Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, October 4, 2011

LAgik 10, 20 Tahun Lepas KAhwin MAcam manalah

Walaupun aku kahwin masa umur aku belum 30 tahun, tapi masa dah rasa macam dah tua. Kahwin umur 27, masa tu kawan-kawan ada yang hidup sendiri. Baru bertunang ada, baru kahwin ada, tengah mengandung ada, dalam pantang ada, anak dah masuk darjah satu ada dan ada yang dah nak masuk anak kelima dah. Haha tipula anak lima tu. Rasa dah senja nak masuk maghrib je umur aku ni.

Masa tu kalau orang tanya bila nak kahwin, aku sampai dah tahap malas nak bazir air liur dah. Paling busuk pun tayang gigi atas bawah je. Tak pun aku buat-buat tengok jam macam nak kahwin 2 jam lagi. Tapi takdelah ramai sangat tanye pun. 27 tahun, muda lagi whatttttt. Bila ramai kawan yang dah jadi bini dan mak orang, aku selalu dengar cerita rumahtangga diorang. Pasal suami, anak, mertua dan ipar duai. 20 tahun lagi agaknya, masing-masing dah bercerita pasal menantu dengan besan pulak. Haha kesian.

Manusia ni biasalah tak habis-habis dengan soalan.
Belum kahwin, tanya 'bulan berapa?'
Dah kahwin, tanya 'berapa bulan?'

*Haishhhhh!

Bila dengar cerita realiti orang berkahwin, sebenarnya aku takut nak kahwin jugak. Lagipun belum puas enjoy. Zaman sekarang, kahwin cerai tu dah macam biasa. Macam takda formula macam mana nak betulkan salah faham laki bini. Mungkin aku dah terlalu banyak dengar dan baca cerita masalah rumahtangga, jadi aku macam fobia nak kahwin awal sangat.


Bila terbaca benda ni terus dada macam berdebar je. Cerai-berai ni macam takda penghujung. Telinga pun dah biasa dengar. Rasa menggerutu je hati dengar pulak orang naik mahkamah sana sini. Zaman sekarang ni, ramai laki yang kena cerai dengan bini.

Tak tau kat mana silap. Yelah kadang-kadang lelaki pun over jugak. Ye tak???

Ada yang tak sefahaman sebab kahwin terlalu muda. Tak puas enjoy katanya. Keputusan SPM panas lagi dah jadi bini orang & mak budak. Suami pulak suruh duduk rumah. Bila bosan je tengok tv. Dan dan kat tv ada On Cinta, On Sepi, On Rindu. Dok main benda tu sampai terskandal dengan suami orang pulak tu. Stupid-lah.

Social networking pun sama je. Facebookla. apela. Taip je 'bekas kekasih', berderet-deret keluar. Click, add (mula-mula ignore, pastu approve kan kan kan?), say hi kat wall, pastu PM dan last-last chatbox. Lepas tu ajak jumpa. Tak lama lepas tu mintak cerai sebab tak sefahaman. Padahal dah jumpa gewe lama. Taknak ngaku. Sanggup tu unfriend/block laki sendiri. Hahaha! Dekat tempat kerja, selalu je aku dengar suami orang bercinta dengan isteri orang. Isteri orang curang dengan suami orang. Na'uzubillah. Satu pejabat kot, orang sibuk gossip sana sini tapi diorang ni pekak hyppo. Kemaluan dah hilang. Bila tanya, jawapan mesti 'kawan je'. Kalau dah kongsi straw, bergambar duduk rapat-rapat asyik muka yang sama je & kongsi kerusi nak makan tu kawan ke? Sembanglah lu. Sepak kang baru tau jangan main-main dengan aku ok hakhakhak.

Pasal duit pun boleh bercerai sekarang ni. Tersentak jugak aku bila baca pasal orang bercerai sebab duit topup RM10. Senang je mulut buat kerjakan? Gaduh-gaduh mulut, last-last mulut tolong lafazkan cerai. Yarabbi senangnya! Benda ni senang je. Suami mesti tahu tanggungjawab dia dan isteri tahu kat mana had dia. Tapi ada jugak kes yang suami pemalas nak mam & isteri demand tak tentu pasal. Agak-agaklah tekak kau pun.

Paling benci kalau keluarga suka masuk campur. Semua nak menang, dia sorang jelah yang betul. Anak aku belajar Mesir, anak aku amik Sains Rumah Tangga, anak aku Pendidikan Islam A+. Hek eleh. Tu sebab tak elok kahwin sedara kan? Nanti tak pepasal putus sedara sebab banyak kepochi dalam keluarga. Tiap-tiap hari bergossip kalah Melodi. Bagi aku, masalah kita tu baik selesaikan sendiri. Tak payah nak heboh-heboh kat orang lain.

Pesan aku serta ingatan untuk diri sendiri jugak, nak buat apa pun fikirlah banyak kali. Fikirkan jugak orang lain punya hati jangan ingat ko je yang betul. Tak payah nak ikut napsu napsi ni. Rugi. Kalau dah kata bercerai tu pilihan terbaik, terpaksalah angkat kaki. Asalkan takda nak dendam sampai nak simbah asid, dengki sana sini atau santau kanan kiri.

Sayang sampai mati.



Pokok pangkal diri sendiri.
Dunia ni dah nak ajal.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. kita kena redha ajerlah...Ajal maut semua ditangan ALLAH..kalau dah tersurat jodoh x panjang..kena terima..tapi minta dijauhkanlah...harap2 biarlah kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. rileks,rileks.jgn kecoh2.dunia dah sampai penghujung.tanda2 kiamat sudah ada.penaklukan baitulmaqdis sudah pun kita ketahui,tunggu pemusnahan besar-besaran masjidil aqsar dan selepas berlaku kemusnahan masjidil aqsar akan munculah imam mahdi dari sebelah timur negara yemen untuk mempertahankannya. selepas itu munculah kiamat besar tidak lama lagi.manusia semua akan hilang pegangan dan ajaran agama mereka..mereka akan sesat dan turunlah nabi isa untuk menyampaikan amanat dari Allah s.w.t

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~