Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, April 13, 2012

Jom Kongsi Pengalaman Tempat Pam Susu Di Office

Assalmualaikum,

Kalau bercerita pasal project pengepaman susu di office, tak lain tak bukan selalunya mestilah kat surau. Itu masa kat office lamalah tapi surau dengan toilet or pantry jauh sangat so memang leceh nak angkut corong pelbagai untuk dicuci lepas pam.

So after pam saya clean up susu leleh2 kat corong tu ngn tisu letak dlm coler bag. Next round saya kuarkan corong wipe again ngn tisu basah n kering  tawakal je kat Allah then saya terus pam. So far alhamdulillah susu tak penah basi anak tak penah sakit perut. Kalau tak silap saya.. saya penah baca.. susu ibu kan anti-bakteria.. so bakteria susah nak membiak.

Masukkan part2 yg kena basuh je
1.breast sheild
2.valve head
3.membrane
4.wide cap
air tube pun saya xletak dlm fridge 
corect me if im wrong ya!!!  

Ada jugak orang yang malu bila cerita pasal pam susu. Buat apa nak malu. Bf mom +working mom is something that u should proud of.....

Ini antara trend ibu moden walaupun belum cukup meluas. Tak macam trend fashion yg cepat je tersebarnya...  

Kat office saya pun ada jugak mommies yang mengepam susu, tak kisah pon bila colleague lelaki tau, saya pun sama. Almost lelaki kat opis saya ni tau saya masih mengepam. Malah mereka memuji dan mereka tak malu nak bercerita tentang penyusuan. Apepun please buang jauh-jauh dua penyakit M. Malu dan Malas. MEmang kena malu tp bertempat la kan. Takkanlah nak pam susu bagi anak minum pun nak malu bukan nak tunjuk kat orang pun. Ye tak?

Kat opis ni kdg2 boss lelaki tanyer... 
"Apsal x nampak dah beg besar awak?"... refer to cooler beg spectra la... sebenarnya beg tu saya tinggal kat office terus... hehehehehh".

Ada jugak part tak best. Part yang paling buat rasa grrr bila ada orang mempertikaikan penggunaan elektrik ketika mengepam susu. Erkssss.

Pada I, there are things that we just dont have the answers to. It's really not for us to assume that the company will be okay with us using their power outlets. Plus, all those time spent on internet surfing, chatting, blogging, checkups at clinics, going to the banks during working hours, semuanya boleh dikira sebagai "mencuri waktu bekerja". Kan?

Tapi jikalau internet/online banking semua tu boleh dianggap sebagai masa berehat untuk melapangkan fikiran bagi meningkatkan produktiviti, then why not? Lebih baik daripada berehat minum pagi di cafe ataupun mengambil masa berjam2 beratur di bank.

Banyak lagi kalau nak cerita part mengambil masa waktu office hour. What about mengerjakan solat Zuhur semasa waktu bekerja dan bukan semasa lunch hour?

So take the simplest way. Balik pada diri sendiri, kalau yakin, gunalah. Kalau was-was, cepat2 invest beli pump yang boleh pakai battery.

Tapi semenjak saya dah berpindah ke office baru ni saya dah tak pam kat surau apetaknya pintu becermin sparuh. Mana boleh.

So port pam kat office baru ni ialah dalam stor yang merangkap bilik fail walaupun bilik tu berpintu tapi pintu tu selalu je orang bukak nak cari barang. Saya selalu nyorok belakang almari fail tu. Saya guna extention yang bleh gulung-gulung sebab nak tarik power supply utuk guna spectra 3 saya. Staff perempuan selalu menjerit kalau diorg tak sedar saya ade tengah pam tu so untuk elakkan insiden jerit ni saya akan wat bunyi2 sikit. Bunyi2 yang senyap dr spectra 3 ni nampaknye tak bising untuk buat diorg aware saya ada kat situ. Staff laki plak mmg dah tau.kalau saya nak mengepam je saya warning diorg.."eh i pegi project ye'. KihKihKih.

Ada jugak mommies yang bertuah sebab office dah sediakan bilik yang selesa untuk mengepam susu. Apepun redha jelah dengan apa yang ada boss dah kasi mengepam pun dah kira untunglah. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Yeay!!!!

***********************************************************************

Eh saya ada experience yang rasa macam kelakar la jugak.

Dulu masa pergi check baby dalam nursery room dkt klinik tu ada yang mengepam dan ada yg menyusukan anak. Ada sorang ibu ni, yg menyelit menyusukan anak dengan formula milk, tetiba jer dia kata kuat-kuat.

"eeee adik tak malu nenen tetek ibu, adik dah besar"

Lepas tu budak tu terus berhenti menyusu. Saya ingat budak tu malu, rupanya budak tu boleh jawab balik dengan orang tu. 

"tetek dap, tetek dap" then sambung balik menetek. KihKih. Lawak.

Nak tergelak saya dengar. Mak budak tu tambah lagi.

"Apa nak malu kak, minum susu ibu sendiri, lebih baik minum susu ibu daripada minum susu lembu dalam tin" 

************************************************

Untuk mommies yang awesome, keep up pumping jgn tunggu bengkak. Pam electric mmg mudah, cepat dan efisien tapi kena consider gak tempat  nak pam baru boleh pilih manual ker electric. Katakan takder tempat specific nak pam yg ada power supply susah gak beli pam electric. Kalau yg manual, kat mana2 pon sempat mengepam tapi penat sikitlah, cthnya toilet,surau tp kalau blh invest beli pam yg blh pakai manual n electric lg bagus (kalau tak silap sy medela swing & medela freestyle boleh pakai dua2 bateri n electric)

Kalau cerita part mengepam susu di office ada jugak anak dara kat office ni yang berminat dan selalu tanya itu ini. Well, I guess its a good exposure for 'anak dara' to know that its a norm to pump/express milk for working mother. InsyaAllah bila derang dah kahwin dan ada anak esok, boleh la diorang ni menyusukan anak jugak tanpa banyak masalah, sebab dah belajar teknik dari awal lagi! 

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli.;p







5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Nak follow blog ni..byk sgt info on bf...suke3...

    Nak share jgk my pumping place..hehe..
    Sy pump kat surau. Masa kt ofc lama, ade 3 org geng pumping. Plug kat surau ade 2 je. So, selalunye kne make sure la time tak clash utk pump. Ofcmate semua tahu yg kami ni mengepam. So kalau lalu bwk beg besar Medela PISA tu, ade member ni siap buat bunyi pam lg since wife die pun pumping gak..Kat ofc baru pun still pump kat surau. Cume perjalanan tu jauh sikit. Tapi this time around dah xde geng mengepam. Tapi geng peti ramai. Sebab bile nak simpan susu dlm peti, byk la pulak EBM dlm tu. Rupenya ade lg 3 org mommies yg pumping. Maybe they all pump kat bilik msg2. Suke je tgk peti meriah dgn EBM..hehe~ at least, I know that I am not alone. And one of my male collegue penah tegur ms sy bwk cooler bag. His motive is to tell me that his wife yg tgh pantang pun tgh gigih pump buat stok. Soon his wife pun akan dok kelek cooler bag mcm saya..hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe...sonok baca entry tempat awak pam...hehe..nasib baik la sy duk dalam bilik..pam kat bilik je....yg paling best bilik sy tu mmg tersorok...sy pun dah tak bwk balik pam..pam kat ofis je...tak larat nak mengankut beg byk sgt...hehe...tak kiasah la pam kat mana yg penting objektif tercapai...:)chaiyok2...

    ReplyDelete
  3. being a working mom and still berusaha utk bagi anak minum susu sendiri is a great feeling kan...
    takyah malu and malas sbb kita buat semua ni utk bg yg terbaik utk anak kita.

    saya bersyukur sgt2 sbb office saya skrng sgt strategik, ada cubicle yg menghalang, lagipun dh cover ngn shawl bagai, mmg tak nmpak pun.
    dulu masa pakai modu, bila dh set up pump semua.. tgn ni still boleh je buat kerja. even kalau pakai manual pun saya still boleh guna selah tgn lagi utk menulis or typing.

    pasal guna electrical power tu, pandai2 la nk adjust kan.. kalau kita mengepam sbb nk bg anak kita mknn terbaik for sure lah kita nk bagi anak mknn yg halal kn..so the best way..gantila dgn masa bekerja...agak2 kalau buat overtime tu tak pyh la claim.. betul tak...

    alhamdulillah allah permudahkan segalanya, harap2 allah terus permudahkan jalan kita semua..
    chaiyo2 mommies!

    ReplyDelete
  4. hye..sy pn pam susu kt opis..kt meja sy je pam..sambil men game kt pc..haha cover dgn pashmina so tertutup lah bhgn dada tu kn..sopan lah sket bila staff laki lalu..sbb dorg xpasan pn kita tgh pam..teehee =)

    ReplyDelete
  5. sya pam kat sudut kecik kt dlm tempat kerja. tempat kerja ni ala-ala cc cenggitu. kalau kena shift sya dok kat kaunter, kat kaunter tu mmg redah ja pam ngn spectra. sgt penting kena pakai baju kurung, senang nak cover. hehe :D

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~