Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 15, 2011

Makanan Fear Factor Kaki Lembu Yang Mooooooo

Malaysia ni memang terkenal dengan makanan-makanan lazat. Haishhh kalau cerita pasal makanan memanglah boleh buat saya meleleh air liur. Hiks!

Semalam dah cerita Fear FActor makan belut, hari ni nak cerita pasal makanan Fear Factor lagi. Nak tau ape dia? Jeng Jeng Jeng. Sound effect mesti ada baru best.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang baru kita sambut baru-baru ni ada rezeki lebih bawa bahagian lembu yang dikorbankan balik. Nyum Nyum.

Kaki lembu in da house. OmmmEmmmmJayyy!!!




Siapa yang first time tengok kaki lembu angkat tangan!! Sayaaaaaaaaa. Ya, saya first time tengok kaki lembu yang dah dipotong macamni. Bila tengok depan mata perasaan sangatlah bercampur-campur. Speechless.

Chef nenek di import from Padang, Indonesia. Yelah kan hari tu dah cerita belut Fear FActor tu pun adalah hasil buah tangan dari nenek from Padang with love jugak.

Lepas dibersihkan kaki lembu dibakar. Proses memasak kaki lembu agak lama dan melecehkan.



Lepas dibakar, direbus pula.




Proses merebus mengambil masa yang agak lama. kacau punya kacau punya kacau. Kalau orang tak sabar macam saya ni masak mesti half way je lah. Hihi. Agaknya part kaki lembu ni sangat liat kot. Kalau tak sabar memang dah lama tutup api gas la. Tapi nenek from Padang with love sangat awesome. Sangat tekun dan penyabar.




Lepas dah selesai part merebus jadi la macamni. Nampak cantik je kan sebab nenek from PAdang with love dah kikiskan kulit lembu tu.




Proses kikis kulit lembu. Kulit lembu harus dibuang kesemuanya.





Selepas selesai kesemua di atas kaki lembu tersebut dimasak gulai. Agak-agak rasa kaki lembu tu macam mana??

Sodapppppppp! Sorry piccas gulai kaki lembu yang dah siap dimasak lupa nak snap untuk tontonan semua. Tapi memang best teww. Menjilat jari. Awww.




Menjilat pinggan tu. Yeay!

Eh tak tak tak. Piccas di atas bukanlah pic Nayli tengah makan gulai kaki lembu. Dia tengah makan kuew tiau sup yang mama beli kat pasar malam. Hiks!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. sori komen tak berkaitan dengan entry..
    pasal contest huggies tue, mungkin akma cuma tgk post dari huggies.. cuba klik sebelah die Everyone (most recent) nanti nampaklah gambar baby kat wall.. post gambar dekat wall diorang ikot masa yang ditetapkan tau.. gud luck..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~