Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, April 26, 2012

Angkara Ber'wrestling' Di Nursery. Aduh Duh Duh.

Happy Thursday peeps!. Tinggal sehari je lepas tu cuti panjang. Hep Hep Horrey. Yelah cuti panjang, kan ke Selasa public holiday, Isnin tu awal-awal dah apply leave. Yeay!!! Kira cuti je ko ni kan memang taraf pekerja mithali betul!!! Grrrrrr.

Ada sedikit cerita sedih nak habaq mai. Sebelum nak story mory kena nangis dulu. Uwaaaaaaa. HiHiHi mengada betul.

Semalam lepas office masa amik anak-anak kat nursery tak sempat-sempat turun dari kereta penjaga kat nursery tu dah datang nak explain.

Sorry kak, tadi Nayli bergaduh dengan Aiman, kena cakar tu haa bercalar muka.

Aiman? Mana satu budak nama Aiman. Ntah, tak perasan pulak. Reaksi saya? Senyum je sambil belek-belek muka NAyli. TAkde marah aihh. Nampak takdela teruk sangat. Sebab bagi saya satu saya suka dengan orang yang berterus terang. Kalau dah jadi apa-apa kenalah inform. Kedua, biasalah budak-budak, tengah nak membesar mesti lasak luka sana sini. Lainlah kalau dah patah riuk itu story lainlah.

Bila tengok lelama eh ngeri pulak. Agak dalam luka tu. MEsti Nayli menanggung kesakitan yang maximum masa kena cakar tu. Bila tanya NAyli sakit tak? Siapa buat?

Atettttt (Sakit). Aiman buat. Haishhh budak baya Nayli ni memang dah pandai report. Haritu mama cubit  kat tangan sebab dia tumpahkan nasi pun habis dia bagitau semuaorang.

TEngok tu dah tak ohsem dah bercalar muka. Tapi still sweet like candy.


Oklah still cute mute lagi. Eh macam muka mamanyo lah masa muda dulu. Awwww muda la sangat buweekk!


Macam gambar pasport pulak ;p

Oh ini big baby sudah tau kalau mama nak snap pic kena senyum sampai nampak gigi. Kena buat muka pura-pura happily ever after walaupun dalam hati eeee mama ni orang nak tengok cartoon la kacau daun jew. Dahla suruh pakai spek tengah malam cenggini OMG! (Oh-Mak-Gayah!) WakaWaka.

Sabar ye nak mamamu memang cenggini. Doink!!!

Kiss untuk semua. Muahsss!! Weekend ni saya nak balik kampung jumpa atuk dan wan. Eden rindu sama mereka sudah berbulan tidak berjumpa tew. Atuk, wan tunggu kepulangan cucumu ini bersama adik Zara yaaaaa. Yahooooo!


Muahss jugak untuk si muchuk Nayli. Jangan ber'wresting' kat nursery lagi ye sayang. Alahai anak omak.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~