Assalamualaikum Jumaat yang indah,
Oh dah lama tak cerita pasal penyusuan. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dari Allah SWT untuk baby Zara yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama minggu depan.
Biasanya kebanyakan ibu baru sangat bimbang dengan keadaan baby especially yang baru lahir yang terlalu kerap menyusu so biasanya akan muncul lah teori baby tak cukup susu dan terpaksa top up dengan susu formula. Kita jugak selalu dgr kalau baby boy mesti tak cukup susu. Oh saya takut jugak dgr 'statement' ni sbb saya ada baby girl je. Hiks!
Actually saya memang bertekad utk myusukan anak saya semenjak mgandung anak pertama NAyli Dayana lagi altho tak pernah berpeluang menghadiri sbarang kursus bkaitan peyusuan susu ibu. Kebaikan & nilai susu ibu saya dapat dari pembacaan terutamanya di www.susuibu.com. Yelah dunia sekarang ni semuanya di hujung jari je.
Saat pertama bergelar ibu yg myusukan anaknya, saya juga seperti ibu lain tertanya-tanya susu saya mcukupi ke tapi dsebabkan terlalu seronok myusukan anak saya, saya tak kisah dia ‘melekat’ bjam2, tapi kalau orang lain tengok meluat jugak yelah kitaorg asyik BERKEPIT je sampai tak boleh buat benda lain. HikHikHik.
Lama kelamaan saat menjadi sedikit perit bila Nayli dah jadi mcm AHMAD ALBAB tp lebih sikit albabnya sebab Ahmad Albab kalau letak dekat pintu dia berhenti menangis tapi Nayli tidak! Nayli memang kuat menangis masa dalam pantang & satu2nya cara utk mmujuknya ialah pangku & myusukan dia tp bila dia tertido dpangkuan janganla cuba utk letak dlm babycot, dia pasti akan tjaga & menangis lg shingga ada hari yg saya xdapat tido langsung, kalau tertido pun atas sofa sambil memangku & myusukan klon si ahmad albab tu dgn keadaan yg sgt2 keletihan. Pernah jugak saya rasa yang saya ni dah mcm orang giler je rupanya. KahKahKah Stress hoooo masa tu. Sebab masa dalam pantang walaupun baby girl tp tak sampai 1/2 jam baby NAyli mesti gelisah. Sebab tu lah saya kerap terfikir samada saya tak cukup susu ke sebab dia nampak mcm tak puas tapi saya kuatkan semangat jugak dan cuba menjadi mommies ala-ala superwoman plus extravaganza untuk meneruskan exclusive breastfeed.
Wahai momies yang awesome, bila lama-lama baru saya faham dont get discouraged by saying baby tak cukup susu ke, lapar ke, susu tak keluar ke bila baby menyusu berjam-jam. Sebab kalau mommies berfikiran macamtu, konfiden akan hilang dan will end up by supplementing dengan formula which is unnecessarily actually. By supplementing, it will be less nursing or less pumping action dan akan membawa ke isu nipple preference pula. Nurse on demand, nangis je sumbat if its take an hours and hours pun go ahead je layan kan saja tapi check la yang lain2, mana tahu dia kembung ke, wet diapers ke kan kan kan.
Yelah macam saya cerita tadi, time pantang, day n nite menyusu setiap setengah jam ke sejam sekali. Sebagai wanita yang baru bergelar ibu masa tu memang sangat pressure dan penat! Peliklah kenapa dia mcm tak nak tidur tanpa B kat mulut tapi p itulah lumrah n perbezaan setiap baby, ada yang baru-baru lahir baik tidur je ada pulak asyik meragam je, takpelah yg penting die sihat n aktif. Bukankah setiap bayi adalah unik sebab tu mereka berbeza.
Tadi tu cerita baby pertama, baby kedua Zara Amani pulak senang sikit nak jaga time pantang menyusu time siang memang sangat la kurang asyik tidur je tapi malam, memang banyak kali gak la bangun menyusu tapi tak lama la, lepas je sebulan, dah bertukar dah corak penyusuan. Siang plak menyusu lagi lama dari malam. Apa2pun, time pantang la paling saat2 manis yang dirindui..----> dapat kumpul stok yang banyak. Yabedabedu!!!!
Satu info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama yelah membaca kat jambatan ilmu saya memang suka baca lelagik time office HikHikHik. Setiap makhluk Tuhan dalam dunia ni berbeza. Rusa menyusu 1-2 kali sehari. Beruang pula sentiasa menyusu.Semuanya bergantung kepada zat terlarut & kepekatan protein dalam susu (Ben Shaul 1962). Spesies yg menghasilkan susu cair kerap menyusu.Wanita mempunyai susu yg paling cair.Jadi, sepatutnya bayi manusia lah yg paling kerap menyusu! Kekerapan juga berbeza di antara individu & berubah pada seseorang ibu mengikut bayi & pada waktu yg berlainan semasa melaktasi. Ada bayi yg cerewet, selalu lapar @ seolah-olah ada perut yg kecil, nak menyusu 1-2 jam sekali.Tapi ada pula bayi yg kenyang lama & bersikap lebih tenang & mahu disusukan hanya 5kali sehari.
Sebenarnya, semua bayi tidak menunjukkan sangat kelaparan pada beberapa hari yg pertama selepas kelahiran. Mereka mungkin mahu disusukan hanya 2-4kali sehari. Tapi keadaan berubah bila masuk hari ke-3. Jika bayi diberi peluang menyusu mengikut kehendaknya, dia mungkin ingin disusukan sebanyak 10-20kali sehari. Keadaan ini memang biasa sebab ia menunjukkan bahawa bayi itu mula sedar. Dia perlukan keeratan belaian & pelukan walaupun telah meninggalkan alam rahim yg hangat. Touching. Sobsssss.
2 minggu selepas lahir, kebanyakan bayi mula kurang menyusu & kemudian membentuk corak rutin penyusuan sendiri. Rutin penyusuan setiap individu berbeza. Semakin kanak2 itu membesar, corak susuan membentuk kompromi di antara keperluannya & keperluan ibunya.
Setiap bayi mempunyai beberapa tempoh peningkatan pertumbuhan yg cepat & pada ketika ini dia perlukan lebih makanan, biasanya berlaku pada minggu ke-3, ke-6 & bulan ke-3 kehidupannya (Waletzky 1979). Sesetengah ibu dapati bahawa bekalan susu berubah dengan mudah mengikut peningkatan keperluan. Ibu yg lain pula, melalui beberapa hari dengan bayi yg lapar & kerap inginkan susuan, sehinggalah penghasilan susu mereka meningkat akibat peningkatan hisapan & bayi puas semula.
Apepun mommies perlu diberi keyakinan ketika melalui waktu masa2 yg sukar ini. Mommies kena tahu bahawa pengalaman begitu biasa, mereka 'tidak kehilangan' susu & penghasilan susu akan bertambah dengan penyusuan yg kerap selama beberapa hari.
Selalunya bayi yang tak meragam langsung selalunya digelar 'baby paling baik'. Oi anak dia tu baik bawa pergi shopping mall tak menangis langsung tidur je, wah anak aku asyik meragam penatlah macam ni. Wujud persaingan aneh mengenai 'bayi paling baik'. Peliknya 'bayi terbaik' ialah bayi yg tidak inginkan belaian & sentuhan, serta tidak berminat menerokai persekitarannya. 'Bayi terbaik' ini tidak meragam & puas setelah diberi makan & pelukan empat kali sehari. Ibunya rasa lega & dicemburui oleh kawan2nya yg mempunyai bayi yg lebih kuat meragam. Sebenarnya, kita tidak harus menilai bayi dengan cara itu lagi. Oh no no no.
Apepun saya rasa baby yang terbaik yg pernah saya lihat ialah bayi di pedalaman Afrika. TEngok TV jelah sebab saya tak pernah sampai Afrika pun. Mereka dikendong dibelakang ibunya (babywearing!!!), didodoi ketika ibu berjalan, menari bersama apa bila ibu mereka menari, diberi makan apabila lapar & jarang menangis. Bayi2 ini sememangnya terbaik!
Kena faham jugak tempoh setiap susuan tidak penting, walaupun pada hari2 pertama selepas kelahiran. Kakitangan kesihatan terlalu menekankan risiko puting menjadi luka jika bayi menghisap terlalu lama, sakit jika bayi menyusu pada kedudukan yg salah. Dia tidak mendapat cukup susu & tidak kenyang, maka akan terus menghisap. Kebanyakan bayi yg menghisap dengan betul akan mendapat 80-90% makanannya dari buah dada dalam tempoh 4 minit pertama (Luca, Lucas & Baum 1979). Sesetengah bayi mengambil lebih banyak masa untuk menyusu. Jika bayi menghisap lebih dari 10minit, periksa kedudukannya & biarkan dia terus menyusu. Walau bagaimanapun, susuan yg amat singkat iaitu 1-2minit akan menyebabkan buah dada membengkak & bayi yg tidak puas menyusu.
Make sure konsep asas laktasi sentiasa terus diamalkn janganlah bergantung sangat pada milk booester. Baby demand, breast akan supply. Saya pun pernah mengalami keadaan susu down tapi takde lak saya amik pape booster. Alhamdulilah sentiasa fikir positive bila kita set yg kita ni byk susu, otak akn mnghntar msg pd breast to produce more breast milk. Banyakkan berdoa pd ALLAH. Dia lah yang murah memurahkn rezeki..
Lagik info susu perah dan baby direct sucking adalah 2 perkara berbeza. Jangan stress dengan production pump, ia bukanlah bermaksud baby hanya minum sebanyak itu semasa baby direct breastfeeding. Percayalah!. Jenama breastpump bukanlah penentu kuantiti susu. Tak semestinya pam mahal adalah yang terbaik. Hey Hey Hey saya sekarang adalah pemerah tegar secara marmet dan hasilnya Alhamdulillah, sangat lumayan.
Fahamilah, bayi yang baru lahir suka didakap, terasa suam suam panas, terasa secure.
Tanamkan kepercayaan pada diri sendiri yang susu badan memang cukup untuk baby. Kalau nak tau susu badan cukup untuk baby atau tak, checkup baby nanti tengok berat badan naik atau tidak. Maintain direct bf dan kuatkan semangat. Sentiasa makan makanan berkhasiat kalau susu tetiba down cepat-cepat call geng yang fully BF dan minta nasihat.
InsyAllah mommies semua boleh lalui tempoh tu dgn berjaya. Sentiasa tanamkan dalam diri ada susu yang cukup dan elakkan stress. Kawalan minda kita sangat-sangat penting. Apepun yang kita lakukan kita juga kena faham dan kembali kepada konsep asas penyusuan susu ibu:
Kenapa kerap bangun malam nyusu?
1. Susu ibu mudah hadam, jadi secara logik baby mudah lapar. Kekerapan baby menyusu kerana baby ingin membesar. Pengalaman saya masa pantang, saya bangun 2 atau 3 jam sekali untuk breastfeed baby saya. Saya belajar cara-cara breastfeed secara baring, dan mata tetap pejam (tidur tidur ayam) ini memudahkan saya tidaklah perlu bangun duduk breastfeeding. Jangan risau nanti baby masuk 3 bulan, baby akan tidur lama pada waktu malam.
2. Biasanya bila baby dah sebulan kena pergi check up kan masa itu tengok berat badan baby. Sekiranya naik dengan cemerlang itu bermakna baby mennyusu dengan cukup. :D
Quantiti susu semasa pump.
1. Quantiti susu selepas pump bukanlah quantiti sebenar yang baby hisap. Ini kerana hisapan baby ialah hisapan yang sebenar (teknik lathing dgn betul), baru hisapan pump. Jangan stress dengan quantiti susu yang keluar.
2. Belajar konsep supply dan demand. Pengalaman saya, saya buat note atau kajian atas baby saya. Contoh pukul 9 nyusu, selepas nyusu pukul 11 dia bangun nak nyusu. Jarak ialah 2 jam. Bila tiap tiap hari ada jadual nyusu anak, maka breast akan automatik menghasilkan susu badan. Tapi jangan sangan stress. Rehat kan badan atau tidur sekali semasa baby tidur.
Stock susu
1. Kalau baby jarang menyusu mommies boleh buat stock susu pabila baby tidur.. Kerapkan kosongkan breast. Ini kerana bila mommies kosongkan breast (pump sehingga titisan akhir), otak akan memberi signal untuk menghasilkan susu. Tidak usah risau walaupun sedikit hasilan, simpan guna plastic storage untuk menjimatkan space. (Dahulu saya dapat 1oz je, lama-lama saya buat dengan displin susu saya meningkat).
Lagi byk menyusu lagi byk susu akan terhasil and the best way is of course direct feeding, dgn baby latching dgn betul. In between feeding kita boleh pam utk legakan bengkak di awal2 kelahiran dan juga utk utk kumpul stok. Cuba sedaya upaya utk elak menggunakan botol pada bulan pertama sebab direct feed is the best. Kalau ibu letih atau bapa mahu beri susu, beri susu badan gunakan syringe atau cawan/susu. Ini utk elak baby keliru puting. kerana bila baby menyusu botol, aliran laju dan baby akan jadi malas utk menyusu direct .
Tapi, we have to realize that babies bukan saja nurse when they are hungry. Babies memang secara semula jadi suka 'menghisap'. They need the comfort and assurance. Since masih berpantang, jgn risau sangat. Layan je dia walaupun berjam. Later on, your baby will be more efficient at extracting out milk and don't be surprised kalau dia menyusu tak sampai 15 minit pun!A good way to monitor your baby's growth is thru diaper output and monthly weight gain.
Ingat lagi masa mula-mula saya bergelar ibu bila bawa anak pergi check up pernah saya bertanyakan pada doktor perihal anak yang selalu meragam sebab rasa penat. Kata-kata doktor yang melekat di jiwa saya sampai sekarang.
“Anak awak ni menangis sepanjang masa bukan sebab LAPAR, tapi dia cuma nak berada dipangkuaan awak,berada dekat dijantung awak, sepanjang 9bulan dalam kandungan,setiap detik dia mdengar DENGUPAN JANTUNG awak,tapi bila awak dah melahirkan dia,awak terus nak letak dia jauh2,tu yg dia menangis,dia rasa xselamat..Berilah dia masa,SATU KETIKA NANTI PASTI DIA AKAN MULA MERELAKAN DIRINYA DENGAN DUNIA LUAR. Anak2 ni,bawah 7 tahun je dia nak bkepit dgn maknya,bila lepas 7 tahun sibuk nak main&lepas bgelar remaja&dewasa,kita ajak pergi jalan pun dia tak nak ikut.”
Semenjak itu, bagai ada kekuatan untuk saya beterusan menyusukan baby lelagik dah mula pandai myusu sambil baring. Sobsssss.
Last but not least. Jeng Jeng Jeng. Muahsss!!!
*************************************
MILK BOOSTER!!!
Ramai bertanya macam mana nak dapat susu yg banyak..
Berdasarkan pengalaman menyusukan 2 orang anak,
Saya tiada pemakanan khusus.
Saya tidak mengambil supplement, saya juga tidak mengambil makanan menggalak susu secara berlebihan
Saya makan semua makanan macam biasa.
Paling penting keyakinan diri, doa, timba ilmu penyusuan dengan mereka yg arif pasal penyusuan.
Menyusu itu satu ibadat, kena sentiasa belajar dan sentiasa perbaiki mana kesilapan..tak boleh ambik jalan singkat.
Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Sekian.
Yeay!
amar, aku mmg tak penah rasa bb x cukup susu. bagi aku sume mommy ckup supply susu anak dia. tp dgr cerita aku ms lahirkan ireen.
ReplyDeleteDia lahir dalam pukul 630pm. So aku kerap mintak nurse letak ank aku kt sebelah untuk bfeed, bila nurse amek dia balik letak kt nursery, x smpai 30 minit aku mintak ank aku balik. Aku rajin bfeed utk stimulate lebih byk susu production. Sebab aku tau susu aku sikit masa tu, tp aku tak risau langsung.
So next day balik rumah, dah dekat petang la aku discaj. Still sama, susu aku lum banyak. What happened, malam tu Ireen merengek menanges sepanjang malam. Aku rasa badan dia mcm suam, tp org lain kata tak panas. Esoknya, aku rasa dia memang demam. LAri bawak pegi hosp, trus masuk NICU. baby umur 2 hari dah demam sgt bahaya. 5 hari duk spital, and result dia ialah, bb aku kurang susu. dehydrate. Doc tnjuk blood test and segala mak nenek testing yg dia buat. And sepanjang dekat hosp, doc mmg suruh bagi formula milk, di samping EBM aku.
Doc kata, anak aku mmg kekurangan susu. darah sangat pekat, and dehydrate. Doc cakap, tak semua orang dapat supply breast milk yg cukup utk anak dia.
Aku tergamam and terdiam. Salahkan diri sendiri.
Before ni tak pernah terpikir pasal kurang susu.
Wallahua'lam