Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, September 4, 2012

Si Sebatang Kara

Assalamualaikum,

Nampaknya aku kena semakin berhemah dalam menulis blog. Sebab terlalu banyak manusia di muka bumi ini yang mempertikaikan penulisan blog aku. Adakah aku kena berpura-pura menjadi manusia yang perfecto pijak semut pun tak mati kepada semua orang? Hey, sukatilah aku punye blog nak tulis apepun hade ko kisah? Kalau tak suka tak payah baca aku bukan pernah suruh kau baca blog aku pun. TROLOLOLOLOL. Takpe aku tak kisah pun lantak koranglah. Cuma aku kisah sebab my BFF komen entry yang aku tulis kat blog very the poyo'ss poto-poto dan ghedikkkkks! Awwwwwww. Over kau nyah.

Hey, pernah tak korang dengar orang cakap macamni. Kehidupan kita kat dunia ni hanya ada satu permulaan dan juga satu pengakhiran. Hidup kita bermula semasa kita dilahirkan dan berakhir bila kita mati. Dan segala yang berlaku in between tu adalah pertengahan. So selagi kita belum bertemu kematian, maka perjalanan hidup harus diteruskan tak kiralah apa masalah dan ranjau yang datang sekalipun. Banyak lagi persinggahan yang perlu kita hadapi selagi kita masih bernafas di dunia ni, yang sedang menanti kita di hadapan.

Sebenarnya dalam hidup ni aku paling tak suka dengan perubahan kerana perubahan membuatkan hidup aku rasa susah, perubahan buat langkah aku terasa berat sangat. Pernah tak orang sekeliling menghargai perubahan yang aku lakukan selama ni. Walaupun orang lain fikir perubahan yang aku lakukan ini mungkin kecil saja, tapi aku rasa sangat besar.

Aku tahu apa yang buat aku rasa rindu sangat sekarang ni ialah dengan rutin aku dulu yang tiba-tiba dah berubah 360 degree. Inilah dia, dunia. Ingatkan hati aku betul betul teguh untuk melakukan semua perubahan ni, tapi rupa rupanya rapuh. Segalanya berlaku dengan jangka masa yang sangat pantas, tak sempat aku nak bersedia.

Aku sangat susah untuk melakukan perubahan. Even kasut pun kalau aku suka satu tu, maka satu tu je lah yang aku akan pakai sehinggalah aku pun tak tau sampai bila. Bila kasut itu hilang atau rosak, barulah aku akan pakai kasut yang lain. Mungkin orang kata cara hidup aku ni membosankan dan takde kemajuan, tapi inilah dunia wahai manusia sekelian. Bukan semua orang ada minded yang sama walaupun rambut sama hitam. Allah SWT itu maha adil. Dia cipta manusia ni tak sama, berbeza-beza. Hambarlah dunia kalau kita semua sama je. Betul tak? Bayangkanlah kalau ada 10,000 manusia yang bernama akma dan berperangai macam aku, mesti makbapak aku kat kampung fengsan ;p

Dahlah. Sometimes aku rasa aku selalu nak cakap something yang lain tapi tercakap benda yang lain pulak. Aku suka cakap sesuatu yang berbeza dengan apa yang sebenarnya aku nak cakap. If only orang boleh faham hati seseorang tu tanpa bercakap, kan best gile. Eh adeke orang macam tu dalam dunia ni ye. Mustahil kan.

Mereka berdualah penyeri hidupku.


Apa yang saya rasa, takkan sama dengan apa yang awak rasa.

Keluarga aku selalu pesan bila kita 'sakit' biar kita sendiri, bila kita gembira biar kita berkongsi.

Tiada dugaan yang mudah kat dunia ni, hakikatnya semua susah. Apepun kita perlu menjadi lebih tabah. Semoga Allah pulihkan aku dengan memberi hati yang lebih bersih esok hari.

Dah hampir sebulan aku tak balik kampung jumpa mak ayah. Homesick tahap kejap lagi nak nanges bawah batal dah niiiiiii. Poyo kan aku. Memang pon. Tapi kenkadang tak.

Selamat harungi dunia. Senyumlah, kerana senyuman itukan satu sedekah.

Kalau rumah adalah tempat yang terbaik. Tidur adalah treatment yang terbaik. Family adalah doctors yang terbaik. Senyuman adalah satu kepura-puraan yang terbaik.

Babai semua, selamat berjaya harungi dunia, senyummmmm klik! klik! ^______^

Sekian.

Sincerely,

akmabaek


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

3 comments:

  1. Rsa mcm ader terjumpa akma kat R&R mggu cuti raya ritu...bila nengok entri yg pakai baju ry kuning...teringat blk...akak perasan muka nayli tp x brani tegur sbb takut tersilap org...malu ai plak nnti...huhu

    ReplyDelete
  2. Erkk R&R mana kak? Kalau R&R TApah betul kot tu je R&R yg kitorang benti bila balik kampung ;)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya akma...lama sangat tk bw, dah besar 2 anak darezzzz:)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~