Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 9, 2010

Makan Bakar-Bakar Kat Alai

Aktiviti jalan - jalan makan angin ke MElaka, memanglah tidak sah kalau tak makan yang bakar-bakar. KAmi singgah kat Alai, memule nak pergi Umbai tapi ayah nak pergi Alai. Arghhh mane2 pun same ye tak? Sebab Umbai tu jauh sikit.

Anyway abang saye kate Alai lagik best dari Umbai. Sebab lagik banyak kedai & harga lebih berpatutan. Oh yeke? Sebab saye sendiri pun tak pernah sampai kat Umbai tu.

Sangatla ramai orang. Tersangat ramai. Cuaca pun hujan. So tempat duduk agak lebih terhad.




 Sebelum nak start upacara makan harus pilih dulu. Macam2 ade. Segala jenis ikan, ketam, udang, segala jenis siput, udang, kerang, sotong & macam2 lagi.

Eh yang tu ikan pari tau. Cute kan? Hiks!





 Lepas dah pilih nak makan ape masukkan je dalam bakul. Lepas tu bagitau je nak masak ape. Bakar ke, 3 rasa ke or ape2 je lah. Semua boleh.





Haruslah ade ini untuk menambahkan lagi kelazatan.




Tunggu kejap makanan2 tersebut sedang dimasak ok.

Ayah yang tengah tunggu. Wah seriusnye.




 Mak pun tengah tunggu gak. Pun serius gak. Mesti tengah lapar ni ye.




Budak kicit Nayli pun tengah tunggu gak sambil disabarkan oleh papa. Sabar sabar.




Hanya makanan yang memule sampai ni je sempat snap dengan sempurna sebelum diratah dengan cepatnye. Sebab bile yang lain2 tu sampai dah tak ingat kamera lagik. LApar~!!! Ngaummmmmmmm.




Kerang BAkar pun ada.




Mari mulakan upacara makan-makan dengan Bismillah. Nyum Nyum. Yahoo~!!




 Kak Ana... Cheese~!!!!




Nayli makan dengan mama. NAyli makan nasi lemak je ok.Yang lain tu pedas. Alololo kesian budak kicit tu kene suap sendiri sebab mama sibuk nak makan.




Selain tu NAyli makan ni jugak.




Hehe. Kesian. Nayli geget tisu je ye.

Makan. Makan. Makan.




Eh Cik Pia takkan dah kenyang kot? Makan-makan lagi. .




Separuh masa pertama.



Separuh masa kedua tak sempat nak snap piccas. Makan lagi penting. Hehe.

Kami makan 7 adults semuanye. Nak tau, total tak sampai RM200 pun. Ada siakap, pari, sotong, udang, ketam, kerang, siput termasukla dengan 3 jugs watermelon & berbungkus-bungkus nasi lemak buah bidara. Tersangat murah. 

Kalau makan kat Tanjung HArapan memang tak dapat la price macamni kan. KAn. Kan. Ee bestnye jadik orang Melaka boleh selalu makan seafood murah-murah macam ni kan. Hiks!

Burpsssss. Kenyang sangat-sangat. Tersangat. Alhamdulillah.

Sekian.

Bercuti Di Melaka

MAse cuti Deepavali haritu kami pergi bercuti cuti ke Melaka. Kami tu bermaksud semua keluarga besar sayelah except adik bongsu saye sebab tengah bertungkus lumus memerah otak kat UTM Skudai sane. Budak 'U' kan tengah exam sekarang kan.




Kami menginap di sini. Ayer Keroh Resort.




KAmpung sebelah mak saya kat MElaka. TApi since kedua2 atuk & nenek dah meninggal dunia, dah lame dah, so memang dah jarang balik MElaka. Oh Melaka dah lainla sekarang. Melaka MAju 2010 la katakan.

Wan bersama cucu-cucunye. LAratke wan angkat tu. Kalau campur berat Ajeem & Nayli dah dekat 20kg dah tu.




KAt lobby nak check - in. Oh muka NAyli yang happy.




Tak dapat naik beca betul, naik beca tipu pun jadikla.




Budak kicit yang excited tengok swimming pool.




NAik buaian dengan NAim. Alololo comey comey. Naim memang suke layan NAyli sebab tu lah NAyli pun suke lepak2 dengan abang yang sorang ni.





BErgurau senda bersama geng-geng bas sekolah.





Cakk~!! Sila scroll ke bawah lagik sebab ade banyak lagik piccas. Hehe.




Naim main buai laju-laju sorang je. NAyli & Ajeem tak boleh naik buaian lagi. Tunggu diorang besar sikit ye.




Inilah MAk TEh mereka yang sporting. Eh kasut MAk Teh cantikla nak pinjam boleh tak? Hiks!




 Kami tinggal kat sini. Chalet 3 rooms. Oklah. Bolehlah.




Macam2 ade kat Melaka sekarang ni. Wah dah macam kat PAris pulak.





PErgi jalan-jalan kat MElaka MAll.





Sebelum balik snap piccas dulu. Mama - mama bersama anak masing2. Eh bukan yang baju pink tu still available lagik ok. Dia takde anak lagi tau. Hehe.





Budak kicit yang kepenatan amat sangat. LEtak jap kat cushion area kat PArkson ni sebab tangan papa NAyli dah nak cramp. Hehe. Zzzzzzzzzzzzzzz.





Mak saye cakap saye tak boleh masuk Zoo Melaka, TAman Buaya, TAman Ular dan semua jenis taman yang boleh mendatangkan terkejut kat ibu mengandung. Takut terkenan pulak nanti. HukHuk. Saye boleh masuk TAman RAma-Rama je tapi semuaorang tak nak masuk Taman Rama-Rama. Kenape ye?  Isk Isk.

MAsuk sini pun ok.




Tasik Ayer Keroh pun cantik.





Anyway Melaka memang best sebab banyak tempat menarik yang boleh dilawati cume jalan sangat sesak disana-sini. TAktaula mungkin sebab mase kami pergi tu time long holiday.

Happy sangat-sangat~!! Yeay~!

Sekian.

Monday, November 8, 2010

MAndi MAnda KAt Swimming Pool

Aritu budak kecik ni mandi swimming pool. First time Nayli mandi dalam kolam macam ni. Wah sangat suke. Melompat2 kegembiraan. Dah macam taknak balik je. LAgik2 la mandi ramai2 dengan cousinnye.




Nayli takde pelampung. So pakai swimming board ni aje. NAmpak syok je Nayli mandi. Eh mama pun nak join sekali la. Hiks! BEst Best. Tapi mama tak tau swimming. Macam mane?




HAaaaa kan mama pun dah turun mandi sekali. Alaa mandi kat swimming pool kanak2 je. Lutut pun tak tenggelam. TEmankan budak kicit tu mandi manda dengan papa sekali. Kalau papa lainla terror swimming.






The babies sedang mandi manda sambil dipantau oleh bapa masing2. Baby lagik sorang tu name nye Ajeem, ayah Ajeem is my brother la.




NAim pun nak mandi gak ke. Jom la terjun cepat. NAim tengah amik mood ni. Aik belum mandi pun dah kesejukan ke.




Mama Naim tengah dalam proses pujuk NAim untuk terjun ke swimming pool bersama geng-geng bas sekolah yang lain.




MAcam ikan duyung pulak Nayli ni. Nanti ajar mama swimming ye.





Eh Ajeem dah habis mandi ke.





LEpas dekat sejam mandi, jom naik ye sayang. Nanti habis kecut pulak badan NAyli kesejukan.Silap haribulan selsema hingus hijau pulak nanti.




NAnti kite mandi-manda lagik ok. Sukanya dia ye. PElik gak mama. KAlau papa nak mandikan NAyli pagi2 tu mesti jerit2 kesejukan taknak mandi.

KAlau mandi swimming pool ok je pulak . Oh suke rendam dalam air ye, nanti suruh papa pasang bath tub kat toilet rumah tu ye. Boleh mama pun join rendam sekali. Hehe.


Sekian.

Sunday, November 7, 2010

Aduh Mata Nayli

Alamak.

Alamak.

Alamak. Aiyookkkk.

Abaikan senyuman NAyli yang manis lemak berkrim tu.





Sebenarnye nak cerita yang ni. Eh NAyli sakit matala. Tengok kat mata dia tu. Ada banyak taik mata kan. Bukan setakat baru bangun tidur je. Tak bangun tidur pun ade taik mata gak. Tapi mata dia takdela sampai merah.

Saje letak pic ni. Tengok gigi NAyli. Dah ade 4 batang la. Eh entry ni nak cerita pasal mata ke gigi ni? HukHuk.





Oh tengah2 sakit2 pun boleh gelak-gelak besar lagik ye.

Apelagik memang haruslah ke sini.





Titikkan ke mata NAyli 3x sehari. Hopefully sembuh ye lepas ni sayang.




YAng ni pun kene letak gak. Sapu kat mata sekali sehari setiap malam mase nak tidur.





Cian budak kicit tu sakit. Alolololololo. Risau gak saye. Sakit mata tu tak membahayakan sangat kan? IskIsk

Sekian.

Saturday, November 6, 2010

Cat Dan Kotak Ajaib

Nayli suke dengan meow-meow. Itu memang tak dapat dipertikaikan lagi. Kalau nampak meow-meow je mesti mata tak berkelip2 tengok lepas tu excited betul nak pegang meow-meow tu. Tapi mama Nayli yang sengal ni tak suke kat meow-meow. Hiks! Macam mane ni ye?

Haa sebagai solutionnya mama telah beli patung meow-meow ni untuk Nayli tersayang.




Cat yang comel lote ni masih tak ade name. Sape yang baik hati sila bagi name untuk cat ni ye.

Cat ni operate by battery. Kalau on cat ni boleh bergerak2 buat breakdance keliling rumah. Lepas tu ade lampu yang lip lap lip lap & lagu yang boleh membuatkan kepala Nayli terhangguk hangguk ikut rentak lagu. Dalam seminggu lepas beli cat ni Nayli amatlah teruja dengan cat ni. Hari2 nak main dengan cat. Hari2 nak ikut cat buat tarian breakdance tu sampai batterry cap Everyday yang digunakan pun perlu ditukar every 3 days. Takpe. Takpe. Mama tak kisah.

Tapi semenjak dua menjak ni......



Nayli lagik suke bermain dengan kotak dari cat tu sendiri. Cat tu pun Nayli buat tak tau je sampai dah merajuk. Battery Everyday yang saye beli 2 dozen tu pun tak habis pakai.

Bukak kotak. Tutup kotak. Masukkan barang dalam kotak. Keluarkan barang dalam kotak.




Isk Isk kalau mama tau macamni dah lame mama beli kotak je lagik senang dengan murah. Takpun kotak kasut Vincci mama pun banyak kat dalam rak kasut tu.

Ape yang saye perasan Nayli lagik suke main dengan kertas, plastik & kotak dari toys yang berlambak kat rumah tu. Nape ye? Nape ye? Kenapa Nayli suke main dengan bahan terbuang dari toys yang dibeli dengan harga yang tak kurang dari RM20 tu. Adakah ini sebagai langkah awal bagi Nayli untuk meringankan beban ibubapa dia. Hiks!!!

Betul-betul konfius.


Sekian.