Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, August 24, 2011

Penyusuan Eksklusif 2 Tahun Penuh



Dalam usia baby Zara yang semakin menghampiri 6 bulan pada minggu depan kejap je kan, saya sebenarnya sangat tertarik dengan maksud "penyusuan 2 tahun sempurna" yang disebut dalam Al-Quran. Ulamak mensyarahkan sebagai memberi susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan tambahan lain kepada anak.

Juga apabila adanya hukum najis mukhoffafah, iaitu air kencing bayi lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah yg cuma minum air susu ibu sahaja; maknanya mesti ada orang yg memang dah berjaya menyusukan anaknya 2 tahun secara eksklusif tu kan kan kan kan.

Tetapi pakar perubatan telahpun memberi garis panduan supaya anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas mula diberi solid food. ini bukan bermakna mereka tidak dapat menyusu lagi. Menyusu jugak cuma tambahan diberi solid food-lah.


Ini adalah kerana bayi yang sedang membesar amat memerlukan kepelbagaian makanan dan dalam hal begini susu ibu tidak mencukupi untuk memberikan semua nutrien yang diperlukan. Seorang bayi yang tidak mendapat cukup zat tidak akan membesar dengan baik. Dikhuatiri juga mereka akan develop pica (memakan benda2 yang bukan makanan seperti tanah - feature of iron deficiency anemia in children). Awwwwww.

Apapun mengikut pembacaan saya lagi happy reading u olls, perintah/galakan ,meyusukan selama 2 tahun genap tanpa apa2 makanan dan minuman adalah tertakluk kepada ibu2 yg sihat, tidak mempunyai masalah ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan anak itu. Sekiranya ibu ada masalah ketika mengandung (alahan), melahirkan dan membesarkan galakan menyusu lengkap selama 2 tahun itu diringankan dengan ayat dari surah al-ahqaf ayat 15 dan surah luqman ayat 14 iaitu boleh bagi makan/minum benda lain sebagai topup kepada susu ibu

Lagipun stail pemakanan manusia moden kini sudah byk berubah, lebih byk makan makanan yg diproses yang mengandungi sekalian  bhn penambah perisa dan bhn pengawet. Fast food jangan cakaplah. KFC, Mc Donalds, Pizza Hut memang dah sebati dalam perut. Malah makan makanan fresh pun belum tentu freshnya kerana penggunaan baja kimia dan bahan sintetik lain utk tumbesaran tumbuh2an dan haiwan. 


Taraa Taa Taraaa Im Love It. Dulu GCB je now dah double GCB pulak. Saja je nak suruh orang demox makan banyak but I  loike....
Haishh macam mana pic beger ni boleh tersesat kat entry ni pulak. hiks!


* ok ok sambung balik.


So sudah tentu nutrien ibu tidak dapat menampung keperluan nutrien bayi. Mungkin maka rasionallah saranan utk memberi bayi makan seawal usianya 6 bln itu kan. Betul tak?

Saya ada baca satu rencana kat mana ntah yang menceritakan RAsulullah saw dihantar ke kawasan pedalaman untuk disusukan oleh HAlimah Saadiah supaya ibu susuan Baginda itu akan mendapat bekalan air dan makanan yang bersih serta segar tanpa pencemaran sebagai minuman dan makanan. Dengan ini susu yang akan diberi kepada BAginda Nabi saw akan mengandungi sumber yang sangat terjamin kualitinya. Di sini kita dapat lihat bahawa cara pemakanan para ibu yang menyusu anak perlu dijaga. Pastikan yang segar, bersih dan tidak tercemar barulah TERBAEK . Semua ini telah diperlihatkan Allah menerusi sirah junjungan kita semua. Boleh amik iktibar sewajarnya.

Apapun banyak benda yang saya ingin tahu dan tahu. Untuk sesiapa yang baru belajar janganlah kita berasa sedih dan malu kalau taktau  sbb itu adalah PEMBUNUH kepada semangat kita untuk menjayakan penyusuan susuibu. Kalau malu kenalah bertanya supaya kita tidak sesat jalan. Kalau dilimpahkan susu yang banyak jgnlah kita lupa untuk mengepam dan malas2. Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. 

Apapun yang paling penting setiap anak ada rezekinya dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain ok. Cuba selagi terdaya dan Malaysia yakin boleh!!  YEay!!!

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

8 comments:

  1. tahniah kerana masih nyusukan zara...stok awak ye tu? byknya

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab tulis entri berkaitan hal ini. sebenarnya saya pun sangat berminat tentang ini. Saya juga masih menyusukan anak dgn susu ibu sahaja dah 8 bulan sekarang. Suami yg suruh ni. Kalau sihat dan larat, insyaAllah nak cuba selama yg boleh (kalau boleh nak sampai 2 tahun). Saya pun ada beberapa kenalan yg berjaya menyususkan anak2 dia selama hampir 2 tahun dgn susu ibu sahaja (memang sengaja tak bagi makan)

    ReplyDelete
  3. Salam, respon pada komen nur iryani saya rasa teruja nak mencuba. Cuma nak tahu, anak iryani boy or girl? Anak lelaki saya yg 5 bulan ni masih menyusu secara eksklusif. Tapi saya selalu kesian tengok dia mcm beminat sgt nak mkn terutama bila nampak kami makan. Selalu gigt jari mcm org lapar. Ada nasihat yg blh kuatkan smgt sya?

    ReplyDelete
  4. Salam, akak saya nak tanya . saya menyusukan anak saya sepenuhnya sampai umur 8 bulan, masa awal 5 bulan, ada makcik saya gatal tangan pergi sumbat cendol kat dalam mulut anak saya. dia cakap dia kasi sikit, saya dah mengelabah dah waktu tu, saya mengamuk oo.. macam mana ? jadi ke najis muafafa lagi sebab kali tu je. masa awal ada kasi air 2-3x tapi bayi muntahkan balik airnya. kasi try avakado tapi dia keluarkan balik.. lepas tu terus bagi susu ibu je tak kasi apa apa dah.

    ReplyDelete
  5. Anak sy boy. Umur 18 bulan. Masih eebf belum mkn apa2 solid

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. anak sy 5bln boy..rancangan sy nk teruz menyusu tanpa bg mkn..tapi byk tentangan luar.. mcm mana nk handle.. minta tunjuk ajar..

      Delete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~