Teori inilah yang saya tercari-cari selama ini dan akhirnya saya jumpa di blog kak Hayati, sifuku dulu kini dan selamanya. yeay!! Cuba baca dan fahamkan apa yang ingin sampaikan kepada ibu-ibu baru dan juga tidak berapa baru. Saya sering mendengar dan saya sendiri mengalaminya mengapakah hasil susu untuk ke-2 payudara tidak sama? Nah cuba baca ini ye....
Menurut prolactin receptor theory ini, kekerapan menyusu pada awal-awal peringkat laktasi akan menambahkan pengeluaran susu kerana bertambahnya ruang-ruang reseptor kepada prolaktin didalam kelenjar mamari. Menurut kaedah ini, kadar reseptor setiap sel meningkat pada awal-awal peringkat laktasi dan akan tidak berubah selepas itu, sepanjang proses laktasi berlaku. [Hynds & Tyndale-Biscoe, 1982; Sernia & Tyndale-Biscoe, 1979].
Pakar-pakar laktasi selalu menekan kekerapan menyusu pada minggu-minggu pertama kelahiran baby kerana rangsangan hisapan dari bayi akan meningkatkan ruang-ruang reseptor. Lebih kerap menyusu dimana ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu pada payudara itu.
Jika kita perasan, kerap dikalangan kita yang tidak seimbang pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast. Kebanyakkannya mesti salah satu lebih banyak dari yang sebelahnya. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana pada minggu-minggu pertama penyusuan (waktu dalam pantang) kita lebih selesa menyusu pada belah yang kita selesa. Walaupun kita kata kita sering menukar belah semasa menyusuan, namun secara kita tidak sedari kita sentiasa memulakan pada belah yang kita lebih selesa, apabila selasai sebelah, apabila menawarkan sebelah lagi, sering belah itu tidak disusui dalam tempoh yang lebih lama, mungkin bayi telah kenyang dan sebagainya. Menyebabkan bahagian itu kurang mendapat rangsangan. Jadi lebih kurang ruang reseptor yang terhasil pada belah itu berbanding pada belah yang kita lebih selesa. Menjadi lumrah bayi yang menyusu pada waktu yang singkat tapi kerap pada awal-awal kelahiran, ini akan meningkatkan prolaktin receptors dengan semula jadinya. Kerana itu pentingnya pam susu.
Jadi ibu-ibu harus harus menyusukan bayi mereka secara on-demand terutamanya sewaktu dalam pantang. Tolak tepi dahulu kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami yeay. Mengikut teori reseptor prolaktin lagi, bila kita tidak kerap menyusu bayi pada mingu-minggu pertama (yang lebih efisyen adalah ketika waktu dalam pantang) akan menyebabkan kurangnya receptor sites (ruang-ruang reseptor) didalam breast dan akan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu. Mungkin pada yang tidak kerap menyusukan bayi ketika dalam pantang atau bayi yang telah diberikan dengan formula kerana beranggapan susu badan tak cukup, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. Sebab itulah biasanya mommies beranggapan mereka kurang or tiada susu.
Kerana reseptor prolaktin yang terhasil pada awal-awal penyusuan akan tidak berubah/bertambah selepas jangka masa tertentu. Begitu juga pada ibu-ibu yang menggunakan breastpump untuk mencetuskan pengeluaran susu, terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang, atau bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya. Konsep yang sama cuma berlainan mekanisma iaitu pemerahan secara kerap sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12x sehari pada awal-awal peringkat laktasi dapat membantu maintainkan production susu.
Biasanya kalau bersalin di hospital kerajaan memang jangan haraplah nak bagi susu formula kerana kebanyakan hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Nurse akan menunjukkan dan menyuruh ibu menyusukan anak sebaik sahaja kelahiran kalau baby tidur lama sangat pun nurse akan suruh kejutkan. Pada masa itu apa yang keluar hanyalah susu yang tak berupa susu langsung cuma cecair kuning yang dipanggil kolustrum tapi itulah cecair emas yang hanya keluar 1-2 hari selepas kelahiran tapi penuh dengan khasiat special for newborn. Jangan panik, ianya cukup untuk baby yang baru lahir yang hanya memerlukan 30ml (sebesar sudu kecil) untuk mengenyangkan dan memenuhkan perut baby.
*******************************
Biasanya kalau bersalin di hospital kerajaan memang jangan haraplah nak bagi susu formula kerana kebanyakan hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Nurse akan menunjukkan dan menyuruh ibu menyusukan anak sebaik sahaja kelahiran kalau baby tidur lama sangat pun nurse akan suruh kejutkan. Pada masa itu apa yang keluar hanyalah susu yang tak berupa susu langsung cuma cecair kuning yang dipanggil kolustrum tapi itulah cecair emas yang hanya keluar 1-2 hari selepas kelahiran tapi penuh dengan khasiat special for newborn. Jangan panik, ianya cukup untuk baby yang baru lahir yang hanya memerlukan 30ml (sebesar sudu kecil) untuk mengenyangkan dan memenuhkan perut baby.
Kesimpulannya bagi maintainkan production susu macam biasalah kerapkan penyusuan anda terutamanya ketika di dalam pantang sakit, fenat jaga baby meragam tolak ke tepi kerana jangan menyesal *sesal dulu pendapatan sesal kemudia tidak berguna ianya akan mempengaruhi production susu selepas-selepas itu.
Mommies perlu rasa bertuah & bangga bila dapat menyusukan anak sendiri. Kena rajin cari info baru mudah untuk faham kenapa, kenapa, kenapa & mengapa, mengapa, mengapa kerana pengeluaran susu ibu bukanlah perkara mudah yang mesti &wajib berlaku selepas bersalin. Mommies kena tabah, sabarasyik tak cukup tidur dan perlu ada sedikit ilmu.
Cuba tengok piccas ni sedihkan.
********************************************
Mommies perlu rasa bertuah & bangga bila dapat menyusukan anak sendiri. Kena rajin cari info baru mudah untuk faham kenapa, kenapa, kenapa & mengapa, mengapa, mengapa kerana pengeluaran susu ibu bukanlah perkara mudah yang mesti &wajib berlaku selepas bersalin. Mommies kena tabah, sabar
Cuba tengok piccas ni sedihkan.
Info lanjut baca kat SINI.
****************************
MILK BOOSTER!!!
Ramai bertanya macam mana nak dapat susu yg banyak..
Berdasarkan pengalaman menyusukan 2 orang anak,
Saya tiada pemakanan khusus.
Saya tidak mengambil supplement, saya juga tidak mengambil makanan menggalak susu secara berlebihan
Saya makan semua makanan macam biasa.
Paling penting keyakinan diri, doa, timba ilmu penyusuan dengan mereka yg arif pasal penyusuan.
Menyusu itu satu ibadat, kena sentiasa belajar dan sentiasa perbaiki mana kesilapan..tak boleh ambik jalan singkat.
Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!
No comments:
Post a Comment
Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~