Assalamualaikum semua,
Pejam celik pejam celik Ramadhan yang ditabalkan Allah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dah pun makin hampir ke penghujung. Mood raya pun dah makin mengganas dalam jiwa dan minda. Awww. Eh baju raya tak beli lagi ni cemane????
Kami…. jeng jeng jeng.
Ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan….
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN
MAAF ZAHIR BATIN
Kepada semua yang mengenali Nayli
dan Zara, yang selalu click click baca blog mama kami yang kadang-kadang very
the yaa aa aww ni dan juga kepada semua yang mengenali pak dan mak kami.
Kami sekeluarga juga ingin memohon
maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika ada terkasar bahasa dan juga
perbuatan. Bermaaf-maafan lah kita sesame semua di hari yang mulia ini. Maafkan
lah silap dan salah manusia memang tak sempurna tak pernah lepas dari melakukan kesilapan so
janganlah simpan dalam hati. 0-0 bukak buku baru taraaaaaaa.
KAlau bulan puasa dapat turun 5
kg janganlah bila tiba satu Syawal terus naik 10 kg pulak ye. Berpada-pada la
ketika makan tu kerana raya-raya jugak kesihatan pun perlu dijaga. Kalau sakit
nanti siapa yang susah? Haa mereka dan keluarga mereka juga yang susah.
Yang penting sesiapa yang nak
balik kampong nanti berhati-hatilah di jalan raya. Janganlah sebab nak cepat
sangat sampai ke kampong bawa kereta macam roket yang akhirnya terus tak
sampai. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang tersayang yang tengah menanti
kepulangan kita sekeluarga di kampong nun. Jangan biarkan 1 Syawal yang
sepatutnya di disambut dengan keriangan dan gelak ketawa menjadi medan tangisan
akibat kealpaan sendiri,
Apepun tiada yang lebih indah menusuk
kalbu dari berkumpul beramai-ramai satu keluarga setelah lama tidak berpeluang
merasai suasana itu dan mencium serta meminta maaf dari orang tersayang di pagi
Syawal selain makan rendang air tangan mak yang tiada tolok bandingan paling
sedap dalam dunia Chef Wan masak pun kalah. Slurpssssss.
Salam sayang dari kami untuk
semua yang jauh mahupun dekat.
Kami sekeluarga akan beraya di
Seremban dengan tema yang sangat lip lap lip lap anak mami dan pasti memukau
pandangan mata semua. Awww. Tunggu, tunggu oh stay tune. Ahak Ahak!
Anda semua beraya dimana pula? Apakah tema
baju raya tahun ni? Kaler birukah, merahkah, hitamkah atau sama kaler dengan kami?? Jeng Jeng Jeng.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budiDalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwaDalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kataDalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosaMohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya AllahBulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kamiAmpunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukanBerilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datangSelamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbihAda awal tiada penghujungnyaDicipta untuk mengingati Yang Maha EsaDiratib demi mencari redhaNYASalam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Memang syahdu.
Sekian.
Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~