Salam,
Saya nak berkongsi pasal masa mengepam kat office. Saya akui, ramai sangat yang masih tak faham kepentingan mengepam susu dan juga pentingnya bagi susu ibu pada anak. Ya, mommies kena kerap kosongkan breast every 2-3 hours barulah production boleh menten tak kisah makan berapa banyak supplement menambah susu sekalipun. Kalau BF anak pun kena pam jugak untuk pastikan breast betul-betul kosong kerana kerap kosongkan breast adalah tips yang paling ideal. Setuju jika pihak kementerian kesihatan adakan kursus wajib untuk semua staf tak kira swasta mahupun kerajan tentang penyusuan susu ibu sebab agak susah bila hanya ada sorang dua saja yang faham tentang pengepaman kat office. Pernah officemates tanya saya, kenapa kena pam kat office doktor suruh ke? Memang betul, sometimes orang lelaki lebih faham dari perempuan.
Ingat lagi memula saya masuk office after habis pantang time NAyli dulu memang menyorok pergi pumping, cuma inform officemate sebelah jer. First time tak pernah dibuat dek orang kat office tu lagi. Pastu ntah camner ada satu hari saya bawak cooler bag, beg pam tau je berapa banyak beg nak bawa sekali terserempak dengan boss aiseh dlm hati matiler kantoi pastu bos tanya, baby menyusu lagi ke? (aik, camno dia tau saya pam nih?) Saya pun jawab yes pastu cerita kebaikan BF untuk saya and baby (mmg tak perasan mana datang idea laju je mulut cita) boss pun angguk tapi muka serius. Whuteva-lah yang penting Alhamdulilah dia memahami altho dia sendiri tak menyusu anak dia, paling penting tak pernah halang saya pumping. Syukur sangat.
Every morning kena prepare gadgets untuk pam susu. Memang macam-macam. Standardlah saya akan angkut beg galas MLO SPECRA 3 yang Extravaganza tu dengan coolerbag officemates memang dah tau. Dulu je orang selalu tegur banyak beg? Perli pun ada sobssss. Kalau macamtu saya akan jawab beg pam susu coz saya fully BF baby. They all akan kata ye ke?? saya jawab Alhamdulillah setakat ni masih ada rezeki baby tak kira depan staff lelaki ke coz saya bangga BF baby saya. Yeay!!
Yang saya maksudkan. MLO SPECRA 3 yang Extravaganza. Simpan pam, bottles & gadgets untuk perah.
Cooler beg. Untuk simpan susu after perah sebab saya tak simpan kat fridge office.
Kalau orang cakap pumping ni buang masa kerja takdela, saya rasa masa yg diambil untuk pumping doesn't not affect our productivity pun sbb i bet kita ni if kerja tak siap, mesti akan stay back to ensure our work is finished kalau betul-betul urgentlah. Tapi saya tak pernah stayback pun hihi sebab semua kerja siap on time ok . Say no to stayback. Yeay!!
Apepun saya rasa as a rule, everytime pump make sure your boss knows where u are. Bukan aper, kalau bos ni dia tak suka biler org lain lebih tau aper yg staff dia buat. Dia akan rasa cam kita menyorok (mengelat) dari dia. As long as u let him/her know where we are and explain also kerja still boleh siap usually ok. Tapi kalau dapat boss yg controlling susah skit lah.
Kalau dia jenis formal, buatlah surat untukspecify the times kita pump. Then cakap yg kita akan ganti that time u used to pump by working extra (something like that). Explain jugak yg breastfeed baby terbaik banding dgn formula ones. So in a way less cuti yg kena ambik utk jaga baby kalau sakit. Tapi berpada/ discrete dgn example tuh. Tapi jangan bermegah sangat jugak takut anak kita sakit jugak nanti. Padan muka.
Mcm saye jenis tak beraper nak kerja lewat than 6pm memang tak pernah pun time office hour 8 hours tu memang pulun buat kerja habis-habisan. Remember never make excuses kalau kerja tak siap. Nanti lagi member alasan utk kenakan kita. JAdi solution dia kenalah work smarter. Yabedabedu!
Last time kat office lama memang considered lucky dapat flexible environment nih. Sebab tu mmg sayang nak cari kerja baru. In a way,actually good for bossess to give this flexibility to staff. At least sebagai cara utk retain us. Sebab tu malas nak pindah office dulu. Hihi. Tapi kat office baru ni lagi tak kisah nak pam ke nak buat hape janji kerja siap. Best best.
Bila pam kat office gadgets mengepam yg telah digunakan tu simpan dlm fridge, maksudnye simpan dlm bekas yg bertutup & letak dlm fridge, kalo nak guna takyah basuh dulu. Sama jugak halnye kalau simpan dlm chillers/cooler beg. Mungkin ini dpt membantu jimatkan masa & tak perlu setiap kali nk cuci lepas guna. Gadgets Spectra 3 yang saya simpan dalam cooler beg after pam ialah:
2.valve head
3.membrane
4.wide cap
Anyway:
# mmg susah kalau nak hilangkan diri tanpa buatkan org lain bising.
# memanglah pam 20 minit mcm tak cukup. Lebih2 kalau pakai manual pump/single pump but at least, dapat juga la pam. Kalau mampu beli la elektric/double pump dapat jimat masa.
# kalau tak mengganggu, pam kat cubicle sendiri je la sambil wat kerja tu pun kalau suasana mengizinkan. Saya tak pernah lagila pam kat cubicle semua pam kat surau je. Rasa macam tak sesuwai la.
# bagi tau kat superior yang kita menyusu anak, so need time to pump tapi jangan salah guna masa tu berlebih-lebihan sampai buat orang menyampah kalau tgk kita selalu hilang aje daripada buat kerja. Nanti kene tarik balik pula kebenaran tu.
Penat memang penat rushing sangat lah tapi kena ingat setiap titik yg kita dapat ni adalah pahala. Balik rumah pun boleh tahan jugak. Banyak botol sedang menanti untuk dibasuh. Hiks!
***************************************
Nak kongsi gak...
Dalam toilet pun saya pernah perah susu sebab masa ada training kat hotel takde tempat yang sesuai untuk perah. Pernah jugak sebab kena pergi site. So ape boleh buat dalam toilet pun jadiklah. Guna teknik Marmet sebab Spectra 3 kena ada plug point.
Kat office saya adjust masa pumping saya supaya tak ganggu masa kerja. Biasanya:
1st session: 10am
2nd session: 1pmpm
3rd session: 4.30pm
Kini dah ada yang mengikut, happy pumping jugak ok. Seronok sangat.
Hak siapakah nak halang kita susukan anak. Tak ada siapa boleh halang ibu susukan anak sendiri sebab penyusuan susu ibu adalah lumrah kehidupan di mana ia merupakan tanggungjawab para ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka demi kebaikan dan kesihatan mereka. Susu ibu juga merupakan hak anak itu sendiri yang patut kita berikan. Hooyeah!!
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
aku pon penah pam kt toilet hotel, nasib ada plug point leh cucuk je hehe..
ReplyDelete