Assalamualaikum,
Baru-baru ni jumpa member lama. Badan lebam-lebam. Menangis tersedu sedan menceritakan perihal disepak terajang oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukan teramat kecil, tak buka pintu rumah. Tu je pun. Ohoiii gilakkk kah ko wahai lelaki. Isk Isk.
Memanglah sejak akhir-akhir ini sering saja terbaca dalam akhbar atau mendengar berita di television melaporkan keganasan rumahtangga yang dilakukan oleh suami, dengan memukul sepak terajang dan mendera isterinya. Kebiasaan seperti yang dilaporkan dalam berita, suami bertindak memukul isterinya itu seperti hilang akal, dirasuk syaitan atau berangnya seperti gajah naik minyak lagaknya.
Memang, saya rasa kes pukul isteri seperti dah jadi fenomena biasa dalam masyarakat sekarang ni. Memang ada sesetengah suami berperangai seperti binatang atas kesalahan yang kecil. Ada juga suami yang memukul isteri kerana tidak dapat mengawal sikap panas baran yang selalunya tidak berpunca dari isteri pun. Disebabkan perasaan marah mesti dilepaskan apelagi isterilah yang menjadi mangsa. Sadis sungguh!!!
Memanglah sejak akhir-akhir ini sering saja terbaca dalam akhbar atau mendengar berita di television melaporkan keganasan rumahtangga yang dilakukan oleh suami, dengan memukul sepak terajang dan mendera isterinya. Kebiasaan seperti yang dilaporkan dalam berita, suami bertindak memukul isterinya itu seperti hilang akal, dirasuk syaitan atau berangnya seperti gajah naik minyak lagaknya.
Memang, saya rasa kes pukul isteri seperti dah jadi fenomena biasa dalam masyarakat sekarang ni. Memang ada sesetengah suami berperangai seperti binatang atas kesalahan yang kecil. Ada juga suami yang memukul isteri kerana tidak dapat mengawal sikap panas baran yang selalunya tidak berpunca dari isteri pun. Disebabkan perasaan marah mesti dilepaskan apelagi isterilah yang menjadi mangsa. Sadis sungguh!!!
Tuan-tuan yang mulia lagi ada otak,
Isteri pun manusia biasa jugak. Habis tu apesallah sukahati nak sergah, tengking dan herdik. Isteri pun manusia ada hati, perasaan dan emosi. Cubalah kalau kau tak bukak pintu wahai suami tetiba isteri kau terus sepak terajang kau ape perasaan kita. Apa yang kita rasa, macam tu jugaklah yang isteri rasa bila ditengking dan disepak terajang.
Teringat saya akan skrip dialog filem 'SEPI' arahan Khanir Bhatia.
Dialog itu sangat melekat di fikiran saya dan selalu buat saya terfikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah dan bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya bila mendapat anugerah daripada Allah SWT. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun jika merasakan isterinya hak milik, sebab itulah timbul perangai tak pernah menghargai isteri sampai sepak terajang tu.
Teringat saya akan skrip dialog filem 'SEPI' arahan Khanir Bhatia.
"Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah"
Dialog itu sangat melekat di fikiran saya dan selalu buat saya terfikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah dan bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya bila mendapat anugerah daripada Allah SWT. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun jika merasakan isterinya hak milik, sebab itulah timbul perangai tak pernah menghargai isteri sampai sepak terajang tu.
Ya, memang benar suami perlu membetulkan jika isteri melakukan kesilapan. MEmang suami bertanggungjawab untuk membimbing isteri. Memang suami perlu menasihat jka isteri tersasar dan melanggar syariat. Saya tidak sesekali ingin mempersoalkan tanggungjawab yang perlu suami tunaikan. Memukul untuk mengajar lain daripada memukul untuk membalas dendan ketika marah. Seeolok-eloknya memukul dan menghukum jangan dalam keadaan marah. Namun berapa ramai suamikah yang mengambil inisiatif mengawal emosi ketika membuat pukulan? Tepuk dada tanya selera. Awwww.
Apa yang ingin saya katakan ialah ADAB, CARA DAN ETIKA ketika menegur isteri. Adakah kita menegur dengan cara dan etika yang betul.
Suami tidak boleh membesarkan masalah yang kecil.
Kalau nak tegur pun gunalah perkataan yang lembut dan tak menyakitkan hati. Jangan semata-mata nak puaskan ego suami sampai sanggup mengeluarkan kata kesat kepada isteri. Bukannya isteri boleh terima dan dengar pun silap-silap isteri sakit hati dan berdendan dengan suami. Beringatlah sikit sebelum mengeluarkan kata-kata menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah.
JAngan sesekali menegur dan mengungkit kesalahan isteri di depan orang lain.
Lagi-lagilah depan adik beradik, anak-anak dan kaun kerabat sedara mara tak boleh tegur isteri secara terus. Especially kalau suami tu tinggal dekat dengan rumah keluarga nya kadang-kadang ada yang besar kepala sampai setiap perkara nak report kat keluarga dia. Semua nak bagitahu kat keluarganya. Lama-lama of courselah isteri berasa hati dan tersinggung dengan suami.
TEgurlah isteri pada waktu yang sesuai
JAnganlah tegur isteri sewaktu dia marah. Bersabarlah sikit dan cari masa yang sesuai sikit untuk membuat teguran. Biarlah isteri tu cool down sikit.
JAngan bersikap sombong dan meninggi diri
Memanglah suami ada hak untuk bersuara tapi jangan ego sangat. MAsa tegur macam nak merendahkan kebolehan isteri, tak hargai langsung apa yang isteri dah susah payah buat selama ni. Janganlah si suami rasa macam syok sendiri mengatakan diri sendiri memang boleh harap. Isteri? LAngsung tak guna. Tak boleh di harap. Macam-macam kita ungkit kesalahan isteri part susah payah isteri mengandung zuriat suami memang dah tak ingat langsung. PAtut ke macamtu? Janganlah sombong dan meninggi diri sangat.
Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW
Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
- Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.
- Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.
- Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”
- Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.
- Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isterinya.
- Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Pokoknya, sepanjang pengetahuan saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.
Lelaki selalu merasakan dirinya ketua dan paling tinggi kedudukan dalam keluarga sehingga isteri harus taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung kepada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya dimanakah pula syurganya?
Pernahkan suami bertanya di mana syurganya di dalam rumah tangga? Phewwww.
sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum yang lemah dimana kedudukan akhiratnya hanya bergantung kepada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan oleh lelaki.
Saya ada terbaca sabda RAsulullah dalam hadisnya yang bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah SWT yang terakhir dalam hadis itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami sebagai bukti keadilan Allah SWT.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia elayan isteri dengan baik. Janganlah hanya sibuk memperingati isteri berkenaan dengan syurganya, sebaliknya berfikirlah di mana syurgamu wahai suami-suami yang gagah perkasa di dalam rumah tanggamu/ Sudahkah kita melayan isteri dan anak-anak sebaiknya. Jangan hanya mempersoalkan hak hak yang perlu dipenuhi oleh isteri, sebaliknya tanyakan hak hak isteri yang perlu kita sempurnakan dan tunaikan.
Apepun tahukah anda mengapa keganasan dalam rumah tangga harus dihentikan? Selain ianya bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, yang paling mengerikan adalah akibat atau dampaknya bagi anak-anak yang dibesarkan dalam lingkungan rumahtangga yang penuh keganasan atau bagi generasi mendatang.
Seorang anak perempuan yang dibesarkan dalam lingkup rumah tangga seperti itu atau ia sering melihat ibunya dianiaya atau dipukul, mempunyai potensi 3 kali lebih besar untuk menjadi korban keganasan rumah tangga pada masa dewasanya kelak di banding anak yang dibesarkan dalam lingkungan yang aman.
Sedangkan anak lelaki yang dibesarkan dalam lingkup rumahtangga yang penuh dengan keganasan atau sering melihat ayahnya memukul atau menganiaya keluarganya, berpotensi 7 kali lebih besar untuk menjadi pelaku keganasan pada masa dewasanya kelak dibandingkan dengan anak-anak lain yang dibesarkan dalam keluarga yang aman.
Bagi sayalah kalau anda isteri yang malang dan sering di bantai dan di sepak terajang oleh lelaki yang bernama suami, Janganlah tungu lama-lama.
Bertindaklah!! Tiada seorang pun yang berhak memukul anda dengan sesuka hati, terutama mereka yang bergelar suami.
Ingat!!! Jangan tunggu sampai badan anda dibungkus dengan kain kafan!!!
Bertindaklah!! Tiada seorang pun yang berhak memukul anda dengan sesuka hati, terutama mereka yang bergelar suami.
MAnusia boleh menipu dan bercerita macam-macam perkara yang tidak betul untuk mempertahankan dirinya. Tunggulah masanya keadilan akan dilaksanakan di akhirat nanti. Insyallah, Allah Akan bantu hamba-Nya yang sentiasa memohon pertolongan-Nya dan yang sentiasa dianiaya.
********************************************************
Allah SWT Berfirman "Dan Ketahuilah Bahawasanya Allah Mengetahui Apa Yang Di Dalam HAtimu, Sebab Itu Berhati-Hatilah Dengan Tuhan.
********************************************************
********************************************************
Semoga memberi manfaat. Thanks for reading.
Sekian.
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
pukul?sory...sekali angkat tgn sila keluar dari rumah...
ReplyDeletepukul dia balik la
ReplyDeleteSaya sedang menghadapi keganasan rumah tangga dan blog ini memberi pendorong lagi memberi saya semangat untuk mempertegakkan kebenaran fan sebaran. Demi anak2 saya, saya cukup sabar dengan perangai panas baran suami tetapi kesan dan akibat yang ada pada anak2 saya membuat saya sangat kesal dan lagi nekad untuk cari jalan kluar dengan mengumpul bukti2 supaya lebih mudah bila di makamah nanti.
ReplyDelete