Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, March 22, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum,

Happy Thursday peeps yeayy!!!! Esok dah Friday sikit je lagi. Sedikit musahabah diri di hari Khamis untuk renungan kita bersama. Amin.

Ingat tak time di ijab kabulkan dulu????

Tanggungjawab Berat Selepas Ijab Kabul

"Aku terima nikahnya Suhaila binti Jamal dengan mas kahwinnya RM200 tunai".

Demikian jawab pengantin lelaki sebaik sahaja bapa pengantin perempuan mengusulkan "Aku nikahkan dikau dengan anakku Suhaila binti Jamal dengan mas kahwinnya RM200 tunai".

Lafaz sebegini bagi sesetengah lelaki boleh dilakukan dengan sekali lafaz sahaja. Walaupun begitu terdapat juga pada sesetengah tempat saksi mahu lafaz itu diulangi sehingga 3 kali  walaupun pada dasarnya ia boleh diterima. Ada sahaja alasan yang dicari walaupun alsannya remeh temeh. Pada pendapat mereka, cara itu adalah untuk mendapat pahala sunat tiga kali. Benarlah, dalah Islam 3 kali itu sunat, tetapi tidak semua perkara perlu di ulang sebanyak 3 kali.

Kesan Ijab Kabul

Apabila seseorang lelaki berjaya melafazkan ijab kabul, semua orang berasa lega terutamanya pengantin lelaki. Mereka gembira kerana penantian pasangan itu untuk disatukan sudah tamat. Pastinya pengantin berasa lega kerana semua pantang larang sudah tamat dan kini mereka bebas sebagai suami isteri.

Tetapi persoalannya, tahukah pengantin lelaki akan masej yang terkandung dalam ijab kabul itu? Saya percaya kalau pengantin lelaki itu faham mungkin dia akan berasa gembira sedikit sahaja mengenangkan tanggungjawabnya yang besar selepas itu. Mengapa tidak? Bapa mentua telah melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuannya kepada menantunya. Maknanya, dia mahu anaknya dijaga seperi mana dia menjaganya. 

Dia mahu anaknya dididik dengan iman dan takwa. Mana-mana yang tidak sempat dididik semasa di tangannya.Selain itu sedarkah si suami, bahawa segala kesalahan dan dosa si isteri, dia perlu ambil tanggungjawab dan menyelesaikannya. Dosa yang dahulu memanglah tertanggung pada bahu masing-masing, tetapi selepas berkahwin suami perlu bertanggungjawab membendungnya . Dalam keadaan ini jika dia membiarkan sahaja perlakuan si isteri tanpa tunjuk ajar yang betul, maka dia turut berdosa seperti pengamalnya juga.

Menyedari keadaan itu, suami perlulah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam hal yang berkaitan dengan hal rumah tangga. Suami juga harus lebih kuat iman dan takwa  dalam mendidik isteri dan anak-anak. Suami yang cukup ilmu agama ditambah dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan menjalankan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama, dia kan mengelak dari jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya.

Tanggungjawab Utama

Menerima ijab kabul bererti seorang suami menerima tanggungjawab ibubapa isterinya dan Allah. Maka dengan itu, dia tidak harus ada alasan untuk mengelak dari amanah itu. Dalam ruangan yang ada ini, mari kita selongkar amanah yang perlu ada dalam ijab kabul itu.

Amanah Dalam Lafaz Ijab Kabul

Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa yang mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin, suami perlu ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah SWT. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh melakukan dosa walaupun dosa kecil.

Peranan kedua , mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak-anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu, suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menjaga isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut keperluan.

Amanah Ibu Bapa Mertua

Mertua diberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi oleh mertua dalam menjaga anaknya. Maka sebagai suami dia wajib menjaga keperluan isterinya zahir dan batin. Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya  kerana dengan itu akan terguris hati ibubapanya. Maka dengan itu, kalaulah berlaku krisis rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik secepat mungkin.

Kecuaian suami dalam menjaga keperluan ini akan mengakibatkan krisis yang sedikit akan mejadi besar dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ini tidak seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Oleh itu, bendunglah krisis dengan sebaik-baiknya dengan menjauhi perkara yang boleh menjadi punca berlakunya krisis. Dan jika ini terjadi juga, duduklah berbincang dan hindarilah sikap saling salah menyalahkan. Masing-masing perlu mencari penyelesaian dengan matlamat, apa jua tindakan yang dilakukan adalah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Jika suami dapat memelihara amanah Allah dan amanah ibu bapa ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapailah apa yang dikatakan sebagai rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah SWT.

Sumber: Facebook

********************************************************************

..........Aku terima nikahnya...... Segalanya walau...........

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~