Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, November 22, 2011

MAsih Boleh Breastfeed Dengan Kaedah Re-Laction


Tertarik pada satu info yang saya baca untuk mommies yang tak berpeluang untuk breastfeed coz lacking of knowledge masa preggy dan lepas bersalin jangan risau. Sebenarnya anda masih boleh breastfeed baby anda.

Ya,  it call re-laction!!


Sabar memang perlu kerana ianya bukan proses yang mudah bagi kebanyakan ibu dan anak kerana ibu dan anak perlu berlatih semula seolah bayi baru lahir. Penolakan bayi pada peringkat awal adalah perkara biasa dan perlu ditangani dengan sabar. Yelah dah biasa minum pakai puting bottle bila nak tukar mestilah baby pun konpius ye tak. Sabar, sabar & sabar. Memang kena banyak sabar.

Paling penting jiwa mesti tabah, kerana ibu perlu bertahan dengan segala 'nasihat' yang datang dari sekeliling termasuk dari orang yang terdekat dalam keluarga. Kadangkala proses penyusuan berakhir terlalu cepat akibat campur tangan yang terlalu banyak dari mereka yang tidak berpengalaman mengendalikannya. Yelah biasanya orang sekeling bila tengok baby kerap menangis diorang suka cakap baby tak cukup susu dan suruh top up susu formula. So supermak yang awesome perlu tahu apa yang hendak dibuat dan cuba atasi setiap masalah yang timbul.

Other than tabah tekun amat penting kerana proses yang dilalui adalah sama dengan proses memulakan penyusuan untuk bayi yang baru lahir. First thing mommies perlu set yang susu cukup untuk baby ye. Mommies perlu berlatih menyusukannya setiap 2-3 jam. Oleh itu, sekiranya mommies telah kembali bekerja, kemungkinan perlu mengambil cuti untuk membolehkan proses ini berlaku dengan jayanya.

Kaedah yang biasa di cadangkan adalah menggunakan alat SNS, iaitu bayi akan menghisap pada payudara ibu tetapi dalam masa yang sama bayi sebenarnya menghisap susu tambahan yang dibekalkan melalui tibu yang dilekatkan pada puting ibu. Latihan penyusuan perlu dilakukan dengan kerap agar stimulasi boleh berlaku dan bayi juga dapat berlatih melekap dengan betul. 

Untuk permulaan, mommies boleh mendapatkan ubat(hormon) sebagai booster kepada penghasilan susu. Namun tidak perlu bergantung kepada ubat ini untuk mengekalkan pengeluaran susu, sebaliknya, usaha latihan stimulasi yang berterusan InsyaAllah akan membuahkan hasilnya. Yeay!!


Selamat mencuba!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~