Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, October 14, 2011

Berapa LAma Simpan Susu Dalam PEti Sejuk?

Saya tulis belog saja suka-suka. Saya tulis entry pasal susu ibu jugak pun suka-suka sebab sharing is caring.

Saya tak sangka rupa-rupanya ada kawan-kawan saya yang mengikuti belog saya as a silent reader tak pernah drop comment & tetiba msg saya nak tanya itu  ini sebab mereka berminat mengetahui pasal susu ibu dengan lebih lanjut sebab selalu baca kat belog saya pasal cerita susu ibu.

*terharu. I loike.....

Saya faham mula-mula melibatkan diri dalam dunia penyusuan memang serba tak tau. Saya tau saya tau sebab dulu saya pun macam tu. Saya tak kisah siapa-siapa nak tanya saya apepun pasal masalah susu ibu, sebab saya sedia membantu mana yang saya mampu.

*tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. You know who you are. Yeay!!

Info lanjut untuk anda & semua mommies yang berminat dengan penyusuan. Tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu yang dibeku akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

Tengok piccas mesti lagi faham.

Bila nak bekalkan untuk baby kat nursery jangan bagi semua susu beku je, campur la jugak dengan susu yang tak beku untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari. Bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu yang diperah kat office di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan anda telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari mommies berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dari koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak kita. Yeay!!!

Untuk bekalan baby Zara:
4 bottles - susu yang diperah semalam
2 bottles - susu yang disejukbekukan.
Ibu perlu memerah susu 2 - 3 kali di tempat kerja atau dalam erti kata lain every 2-3 hours untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari.

Jangan nak mengada-ngada tettttts rotan karang baru tau:

TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.

TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).

TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Diharap entry di hari Jumaat sebab dah malas nak bekerja ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada mommies dan anak-anak serta ibu-ibu bekerja yang lain.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

5 comments:

  1. slm...nk tnya klo kita pnaskn susu tu kn tetiba ade layer kunin kt bhgian ats susu tu..cner ek?adakah itu tnda2 susu tu da basi or mmg gtu?help2 konpius ni nk kc bby minum kang skit pwot lak dia....

    ReplyDelete
  2. Salam..mcm mn nk panaskn susu. Sy bakal ibu, hihi..

    ReplyDelete
  3. sometimes susu mmg mcm ada 2 lapisan, sebab lapisan lemak naik ka atas. ibu perlu belajar rasa sikit susu tersebut untuk mengetahui susu itu ok ke tak. alaa susu tu rasa macam lemak-lemak santan je.

    cara panaskan susu ialah rendam dalam bekas yang berisi air suam atau gunakan warmer. kalau gunakan warmer little bean pada susu 70'C.

    semoga membantu =)

    ReplyDelete
  4. kalau pakai warmer tu, kena set pada 40'C kan?
    sebab kat warmer tu ada gambar botol susu at 40'C.
    untuk food 70'C.

    betol tak?

    ReplyDelete
  5. aah sepatutnya 40'C tapi kenkadang kalau nak cepat saya naik gak suhu sampai 70'c sbb 40'c tu rasa mcm lambat sgt. Tapi kalau boleh janganlah buat mcm tu takut sel-sel dalam susu ibu tu musnah sbb suhu panas sgt ;)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~