Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, September 3, 2011

Part YAng Kurang Best Bila Nak Beraya

Bila beraya sakan sana sini memangla best. Jumpa sanak saudara, kawan-kawan yang dah berkurun lama tak jumpa, makan kuih raya, makan lemang yang best, rendang, nasi impit pendek kata semua pun bestlah.

Satu hal je yang tak best. MAsa dalam kereta. Pheww.

Dua beradik comel yang bila ok macamni. Duduk sama-sama, baring sama-sama, main sama-sama. Mama pun rasa syiok je. Dapatlah tidur jap dengan tenang.




Tapi keadaaan ok macam tu sangatlah jarang berlaku. Biasanya NAyli taknak duduk diam dalam kereta. Kejap ke depan, kejap kebelakang, kejap melompat dengan lebih tinggi bila kena marah baru reti duduk diam. Tapi tu pun kejap je. 10 mins lepas tu hyper active balik. Fuh.

Panjat & lompat. Yeay!! Tengok je la muka Nayli ni. Penuh dengan idea nak buat aktiviti-aktiviti mencabar dalam kereta. Baju comot memang wajib. Pendek kata macam-macamlah. 1001 akal.



Aikk. Mama nak snap pic dia, dia nak snap pic mama pulak. Ini sudah lebih. NAyli pun nak update belog jugak ke. Hiks!




Kalau yang ni oklah memang behave sikit dalam kereta.

Tengoklah adik Zara tu. Tidur pun bermimpikan duit raya. Patutlah lena semacam je. Hiks!




Yahoo! MAkcik kayooo.



Nasib baiklah naik kereta ke dua-dua belah kampung Perak & Negeri Sembilan takdela jauh sangat. Jalan pun ok ada highway yang sangatlah best. KAlau tak fenin la jugak.

Tapi part yang paling best pulak mestilah bila anak-anak dapat duwet raya. Yahooo! Tak sia-sia jalan jauh ke sana ke mari bolehla mama shopping till drop. Haahahahaha!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. tahun ni aqil xdpt kutip duit ry..teman mama dia pantang.em mcm aqil la nayli ni..dlm keta pn dok tak diam kejap depan kejap belakang..penat

    ReplyDelete
  2. salam kenal, sama kisahnya dengan saya yg agak runsing bila part nak kene duk lama2 dlm keta..lagi la kami jauh merantau..JB-Trganu. 8 jam dlm keta. fuhh~ tp hati gumbira x terkata bila dh smpai~ hik2!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~