Assalamualaikum,
Nah, tengok ni. Tengok. Zoom. Tenung lama-lama sikit. Baca ulang-ulang poster gedabak neh!
Aku rasa poster besar gedabak ni patut ada sepuluh bijik kat setiap tempat di Malaysia ni, kat depan Giant pun kasi letak, depan Tesco ke kat setiap kedai runcit pun kasi letak gak, senang cite kat semua tempat yang senang nampak kasi letak.
Dah lama aku fikir orang yang merokok terdiri daripada orang yang kaya dan banyak duit sampai boleh buang duit macam tu je. Sebab cube bayangkan ape akan jadi kalau orang yang tak berduit merokok lagik-lagik yang dah berkeluarga dan beranak pinak, berapa harga sekotak rokok? Bukan ke lagi baik bawa keluarga pergi melancong or jalan-jalan tak kisahla ke mana sekalipun eg: ke Cameron Highlands ke ape salahnye sekali sekala gembirakan hati insan yang dah banyak berpenat lelah menabur jasa membanting tulang or belanja makan yang sedap dan mewah sikit ke dari membeli rokok yang ternyata hanya makan asap untuk diri sendiri je.Tak ke selfish namanya tu? Kadang-kadang rasa pelik jugak bila orang lain asyik mempersoalkan kemampuan kewangan seseorang tu sangat terhad sebab banyak menanggung beban. Tapi bila seseorang tu menghabiskan duit membeli rokok tak pulak dipersoalkan. Argghh orang lain memang lebih suka menyibuk. Lebih sudu dari kuah. Lainlah kalau banyak duit nak hisap berapa kotak sehari pun gerenti takde siapa yang larang.
Kan?
Aku pernah dengar coversation macamni masa nak beli garam kat kedai runcit dekat rumah dulu. Seorang pakcik cakap "Bagi saya dunhill mint." "Yelah dah tua hisap mint. Berangin. Nanti rasa sejuk je, tak heavy sangat lah. Dah tua-tua kan.." Aku yang tengah berdiri kat sebelah pakcik tu tengah tunggu giliran takleh nak wat pe cuma tergelak je la dan berkata-kata di dalam hati berangin ke tak ape kebendanya, yang nyatanya merokok tu tak baik untuk jantung, tak payah beli la pakcik. Dah la tuuuuuuuuuu....
Aku cakap dalam hati jelah. Kalau tak mau kena baling dengan kasut. Naya.
Kita takkan boleh ubah yang lepas, kita jugak takkan boleh jamin yang akan datang.
Jadi, hiduplah segembira yang kita mampu waktu sekarang.
kerana esok, belum tentu akan datang =')
Yeeehakkk!!!
Apepun, merokok membahayakan kesihatan.
Sekian
Apepun, merokok membahayakan kesihatan.
Sekian
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
hurmm..
ReplyDelete