Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, February 8, 2012

Mari Masak Solid Food Untuk Bayi Berumur 11 Bulan

Happy working peeps,

Pagi ni nak cerita pasal makan. Eh bukan mama yang makan tapi anak yang makan. Mamanye tu sudah cukup-cukuplah makan sebab dah overload. Hiks!

Sekarang ni saya dah tak blend bubur untuk si kecik Zara. Lenyek-lenyek kan saja.

Dulu, kini dan selamanya parut mak punye. Hihi. Jangan memain merata saya cari parut macam ni tapi tak pernah jumpa. At last nasib mak kasi pinjam. Memang mudah pakai parut ni dari kena potong kecik-kecik. Alahai memang takde kesabaran. Potong gedabak besar jadinya.


Selalunya saya letak carrot & potato dalam bubur baby Zara. 

Bagus sebagai makanan bayi. Share sikit. Info saya ambil dari SINI.

Lobak merah adalah sangat tinggi dalam beta karotena. Beta karotena adalah karotenoid iaitu satu set daripada pigmen berwarna gelap yang dikenali sebagai pro vitamin A carotenoid yang boleh ditukar kepada vitamin A. Vitamin A adalah sangat penting dalam diet bayi yang sedang membesar. Lobak sering salah satu makanan pertama bayi. Mereka mudah dihadam dan penuh nutrien seperti Vitamin A, Vitamin C dan Kalsium.

Ubi kentang lazimnya tidakmenimbulkan risiko alahan dan selamat memperkenalkan mereka kepada bayi anda seawal umur 7 bulan. Ubi kentang mempunyai  jumlah Vitamin A dan Vitamin C, serta kalium, komponen kanji juga adalah tinggi.

Selain tu selalu jugak letak jugak broccoli. Colorful sikit baru selera nak makan.



Brokoli adalah sangat tinggi dengan vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli sangat sesuai  untuk menambah kepada resipi makanan bayi. Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia menukar bentuknya kerana ia melalui saluran penghadaman. Serat tidak larut kadang kala boleh menyebabkan sembelit pada bayi.

Di samping itu saya juga letak daging ayam. Kadang-kadang letak ikan tenggiri. Janji ikan yang tak banyak tulang. Susah jugak nak pilih isi asingkan dengan tulangnya.



Ayam adalah tinggi dalam protein dan besi. Ia adalah salah satu yang paling mudah dicerna daripada daging anda akan memberi makan kepada bayi anda. Ayam paling disyorkan untuk menjadi makanan pertama bayi kerana tinggi dalam protein dan besi. Daging ayam juga sesuai sebagai daging pertama untuk bayi.

Bila tengah masak, fulamak colorful betul. Ini bukan setakat anak, mak pun kebulur ni. Saya juga letak garlic & bawang merah. Bau garlic memang sedap.




Halfway saya lenyek-lenyekkan dengan senduk.



Letak sedikit garam sebab makanan ni bukan je baby Zara yang makan tapi kak Nayli juga! Senang sekali jalan. Satu untuk adik, dua untuk kakak. Kakak memang makan kuasa dua dari adik sebab kakak makan memang banyak. HiHiHi. Saya sangat percaya yang makanan berkhasiat sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan anak. Sebab tu cuba memperkenalkan sayur-sayuran untuk mereka, hopefully bila besar nanti takdela reject sayur hijau pulak ye.

Mudah je air tangan mak mestilah yang terbaik kan. Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.
 




Yeay!

3 comments:

  1. asing kan menu tuh pun ok..1 mangkuk untuk nayli yg letak garam..1 lagi untuk zara..kalau blh garam jgn kasi sehingga dia 12 bulan :)

    ReplyDelete
  2. hihi tu lah dulu buat macam tu lepas tu boleh gado pulak sebab kakak & adik tak makan mangkuk yang sama.

    ReplyDelete
  3. Best2.. Rasa tak sabar nak terjun ke bidang baby's food balik..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~