Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, July 14, 2010

Saye YAng Preggy

Ermpss, skang nie situ sini sana sinun org tanye saye dah preggy bape bulan. Dalam FB, email, YM, SMS. Macam mane nak jawab ye. Hehe. Sebab saye pun tak kira dan tak fikir. Baru sangat lagi. Ade lebih kurang 8 bulan lagik saye akan menghadapi situasi ni.Sebab saye rase kandungan saye dah sebulan lebih. HAhahahaha rileks dulu.

Ini bukan perut saye tapi perut saye lebih kurang mcm nie la, slim lagik. HiksHiks!

Yang berubah cuma saye dah start makan acid folic balik. Mommies yang pernah preggy taula ape benda nie kan. Hiks!



Simptom kali nie sangat best. Loya tapi tak muntah. TAk macam dulu sangat teruk. Walaupun saye bukanlah perempuan yang senang menangis tapi saye kalah mase perjuangan mengandungkan baby NAyli mase trimester 1 sebab keadaan saye sangat teruk. Satu hari  sekurang2 nya adalah 5x kali saye akan muntah. Muntah yang bukan sikit2 tapi dah macam nak terkeluar semua usus dalam perut saye nie. Tak caye tanye adik saye, Sofea. Ingat tak sessi muntah2 kat The Curve dulu. Hahahahahahaha!

Saye masih menyusukan baby NAyli seperti biase. Alhamdulillah. Cuma production susu yang agak down. Disamping keadaan saye yang agak penat untuk pergi pam kat office. YA! Saye mudah rase sangat rase penat & lesu sampaikan boleh tertidur kat office.TAk larat rasenye nak turun naik pam dari tingkat 2 ke bawah tue. Tapi ku cuba gagahi jua. Hehe. CAyukkkkkk!

Okla saye rase sampai sini dulu saye update cite pasal preggy. Sebab masa masih panjang kalau hari2 update cite pasal preggy selama 8 bulan nie pun bosan jugak kan. Hehehehe. Doakan saye berjaya menempuhi hari2 mendatang dengan sabar sebab baby NAyli semakin bijak dan kehendak pun dah macam2. Mama tak larat nak dukung baby NAyli selalu! Hehehehhehee. Alamatnye pass kat papa jelah. YAbedabedu! 


Saye ade bace info kat SINI pasal umur sewaktu mengandung yang mengatakan:

Seelok-eloknya wanita harus melahirkan anak sebelum berusia tiga puluhan. Walaupun anda masih boleh mengandung dan melahirkan cahaya mata yang sihat selepas umur tersebut, tahap risiko anda meningkat terutama selepas usia 35 tahun.


Wanita berusia 35 tahun ke atas lebih cenderung mendapat tekanan darah tinggi, diabetis atau fibroid (ketumbuhan bukan barah) di dalam rahim. Bayi yang dikandung juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sindrom Down dan lain-lain keganjilan kromosom. Jika anda berusia lebih 35 tahun, anda memerlukan perhatian perubatan yang lebih apabila mengandung.

BTW ermpss mak saye kate ngandung anak dekat2 takpe, sebab tiap2 anak yg lahir ada rezekinya tersendiri...

Monday, July 12, 2010

Selamat Pengantin Baru, Faranesha!

Sabtu lepas kami pergi Selayang, ade kenduri kahwin member mase kat Uitm Shah alam dulu. Tak susah nak cari tempat sebab Enchek Husband memang dah familiar dengan kawasan ni.

Baby Nayli baik sahaja duduk dalam seat nya.




Terpaksa parking jauh sebab kiri kanan jalan dah penuh dengan kereta. Kami pun datang lambat sebab mama baby NAyli bangun lambat. Hiks!





Exercise jalan kaki sikitla memandangkan kami park kereta jauh.

Wah baby Nayli untung la papa dukung. Tak payah penat2 jalan ye. Tak aci mama pun nak dukung jugak. Muahahaah!




Punyela lambat kami sampai sampaikan pengantin pun dah habis bersanding. Yang dapat snap pic pelamin je sebab mase nie pengantin dah berarak ke meja makan.



Tema kuning. Semua ahli keluarga pakai kuning. Ceria sungguh.

Antara senarai hantaran.


Best. Iskk rugi dulu mase kahwin tak demand mintak lappy. hiks!

Wah lauk kenduri memang best sebab ade ikan keli. i like..........




Saye nie memang suke sangat makan ikan keli tak tau la apsal. Kalau lunch time kat office tue hari2 amik lauk ikan keli. Tak ikan keli sambal, gulai ikan keli, ikan keli bakar. Tak rase boring pun makan benda yang same hari2. Konpius jugak....

Yang kelakarnye kami bagi baby Nayli rase buah tembikai. Punyela dia asyik nyonyot tembikai tue sampaikan bile kami tarik dia marah. So nyonyot je la dia ngan tembikai tue tak berenti.


Terpaksa alas baju dengan tisu sebab habis dah basah baju angkara tembikai yang taknak dilepaskan itu. Isk Isk



Ape yang sedap sangat tue baby Nayli???? Lagik sedap pada susu mama ke? Iskk Iskkk

Otw nak balik tue kami singgah kat taman ape ntah kat alaa yang dekat dengan Batu Caves tue. Kalau petang2 memang penuh org main layang2 tapi sebab kami sampai awal lagi dalam pukul 4pm so takde org main layang2 lagik.





Yabedabedu~!




Papa & mama pun dah penat. Ok babai kami dah nak gerak balik dulu.




Sampai rumah hari pun dah petang, perut pun dah kenyang. Lepas nie ade kenduri kahwin lagi ke ye? Oh kene check nie rasenye dah takde kot.

Sekian.

Status Saya Sekarang Ini

Ape perasaan anda kalau anda adalah ibu yang fullly BF dan mengandung. Oh itu la situasi yang saye rase di saat ini. Sambungan dari entry SINI , so last weekend saye pergi check up kat klinik, seperti biase test air kencing adalah positif  jugak tapi mase scan nampakla karung dalam perut saye tapi macam kosong, tak nampak ape2 dalam tue. KEmungkinan besar doc cakap kecik lagi sebab tue tak nampak so saye diminta datang sekali lagi pada awal bulan depan.




Perasaan saye??? Ok je. Sebab saye ade Enchek Husband yang sangat best yang membantu saye di saat saye perlukan cuma satu je lah yang mungkin saye ralat iaitu breastfeed baby NAyli sampai 2 tahun???

Boleh ke saye buat? Dengan situasi yang saye hadapi saat nie saye memang betul2 no comment.

Saye ade bace satu info yang mengatakan:


Jika tahap kesihatan ibu berada pada tahap normal, tidak salah untuk meneruskan penyusuan. Walau bagaimanapun, sekiranya timbul sebarang permasalahan yang melibatkan kesihatan ibu atau anak di dalam kandungan seperti berlaku pendarahan, ibu perlu memberhentikan penyusuan dengan segera.
Dapatkan nasihat pakar untuk memastikan tahap kesihatan ibu.

 Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)


Kalaulah saye tak dapat fully BF baby NAyli sampai 2 tahun seperti yang saye janji dengan dia, dan terpaksa bagi dia susu lembu (Ohhh tidakkkkkkk!!!!) saye cuma taknak baby Nayli salahkan saye bila dia besar nanti. Mama harap baby NAyli akan faham situasi mama okay sayang!


Sekurang2nya bukankah saye dah cuba buat yang terbaik untuk baby NAyli dengan fully BF dia hampir setahun?? (ayat sedapkan hati namenye nie.. huhuhu)



Friday, July 9, 2010

Sesuai Ke Jus Buah Untuk Bayi?

Saye memang suke baca info pasal makanan bayi. Saye ade bace info kat SINI. Jom kita share okay.

PENTING: Maklumat yang diberikan di sini hanya sebagai panduan dan bukan untuk  menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila semak setiap makanan atau minuman baru dengan doktor anak anda okay!

Memberikan jus sebelum bayi umur 6 bulan
Dari kajian dilakukan menunjukkan bahawa anda tidak harus memberikan jus buah kepada bayi anda sebelum bayi berusia 6 bulan.

Dari kajian yang dilakukan itu juga, semua nutrisi yang ia perlukan untuk pertumbuhan yang sihat boleh diperolehi dari susu ibu atau susu  formula. Jus buah untuk bayi boleh membuat dia merasa kenyang dan menyebabkan bayi kurang untuk minum susu, yang akan mengurangkan bayi mendapat nutrisi yang sepatutnya.  


Memberikan jus untuk bayi yang berumur lebih  6 bulan
Kajian yang dilakukan oleh The American Academy of Pediatrics menunjukkan bahawa terdapat pro dan kontra jika memberikan jus sebagai makanan bayi.

Kajian juga menunjukkan bahawa hampir 90% dari bayi di bawah usia 1 tahun diberikan jus - dan ianya juga menunjukkan bahawa bayi minum jus buah lebih dari 16oz per hari.

Angka-angka ini agak tinggi mungkin kerana kenyataan dari syarikat makanan bayi dibuat untuk mempromosikan penggunaan jus yang direka khusus untuk bayi kerana sememangnya umum akan percaya bahawa jus buah adalah pilihan yang sihat untuk bayi dan akan percaya kenyataan pengeluar makanan bayi ini yang mengatakan ianya adalah yang terbaik.

Disebabkan info ini saye dapat dari web luar negara, ianya juga menerangkan pernah terjadi sebuah syarikat ternama Eropah melancarkan pelbagai air buah pada tahun 2004 dan diiklankan sebagai yang paling sesuai untuk bayi dari 4 bulan - walaupun Jabatan Kesihatan Inggeris telah mencadangkan bahawa cecair tambahan tidak boleh diberikan kepada bayi sebelum usia 6 bulan~!!!!!! Oh orang yang jual barang memang selalu macam tue!!! Hiks!

Di Amerika Syarikat, Food and Drug Administration (FDA) menerangkan bahawa suatu produk harus terdiri daripada jus 100% untuk diberi label sebagai "jus buah". Jika produk jus kurang dari 100%, itu harus diberi label sebagai minuman buah, minuman atau koktel dan haruslah  menunjukkan peratusan jus buah yang terkandung dalam minuman itu.

    * Produk yang mengandungi  kurang dari 100% jus buah sering ditambah rasa dan pemanis.


    * Hanya jus yang dipasteur selamat untuk bayi.
 
    * Ada beberapa faedah yang boleh diperolehi jika bayi diberikan jus buah.  Kajian menunjukkan jumlah besi yang diserap oleh tubuh bayi boleh berganda jika jus buah itu yang mengandungi asid askorbat dinikmati bersama makanan. (Hal yang sama, bagaimanapun, boleh dicapai dengan makan buah segar dengan makanan).

    * Jika anda memilih untuk memberikan jus kepada bayi anda, anda perlu memberikan dalam cawan, bukan botol. Hal ini untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi, yang boleh disebabkan oleh gula buah dan asid sekitar gigi bayi anda. Kerana anda tidak perlu membiarkan bayi anda untuk menghirup jus buah sepanjang hari.

    * Jabatan Inggeris pedoman menyarankan - 1 jus bahagian untuk 10 bahagian rebus, air disejukkan.

    * Jangan menawarkan jus sebelum makan padat - ini boleh menyebabkan bayi anda kurang makan dan kurang mendapat  lemak esensial, mineral, vitamin dan protein diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.

    * Pengambilan jus dalam jumlah yang besar telah diketahui menyebabkan kekurangan gizi (kerana penurunan pengambilan nutrisi penting yang lain) dan juga boleh menyebabkan tubuh kurang menyerap karbohidrat.

    * Terlalu banyak jus juga boleh menyebabkan kerosakan gigi, cirit birit, gas / angin dan ketidakselesaan perut. Tidak ada keuntungan dengan memberikan bayi jus buah sahaja kerana jus buah kurang serat penting dari memeberi makan buah itu sendiri.

Apabila anda telah memperkenalkan jus buah kepada si kecil anda, sukar untuk bayi anda beralih kepada air masak kerana telah merasai kesedapan jus buah yang manis. Sebab itulah banyak terjadi kepada bayi perkara seperti ini.

So baby NAyli tak payah la minum jus buah lagik ye. Biar mama sorang je yang minum. BAby NAyli minum susu mama je cukuplah dengan makan bubur yang mama masak setiap pagi okay. Muahsss!

Bahaya Menambah Garam untuk Makanan Bayi

Saye ade info bace kat SINI



Mengapa terlalu banyak garam berbahaya? 




Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.

Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Ok~! Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. PAstikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga. Sebab tue la info nie mempunyai resepi2 bayi yang boleh dicuba untuk membantu membuat makanan untuk bayi anda menjadi yang terbaik dan lazat~!

Antara resepi2 nya boleh click saje kat SINI atau kat SINI.

so...

KATAKAN TIDAK PADA GARAM DAN JUGA GULA UNTUK BAYI BAWAH 1 TAHUN.

NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.NO.

TO........


Thursday, July 8, 2010

Penangan Sotong "Octopus oracle"


Saye tak minat bola. Betul. Tapi sebelum ni sokong la jugak Jerman, yela saye kan kerja kat company Jerman. Kalau Jerman menang world cup boss memang dah janji nak bagi cuti~ yahoo! Malangnya, sob sob sob... Hiks! Ahhhh malas la nak cite lagik.......

Tapi sekarang nie kat office saye kecoh pasal sotong tue. KEcoh betul sane sini. Alaaaa pasal sotong tue....

Sekurang2nya walaupuh Jerman kalah tapi sekarang yang terkenal di dunia Jerman ialah si sotong"Octopus oracle", yang telah mempertahankan rekod sempurna.

Dua bekas, satu dengan bendera Jerman dan satu dengan Sepanyol, diturunkan ke dalam tangki di akuarium di Jerman Barat, masing-masing dengan sepotong makanan lazat di dalamnya. Tempat yang pertama dibuka adalah pemenang nya. Dengan dasyatnye si sotong itu telah pergi buka bekas yang ade bendera Sepanyol dan........ Ya! Sepanyol telah berjaya mengalahkan JErman. Boo kat boss saye. 

Sebelum nie tekaan sotong nie pun sumenye benar.


Oh kalau macamnie bolehla si sotong nie check, kelmarin check 2 lines, betul ke saye preggy nie??????? KAlau betul preggy baby girl ke baby boy???? Hahahahaahahaha~!!!!!!! BEstnye kalau dapat tau awal2 tak payah nak pening2 kepala sudahhhhhhhhh.....


Ermpsss btw saye sokong Holland.



Anda bagaimana? Hiks! arghh esok nak pakai baju kaler oren la pergi office. Hehehe. 

Papehalpun pasal kisah si sotong "Octopus oracle" tue sume sebab kebetulan je. MAnela ade sotong yang bijak dalam dunia ni kan.

Kebaikan Bawang Putih Untuk Bayi

 Pagi2 kat office saye bace info kat SINI


Oh bagus gak.Weekend nie nak masak menu baru untuk baby Nayli la. Letak garlic dalam bubur dia.

Info ni menerangkan bahawa bawang putih memiliki sifat anti-inflamasi, yang bermaksud boleh membantu melindungi keadaan seperti arthritis dan juga boleh mengurangkan gejala asma pada bayi.

Jika anda ragu tentang adakah OK atau tidak untuk memasukkan  menu baru ini dalam makanan bayi anda, maka entry hari ini mungkin boleh mempengaruhi anda dalam mengiakannya.

NOTA: anda harus periksa dengan doktor anda sebelum memperkenalkan bawang putih, atau makanan baru, dalam diet bayi.

Kebaikan BAwang Putih

1- Bawang putih membantu melindungi tubuh terhadap jangkitan dan juga boleh membantu mencegah selsema biasa dan membantu tubuh untuk sembuh dengan lebih cepat. Hal ini disebabkan oleh sebatian allicin, yang terdiri dari anti-bakteria dan anti-virus (dan juga bertanggung jawab terhadap bau bawang putih!).

2- Bawang putih menyokong kesihatan jantung dan membantu menurunkan tahap kolesterol dan  juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, stroke dan serangan jantung di kemudian hari.

3- Diet yang kaya dengan kandungan bawang putih dapat membantu melindungi tubuh terhadap berbagai bentuk kanser. Kandungan allicin dalam bawang putih bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat dan kajian semakin banyak menunjukkan betapa pentingnya mungkin bawang putih dalam memerangi penyakit ini.

4- Bawang putih mengandungi pelbagai nutrisi yang berguna, termasuk banyak vitamin C, ditambah vitamin B6 dan B1, selenium, kalium dan besi.

5- Untuk memastikan bahawa bayi anda mendapat manfaat maksimum dari makan bawang putih, cuba gunakan bawang putih segar.

Perlu menghancurkan atau memotong bawang putih sebelum memasak kerana dengan cara itu, membantu pengeluaran allicin yang membuat bawang putih sebagai makanan tambahan yang sihat untuk diet. Kajian mengesyorkan membiarkan bawang putih selama 10 minit selepas menghancurkan itu sebelum memasak, untuk membolehkan allicin mengembang sepenuhnya.

Hanya memperkenalkan bawang putih sedikit pada awalnya untuk bayi kerana meskipun sangat lazat, ia akan menjadi terlalu panas, untuk langit-langit pertama si kecil.

So baby NAyli.... are u ready for new menu... HiksHiks! REady ke, tak ke mama nak bagi jugak. Yahoo!

Tuesday, July 6, 2010

Check-Up 8 Months

HAri ni pergi check up baby NAyli untuk 8 bulan. Kami pergi bertiga. PApa, mama & baby Nayli.




Kami tunggu kat area nie. Pagi2 seawal pukul 8pagi dah sampai.

Oh arini papa & mama masuk office lambat sikitlah. Ok je.




Oh ade poster nie la. Juz for info. Mase baby NAyli lahir hingga 6 bulan memang saye tak bagi langsung air masak tapi semenjak baby NAyli dah start makan solid food  saye memang bagi baby NAyli minum air masak mase makan untuk penghadaman.

6 BULAN PERTAMA HANYA SUSU IBU.




Sabar ye sayang. Tunggu kejap.




Oh baby Nayli punya turn dah nie. Jom masuk.




Oh berat baby NAyli naik 500g dari 2 bulan yang lepas kepada 7.6 kg. Nurse cakap graf dah start mendatar menunjukkan berat baby Nayli naik dalam jumlah tak sepatutnya tapi still OK sebab tak terkeluar daripada garisan lagi.

Kalau dah kat garisan kuning tue dah memang kritikal kurang berat badanla. Kalau dah terlebih sampai garisan merah pulak maknenye terlebih berat badan a.k.a OBESITI. Whorpssss...


Ok lepas nie makan lebih banyak ye sayang. Check-up kali ni tak kene jab. Juz timbang je. Setahun baru ade jab.

Next check-up pada bulan September iaitu lepas raye. MAse tue baby NAyli dah 10 bulan. Yahoo!

Tak Tau La NAk Tergelak Ke Nak Ape. Hahahahahahaha!

Semenjak dua menjak nie rase tak sihat pulak. Juz a short entry okay.

Semalam buat benda ni.




omg! omg!


Nampak tak result dia ape?



Dua line ~!!!!!!!!!! Hahahahhahh~!



Tak tau la ape perasan sekarang ni. Muax! Muax! SPEECHLESS.......... OH MY GOD~!

Weekend nie nak pergi klinikla, nak confirm betul2. Hiks!

Saturday, July 3, 2010

Dah Agak Dah Pasal Walker Ni

Haritu ade cite baby NAyli dapat benda baru kat SINI. Tapi skang nie baby Nayli dah mula buat aksi stunt Jackie Chan dalam walker.



Yehaaa~!! Tak suke! Tak suke! duduk dalam ni. BOSANNNNNNNNNNN


Aksi stunt ini dilakukan oleh baby Nayli di luar bantuan saye. Ini adalah perangai standard baby Nayli lepas 5 minit duduk dalam walker.

Punyela bijak budak kecik nie. Dia pijak besi kat tepi walker tue dan dapat la dia melonjakkan badannya.



Dia memang tak suke duduk dalam walker sekarang nie mungkin sebab dia makin bijak dan bijak, lebih suke bereksporasi dengan persekitaranya. Sebenarnye  memang saye dah agak walker ni tak gune lame sebab mase awal2 beli dulu baby Nayli dah tunjukkan ciri2 aksi melompat & melonjak dalam walker tue.

Baby Nayli lebih suke buat benda2 nie dari naik walker biru tue. Yeay! Inilah namanya budak bijak sedang bereksporasi dengan persekitarannya.


Merangkak a.k.a mop lantai




Panjat- memanjat




Berdiri



Play with the toys

Bagi saye tak salah letak baby dalam walker jika ada sebab tertentu, kalau saye :

1- Bila papa balik kerja lambat, saye nak masak or basuh botol.
2- Bila baby Nayli nak makan
3- Bila baby Nayli bangun terlalu awal pagi waktu kami nak bersiap pergi office. Letak kejap dalam walker,      ialah nak mandila, iron bajula, make-upla, prepare bekalan susu la, masak bubur la.. macam2, hiks!

tetapi jangan terlalu lama sebab dari info yang saye bace takut effect pada pinggang bayi. Penggunaan walker juga memerlukan pengawasan yang menyeluruh. Sebabnyer kalo baby duduk dalam walker daya pergerakannye akan menjadi 2 kali ganda laju dari pergerakan biasa. Walker kan ada roda, so sekali tolak je dah sampai. Tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa, pelbagai kemungkinan yang buruk boleh berlaku seperti:

1- Kalau rumah dua tingkat takut baby leh terjatuh dari tangga sekiranya  tiada safety gate
2- Kalau kat dapur boleh terkena minyak panas @ air panas sebab baby  suka mencapai sesuatu yang menjadi daya tarikan
3- Lagi satu...kekadang tu seat walker pun tak berapa tahan...biasala la baby kalo dapat main memang melompat2 dalam walker tu...sesetengah walker yang tak berkualiti tu boleh terkoyak seatnyer lebih2 lagi kalo yang diperbuat dari kain biasa....ada juga keluasan seat tidak menepati piawaian keselamatan baby anda...contoh lubang untuk kaki baby terlalu bersar sehingga mengakibatkan baby jatuh terperosok dari seat berkenaan...

Memetik kata2 bicara daripada salah seorang Ibu dari Forum Susu Ibu

"Walker ni sebenarnya memang tak bagus langsung.... sebabnya ianya membantutkan perkembangan otak baby. Sebab baby perlu diberi banyak peluang untuk meniarap, menjulur, merangkak selama yang boleh (lagi lama lebih bijak ... sebab perkembangan otaknya lengkap dan sempurna). Dengan menggalakkan baby duduk di walker boleh menyebabkan anak apabila besar nanti tidak menurut kata dalam erti kata lain degil.Seelok-eloknya beli tikat getah corak dam (petak-petak hitam putih) menairapkan baby... letak toys di depan dan beri galakan untuk anak mara. Anak-anak memang boleh dibantu untuk mengereng untuk menjulur atau merangkak criss-cross (cara merangkak yang betul iaitu tangan kanan mara kedepan lutut kiri mara kedepan dan bila tangan kiri mara kedepan, lutu kanan mara kedepan...).... percayalah ini semua untuk development otak baby.Masa tu Dr Noorlaily pesan siapa ada/ dah terbeli walker jgn buang aje... malah patah-patahkan ia supaya tak ada anak orang lain pula yang akan terbantut otak nya akibat menggunakan walker"Kebaikannyer pulak....dalam masa yang sama kita boleh wat keje rumah sambil kita mengawasi anak kita berada dalam walker berkenaan. Ingat jangan biarkan anak anda terlalu lama dalam walker...elakkan pungganaan walker terlalu kerap & lama kerana kesannya akan terjadi pada anak anda nanti....

Ermpsss.... betul jugak tu.

Tapi pakai walker ni juga dapat mengelakkan baby daripada suka mengutip ape saje barang yang ada kat lantai kan.

Bagi saye banyak keburukan dan kebaikan. Ape2 bergantung pada masing2. Kat nursery memang takde walker. Oh memang tidak dibenarkan sama sekali.

Yang pastinye baby Nayli start gune walker nie dari umur 6 1/2 bulan sampai   7 1/2 je.....

Lepas nie dah boleh bungkus sudah. Same jugak nasib macam kat SINI.

Kesian. Dua2 pun umur tak panjang. Takpe boleh simpan untuk generasi akan datang. Hiks!