Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, September 14, 2011

Berjaya Drive Sensorang KE Putrajaya

Pecah rekod betul harini.

Kalau anda nak tau selama saye bekerja tak kisah la kat mana-mana pun saya memang tak pernah la kena keluar from office. Pendek kata kalau kerja 8 jam, 8 jam la jugak duduk office. Boring jugak. Yelah im not a sweettalker macam orang sales yang kena keluar jumpa customer. Duduk kat office je tapi orang yang selalu cari saya. Hiks! Sometimes banyak sangat clerical works yang kena buat. Mengadap computer jangan cakaplah, sampai dah nak juling bijik mata ni.

Tapi hari ni saya kena pergi Putrajaya. Ada task penting. YAhooooo! Sebenarnya saja saya meng'offer'kan diri. Rasanya bila kat office dalam toilet pun boleh tidur sebab tak tau nak buat ape. So bila ada task staff kena pergi Putrajaya memang saya seronokla sampai tak malu meng'offer'kan diri altho tak pernah seumur hidup pun drive pergi sana. PAkai drebar selalulah. Hiks!

Alaa tak kisahla sesat pun janji tak payah duduk dalam office hari ni. Yeay!!!

Fuiyoo seronok jalan tak banyak kereta pun. Boleh la pecut macam F1. Tak jauh pun. Tak sampai setengah jam dah sampai Putrajaya.




Selamat sampai macam tak caya pun ade jugak. Bila call Enchek Husband dia pun kagum saya selamat sampai tanpa sekali pun call dia tanya direction. Eleh bukan jauh sangat pun teruk betul empunya badan ni. Saya nak pergi Presint 16.




Kat Putrajaya ni memang senang nak cari tempat sebab signboard memang banyak. Sana ada, sini ada. BEst-lah untuk orang yang serba tak tau macam saya ni.

Rupanya Presint 16 dekat dengan ni lah. Ohhhhhh. i loike.....




Takpe first time datang observe dulu apa yang best next time datang haruslah zassssssssssssssssssssssssss singgah.

Pergi awal pagi balik lewat petang jauhnya Putrajaya tu kan.................... Hahahaha!




*Boss, esok suruhla saya pergi mana-mana lagi. Saya suka sangat-sangat. Hooyeah!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Mee BAndung Muar Hasil Tangan Enchek Husband

Gempak giller tak ingat u olls. Sebelum apa-apa tengok pic dulu. 


Sedap menjilat jari aii tell u. DAh selamat masuk dalam perut. Burpsssss.

Mee bandung Muar terbaik!!! Hasil tangan Enchek Husband aiii la. Memang la gempak kalau Enchek Husband boleh masak ape yang bini dia pun tatau masak kan. Hiks! Ingat tipu-tipu je cakap nak masak mee bandung, ingat kalau masak pun rasanya takla sesedap manapun tapi rupanya-rupanya... glurpsssssssss. Tak payah susah-susah nak pergi Muar makan mee bandung hokkay. KAt rumah pun boleh. YEay!

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Inilah rahsianya.

Perencah untuk buat mee bandung Muar. Secret recipe yang sangat mengkagumkan.


Senang je nak buat. Rebuskan daging sampai lembut. Lepas tu masukkan perencah mee bandung muar udang, sawi & yang terakhir sekali telur juga garam secukup rasa. Kejap je dah siap. Taraaaaaaaaa. Senang je tutup mata pun boleh masak. Hiks!

Berminat?

RM10 sepeket. Import dari Muar tau ni.

Lalalalalalalalalalala~

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, September 13, 2011

Penangan Scott Emulsion Ke???

Betul tak semua parents kat dunia ni nak yang terbaik untuk anak-anak mereka,

Jawapannya mestilah BETUL SANGAT-SANGAT.

Pernah juga saya baca dari info yang mengatakan:
Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.
Produk fish oil bg ibu-ibu mengandung yang biasanya disyorkan oleh doktor-NEUROGAIN.

So papa belikan ni untuk Nayli. Ya! Di umur 1 tahun 10 bulan Nayli makan benda ni. Comel je botol.


Actually ini pun atas desakan orang terdekat suruh bagi Nayli makan Scott Emulsion. Kami ok je. Actually Nayli tak berapa ada masalah kesihatan lagipun selera makan pun ok tu yang tak terfikir nak bagi apa-apa supplement ingat nak tunggu 2 tahun dulu.

Nevermind-lah benda baik no hal punya lagipun dulu masa saye kecik-kecik pun kena paksa dengan ayah makan benda ni. TEringat masa saya kecik-kecik dulu kami adik beradik kena beratur untuk makan minyak ikan ni tiap-tiap malam after dinner. Masa tu takde perisa oren yang ada perisa original yang kaler putih tu je so paham-paham jelah tekak berpinar masa makan tu macam mana. Nak cakap taknak makan tak boleh, ayah saya dulu garang wooo so sedap tak sedap bedal je lah. Hiks!

Senang je nak bagi big baby NAyli makan. Dia kan suka makan ubat.


Untuk kanak-kanak 1-3 tahun  cuma bagi 2 sudu teh (10ml) sekali sehari je, jangan lebih-lebih ok kerana vitamin A dan D yang berlebihan boleh memudaratkan.

Banyak kebaikan minyak ikan Scott Emulsion ni rupanya.




a. membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. minyak ikan kod dan vitamin A membantu sel2 darah epithelial di ruang penafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma dalam badan.


b. mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak2 yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak2 (dan dewasa). Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat untuk pencegahan penyakit tulang lemah.


c. mengandungi kalsium dan fosforus yang memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna.


d. mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus.


e. ia juga membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat pemakanan yang kurang seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.


f. membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.

Masalahnya,

malam lepas kami bagi Nayli makan Scott Emulsion tu Nayli mengalami masalah nak buang air besar yang sangat serius!! Sangat ok! Adalah dekat 2 jam adegan menangis hentak-hentak kaki di tengah malam dan juga adegan masuk keluar toilet sebab NAyli tak pass-pass nak berak. Meraung tak berlagulah.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaa. Mama pun uwaaa la jugak sebab esok nya dah sah sah kena pergi kerja dengan mata panda. Sebab Scott Emulsion ke? Adakah Nayli tak sesuai dengan Scott Emulsion? Takkan kot? Habis tu kenapa tiba-tiba ada problem sembelit yang sangat serius? Untuk info NAyli memang takde problem sembelit pun sebelum ni. Ini adalah kes kedua, kes pertama adalah pada setahun yang lepas. Itu je.

*tak kisah la apepun. Sobssss sedih tau tengok anak meraung-raung sakit macamtu.

Fobia dah nak bagi Scott Emulsion. Nightmare gillosssssssss weyhhhh. Ada sesiapa yanga ada pengalaman macam saya tak? Konfius jugak.

Sekian.







Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, September 12, 2011

Cara Nak Guna Frozen EBM Yang KEras MAcam BAtu

Untuk mommies yang baru menjinakkan diri dalam dunia penyusuan mesti konfius sikit part macam mana nak guna frozen EBM yang keras macam batu tu sebab saya juga sering dihujani pertanyaan sedemikian rupa oleh kawan-kawan baru yang berminat dengan dunia penyusuan ini.

Senang je, untuk info susu yang diperah dan disimpan di fridge belah atas boleh tahan selama 3 bulan. KAlau nak guna turunkan saja letak kat fridge letak bawah semalaman.

Contohnya kalau nak guna esok untuk bekalan ke nursery, turunkan susu pada pukul 6pm pada hari sebelumnya lepas sampai je rumah dari office.

Jangan lupa buat macam ni untuk mempercepatkan proses pencairan susu. DAri pengalaman saya frozen milk yang disimpan dalam plastic liner adalah yang paling mudah untuk di cairkan diikuti dengan frozen milk yang disimpan dalam bottle dan terakhir sekali yang disimpan dalam bekas dadih,



*saya memang cairkan lebih susu sebab selain untuk baby Zara saya juga nak bagi kat tukang perabiskan frozen EBM siapa lagi kalau bukan big baby NAyli. Yahoo!!

Setiap botol saya simpan penuh, 6 oz so bila susu dah cair saya tuang ke botol lain dan dapatlah 2 botol yang berisi 3 oz & 3 oz.




Bekalan untuk baby Zara di nursery @ 6 1/2 months = 6 bottles x 3 oz. 4 bottles lagi adalah susu yang saya perah semalam di office juga saya simpan 3 oz pada setiap botol.

Senang cerita macam ni lah:
= 2 bottles from frozen EBM
= 4 bottles from chilled EBM

Total= 6 bottles x 3 oz


Senang je kan. Alah bisa tegal biasa. Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thanks to Nuffnang Sebab BAgi Duit Raya

Nuffnang memang best. I lurve u lah, muahsss! Almost 2 years saya berbelog ni iklan Nuffnang kat belog saya yang tak seberapa ni biasa-biasa je. Janganlah compare dengan belog orang lain. Malu u olls. Awww.

Tengokla iklan yang paling tinggi pun berapa ringgit je. Tapi oklah dari tak dapat ape siapa yang nak bagi duit free-free kan.



Tapi sekarang ni tengoklah sendiri. Yeay!



Ada 2 BE yang masih lagi menari-nari di belog saya. Thanks to Mamil Gold yang menyumbangkan duit raya tertinggi buat masa ni. Walaupun anak-anak saya tak minum susu MAmil Gold tapi Mamil Gold memang best-lah. Lepas habis iklan ni nampaknya boleh la saya cash out akaun dari Nuffnang untuk kali pertama. Bestnye.

*walaupun amount tak seberapa tapi excited giller sebab first time nak cash outkan. Hiks!

MEkacih kat semua yang sudi baca belog saya yang ntah hape ntah ni.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, September 11, 2011

Baby 6 Bulan YAng Baru Nak Makan



Sebenarnya sebulan yang lalu masa baby Zara masuk umur 5 bulan nanny kat nursery tu dah tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan ke?"

Memang ini antara masalah yang agak sering berlaku di kalangan para penjaga bayi. Maklumlah kebanyakan mereka ni lebih dahulu makan garam dari kita. Orang dulu-dulu ada yang bagi baby makan since baby baru lahir lagi, tak payah tunggu 6 bulan. Ramai yang tidak tahu tentang hakikat tabii perut bayi dan bagaimana pertumbuhan organ dalam tubuh bayi. Mereka tidak sedar yang sebaik bayi lahir bukan semua organ telah terbentuk dengan sempurna dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar boleh berfungsi sepertimana orang dewasa. Atas sebab ini jugalah, umat Islam digalakkan menyusukan anak mereka dengan SUSU IBU selama 2 tahun. Saya percaya hakikat pertumbuhan manusia itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, adalah tugas kita sebagai manusia untuk mencari dan mencari hikmah di sebalik setiap peraturan yang telah ditetapkan itu.

Yelah lagi satu bila baby dah start makan baby cepat kenyang mesti kurang meragam tu je la reason yg sy nampak kenapa BS tu sungguh2 nak bg solids kat baby cepat-cepat yg penting mommies jgn tergugat dgn desakan ini. Lagipun perjalanan nak sampai ke 6 bulan tu tak jauh pun. Kejap je.

So saya dalam kepenatan baru balik kerja terangkanlah kepada penjaga  tentang kisah pertumbuhan bayi ini. Ceritakan secara penuh hikmah tapi dalam speed yang laju sebab penat. Takpelah, sekali-sekala. Apa salahnya kan.

Semalam pulak bila ambil baby Zara dari nursery nanny tanya "kakak taknak bagi baby Zara makan NEstum ke sebab semua baby kat taska yang berumur 6 bulan makan NEstum"

Mestilah saya cakap taknak. Biasanya baby yang dah  selalu makan Nestum taknak makan bubur nasi sebab dia dah tau rasa Nestum yang manis dan lagi sedap. Kalau baby yang tak pernah makan, dia pun takkan tau rasa bubur tu tawar. Lagipun bagusla baby makan bubur masakan mama, tiada pengawet tanpa melamine. Kita pun tak pasti macam mana makaanan yang diproses tu.

Sebagai mama yang bekerjaya saya takdelah masak bubur nasi setiap pagi nak pergi kerja meskipun hari2 saya bekalkan bubur nasi ke nursery. Saya cuma masak 3 kali sehari. Balance simpan dalah fridge. So the next day cuma panaskan je. Mule2 bubur kosong tu saya blend tapi lame2 bila umur baby makin meningkat saya just buat bubur yg dimasak sampai hancur lepastu bila umur baby dah makin meningkat lagi saya tambah ikan, ayam, carrot,kentang, kacang pea, pumpkin etc but no garam plis! Kena monitor apa yang baby makan supaya tau dia allergy dengan food apa. Untuk sekarang ni saya lebih suka bagi baby Zara bubur nasi plus pureee fruit instead bagi bubur nasi yang tambah dengan ikan bilis sebab tau-tau jelah ikan bilis tu banyak sangat garam. Rice + Pear & apple puree. Yummy!! Tak percaya cubalah. Untuk info, RICE is the best food to start with. In this case, bubur nasi yg diblend la. This is because they found that rice adalah antara first food yg paling kurang allergen and therefore paling kurang chance nak dapat allergic reaction. 


Banyak jugak food baby di pasaran contohnya gerber dlm botol tu tapi kalau buat sendiri pun ok jugak. Contoh yang terdekat pisang tu lenyek2 bagi la aje kat baby tu ape susah sgt. Apple or pear pulak,rebus or stim sekejap, pastu  blend bagi aje kat baby tu lagik baby suke rasa  yg sebenar takde campuran bahan pengawet. Jimat pun jimat. Yeay!

Lagi satu info selalu mengatakan cukup bagi baby 6 bulan makan sekali je pada tengahari tapi bagi saya buku tu hanyalah cadangan sahaja. Saya rasa tidak menjadi masalah kalau nak variasikan waktu pemberian makan tu. Tambahan pula untuk ibu bekerja macam saya, mesti nak cuba sendiri dulu jenis makanan yang nak cuba beri tu, sebelum diserahkan kepada penjaga dia. So saya memang bagi baby Zara makan pada waktu dinner jugak cuma pada kuantiti yang sikit sahajalah, nak tengok cara dia makan, nak tengok dia suka ke tak yelah biasanya kalau tanya kat nanny baby makan ke tak jawapan biasanya mestilah positif je. Ataupun boleh jugak, kalau nak buat eksperimen ni, mulakan setiap menu baru waktu weekend, lunch time. Lepas tu boleh proceed dengan resipi yang sama sepanjang weekdays bila baby bersama 'nanny'nya.

Kalau buat fruits puree tu betul-betul halus sebab nanti kalau ada lagi buah2 yg tidak hancur dia akan tercekik plak. Try la slowly, kalau baby tak nak mkn @ mkn skit hari ni, tak apa. Sebab dia masih try nak adapt dgn makanan baru dia. Kalau dia nangis atau reject, stop la dulu. Dlm 2/3 hari try lagi. Berdasarkan pengalaman saya yg tak seberapa ni, jgn bagi 2/3 mcm jenis makanan dgn sekali cuba. Try satu2 dulu. kita tak tahu yg mana dia suka. Sometimes kita rasa sedap tapi dia tak suka yelah lidah kita dengan lidah baby mana sama. Hiks!


Macam baru je baby Zara dilahirkan sekarang dah 6 bulan dan dah boleh makan. How time flies. Baby oh baby jangan lah besar cepat sangat nanti mama rindu moment-moment masa baby, rindu bau baby alamak mcm ni kena tambah baby baru laa. Hahaha!



Sekadar pendapat dari pengalaman yang tak seberapa.


Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, September 10, 2011

Bila Sedara-Sedara KEcik BErjumpa

Teringat mase kecik-kecik dulu. BEst gile bila time raya. Bab dapat duit raya tu satu hal memang dah best, bab yang best jugak bila jumpe sedara mara. 

So bila raya haritu NAyli pun dapatlah jumpa sedara-sedara dia jugak. Serronoklah ada geng nak main.

Kalau kat Seremban NAyli adalah cucu no. 3 out of 4. 2 boys & 2 girls memang ngam-ngamlah.

From left: Naim, Ajeem, Zara & Nayli.


Meeting tergempar di pengerusikan oleh bro NAim.

PEning jugak kepala pak & mak mereka sebab baby masing-masing dah besar dan tak nak mengalah. Atuk beli satu je basikal so bila semua nak main memang berebut tak ingatlah kadang kadang sampai boleh jadi adegan tumbuk menumbuk  tolak menolak tak kiralah yang lelaki mahupun perempuan. Lepastu pihak yang kalah mesti menangis tak ingat dunia tarik-tarik mama diorang mintak kena pujuk sampai mama pun dah pening rasa macam nak sorok je basikal baik semua tak payah main lagi bagus. Samalah kalau diorang dapat Ipad. Semua nak main games lepastu confirm bergaduh. Kena nyorok la jugak Ipad kang pecah naya je ingat murah ke haaaa??? Bukan tu je pendek kata semua benda pun nak berebut. Isk Isk.

BAsikal yang dimaksudkan.



Laa dah dapat main basikal pun menangis jugak ke?

Kalau kat belah PErak pulak Nayli adalah cucu sulung opah. Semuanya ada 3. Peace. Yeay!!


From left: Mia, Nayli & Zara


Tiada bab gaduh berebut barang mainan sebab semuanya kecik molek lagi. Tengokla NAyli tengah bagi adik Mia minum susu botol. Wah terserlah gaya kakak mithali. Semuanya adalah girls. So mereka adalah The Power Puff Girls. Girls Power!! Hooyeah!!


Mia & NAyli di HAri Raya.




Orang Kaya BAru Baby Zara di HAri Raya. Yahoo!



Nampak gaya tahun depan tiada penambahan cucu-cucu atuk &nenek baik belah Seremban or PErak kot, tapi tak taula the next 2 years. Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, September 8, 2011

Bubur NAsi + Ubi Keledek For baby Zara

DAh start balik hari-hari masak & blend halus. Pagi-pagi buta sebelum pergi office untuk bekalan ke nursery. Untuk siapa lagi baby Zara muchukklah yang dah 6 bulan.

Suka sangat tengok recipe baby kat SINI. Semuanya menyelerakan.

Jomss kita start masak. Yeay! Mula-mula mestilah masak nasi.



Masak sweet potato jugak atau dalam bahasa melayunya ubi keledek.. REbus sampai lembik.




Bila dah sejuk nasi & sweet potato tu diblend halus. JAdikla macamni. Campurkan kedua-duanya dan bagi baby Zara makan. YEay!!





Memang tak baget nak bagi nestum. Air tangan mama kan yang terbaik. Siapa cakap mama yang bekerjaya tak mampu nak buat yang terbaik untuk anak-anak mereka? Boleh je tapi kena rajin sikitlah.

*susah sikit takpelah demi anak-anak.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, September 7, 2011

BAck To Work.

2nd day kat tempat baru.



Alhamdulillah semua nya ok je kot. Ada kot kat ayat hujung tu sebab tak tau la in future macam mana pulak. Ok ke tak?

Dulu takut pada perubahan, tak confident lagipun 1-2 tahun yang lepas ekonomi negara tak berapa stabil tapi rupanya perubahan adalah lagi baik dan menguntungkan. Jangan takut sangat, rezeki ada di mana-mana.

Lagi dekat dengan rumah, tak payah lalu tol, tak payah fenin mengadap kesesakan lalulintas, sampai rumah lebih awal, boleh ber'facebook' , boleh berblogging dan yang paling penting gaji mesti lah lagi upppppppp. Semuanya tak block u olls. I loike.....

Tapi bagi saya yang paling-paling penting takde nak balik lambat, nak kena stayback la ape ke sebab kesian kat anak kena tinggal lama-lama kat skool. Saya pun memang dari dulu jenis tak reti nak balik keje lambat, work is never ending story la. LAgi 5 mins nak time memang dah siap-siap kemas beg gitu. Kelassssss tak?

Semoga semuanya berjalan dengan baik & dimurahkan rezeki sempai bila-bila. Amin.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wordless Wednesday #5 - Cak!!!




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!