Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, August 23, 2011

Malam Lailatul Qadar

Entry kali ni tak nak cerita pasal makan ke, pasal shopping ke, pasal anak-anak ke. Sekadar renungan kita bersama.

Sedar tak sedar kita dah berpuasa pada hari yang ke-23. Bersemangatlah di sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadan. Sepertiga terakhir bulan Ramadan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan, keutamaan serta pahala yang melimpah. Seperti biasa setiap tahun di bulan Ramadan, umat Islam akan menunggu kedatangan LAilatul Qadar atau Malam Yang Berkuasa kerana percaya orang yang menemui Lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan oleh Allah SWT. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amin.
.



1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.(iaitu suatu malam yg penuh kemuliaan dan kebesaran,kerana pada malam itu permulaan turun Al-Quran)
2.Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.\
uinya pada 
Antara amalam-amalan yang wajar di lakukan pada malam Lailatul Qadar

1-Bertaubat kepada Allah SWT
2- Sentiasa berdoa
3- Beristighfar kepada Allah SWT
4- Solat berjemaah
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut kehadiran malam Lailatul Qadar.
7- Mengandakan amalan kebajikan
8- BEriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10-Berdoa agar sempat menemuinya pada tahun depan.

Wallahualam.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~