Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, August 6, 2012

Shopping Raya @ AEON Station 18, Ipoh

Assalamualaikum,

KAmu, kamu dan kamu dah shopping untuk raya ke? Hmm kenkadang rasa macam nak puase je terus tapi taknak raye. Banyak sangat yang perlu disediakan dan difikirkan. Boleh tak? Hiks!

Last weekend kami ke sini.


Ooo baru tau tempat ni namanya AEON Station 18. Masa first time pergi dulu bila Enchek Husband bawa ke sini layan kan saja janji tempat ni best nama tempat pun tak tau ape.

Nak beli baju raya untuk anak-anak, kasut untuk anak-anak alaa anak-anak je yang nak raya. Macam tu la bila dah ada anak. Part ni takpayah nak buat checklist pelbagai alaa anak baru dua je semua dah setting baik punya dalam otak ni nak beli ape. Kami sampai sini bebetul dah lewat petang sikit lagi dah nak berbuka. Tak singgah mana  pergi booking tempat untuk berbuka puasa dulu.

Baget di hati nak berbuka puasa di Kenny Rodgers berzaman dah tak makan tapi bila waiter tu kata sorry dah fully booked rasa macam nak nangis tew. Sobsssss!

Oklah takpe at last kami  nak berbuka di sini saja sebab waiternya sangatla friendly satu persatu dia explain pasal menu. 



Bila sampai saat berbuka datang balik  semuanya dah siap disediakan atas meja. Alhamdulillah. First time berbuka puasa kat luar untuk Ramadhan kali ni.



TEringat dulu bila makan kat luar boleh order 2 dishes je sorang kongsi dengan papa, sorang lagi kongsi makan dengan mama tapi sekarang cannot anymore. Dah tak cukup anak makin besar makin banyak diorang makan so kena order 3 dishes. Takpe kalau tak habis, mama boleh perabihkan ye. Ngeheeee.

Mama order nasi tomyam request suruh letak 10 batang cili padi biar pedas berapi kaw kaw biar sampai meleleh ayaq hidung makan tapi asal rasanya tak pedas langsung??? Erkssss dah jangan banyak complain orang Somalia tu lagilah kesian tak dapat makan, so mulakan je dengan Bismillah!


Cepat makan lumba siapa makan paling banyak dialah pemenang. Yehaaaaaaa!


Sorang nak makan sendiri, sorang nak mama suapkan, sorang tetiba nak melompat dengan lebih tinggi, sorang tetiba nak tukar kerusi pulak. Sorang itu, sorang ni OkBai ini yang mama segan nak makan kat luar ni. Melayang fork and spoon haaa. Malu mama oh malunye mana nak letak muka ni. Awwwwww.

Candid by Nayli ;p


Lepas dah settle mana yang patut kami memulakan misi cari baju raya la. Anak-anak masih kecik takde masalah sangat kuasa memilih 100% di tangan mamanye. Lainlah bila anak dah besar mesti cakap “alaa mama baju ni tak lawa, ni tak cantik, nak yang ini” yang dia nak tu pulak baju Guess Kids harga 10x ganda lagi mahal dari baju mamanye HAHAHAH teringat pulak masa kecik dulu buat dialog macamni kat mak  tak lama lagi mesti kena kat batang hidung sendiri. Padan muka rasakan. Boooo.

Lepas dah cuci poket papa shopping raya kami cuci duit papa ber’chatime’ pulak. Yeay!! Sebenarnye ini adalah pertama kali saya merasai nikmat ber’chatime’. Jangan gelak sememangnye saya sorang yang ketinggalan zaman sobbss. Bukan ape dulu duduk KL selalu gak nak lepak minum tapi bila tengok orang beratur panjang rasa macam tak sanggup pulak. Dialog lepas tu mesti ‘lain kalilah minum”. Tu yang baru harini merasai nikmat ber’chatime’ tu. Tapi macam tak best je rasanya Cool Blog lagi sedap kot. Erksssss. Ke saya yang taktau pilih drink mana yang best? Ape yang best sebenarnye ek ek ek?

Punyelah syok sampai mata pun jadi kecik.


Sampai AEON nak tutup pun kitorang masih berada di sini. Oklah jom balik Nayli masih steady ber’chatime’, Zara pulak dah flat habis.  Mama nak join Zara gak boleh tak? Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Apepun beli baju raya untuk 2 anak dara umur dekat-dekat senang je.


Toinkk sama tapi tak serupa. Saiz je yang beza. Senang dari jauh dah boleh kenal. Kamu, kamu dan kamu dah beli baju raya ke? Tak lama je lagi dah nak raye dah oiiiiii. Yabedabedu!!!


************************************************************

Untuk kawan-kawan yang mengenali diri ini chewahhh Insyallah kami akan menyambut raya pertama ni Seremban. Insyallah. So apelagi siapa yang nak merasa air tangan saya masak ketupat, rendang, nasi impit meh la datang rumah. Maklumat lanjut  jom WhatsApp WhatsApp. Mueheheheeeehh!

Thanks for reading.

Sekian.

 Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

1 comment:

  1. hehehe..
    betul byk sangat dlm entry ini..

    anak kecik lagi kuasa baju kat tgn ibu
    (dah besar mesti diorang nak pilih sendiri)

    dan..

    dulu kongsi makanan..
    bila diorang dah membesar sorang nak satu pinggan..

    hehe..

    :)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~