Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, October 31, 2011

Weekend Yang Juling Bijik Mata. Aiyoooo

Common bebeh. It's Sunday. Yeay!!!!!

Bila weekend syok sikit banyak masa sikit layan anak-anak dengan layan poket. Ouchhh!

Ke mana lagi kita, tempat biasalah yang paling dekat. Dari parking Ikano Power Centre naik lift tup tup terus berhenti depan ni. OmmmEmmmJayyyyy!!! Apa ni? Apa ni weh?????? Apsal ramai sangat orang kat sini???

Alaa betul-betul kat sebelah Toy'R'Us. Baby Carnival Sale from Moms CAre. Awwww.



Macam macam ada. Tau-tau lah barangan Moms Care kan macam-macam dari A to Z. Pillow, blanket, storage bottle, breastpump, toys, clothes erkss pendek kata everything-lah. Yeay!




Memang murah discount tak hengat dunia 90% pun ada clearence stock la ni. Nasib-nasib lah kalau nak beli pakaian or kasut ada size lagi ke tak.

Kasut yang sangat berbaloi-baloi tapi dah takde  size untuk Nayli untuk mama lagi la takde. Sobss.




Semua rambang mata. Semua nak amik macam tak cukup tangan. Saiz baju banyak yang tinggal besar-besar je. Siapa ada anak umur 4-8 tahun sesuwai sangat datang sini.



HAbis cerita pasal shopping. Dah pokai tettssss.

***************************************************************

Jeng JEng JEng. Lepas tu isi tangki jap. 

Saya suke bangat makan mee tak kisahla kuew tiau ke, mee hun ke janji adik beradik mee. Bukan nak diet tak nak makan nasi tapi memang dah macam ni tak caye tanye mak saye. So nak pilih tempat makan kenalah ada  nasi & mee sebab Enchek Husband wajib makan nasi.

First time. yeay!!




Waiter, sky juice please. thanks!




Tengok je ye sayang. Kalau kak Nayli yang tengok air ni habislah so mama kena nyuruk cepat.




Pappa nasi ayam. Eh sedaplah.




Ipoh kuew tiau soup with steamed chicken. Eh lagi sedaplah.




Presentation kaw kaw padahal otak-otak je pun. Hiks! Eh sedaplah.




Laaa apsal semua sedap ni!!!! HAhahahaha! First time makan kat sini terus jatuh hati. Dah la makanan sedap lepas tu tempat luas & selesa yang penting banyak kerusi kusyen tinggi senang nak breastfeed. Biasanye makan kat Hometown Kopitiam.

Mujur ada Moms CAre sale, beli toy untuk baby Zara supaya dia boleh main dan tak kacau kak Nayli sebab bila kak Nayli kena kacau gerenti dia marah lepas tu cubit pipi adik at last gerenti dua-dua menangis. Uwaaaaaaa. Mama pun uwaaaa la jugak. 



Lagik satu sale yang sangat syiok habis from Levis. Serius murah kaw kaw.

*tutup mata sebelah sebab tak cukup baget. Hiks! Dah jom balikkkkk.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, October 30, 2011

Tips Menangani Anak


Tersentuh kejap hati bila baca satu info dari FAcebook. Yelah kadang-kadang bila anak-anak meragam kesabaran memang tak dapat dibendung, orang kata dah tahap maximum dah la. Hiks! Kadang-kadang tercubit kat tangan, terpok kat montot kadang-kadang tu pulak nasib tak bertukar jadi kaler hijau je lagi.


Bila tengah baik & tak meragam memang sweet like chocolate.






Lentok sikit. Awwww.






Semoga boleh menjadi renungan kita semua dalam mendidik anak-anak. Yeay!!


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, October 29, 2011

Hantar Tok & Nek Ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Kisah ni dah lama. Eh takde la lama sangat. Lama sikit je. Hiks!

Malam selasa lepas kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk hantar tok & nek mengerjakan haji.

Sebelum tu kami ke Sungai Buloh dulu singgah di rumah tok & nek. Makan-makan dan ada sedikit bacaan doa selamat. Amin.

Tengokla Nayli tu orang sibuk baca doa dia sibuk buat ape ntah. Nayli dengan paksu memang kamceng giller. Kalau paksu ada Nayli memang takkan cari mama lah. YEay!!!!




Paksu di mana-mana. Dulu, kini & selamanya.




Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Penuh dengan lautan manusia yang sedang menunggu eh angry bird pun adalah.




First time sampai sini bebeh walaupun parents saya dah 2x mengerjakan haji. Bukan ape kalau parents saya pergi ayah saya mesti cakap tak payah hantar sampai ke Kelana Jaya sebab kena tunggu lama & penuh dengan orang. So lambai-lambai dari rumah je lah.

Baby Zara tersenyum lebar mata bulat walaupun jam dah tunjukkan pukul 2 pagi.




Nayli pun boleh tahan jugak tak ngantuk. Lainlah mama dah 50x menguap. Hiks!



Semoga mendapat haji yang mabrur. Insyaallah.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, October 27, 2011

Weekday Kat The Curve

Eh takde orang la kat The Curve. Hiks! Memanglah its Thursday lah. Cuba pergi on Sunday hambikkkk nak jalan pun kena berlaga bahu.

Adik Zara duduk skool, kak NAyli jom ikut mama. yeay!!!! NAnti adik Zara dah besar sikit mama angkut dua-dua ye. Actually kalau berjalan dengan Nayli best jugak. Lagipun NAyli kalau dengan mama sangat behave senang je nak bawa ke sana sini. BErtindak mengikut arahan cuma dengan papa NAyli mesti over acting sikit.

Syarat pertama nak ikut mama. KEna makan roti tu sampai habis.

Oh nowadays NAyli memang agak susah nak makan. Tapi kalau tengok adik Zara makan bubur mesti nak makan bubur. Patutlah kakak kat nursery tu kata kat sana Nayli makan ok je. Agaknya kalau tengok orang makan baru dia nak makan.

Big smile. Yeay!!!!!


Cepat habis kan roti tu sayang kita dah nak sampai!!!!!

Kalau pergi The Curve wajib singgah Toy'R'us Ikano. Bukan nak shopping ape pun saja temankan NAyli main. Kat sana nak main macam kat rumah sendiri pun takde tu yang mama NAyli & Nayli suka bangat. Hiks!




Takde kanak-kanak ribena langsung. Nayli conquer sorang.




Slow & steady je. Alololololo.




Sebenarnya jalan-jalan ke sini ada misi sikit. NAk cari benda-benda ni. Yeay!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Eh tak lama lagiklah. Early next month je lagi!!!! Hooyeah!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, October 25, 2011

Kaedah Memasak Makanan Bayi

Bila baby Zara tengah exclusive breastfeed asyik cite pasal susu je. Bila dah makan cerita pasal makan pulak. Hiks! Memanglah belog kan macam diary.

Ok ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Hari ni kan cuti so mari kita mulakan dengan rancangan mari memasak untuk hari ini. Eh silap saya tak reti memasak tapi saya sangat rajin buat baby food. Hiks!


Untuk siapa-siapa yang tak pernah buat puri untuk baby above 6 months meh saya nak cerita sikit. Boleh juga refer kat SINI. Mulakan dengan memasak sayur-sayuran / buah-buahan sama ada dengan mengukus, membakar, microwaving atau merebus. Saya biasa memilih kaedah mengukus & merebus.Tapi untuk info mengukus ialah kaedah yang dapat mengekalkan nutrien paling banyak. CAra mengukus, membakar dan merebus juga membolehkan kuantiti makanan yang agak banyak boleh dibuat pada satu-satu masa.

Kaedah memasak makanan bayi.


Saja letak pic api baru nampak macam real sikit nak cerita pasal masak-memasak ni. Hiks!

Mengukus - kaedah yang paling digemari dan melalui kaedah ini juga kehilangan nutrien adalah minimum. Air yang digunakan untuk mengkus juga boleh digunakan kembali untuk stok dan juga membuat dicampur dengan puri. PErlu diingat semakin lama sesuatu jenis makanan terdedah pada suhu yang tinggi dan direndam dalam air makan semakin banyaklah kehilangan nutrien yang lebih tinggi. (Cuba bayangkan betapa banyak kehilangan nutrien dalam makanan bayi yang djual yang dimasak dalam suhu yang tinggi melangit untuk membantu memanjangkan jangka hayat makanan? Ouchhhh!)

Mengukus sebagai kaedah memasak juga membantu makanan mengekalkan tahap vitamin yang larut air. Vitamin larut air adalah penting dalam membantu dalam penyerapan zat besi. Mengukus membolehkan makanan dikelilingi oleh stim kerana ianya bukan direndam di dalam air. Jika makanan dimasak dengan cara panas mengelegak & merebus, kelemahannya adalah membawa kepada kehilangan nutrien (terutama vitamin yang larut air seperti vitamin B&C) Kehilangan nutrien ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan penggunaan air ketika merebus dan jangkamasa merebus juga dikurangkan. Air yang tinggal boleh digunakan sebagai stok & membuat puri.

Boleh juga dimasak dengan memanggang di dalam oven dan kelebihannya adalah kuantiti makanan yangbanyak boleh  dimasak dalam suatu masa dah kehilangan nutrien juga dapat dikurangkan disamping makanan yang dimasak lebih mudah dihadam.

Jika menggunakan microwave pulak hanya sesuai dibuat dalam kuantiti yang sedikit saja. Apepun dicadangkan bahawa kaedah mengukus atau bakar merupakan kaedah memasak yang terbaik.

Jika merebus buah or sayur, anda boleh membuang cecair yang digunakan untuk memasak. Jika taknak buang dan ingin menambahkan bersama puri ketika di blend pun boleh jugak.  Menambah cecair ini juga membantu untuk mengekalkan mana-mana nutrien yang mungkin telah terlarut lesap ke dalam air semasa memasak.

Tetapi!!! Jeng jeng JEng.

(Jangan gunakan air yang digunakan untuk merebus  lobak merah atau lain-lain sayuran nitrat tinggi untuk bayi berusia di bawah 7 bulan. Baca lebih lanjut mengenai nitrat.

Untuk membuat puri buah atau sayur boleh juga menambah cecair. Taknak tambah pun boleh jugak ikut suka. Boleh jugak menambah susu formula or susu ibu kerana cecair yang di tambah ini akan menambah rasa pada makanan baby.

Apapun membuat puri tanpa menambah apa-apa cecair juga merupakan pilihan yang terbaik kerana khasiat & nutrien adalah lebih tinggi. Tapi kalau kurang tambah air dapat hasilkan puri pun sedikit je lah. Apepun tepuk dada tanya selera sebab kalau saya memang tambah air sebab baby Zara tak berapa suka makan puri yang terlalu pekat. Kalau tak nanti dia nampak macam nak tercekik je. Hiks!

Apap pun kena try & error baru tau apa yang baby suka, apa yang baby tak suka. TAk semestinya sekali kita masak baby tak nak makan terus cop baby saya tak suka makan then malas dah nak masak terus bagi nestum je sebab sometimes baby suka makan carrot tapi tak suka potato, suka apple tapi tak suka pear.

Apepun selamat bereksperimentasi untuk semua supermak-supermak. Anda semua memang mabeles-lah !!! Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Cara Mudah Menyediakan Frozen Food Untuk Baby

Semalam ada pasar malam. Macam best je tengok pakcik tu jual jagung.

Ada 2 types of packing. Satu RM3 satu lagi RM5. Beli yang RM3lah. Dapatlah banyak ni. Yeay!

Satu, dua, tiga, empat & lima yeay. Oh cukuplah.




Sebenarnya nak buat ini. Eh jangan ingat saya nak buat puding jagung bentuk fish ok. Hiks!




Frozen corn nyum nyum untuk baby Zara. Tengokla tu sebab nak cepat fish dah tak macam rupa fish tapi dah macam rupa jaws. Hiks!

Actually hari tu masa berblogwalking terlihat satu entry kat belog mana ntah pasal frozen  corn ni. Terus jatuh hati. Awwww lain dari yang lain. First time buat frozen corn. Dulu time NAyli pun tak pernah buat memandangkan saya pun tak berapa suka sangat  jagung. Mama tak suka makan jagung habis anak-anak terlibat sama. Itulah pasal.

So apelagi maknanya first time dalam sejarah lah rebus jagung. Bila dah beku masa nak transfer masuk dalam plastik kak NAyli ingatkan ice-cream perisa jagung. Habis dia sapu dulu sampai mama kena nyuruk cakap dah habis. 

Rambut kusut masai sebab baru bergomol dengan adik Zara lepas adik Zara dah nangis Nayli pun lari cepat-cepat selamatkan diri. Oh Oh oh pandainye. Babab karang baru tau.

Masa nak bergambar mulut bukak besar-besar nak bagi orang tengok makanan nampak sedap. Isk Isk.



Selain corn banyak jugak frozen food saya dah buat.

Flower carrot.




 KAlau dah acuannya begini.....




Mestilah star potato. YEay!!




Masih dalam bentuk star sebab Nayli suka nyanyi Twinkle Twinkle Little Star sambil lentok-lentok kepala, ini pulak adalah sweet potato star.




Ini pulak ialah fish pear.




Hurmss banyak lagi tapi tak sempat nak snap piccas. Suka sangat dengan ice tray from Ikea ni walaupun dah tau sekali buat dapat berapa cube je pun. Biasanya kalau sekali blend kena repeat buat cube & bekukan dalam 2-3 kali la jugak.


*Comel. Cute. Isk geram.

Nowdays dah tak boleh simpan dalam bekas sebab fridge dah tak muat so saya simpan dalam plastik je. Jimat space.



Tak kisah la simpan dalam bekas or plastik yang penting kena tutup rapat untuk mengelakkan bau dari makanan lain  & jangan lupa labelkan type of frozen food & date. Lagi satu cuba perhatikan pada frozen carrot kat piccas diatas. Kelihatan kiub membeku & terdapat krystal ais kan. Jangan risau ok melihat kiub makanan bayi anda jadi begini sebab ia terhasil dari cecair yang berlebihan yang digunakan untuk membuat puri naik & membeku pada atas bahagian kiub. Kristal atau fros ais ini tidak berbahaya dan tidak akan membuatkan baby food or kiub menjadi tidak boleh dimakan atau memudaratkan. So dun worry be happy yeay!


Dalam peti sejuk tingkat bawah disyorkan homemade baby food disimpan tidak melebihi 48 jam untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dalam puri yang disimpan dan supaya makanan itu tidak mengambil rasa peti sejuk. Peraturan terpakai ini adalah untuk vege, fuit, ayam je. Saya tak pernah buat untuk frozen rice. RAsanya dulu saya pernah baca yang frozen rice adalah tak berapa sesuai. Tapi dah lupa sebab ape.

Kan best kalau ada frozen food banyak macam ni bukan sebab nak bagi baby makan tapi mama yang syiok sendiri. Yahooo!!!


source: en google meriah giller dgn frozen food bestnye tengok yeay!!

*apa saja untuk anakanda tersayang. Muahss!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, October 24, 2011

Belog Saya Dah 2 Tahun-LAh. YEay!!

Rasa baru je buat entry pasal anniversary belog saya yang pertama.

Dan semalam adalah anniversary belog saya yang kedua pulak. Dah dua tahun menulis belog. Yeay!!! Belog saya lagi tua dari usia NAyli Dayana tau. NAyli pun belum 2 tahun lagi. Hiks! Alaa tua sebulan je dari NAyli.

Ingat lagi first entry saya adalah pasal my wedding day. Pinky all day long. Ouchhhh!

Ingat lagi masa tahun pertama follower saya ada 123 what a nice number. Sekarang dah bertambah 2x ganda.



Thanks untuk semua yang sudi follow belog saya yang tak seberapa ni. Muahsss!

Selalu tengok pada keywords, orang selalu baca belog saya sebab nak cari info pasal penyusuan, pasal penyediaan makanan untuk baby.



Belog ini memang tak sehebat belog-belog yang banyak kat luar sana. Janganlah compare ye malu tau awwww. Tapi nampaknya dah ramai nampaknya ibu-ibu di luar sana yang berminat pasal dunia penyusuan susu ibu. Alhamdulillah. Saya cerita berdasarkan pengalaman saya, kadang-kadang lain orang lain pengalaman. Kalau salah tolong tunjukkan ye. Saya gembira kalau entry yang saya tulis sedikit sebanyak boleh membantu mommies out there. Sharing is caring.

Dan di tahun kedua jugak barulah saya dapat cash out Nuffnang yang pertama. Ingatkan dulu 5 tahun baru dapat cashout.

Sekali lagi. Thanks a lot kepada semua yang sudi baca belog saya yang tak seberapa ni ye. Sobsssss. Bukan sob sebab ape, sobss sebab today is Monday. Uwaa what a black Monday-lah. Hiks! Black Monday pun nak update belog jugak.

Lalalalalalalalalalala~

Sekian.


 Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, October 23, 2011

Operasi MAkan NAsi Minyak

Kami mahu berjalan hari ni Yeay!!!

Sukalah big baby tu dapat jalan ye. TEngoklah senyum sampai mata cepet. Hiks!



Flower girls mama. Baju for girl memang comel lote selalu buat mama rambang mata. Eh sikit lagi baby Zara dah nak sama tinggi dengan kak NAyli lah.




Piccas paling mahal mestilah yang ni. Muahssss!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Kenapa mama kata piccas paling mahal sebab NAyli sekarang ni dah agak agresif dengan adik dia. Silap sikit tampar kat pipi. Lebih sikit tolak kepala. Betul. Erkssssss. Apsal berubah menjadi gangster paradise ni sayang??

Jeles ye muchuk ala janganlah macam tu dua-dua papa & mama sayang.

Actually kami nak pergi kenduri kahwin di Kota Damnsara. YEay!!!




Dah lama rasanya tak makan nasi minyak. Selamat berbahagia hingga ke anak cucu ok.

Atuk & wan pun ada jugak.


DAK's Crew semua ada except Cik Pia =(

Dah kepanasan. JAdiknye haruslah melompat dengan lebih tinggi !!!



Jom balik.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!