Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Kekuatan 8.9 Skala Richter Melanda Acheh

Masyaallah. Pukul 5pm tadi terbaca status kawan-kawan di Facebook. NAk lagi confirm bukak Astro Awani. Memang betul lah.



Gempa dengan kekuatan 8.9 skala Richter kembali menggoncang Pulau Sumatera. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyebut, ia terjadi pukul 17.43 Waktu Indonesia Barat.


Gempa terjadi di Bengkulu, Lampung, Nangroe Aceh Darussalam, Sumatera Barat, dan Sumatera Utara. Kedalaman 10 kilometer. Masyarakat diminta meninggalkan daerah pantai. Menuju ke tempat lebih tinggi. Gempa yang terjadi sebelum ini adalah lebih rendah iaitu 8.5 SR. 


Gempa juga menyebabkan bekalan elektrik terputus. Siren berbunyi, dan suara azan bergema di mana-mana. Kesian penduduk kat sana. Lelagik yang ada anak kecik.

Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Untuk penduduk di MAlaysia sila berjaga terutamanya mereka yang tinggal berhampiran pantai. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM. Masyallah. Orang yg tinggal berdekatan dengan laut please be safe! :'(

Taktaulah macam mana orang yang rasa gegaran tu. Sebenarnya setiap kali bila berlakunya gempa bumi saya tak pernah rasa langsung. Dari memula tsunami lagi. Kenapa ye? Pelik jugak.


Semoga kita semua dijauhi dari malapetaka yang besar. Amin.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~