Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, September 1, 2012

Sedihnya Hati Bila Yang Diinginkan Tak Kesampaian

Assalamualaikum,

Rentetan dari keinginan aku untuk bergelar student master kat USM haritu sebenarnya aku dah siap buat semua preparation untuk registration 7 september ni.



First time buat check up kat gomen hospital. Sebab banyak masa aku pun pergilah kesini. Total check up included urine, blood test and x-ray RM20 je. Murahkan. 

Apepun kesimpulannya......

I AM UNABLE TO REGISTER DUE to dot... dot.. dot.. dot.........

Sharing is caring. Bila kita tak dapat buat ape yang kita nak  sekarang, mungkin satu hari nanti kita akan dapat buat apa yang lebih baik dari sekarang. Allah jadikan sesuatu ada hikmahnya, so redha je lah. Selalulah fikir macam tu kalau tak dapat lakukan apa yang kita nak sangat buat. Jangan sesekali rasa regret, kerana regret akan buat hati kita jadi 'sakit; dan bertambah 'sakit' je.

Chill je la awak awak awak semua. Janganlah cakap "ehh kesian aku tengok kau kan" sebab setiap manusia ada kisah yang tersendiri di sebalik kehidupan mereka yang juga tersendiri. Apepun yang terjadi, apepun yang berlaku aku selalu cuba fikir mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi so terimalah dengan hati yang terbuka. Walaupun ada juga yang cakap "Eh ko nampak rileks je eh? Ko tak sedih ke weh? Ko tak rasa pape ke?" Seriously aku rasa persoalan macamni tak patut timbul. Aku rasa kita kena yakin dengan keputusan yang dah di buat, no regret.

Kalaulah korang tau betapa aku ni manusia yang jenis sanggup-korbankan-apa-saja-untuk-penuhi-apa yang aku-nak. Aku sanggup lakukan apa saja selagi aku mampu unuk tunaikan azam dan impian aku. Kalau dulu aku cakap lepas belajar aku nak pergi main kat playground, walaupun hujan ribut taufan aku akan pergi jugak. Kalau aku nak lakukan sesuatu, biarlah takde orang nak temankan sekalipun, aku akan pergi lakukan sorang-sorang. Kalau aku cakap nak layang-layang aku terbang, biarlah ambil masa sampai 3 jam berpeluh ketiak pun pun aku sanggup, aku akan pastikan apa yang aku nak mesti jadi. Kalaulah korang tahu betapa determination aku itu sangat tinggi dan aku sanggup lakukan apa saja demi memenuhi keinginan di hati.

JAdi silalah bayangkan betapa kecewanya hati aku bila aku tak dapat sambung belajar. Betapa kecewanya hati aku bila apa yang aku azamkan, impikan tak terjadi. Aku kecewa weh, aku kecewa sangat. Tapi sekarang aku bukan lagi individu yang takde tanggungjawab. Aku ada suami dan anak kecil 2 orang. Banyak aku kena fikirkan. Banyak hati yang perlu dijaga. Tapi aku cuma ambil masa untuk belajar setahun je. Pejam celik, pejam celik dah habis. Tengok tu nampak sangat masih tak puas hati sebab ada tapi.

Ayah aku. Bila aku fikir balik, betapa bertuahnya aku ada seorang ayah yang selalu ada untuk aku. Ayah dah cakap nak tolong support kalau aku sambung master nanti. Terima kasih kat ayah. Dulu ayah memang garang tapi aku bersyukur sebab ayah kami berempat adik beradik semua ada degree. Abang pulak dah ada master. Adik aku pulak otw insyallah next year grad la master jugak. Ayah selalu tanamkan dalam diri kami, ilmu itu sangat penting. Belajar, belajar dan terus belajar selagi kita bernafas di muka bumi ni.

Sebab tu aku nak sangat sambung belajar, tak best betul jadi budak yang tak pandai especially di kalangan family aku yang sememangnya semua pandai-pandai.

Tipulah kalau aku tak frust. Sangat. Tapi aku cuba senyum lebar-lebar. Pastikan senyuman tu nampak gigi okey bukan senyum buat-buat yang ketat tu. All the best untuk aku. Semoga aku dapat hidup dengan gembira. Kawan dengan strangers. Gelaklah selalu. Ingat yang paling penting, solat lima waktu.

Apepun apa yang telah diberi oleh Allah lebih baik dari apa yang kita pinta. Bersyukurlah dengan apa yang ada ;) Kan...

Sebelum aku nak menutup tirai entry ni aku nak muhasabah diri 5 minutes jap.

Sometimes aku benci dengan manusia yang talam dua muka,

Jangan hanya tahu bercakap, tapi bila buat zero. Jangan lakukan sesuatu for the sake untuk dapat respect dari manusia lain. Respect manusia boleh hilang dalam sekelip mata. Jangan sesekali terfikir diri tu baik sangat, bukan semua orang boleh terima cara kita, even kita sendiri pun tak boleh terima cara orang lain. Kenapa kita nak expect orang ikut flow kita je, sedangkan kita sendiri tak boleh nak ikut flow orang. Kenapa kita nak orang puaskan hati kita je apa yang kita nak semua orang kena buat, sedangkan kita selalu sakitkan hati orang dan tak pernah sekalipun layan apa yang orang lain nak. Sometimes kita rasa menyampah kat orang lain, sedangkan kita pun ada perangai annoying yang tersendiri. Depan makbapak kita buat baik, belakang makbapak adakah kita sebaik itu? Pura-pura dengan diri sendiri, hipokrit dengan dunia, adakah semua ini akan bagi kita bahagia??

Muhasabah untuk semua termasuk untuk diri aku juga.

Aku memang ada habit sangat suka menaip apa yang terbuku dalam hati dan otak before masuk kepala dalam blanket, before tutup mata dan masuk ke dalam alam mati sementara atau bahasa dunianya tidur. Adakah habit ini dikira hobi atau satu penyakit. Mungkin sebab aku tak suka meluahkan perasaan kat orang kot. Yelah di dunia sekarang aku takde insan yang rapat dengan aku. Awww ntahapehapentah.

Oklah. Thanks for reading. 

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

1 comment:

  1. post kali ni nampak ko matang sket. cewah. anyway good luck atas apa jugak keputusan ko

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~