untuk mengekalkan kebahagiaan hidup berkeluarga. Mengaku kesalahan bertujuan untuk diambil tindakan memperbetulkan.

Tidak dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin tanpa mengikut tunjuk keluarga semata-semata. Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Yes, perempuan memang terlebih emosi kadang-kadang.

Ingatlah para suami, isteri kamu sanggup meninggalkan ibu bapa dan saudara-saudara mereka demi mengikut dan tinggal bersama kamu. Oleh itu janganlah sekali-kali kamu mempersia-siakan pengorbanan mereka. Kamulah yang akan mengisi kekosongan tanggungjawab ibu bapa dan saudara mereka. Mereka adalah insan yang lemah dan sering diselubungi emosi. Mereka amat memerlukan perlindunganmu yang dipenuhi dengan naungan kasih sayang, senyuman dan erti kepercayaan. Mereka juga memerlukan tunjuk ajar yang baik, nasihat yang berguna dan dakwah yang berhikmah. Ingatlah isteri kita adalah ibu kepada anak-anak kita. Ia juga adalah sekolah kepada anak-anak kita.

 

Apepun yang penting sekali yang harus ada pada setiap lelaki




  • Taat kepada Allah dan Rasul-Nya kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk memimpin keluarga.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
  • Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  • Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
  • Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan sunat.
  • Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
  • Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
  • Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
  • Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.


  • Nauzubillah.




    Kadangkala apabila seseorang manusia ditimpa musibah syaitan sentiasa membisikkan kata-kata manis supaya manusia itu mengikut kata hati untuk bergembira dan berbuat sesuatu yang dilarang bagi melupakan masalah yang ada. Semoga dipelihara hati dari kemungkaran dan dijauhkan dari dosa dan titik hitam yang menyesatkan.

    Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang ditempuhi pasti akan digantikan dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1 hingga 8 yang antara lain maksudnya

    "Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan....."

    Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (al-Baqarah:45)

    Sekian.

    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

     

    Saturday, September 15, 2012

    Snow Ice @ Ice Room, Taipan Senawang

    Assalamualaikum,

    Serius cakaplah saya ni bukannye penggemar ice cream sangat. Makan sejuk sejuk sometimes gigi rasa ngilu. Lelagik bila dah beranak pinak, alaa taknakla makan ice cream nanti bebudak ni pun mesti nak join sama. TAk elok budak kecik makan benda yang manis dan sejuk-sejuk ni selalu nanti lemah-lemah badan bila besar nanti. Lainlah mama imune badan kuat makan snow ice ni hari-hari pun ok jer. KAHKAHKAH

    Tapi dengan ice cream kat Ice Room ni memang saya addicted habis. Dekat sini ada Tutti Frutti dan Ice Room. Memang prefer Ice Roomla. Rasa ice creamnya yang diparut halus bila makan memang rasa chill habis.

    Oh La~ La


    I was having black sesame and my friend ordered the mango (all time favourite yeay!!)

    Everything below RM10 je. Berganda-ganda lagi murah dari Tutti Frutti. Sedap pun sedap. Jimat oh jimat.


    Ada juga dijual side dishes lain seperti spagetthi, noodles and others tapi bagi saya tak best sangat ;p Makan mee goreng kat kedai mamak hujung tu lagi best TROLOLOLOLOL.

    Ice Room dulu kini dan selamanya. Kisah Ice Room Part I.

    So kalau datang Ice Room memang stick order snow ice je lah. Makan ice cream tekak pun rasa nikmat sejuk sambil lepaking and gossiping memang tak rasa masa berjalan dengan pantas. Oh dah lewat petang  tengok tu kejap je dah nak malam jom balik. OkBai!!

    Sekian.


    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

     

    Friday, September 14, 2012

    I Wanna Be Better =)

    Assalamualaikum dan salam Jumaat,


    Statement kat atas tu. Faham tak ape maksudnye? 
    Grrrrrr.


    Ape yang terjadi atas diri aku sekarang agak-agaknye mesti future self aku akan bengang ngan diri aku yang sekarang ni nanti. Iskk janganlah macam tu.

    Bila sesuatu yang anda impikan tak menjadi kenyataan dan tak berkekalan, jangan fikir apa yang dah berlalu, jangan ungkit pape yang sudah berlaku, biar lah sejarah jadi sejarah, jangan simpan sakit hati, jangan dengki dendam apentah lagi jauh sekali, sebaliknya selalu lah doakan yang terbaik untuk orang itu. Melihat kebahagiaan pada seseorang, itu adalah sebaik-baik kebahagiaan sebenarnya, bagi pendapat aku lah =') Siapa yang tak setuju dengan pendapat aku sudah. Pergi main jauh-jauh.

    Doa, adalah sebaik baik hadiah yang kita boleh bagi. Kalau lah takdir dah menentukan takat tu saja, jodoh sudah tiada dan lepaskan apa yang ada for good, dan doakan yang terbaik. Orang yang tabah, adalah orang yang mampu lakukan pengorbanan namun masih boleh rasa nikmat kebahagiaan. Pedulikan tangisan dan perasaan dan masih boleh senyum kegembiraan. Hati sendiri dah hancur musnah tapi masih boleh dengar dan berkongsi orang lain punye masalah. Tabah itu sebenarnya tak susah!

    Just look forward and enjoy lifeeeee :')
    Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita kita sume.

    Hmm ramai betul kawan-kawan yang bertanya pasal diri aku sekarang. Terima kasih pada yang sudi mengambil berat. Siapa yang bijak pandai mesti boleh baca apa yang terjadi. Arghh sesiapa pun boleh agak punyelah. Aah yelah tu. Betul.

    Enjoy and appreciate your life.
    Happy weekend peeps!!
    O___O

    Chow.


    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

     

    Wednesday, September 12, 2012

    10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

    Assalamualaikum,
    Makan memang best. Apentah melantak lagi best. Dulu taktau apsal nafsu makan terlalu kuat dalam fikiran asyik nak makan je. Itu dululah. Selera makan bertambah mungkin bersebab, ye tak?
    Sekarang tidak mahu makan banyak lagi. Ok zaman makan banyak time raya sudah tamat. Sudah sudah la tu. Seringkali makanan berkolestrol tinggi menjadi pilihan kita kerana rasanya yang lebih sedap menjilat jari.
    Nah, ini dia disenaraikan 10 jenis makanan yang dapat mengurangkan kolestrol. Jom kita bertukar kepada pemakanan yang sihat pulak.
    1. SOYA
    Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
    2. KUACI
    Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
    3. BUAH KERING
    Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
    4. EPAL
    Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
    5. IKAN TUNA
    Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
    6. KACANG TANAH
    Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
    7. MANGGA
    Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
    8. KISMIS
    Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
    9. OAT
    Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
    10. JAMBU BATU
    Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

    Rasanya tidak salah sekali sekala makan fast food seperti KFC, MCD dan sebagainya tapi janganlah menjadikannya sebagai amalan rutin. Membahayakan kesihatan pelbagai jenis penyakit yang menanti akibat pemakanan yang tak seimbang.
    Sekian.


    Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p