Sekarang ni memang meletup-letup cerita pasal Kidzania, The Curve. Actually ini bukan kunjungan pertama kali saya ke sini. Dah berkali-kali la jugak. MAsuk atas urusan kerja poyo je lah kerja konon!!!! Masuk free tau satu sen pun tak payah bayar HewHewHew jangan jeles. Tu yang best kerja dengan construction company. Eh jangan ingat saya kerja kat Kidzania pulak kang semuaorang serbu nak masuk free. Tak dapek den nak nolong yooo. HikHikHik!
Since last year saya dah pernah buat entry pasal Kidzania The Curve.
Masa tu tengah sibuk dengan construction. Sekarang dah siap dan telah dibuka kepada orang ramai since February 2012 walaupun target memula nak buka on November 2011. Delay? Biasalah tu.
Kalau tak dapat masuk free macam saya HikHikHik nak tau berapa kena bayar untuk masuk Kidzania, The Curve? Sediakan je duit.
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah - RM35 (MyKad&Non-MyKAd)
Kanak-kanak 4 - 14 (RM55 MyKad & RM75 Non-MyKad)
Dewasa (RM35 MyKad & RM55 Non-MyKad)
Warga Emas (RM35 MyKad & Non-MyKad)
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr. T-shirt cantik tapi mahal giller. Geram.
Kidzania dibuka dari jam 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang - 9 malam.
Nak merasa pengalaman rock climbing???? Pun boleh.
Ini dekat departure area. Jap lagi nak check in naik AirAsia. Yahooo!
Lets fly. Yeay!!!!
Fuh memang hebat di Kidzania. MAcam-macam ada.
Pada pendapat sayalah, from my observation sedikit tips untuk parents yang bakal nak bawa anak-anak ke Kidzania:
(i) better bawa on weekday. Sebab kalau weekend memang ramai sangat orang. Then nak tunggu masuk ke satu-satu job tu ambil masa sikit. Pejam celik pejam celik dah sampai time, last-last dapat main job yang tak glamer je, yelah job yang glamer kene tunggu lama. Per entry kalau masuk dalam 5 jam je. Memang tak sempat nak round semua tempat.
(ii) siapa yang nak masuk pastikan anak pakai kasut yang bertutup, mak pun pakai kasut bertutup jugak tak payah mengada pakai high heel. Susah nanti. Then pakai seluar panjang sebab air cond kat sana boleh tahan sejuk.
(iii) pastikan amik peta yang disediakan nanti boleh plan mana nak di tuju takdelah kelam kabut buang masa macam tu je dan yang paling penting kalau boleh jangan bawa baby kecik, nanti rugi masa di situ.
(iv) Untuk parent yang temankan anak takde aktiviti lain pun selain ambil pic anak. Tu pun tak boleh masuk kena ambil dari luar je.
(v) Nak tau tak job yang paling hot kena beratur panjang.
- Air Asia pilot & fligh attendant - memang real habis sebijik macam dalam aeroplane.
- Jadi bomba - boleh naik kereta bomba then round dalam Kidzania, lepas tu padamkan api kat hotel yang terbakar. Memang pancut air betul-betul ok cuma api je tipu-tipu.
- Jadi doctor & Nurse, jadik doctor gigi pun boleh tapi anak patung sebagai pesakit.
- Polis - siap berkawad kiri kanan kiri & tolong bomba jaga kawasan kebakaran kat hotel tu.
- Beautician - Buat manicure, pedicure, make up. Awwwww.
(vi) Sesuai untuk children above 4 years laa rasanya. Kalau kecik sangat macam tak sesuai tapi boleh je kalau parents banyak duit nak bawa anak sekecik mana sekalipun. HikHik.
Apepun kanak-kanak sekarang memang beruntung. Dulu-dulu mana ada benda-benda macam ni.
*************************************************
Ini satu lagi cerita.
Nampak tak sebelah menyebelah tu? Haaa ni yang susah ni. Asal pergi Kidzania je mesti kena singgah kat Ikea pulak. Kalau 10 kali pergi Kidzania atas urusan kerja maknanya 10 kali jugaklah singgah Ikea. Kalau boleh claim best jugak Hihihi. Meatballs dulu, kini dan selamanya. Tebabooo!!!
Burpsssss. Alhamdulillah ;) Tak pernah jemu.
Lepas tu kan. Jeng Jeng Jeng. Hahahahahahahaha! Eh dah macam belog murai.com la pulak.
Masa kitew pergi ni kan kitew nampak artis tew. Dia pun makan meatballs jugak. Guess who????
Rasanya tu ayah dia kot. Takkan husband dia pulak kan. Erksss ntahla. Nampak berisi tapi still cantik macam dulu.
Tekala siapa. Teka teka teka cepat. Jeng Jeng Jeng. Jawapannya ialah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Waka Waka. Kenal tak???
Alaaa Annahita Bakavoli. Dulu selalu nampak kat Faculty Law, Uitm Shah Alam. Eh hey, saya bukan budak law tewww.
Jakun giller jumpa artis. Tu belum kalau terjumpa Pak Aaron Ajis lagik. *gerenti fensan. Dari cerita Kidzania sampaila ke meatballs sambung pasal Annahita pulak. Erksss cukup la tu. Merepek jew. Okbai!!!
Sekian.
Nayli,
ReplyDeletetuhler ingat nk bwk bdk2 g sana tp kena cuti hr keja dulu.takut byr mhl2,x dpt main apa.
Itu bkn hubby dia ke,dia kan kawin dgn dato seri rasanya :-|
hahaha..saya minat cite psl artis tu..ari tu ada dinner company travel agen member ada gak kak anak nie..tp jumpa aaron ajis kat KLIA..mak ai..ramai giler org berpusu-pusu kat dia..malu pulak kita nak amik gmbr..dia tgh jadi pilot kat KLIA ms tu..
ReplyDeletelawa tempatnya..hehehe
ReplyDelete