Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, April 10, 2012

Sangat Memilukan Bila Anak Demam & Batuk Berkahak

Erksssss.

Isk Isk. Hari ni hari yang paling hardcore bagi saya. Tadi pergi hospital tengok anak officemate. Pergi jumpe pakar, kena tahan kat wad. Kena buat neb, fisio, injek antibiotik, xray dada. Paed kata dah ada jangkitan kat paru-paru. OmmEmmJayy. Seminggu dah masuk wad. Family diorang atuk nenek semua dah berumah kat sana. Doktor cakap benda-benda macam ni jangan di buat main nanti boleh kena lung infection.

Halamakk menakutkan sungguh.Phewww.

Yelah kahak banyak sgt. Budak kecik mana reti nak buang. Memang wheezing je. Satu hal lagik dia jenis tak muntahkan. Setengah kanak-kanak akan muntah. Kalau tak salah saya, antara ubat yang diberi adalah ventolin. Ventolin tu kalau tak salah nak bagi clear lung and cairkan kahak. Eh tapi saya perasan jugak kat instruction dia ada dosage for infant 2 years and above. Anak officemate saya tu baru setahun setengah, boleh makan ventolin ke?

Oh banyak jugak benda baru yang saya jumpe dan belajar hari ni. Tak pernah tau sebelum ni.

Alhamdulillah Nayli & Zara tak pernah ade problem kahak or kena neb. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

Doktor cakap susu formula yang tak sesuai juga boleh menyebabkan kehadiran mukus dan lendir yang banyak. Banyak lagi faktor lain seperti cuaca dan keadaan yang berdebu & tak bersih. Mungkin juga pemberian susu ibu mampu mengelakkan kes sebegini tapi itulah kalau Allah SWT dah nak bagi anak kita sakit tak payah tunggu susu formula, minum breastmilk pun boleh sakit kan. 

Apepun doktor tu cakap yang penting kena berusaha berikan yang terbaik. Setiap penyakit ada penyebab dan penyelesaiannya. Selain faktor genetik dan keturunan, kebersihan sangat penting. Makanan yang berkhasiat penting jugak selain ambil tahu anak allergic dengan apa contohnya dengan karpet, tilam or bunga kat rumah ke, kerana setiap kali anak sakit bila bagi ubat kat anak walaupun dalam kuantiti yang dibenarkan oleh doktor kan ada drug tetap ada kesan masa panjang. Kita sebagai orang dewasa pun tak di galakkan makan painkller selalu.

Marilah kita memberikan yang terbaik buat zuriat keturunan kita. Tak kiralah walaupun terpaksa keluar duit banyak atau jimat terus duit tak beli susu. Allah SWT tau apa niat kita. Tawakal je semoga anak-anak kite sentiasa sihat walau apa pun susu yang dia minum. Amin


**************************************************************

Haa ada satu cerita sedih pernah terbaca (kat Pa&Ma rasanya) kisah ibu muda yang disebabkn kesempitan wang hanya beri anak dia minum formula milk sekali sehari. Walaupun anak dia menangis lapar minta susu, dia 'keras'kn hati (sebab nk berjimat, tak cukup duit), ignore permintaan anak dia. Dalam luahan hati tu, dia rasa sesal sangat bila ingat balik apa yang dah berlaku.

Sedihnya  setiap kali saya teringat cerita ni, mesti tergenang air mata. Boleh bayangkan betapa remuknya hati ibu muda tu setiap kali dengar anak dia nangis minta susu.

Sorilah sejak jadi mama ni, cepat sensitif dgn cerita sedih.  Yang penting saya tau anak-anak saya sentiasa bersama dengan saya. Jangan pisahkan saya dan anak-anak. Erkssss.


Buwekkkkk!!! ;p

Zara Amani in da house. Dah 13 months. How time flies.


Yebadabedu! Hamboiii pinknye.

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~