Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, August 1, 2012

Kiri Ke Kanan Atau Kanan Ke Kiri

Assalamualaikum,

Sangat tertarik dengan coretan Dr. Mahamad bin Jantan iaitu Perunding Motivasi dan psikologi di RMJ Holistic Solution sebagai renungan kita bersama.

Terlintas dalam fikiran, bila ketika melakukan tawaf di Kaabah yang menjadi kiblat kaum muslimin iaitu dari kanan ke kiri. Suruhan mengerjakan tawaf bersumberkan Ilahi. Ia perintah Allah SWT kepada pada rasul dan umatnya. Selain pusingan tawaf, ibadah sai’e juga mengikut kaedah pusingan yang sama.

Sebenarnya begitulah juga corak pusingan semua makhluk ciptaan Allah SWT dia alam maya ni baik sebesar-besar ciptaan hinggalah sekecil-kecilnya. Contoh paling mudah planet mengelilingi matahari mengikut pusingan tawaf. Litar perlumbaan juga direka mengikut pusingan tawaf. Begitu juga sel dan organ dalam tubuh iaitu sistem aliran darah yang dipamkan oleh jantung ke seluruh tubuh, pusingan benih lelaki di sekeliling benih wanita di dalam rahim, semuanya taat pada sunnahtullah juga mengikut pusingan tawaf.

Justeru itu apa saja yang melibatkan pusingan dalam kehidupan kita, lakukan ikut pusingan tawaf. Ada chef yang menyarankan bila memasak makanan dikacau mengikut pusingan tawaf, cara bancuhan minuman juga disarankan mengikut pusingan tawaf kerana ianya pusingan fitrah. Bahan makanan asli bersumberkan tumbuhan dan haiwan bersifat semulajadi ciptaan ilahi. Kekalkan sifat fitrah ketika memasak untuk diri sendiri dan keluarga.

Pelbagai tafsiran tentang jumlah angka tujuh pusingan tawaf dimana ada berpendapat ia menandakan tujuh lapisan langit dan bumi dan kita disarankan sebarang aktiviti yang melibat pusingan lakukan sebanyak tujuh pusingan atau lebih. Misalnya bila memasak dan mengacau makanan, membancuh minuman lakukan mengikut arah pusingan tawaf sebanyak tujuh pusingan atau lebih.

Tetapi.

Mengapakah jarum jam bergerak mengikut pusingan clock wise (kanan ke kiri). Di sini wujud dua arah pusingan yang berlawanan. KEnapa tidak diletakkan jarum jam yang sama sama berpusing mengikut arah pusingan tawaf. Bayangkan tindak balas energy positif dan kita hari-hari memakai dan melihat jarum jam yang bergerak secara clock wise (lawan pusingan tawaf) yang berlawanan dengan fitrah. Mungkin ini adalah penyebab seseorang mudah letih ketika di rumah ataupun di office. Tanpa disedari energy positif dilemahkan oleh suatu pusingan yang berlawanan dengan sifat semulajadinya.

Tetapi hari ini sudah ada jam yang menggunakan pusingan secara tawaf. Sistem jam direka dengan jarum jam bergerak mengikut pusingan tawaf (anti clock wisd). Bila dipakai, ia selari dengan pengaliran darah dan pergerakan sel di bahagian tersebut. Bila dipandang jam itu, maka otak dan minda menerima isyarat pusingan yang sama dengan fitrahnya.

Yang paling jelas antara tanda besar ketika hampir berlaku kiamat nanti, matahari bergerak dari barat ke timur dimana sekarang matahari bergerak dari timur ke barat. Saat itu pergerakan menjadi terbalik dan itulah bukti kehancuran akan terjadi apabila sesuatu pusingan tidak mengikut fitrah asal.

Wallahualam.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~