Sebenarnya tadi borak-borak dengan
officemate perihal saya yang pam 2-3 jam kat office. Buat lawak pulak diorang KahkahKah. Nak tergelak pun ada jugak bila orang cakap
saiz kilang susu mempengaruhi production susu seseorang ibu. Saiz 'kilang susu'
kita nie bukanlah menjadi satu masalah dalam penyusuan. . Tapi faktor yang lebih penting adalah efficiency
kilang tersebut. Keupayaan sesebuah 'kilang' itu bergantung kepada sebanyak
mana permintaan terhadap pengeluaran. Jika kita tidak menggalakkan pengeluaran
hasil (stimulasi pengeluaran susu), 'kilang' besar pun tiada gunanya.
Katakanlah pada awal tempoh penyusuan, anak kita belum mahu menyusu, mungkin
kerana dia dilahirkan awal dan agak sukar untuk dia belajar menyusu, kita
boleh cuba memerah susu yang telah dihasilkan 'dikilang' anda. Dengan cara ini
produksi susu yang baru akan terhasil.
Berikanlah susu yang diperah ini melalui sudu kepada bayi anda. Jangan gunakan botol awal sangat takut berlakunya 'nipple confuse'. Memang sebenarnya 'susu awal ibu' ini memang amat sedikit. Usahlah risau wahai ibu-ibu. Kuantiti yang diperolehi ini sebenarnya memang mencukupi dengan keperluan bayi. Kalau dia menangis, tidak semestinya dia lapar. Cuba periksa kemungkinan yang lain. Selalunya yang terjadi, bila baby mula menangis semua orang dewasa fikirkan baby dah lapar. Mulalah keluar idea susu tak cukuplah, nak cuba bagi susu formulalah. Sebenarnya kita cuma perlu bersabar sikit dan siasat punca masalah. Biasanya instinct mamanya selalu tepat. Ikutlah naluri keibuan anda. Jika anda rasa perlu menyusukan, berilah susu anda. Ingatlah lebih banyak stimulasi permintaan susu, semakin banyak susu yang akan terhasil. Dengan itu susu akan sentiasa mencukupi. InsyaAllah.

Saya rasa pengalaman biasa yang mommies hadapi iaitu susu tak cukup adalah satu
pengalaman yang agak biasa dihadapai oleh kebanyakan ibu baru dan tak juga baru.
Dari pengalaman peribadi saya sendiri, saya juga sering dilanda
oleh soalan-soalan seumpama di atas oleh kawan-kawan. Saya juga selagi boleh akan cuba menjelaskan situasi
sebenar kepada orang disekeliling saya (iaitu keluarga terdekat) tentang
keupayaan saya menyusukan anak saya. InsyaAllah jika kita berkeyakinan penuh
dan mendapat sokongan dari orang terdekat terutama suami sendiri, kita mampu
melaksanakan tugas penyusuan ini. Kita harus yakin yang Allah telah menjadikan
kaum wanita dengan kejadian biologinya yang istimewa, dan pasti sesuatu
kejadian itu bukanlah sia-sia. Oleh itu, kita sebagai makhluk haruslah
merealisasikan objektif kejadian itu.
Ingatlah.
Susu
seseorang ibu memang mencukupi untuk anaknya sendiri kerana produksi susu
bergantung kepada permintaan. Lagi banyak permintaan dari bayi untuk menyusu,
lagi bertambahlah bekalan susu anda. oleh itu, jangan sesekali mula memberi
susu tambahan(formula) kepada bayi jika anda mahu menyusu secara eksklusif. Sebaliknya,
sekiranya anda rasa susu anda seolah-olah kering, minumlah air banyak dan
makanlah makanan yang berzat supaya produksi susu anda akan bertambah mengikut
permintaan.
Walaupun
mommies akan pergi bekerja, tiada salahnya untuk terus menyusu secara
eksklusif. Perahlah susu anda semasa anda berada di tempat kerja. Simpan
ditempat yang sesuai dan berikan bekalan susu itu kepada penjaga bayi untuk
bekalan susu keesokan harinya. Tapi jangan sesekali meninggalkan rutin penyusuan
secara natural (direct) pada sebelah malamnya untuk mengekalkan stimulasi
pengeluaran susu.
Bayi
yang menyusu badan memang lebih kerap minum berbanding bayi yang minum susu
formula kerana susuibu lebih mudah hadam. Kalau waktu malam tu bangun 4-5 kali
biasalah. Jadi berikan susu anda secara bila ia diperlukan. Lebih kerap menyusu
lebih bagus. Takpe masa baby je pun nanti bila dah besar dia lagi suka tengok cartoon dari layan mamanya.
So untuk
mewujudkan ikatan "bonding" antara kita dan anak-anak? Salah satunya
adalah dengan pemberian susu badan yang diberi oleh seorang ibu dengan penuh
kasih sayang muahss muahsss.
Emosi
seorang ibu waktu menyusukan anak juga tersangatlah penting dalam menentukan kualiti
susu yang terhasil. Ya, kita hidup bukan hanya dengan jasad dan akal
semata-mata, tapi ingatlah ada dua lagi unsur yang sangat mendominasi segala
urusan jasad dan akal kita iaitu unsur ROH & JIWA.
Harga
sebuah kasih sayang dan ketaatan seorang anak tak mampu dibayar walau dengan
emas setinggi gunung.
Saya doakan segala yang terbaik buat semua mommies yang awesome.
Sekian.
Saya doakan segala yang terbaik buat semua mommies yang awesome.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~