Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, April 20, 2012

Betik, Papaya Arghh Semua Pun Suka

Hello kanak-kanak ribena,

All time fevourite fruit. Eh susah tau nak snap pic dua beradik ni pandang kamera.

Sorang senyum sorang tak. Haishh.



Sorang pandang camera, sorang tak pulak. Grrr.


Haaa ok cun. Alamak blur pulak. Eh. Lantaklah. Kamera cap kapak ayam ;p

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pastinya mommies yang mempunyai anak kecil, anda akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Hal yang sama juga terjadi pada anak saya especially NAyli. Zara ok lagi mungkin sebab tak biasa makan gula-gula. 
Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu. Kan? HikHik. Kadang-kadanglah.

Saya ada terbaca satu artikel tentang keburukan gula-gula kepada kanak-kanak. Menurut artikel tersebut gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan. Oh gosh.
Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.
Bukan itu saja pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.
Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi, takut gigi cepat rongak. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa. Selalunya saya akan gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Yelah buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C. Especially papaya, memang Zara dan Nayli suka sangat.


Taknak lepas takut adik Zara curi. Every Friday mesti beli kat pasar malam. Selalunya sebiji besar macamni dalam RM3.




Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Murah pun murah. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Malahan kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari. Lagipun, sangat sesuai untuk anak-anak yang ada masalah susah nak poo poo.


Apepun mama suka, anak-anak pun suka.


*********************************************


Happy weekend peeps! Yeay!!


Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~