Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, September 24, 2011

Kelahiran Dengan Bantuan eg. Forceps & Vakum

Teringat cerita mak saya mase saya dilahirkan dulu terpaksa kena forceps sebab kepala saya besar sangat!!! OmmmEmmmmJAyyyy kesian mak. Forceps ni boleh juga dikatakan sebagai kelahiran dengan bantuan. Selain forceps, vakum juga adalah kaedah kelahiran dengan bantuan.

Kelahiran dibantu melibatkan penggunaan forseps atau ventouse/vakum tarik untuk membantu pelahiran bayi anda. Kedua-dua ini merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar. Bayi mungkin memerlukan bantuan atas pelbagai sebab, termasuk jika dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi atau mommies tidak lagi berdaya untuk menolak.

Forseps lazim digambarkan seakan-akan "sudu garpu salad buatan keluli tahan karat" atau "penyepit gula yang besar". Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memeluk kepala bayi. Unik nya.

Vakum pulak mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini diletakkan di atas kepala bayi ke belakang sedikit. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse.
* mangkuk plastik yang lembut kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan terlucut;
* mangkuk separuh tegar, yang didapati paling berkesan;
* mangkuk logam tidak akan terlucut tetapi paling besar kemungkinan menyebabkan trauma pada kepala bayi

Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi. Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang penggunaan kelahiran forseps/vakum jika:

* bayi mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat kedua (menolak) kelahiran
* mommies tersangat letih dan tak berupaya menolak lagi;
* bayi tidak membuat sebarang kemajuan dalam melalui pelvis anda;
* ada sebab medikal mengapa mommmies tidak harus menolak terlalu lama (contohnya, anda mempunyai masalah sakit jantung).

Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan forseps. Badan bayi dilahirkan dahulu, dan jika sukar melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.

Bukan selalu untuk mengelakkan kelahiran dibantu, tetapi faktor-faktor berikut ini dapat membantu mengurangkan risiko anda. Ini termasuk:
* mempunyai sokongan selama persalinan daripada rakan kelahiran atau doular
* menggunakan kedudukan tegak selama persalinan;
* mengelakkan epidural;
* jika mommies sudah mendapat epidural, menunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas serviks anda berkembang sepenuhnya atau sehingga anda merasakan dorongan untuk menggalakkan, sebelum mencuba untuk menggalakkan bayi anda keluar.
Sekiranya ada masa, doktor akan menerangkan kepada mommies mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan. Dia akan memeriksa mommies untuk memastikan bahawa bayi  berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan instrumen untuk digunakan.
Si ibu perlu meletakkan kaki anda ke dalam sanggurdi atau penyandar di tepi katil (posisi litotomi), dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.

Tiub yang kurus diberi nama kateter, yang terikat kepada satu beg, akan dimasukkan ke dalam pundi kencing anda untuk mengosongkannya (prosedur ini agak sakit sedikit), dan kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.Anda akan diberi ubat melegakan kesakitan, yang mungkin anestetik setempat di dalam vagina atau epidural atau anastetik spinal. Pakar paediatrik (doktor yang mengkhususkan diri dalam penjagaan bayi dan anak-anak) akan dipanggil. Hal ini mungkin biasa bagi kelahiran dibantu di hospital anda, jadi cubalah untuk tidak bimbang.

Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse, atau ekstraktor vakum, untuk kelahiran yang dibantu. Sebabnya ialah ibu mengalami kesakitan yang kurang semasa melahirkan dan sesudahnya, berbanding dengan forseps. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang dan risiko sebarang koyakan pada perineum juga kurang. Mangkuk ventouse diletakkan di bahagian atas kepala bayi anda dan bukannya di sekitar, jadi tidak memerlukan ruang yang banyak.

Doktor akan meletakkan mangkuk ventouse/vakum ke atas kepala bayi di dalam vagina anda, kemudian menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising, jadi bersedialah.

Apabila mangkuk itu sudah di pasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda menolak apabila datang kontraksi, dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar. Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi, terutama sekali jika bayi itu agak besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas, dan perlu di pasangkan semula. Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse/vakum yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan dan bukan mangkuk plastik biasa sebab jenis ini lebih susah hendak lucut.

Doktor perlu membuat satu potongan (episiotomi) melalui bahagian belakang vagina anda untuk membesarkan pembukaan supaya forseps boleh diletakkan di keliling kepala bayi. Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui kanal lahir dan dilahirkan. Wanita melaporkan yang mereka merasa lebih tidak selesa dengan kelahiran forseps berbanding ventouse/vakum. Kadar kejayaan forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengalaman boleh mengelakkan sebarang masalah dan akan tahu instrumen mana yang perlu digunakan mengikut keadaan anda.

Jika kelahiran anak anda dibantu, ambillah langkah untuk memahami mengapa bantuan diperlukan. Bincang dengan doktor anda. Jika tidak, anda mungkin bimbang ia akan berulang dengan bayi seterusnya. Di UK, lapan dari 10 wanita yang memerlukan bantuan sebegini tidak memerlukannya bagi kelahiran seterusnya. Pernah member saya cerita masa bersalin terpaksa guna vakum so first time dia tengok baby terkejut sangat sebab kepala baby kelihatan lonjong sangat kesan kena vakum. Nasib baik doktor cakap 1-2 hari lepas tu akan back to normal. Suspen jugak member saya masa tu. Hiks!

So far belum ada experience kena forceps or vakum. Teringat masa peristiwa di labor room masa bersalinkan baby Zara. MEmang tak semudah Nayli yang 3 kali push je sebab bila waterbag di pecahkan kat labor room, nak tunggu contraction demi contraction sehingga bukaan 10cm terasa amatlah panjang walaupun sebenarnya dalam 3 jam je. Bila time nak push tu terasa sangat tough sebab keadaan diri yang dah penat sampaikan sempat saya terfikir adakah forceps or vakum sebagai jalan penyelesaian sebab rasa  dah tak larat sangat nak push untuk keluarkan baby. Sampai dah cakap kat doktor:

"saya tak boleh push lagi!! Saya dah tak larat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!" sob sob. nasib baik tak kena sepak dengan doktor.

Mujurlah kata-kata semangat yang diberi oleh nurse, doktor dan yang paling penting Enchek Husband menguatkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik. Fuh memang tough giller bila di ingat-ingat kan balik time bersalin 2nd baby last-last baby 3.47 kg named Zara Amani pun selamat keluar. Alhamdulillah.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. saya pun bersalin dgn bantuan vacuum. doc tak ckp apa2 kecuali dia minta sy tenang n dia nak bantu. semuanya berlaku pantas je. dah selamat bersalin baru baca kat report kena vacuum rupanya..

    ReplyDelete
  2. Before submitting an request for any type of victimization the fast guardant online request know-how.
    So, you can deduce the fiscal activity easier day by day. You may find plentifulness known lenders
    connected with online mode and speech act their antithetical involvement rates, 80
    and extends up to 1500. For all such group different lenders of our strikes as these
    loans are big-ticket. Some group deliberation business enterprise risk on who has trap in
    the exigency and veneer fiscal body. You must be retentive a unit card
    expenses, ceremony and salutation operational cost, sound invoices,
    delinquent groceries, instruction reimbursement taxation
    and plenitude substantially more. Lenders have planned this
    religious divine religious ceremony in the form of abbreviated term to
    the norms of the authorities in which they shack. payday loansWith all these, you could sure have the abstract loan
    kick upstairs the unit business organization back as near
    to quick as is doable. This beforehand is sanctioned fleetly as at that place is no investor with your refund quality.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~