Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, March 9, 2012

Bila Minum Susu Dalam Botol Lagi Best Dari Direct Feed Dengan Mama. Sobsss.

Saya sebenarnya baru lepas mengalami satu mimpi yang sangat ngeri. Perasan tak masa pergi mandi manda kat Ulu Bendul dan tengok ular sawa haritu anakanda-anakanda saya takde. Oh actually diorang balik kampung Perak kejap selama seminggu. Sajalah sekali sekala nak bermanja dengan atuk & nenek. Saya bekalkan baby Zara dengan stok frozen EBM. Eh seminggu tu kejap la jugak kan. Tapi!! Tanpa disangka lepas Zara balik je dari kampung dia dah tak nak lagi direct feed dengan mamanya lagi. Glurpssss OmmmEmmmJAyyy!!

Sedih sangat apabila Zara refuse direct feed. Mengalir air mata sambil berdoa minta Allah SWT permudahkan semuanya. Tak tau di mana silap, mungkin juga Zara merajuk. Saya bisik-bisik kat telinga Zara minta maaf kalau mama ada buat salah hihi lucu la jugak anak baru setahun.  Saya sebenarnya tak expect benda ni akan berlaku tapi bila teringatkan kes Nayli yang tetiba taknak direct feed lagi lepas berjauhan dengan saya selama 2 minggu masa pantang bersalinkan Zara, terus jadi mengelabah beruk!! Rasa sangat sedih dan frust bila Zara  dengan saya, susu pun ada sampai bengkak-bengkak tapi dia tak nak minum. Mama nak sangat Zara direct feed, selama seminggu ketiadaan Zara mama menjadi exclusive pumper pulun simpan stok EBM untuk Zara. Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku. Bila mama berduka siapa yang nak hiburkan hati mama ni? Sobsss.

Sangat blur masa tu. Plus sedih giller. Macam-macam benda terfikir dalam kepala.

Memang kena kuat mental dan semangat sebab selain kena pekakkan telinga bila tengok Zara menangis-meraung-meragam mungkin sebab lapar nak susu, time tu bila saya paksa dia direct feed jugak yelah bila Zara dah lapar takde pilihan lain tidakkkk saya tak nak bagi Zara minum pakai botol bila dengan saya lagik-lagik bagi  formula milk terpaksa direct feed dengan mamanya jugak, dan pastinya Zara akan hisap dengan ganasnya, menggigit dengan ganasnya sampai berdarah-darah!! Sampai ketap-ketap gigi dan bengkok-bengkok kaki saya menahan kesakitan. Adoiiii sakitnya menghadapi skill skill terbarunya. Suddenly Zara kelihatan macam sangat tak reti nak direct feed dengan mamanya. Yes! Journey pernyusuan berdarah saya bermula kembali. Sakit sangat hanya tuhan je yang tahu. Masa tu kalau perah susu, botol penuh dengan susu kaler merah. Yes, it's air bandung. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Oh my. Oh my.




Masa tu memang fobia nak menyusukan baby Zara tapi saya kuatkan semangat. Saya taknak Zara reject terus direct feed dengan mamanya. Zara baru setahun. Jauh lagi journey penyusuannya. Saya faham mungkin dia dah suka dengan botol sebab dia tak payah buat kerja sangat, flow susu dari botol lebih laju. Kalau dia direct feed kenalah buat kerja lebih sikit.

Don't give up mama Zara. No. No. No. Everyday saya set in mind. Tiap-tiap hari saya berdoa dan akhirnya lepas seminggu bergelumang dengan kesakitan dan 1001 kepayahan, finally baby Zara back to normal. Alololololo Zara dah pandai direct feed seperti sedia kala. Sikit sikit cari mama, sikit sikit cari mama nak shushu. Yes, mama rindu moment moment tu. Alhamdulillah, sampai sekarang Zara masih direct feed dan minum EBM di nursery.

Ooooooo tobat, lepas ni taknak berjauhan dengan Zara lagi. Uishh memang mimpi yang sangat menakutkan. Dushhh!! Dushh!! Dushhh!!

***********************************************************************

Anyway, anyhow. Yabedabedu!!

Today is Friday. Happy weeend peeps. Enjoice!!!!



Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)






 

Thursday, March 8, 2012

Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang. Erksss.

KUALA LUMPUR - Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala 

Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat. 

  

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

  
Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang. 
  
Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari. 
  
Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 
  
Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai. 
  
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya. 
  
Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru. Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan. 
  
Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. 
  
Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap. 
  
Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari.

SO APELAGI CEPAT-CEPATLA TADAH AIR. FUH NASIB BAIK TERPUTUS BEKALAN AIR JE KALAU BEKALAN ELEKTRIK MEMANG SERBA TAK SENANG DUDUK. TERBAYANGKAN STOK FROZEN EBM BABY ZARA. MANA PULAK NAK TUMPANG, NASIB BAIKLAAAA. Phewww.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)  

Wednesday, March 7, 2012

J-Card Day 7 & 8 March 2012

Sebenarnya pagi-pagi buta tadi duk telek-telek tangan. Nak pergi keja ke tak? Dalam kepala fikir nak ambil MC je WARGHH WARGH WARGHH.

Pasal apa lagi, it's J-Card Day @ One Utama Shopping Mall lah. Yeay!!



Tapi lepas campur-tolak-bahagi-darab. Erksss tak payahlah.

Sebab no. satu kerja kat office berlambak-lambak ok, jangan nak mengada buat hal. Sila jadi pekerja mithali.

Sebab no. 2, kalau pergi dah sah-sah kopak poket punya. Erkss tak dapek den nak tolong.

Sebab no. 3, dah boleh imagine macam mana teruknya traffic kat sana, nak cari parking lagi. Uwaa help help tak sanggup.

Untuk sesiapa yang banyak masa & wang tu, apelagi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Grrrrrrr.

Shopping memang theraphy minda yang sangat baik!!



Yeay!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;) 

Sweet Like Candy Di Birthday Bash Zara Amani

Yabedabedu! 1st birthday bash Zara Amani telah dijalankan dengan jayanya. 


Kali ni saya buat kat tempat special lain dari yang lain sikit. Tak pernah terfikir nak sambut birthday anak di nursery tapi bila bulan lepas masa hadir di majlis sambutan kawan-kawan Nayli di nursery, terus rasa jatuh cinta melihat keakraban geng geng si cilik ni meraikan birthday rakan mereka secara beramai-ramai. Havoc u olls sampai takmo balik. Takdelah buat majlis mengalahkan kenduri kahwin pun sekadar sedikit jamuan makan lagipun haiyaaaa ini budak-budak kecik sangat bukan tau appreciate pun. Ok jugak sesekali dapat menjamu tenaga pekerja kat nursery yang setiap hari bertungkus lumus tolong jaga anak-anak saya. 

Yelah, ibu bapa hari ni memang lebih cenderung meraikan sambutan hari jadi anak. For me, saja-saja untuk kenangan. So this year I decided to throw a small party untuk kawan-kawan Zara & Nayli kat taska tu. Sambutan hari jadi yang pertama Zara Amani telah diadakan di Taska Pintar Comel, dimana adalah rumah kedua bagi Nayli & Zara sewaktu mama bekerja. Yelah Isnin hingga Jumaat 8am - 7pm mereka kan tinggal di sana. 11 jam sehari. Lama kan.

Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara Amani, Allah selamatkan Zara. Semoga dkurniakan akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang di rahmati di dunia dan akhirat. Amin.




ZARA AMANI IS ALREADY I YEAR OLD. HOOREYY!!!!



Kalau bercerita pasal party untuk kanak-kanak, perkara pertama yang terlintas mestilah benda-benda ni especially belon. Belon merupakan antara elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah majlis terutamanya meraikan sambutan hari jadi. Budak-budak memang suka sangat belon kan.

Setengah beli baru, setengah lagi balance dari birthday bash Nayli yang lepas. Sebenarnya rasa macam ehh baru je sambut birthday anak hari tu, eh tetiba birthday anak lagi. Yelah sorang lahir hujung tahun, sorang lagi lahir awal tahun. Kalau anak lahir pada bulan yang sama ok jugak kan boleh sambut 2 IN 1 terus. Jimat ooo jimat. Hihi.



Biasanya pagi-pagi lepas hantar anak ke nursery selalu singgah kat gerai makcik yang berhampiran tapau for breaskfast kat office.

So makcik ni lah juga yang berjasa dalam sambutan hari jadi kali ni. "Makcik, saya nak tempah satu bekas mee hun goreng ye untuk hari jadi anak saya"

Tak nak pedas. Sikit pedas pun tak nak tewww sebab nak bagi kat budak-budak makan lewww. Banyak songeh betul. Mengada.



Terima kasih makcik. Air tangannya memang sedap.

Datang sekali dengan pakej mee hun goreng makcik tu. Tak nyempat-nyempat mama dah tapau seketul dua bawa pergi office KAHKAHKAH.

Pagi pagi lagi dah bawa kesemua makanan ni ke nursery.




Satu satunya air tangan mama. Eh bukan satu tapi dua. Nugget & sosej goreng. Bersilat kat dapur macam ribut lepas Subuh. Nasib anak tak bangun lagi masa tengah buat misi khas ni.




Untuk memudahkan kakak kat nursery tu handle budak-budak ni nanti saya sediakan air kotak sebagai minuman. Tak sure total budak kat sana ada berapa. Cukup kot.




Untuk meminimumkan lagi tugas mereka.




Makanan manis dan tak berkhasiat yang tak sesuai diberikan untuk kanak-kanak. Erkss, takpelah setahun sekali. Grrrrrr.

Semua beli online. Termasuklah apam polkadot tu tadi. Zaman sekarang cukup mudah semua di hujung jari. Poket kosong takpe janji dalam bank ada duit. Sangat tertarik pada designnya yang sangat cute.







Lets Party! Party! Hooyeaah!!!!!

Last but not least. Souvenir untuk semua kanak-kanak ribena. Wah heaven betul la harini dapat makan best best.



Semua gambar makanan je dulu kasi semua orang lapar. Sambutan hari jadi di nursery memang sangat meriah. Bayangkanlah kesemuanya adalah kanak-kanak je. Semuanya keriangan yeyeeye tak henti-henti. Nak tengok rupa birthday girl Zara dan bagaimana happynya diorang semua ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


See you in the next entry-lah. Yeay!!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli;o ;p

Tuesday, March 6, 2012

Cara Nak Bawa Stok EBM Dari Kampung

Assalamualaikum WBT,


Biasanya time pantang selalunya mommies mesti pulun habis buat stok EBM kat kampung. Yelah time tu lah susu mencurah habis basah baju memang sayang nak dibuang begitu saja. Apelagi sila rajin-rajin perah buat stok takpun buat tandem nursing, sangatlah syiok. Bila dah penuh fridge kat kampung mulalah berkira-kira haiyaaa macam manalah nak bawa semua stok ni balik rumah. Kan kan kan.

Untuk pastikan EBM dalam keadaan beku dan boleh disimpan semula dalam fridge setibanya di rumah, anda memerlukan ice pack/brite ice/techni ice untuk melindungi ebm anda. Keluarkan stok EBM apabila anda telah bersiap sedia utk perjalanan, susun dengan elok segala jenis ice anda itu dan seeloknya bungkus dalam suratkabar atau kertas tebal sebelum pindahkan dalam bekas kedap insyaallah tak cair. Jika susu yang beku itu cair anda harus guna dalam tempoh 24jam dan tak bole dibekukan. Saya selalu pindahkan dari Seremban-KL, balut botol2 ebm tu suma pastu susunkan icepack..pastu letak brite ice ..pastu balut kertas tebal..lps tu towel..wallaaa...beku hingga ke destinasi....eh pastu msk dalam polisterin yang dibeli kat Giant.




Nak lagi syiok lapisan atas sekali tu cover dengan newspaper. Penebat haba yang baik kata orang.





Lepas dah settle semua, seal kan rapat-rapat bekas politerin tu.






Kalau takde ice pack atau seupamanya,cukupla sekadar buat ice ketul 1-2 hari sebelum travel dlm kuantiti yang banyak (agak-agakla EBM tu byk mana).



Pada hari saya nak travel tu, saya masukkan ice ketul atau ice pack lepas tu saya tabur garam kat dlm ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dlm perjalanan. Ok ini fakta ye bukan auta. MEmang tahan dan alhamdulillah sampai KL, EBM sy masih beku lagi. Ada relevennya knp letak garam, tindak balas kimia garam dengan ais batu tu yg melambatkan ais drpd cair. Dlm bahasa kimianya saya tak tahu nak sebut...hehehheee...


Tips yang berguna:


- Uruskan perkara susu ini sebagai tugas yang terakhir sebelum masuk ke dalam kereta.
- Kalau boleh buat perjalanan di malam hari so takdela panas sangat.
- Jangan singgah banyak sangat tempat, so bolehla cepat sampai rumah. LAgi cepat sampai
  lagi bagus.
- Letak bekas polisterin yang berisi stok EBM dalam kereta, bukan bonet kereta dan kalau   
  perjalanan adalah di siang hari tindihkan dengan barang lain supaya bekas tak direct kena cahaya matahari.
- Sepanjang perjalanan, jangan buka-tutup-buka-tutup bekas polisterin untuk melihat  sejauh mana ketahanan EBM tu
- Berdoa dan tawakal semoga stok susu akan selamat dan tak rosak. Insyallah.


Penyusuan memerlukan sokongan dan bantuan orang sekeliling so mintalah sokongan suami untuk alihkan semua stok susu setibanya di rumah. Kalau nak lagi best, cuit-cuitla bahu suami suruh beli deep freezer, lagik banyak space nak simpan EBM dan susu juga akan tahan lebih lama sehingga 6 bulan.


Baru perasan dah ada kat Daisolah. Kalau dah kat Daiso sah-sah la harga semua RM5. Murah dan comel je. Banyak pilihan rambang bijik mata.



Nowaday sangat mudah nak cari keperluan menyusu. Mana-mana pun ada jual. Tu belum tengok cooler beg yang lagi ada macam-macam pilihan kat Daiso ni. Yeay!

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Monday, March 5, 2012

Dah Setahun Menyusukan Baby Zara Amani

Yahoo! Saya tak pernah terfikir yang saya akan breastfeed.



Now my 2nd baby Zara Amani dah setahun. I know i havent reach the  2 years benchmark  but saya tetap bangga. Saya tak pernah rasa difficult, carry my cooler bag with pride. Ade saat supply susu merundum, time tu ade gak termenung depan tin susu formula Nayli. Konon nak kongsi dengan adik jugaklah but so far alhamdulillah, susu formula tu kak Nayli yang punya sahaja ok.

Ingat lagi masa awal-awal dulu, when i do my own studies, segala buku, forum susuibu.com telah ku tumpang baca.


But from there still takde confident that i cant breastfeed. Still tak sure i can BF or not. Dgr citer from my mom yg berjaya BF anak 4hari aje sebab dia too stress cooping dgn c-sec pain. Saya pun ingat  akan face same thing.


When the actual labour come. Saya berjaya beranak normal & after labour terus BF anak. Mencurah air mata gembira. Anak pulak naturally latch on properly & Ididnt face any difficulty. Syukur sangat.


Alhamdulillah! saya berjaya breastfeed sampai setahun. Harapan saya, semoga saya dapat breastfeed baby Zara sehingga 2 tahun. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan utk saya. 

Bila breastfeed anak sendiri is a pretty awesome moment dat i ever had in my life. Tak tahu nk ungkpkn betapa indahnye being a BF-mama. I lurve the way baby Zara sucking sgt mendamaikn. Lebih rasa sayu bile melihat Zara tertido kekenyangan di pangkuanku selepas menyusu. Indahnya!! dan setiap kali ku menyusukn anak, tak berhenti berdoa agar Zara jadi anak yang soleh, bijak & berguna.

Seandainya satu hari nanti anak-anak mama, Nayli & Zara baca coretan mama ini, ketahuilah sayang bahawa MAMA TELAH HALALKAN SETIAP TITIS SUSU IBU INI UNTUKMU. Tiada harta yang lebih bernilai yang mampu mama bagi melainkan susu mama ini. Amin.


Sekian


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Saturday, March 3, 2012

1001 Kisah Di Hari Minggu Bila Dengan Anak-Anak

Its weekend. Yeay!!!

Haaaaaa. Bila weekend boleh la tarik nafas panjang sikit. Lega. Takdela rushing ke sana sini. Everything boleh buat slow and steady je. KAlau weekday pepagi buta start dari alarm clock bunyi mesti kena jadi ala-ala superwoman tebabooo. Masak bubur, pam susu erkss macam-macam lagilah.

Pepatah orang tua kata kalau lepas mandikan anak bedak kena sapu kat muka ala-ala opera cina. BAru tanda dah mandi. Wanginya anak siapa la ni. KihKihKih.



Takpe bedak memang banyak dapat hadiah lepas bersalin hari tu pun ada yang tak habis guna lagi.

Toy ala-ala gitar Kurt Cobain la konon ni pulak dapat masa NAyli buat muka seposen masa pergi The Store haritu. KAlau sebab bukan muka seposen dia, sebarang pembelian mainan baru memang dihentikan buat seketika. Apa taknya, dah berbakul-bakul toys dari zaman Nayli lagi semuanya pun habis manis sepah dibuang. Lepas seminggu, semuanya di campak-campakkan tinggal la berhabuk sebab tuan dah tak ambil kisah.

Its weekend bebeh. Chillin' like a rock star yahoo! 


Pepatah orang tua jugak ada kata melentur buluh biar dari rebungnya. 

MAsih rebung lagi ni. Rajin anak mama rajin yeyeye. Biasalah time weekend la nak basuh baju setinggi Guning Everest HiHiHi. Nasib baik ada assistant. Angkat kain jemuran, hujan dah nak turun.




Lepas sapu mop lantai pulak ye ;p



Ye memang betul sesangat. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Study! Study! Study! Bagusla suka membaca nanti cepat pandai. Insyallah.





Jangan terlebih sudah. Haipssssss!




Alahai kesiannya.

KahKahKAhKah! Jangan telefon Teledera ye sayang. Nomnomnomnomnomnom.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;) 

Friday, March 2, 2012

Zara Amani is O.N.E. Yabedabedu!!!

Assalamualaikum,



Alhamdulillah di kurniakan oleh Allah SWT nikmat hidup hari ni Zara Amani genap setahun. YAhooo!!!  Lepas ni dah tak boleh panggil baby lagi. Rasa macam masih baru masa published entry kakaknya yang genap setahun.

Ini Zara Amani. Dulu susah nak makan, now suka sangat makan. Biskut mesti kena ada je kat tangan. Inilah dia sepatutnya adalah February's baby tapi sebab syok sangat duk dalam perut mamanya terus terlajak jadi March's baby. YEay!!


Burung kakak tua, gigi ada empat.

I tell u ok, now adalah part yang paling hardcore untuk breastfeed! OmemmmJAyyy!! Tengok sajalah pada gigi cap kapak yang sangat ohsem tu. Sekali kena geget memang sangat ohsem gitu. Awwwwww. Semoga mama diberikan kekuatan untuk kesakitan ini. Zara sekarang memang suka sangat menggeget. SANGAT!!!

Kenapa Zara Amani? Kenapa takde nama ala-ala kakaknya jugak? HiHi tak nak nama sama. Sebenarnya masa preggykan Zara naluri saya kuat jugak mengatakan baby yang saya kandung ni adalah baby girl. Masa tu dah baget nak letak nama yang ada 2 words dan salah satunya adalah Adriana. Suka dengan nama tu, sedap didengar dan ada maksud yang baik. Beget nak letak Alya Adriana, Fatin Adriana, Adriana MAisara, erksss macam-macam nama lagilah yang penting mesti ada Adriana.

Tapi tu lah manusia hanya merancang satu hari saya ternampak nama Zara Amani yang bermaksud puteri ketenangan. Sangat tertarik dengan nama tu dengan berharap baby ini sangatlah bertenang. Yeay!!!



Sebab apa saya tangkap lentuk bila ada word ketenangan tu. Ini adalah kerana nama kakanya Dayana bermaksud yang gagah perkasa, dan masa pantang Nayli sangat lah gagah perkasa untuk menangis dan menangis. I tell u time tu mama memang mata panda hari-hari mata lebam tak cukup tido. Hiks!




Walau macam manapun ragam, mama tetap sayang kamu semua sampai ke hujung nyawa. Zara Amani dulu kini dan selamanya. Terima Kasih kerana wujud dalam hidup mama, anugerah terindah dalam hidup mama.
Terima KAsih Allah.


'








Semoga menjadi anak yang baik, solehah, berjaya di dunia akhirat. Doa dari mama untuk yang tersayang. Amin.

Happy 1 year old, Zara Amani!!!

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p