Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, July 23, 2010

Petua Mendapatkan Anak Lelaki

Kalau orang tanye saye preggy kali nie nak baby girl or boy mestilah saye jawab kalau boleh nak baby boy. Hiks! Sebab saye dah ade seorang baby girl yang sangat la comel & manja iaity baby NAyli Dayana.



Tadi takde kerja kat office click punye click punye click jumpe la info ni. Saye dapat dari SINI.

Kat sini ada petua untuk mendapatkan anak lelaki.





Surah Ali Imran, ayat 38 - Mulakan membaca dari ayat "Robbi Hab lii..."
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

Cara mengamalkannya:

1) Bacalah ayat di atas berulang-ulang kali, insya-Allah dia akan dikurniai seorang anak lelaki.

2) Selain itu, ada juga diriwayatkan dari para ulama', jika pasangan itu menghendaki anak lelaki, hendaklah mereka rajin membaca surah Yusuf terutama ketika isterinya mengandung.

3) Atau boleh juga dengan membuat bulatan cincin sebanyak 70 kali dengan jari telunjuk di sekeliling perut isteri/perempuan itu; dan setiap kali membuat bulatan, ucapkanlah Asmaul Husna "Al-Matiin".

Insya-Allah akan dikurniai anak lelaki.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Merawat Kehidupan dengan Ayat-ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, m/s 33]


Oh boleh juga saye cuba praktikkan amalan nie kan kan kan......

Sebenarnye hari tu mase check up kat klinik doc tue kate once dah preggy jantina anak tue memang dah confirm sama ada laki or pompuan.

Tapi saye belum ade instict lagi samada girl or boy...


Petua kat bawah nie boleh la diamalkan sebelum kite mengandung:

1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus


2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG


Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.


3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.


4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X. 






Eh actually tak kisah la boy or girl kan. Yang penting anak yang lahir nanti sihat dan cukup sifat. Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang . Kalau girl ok gak boleh je dia recycle balik baju2 baby NAyli yang dah tak muat tu. Hiks! Kesian nye baby NAyli  JR. pakai baju 2nd je nanti. Hehehehehehehe~ Alaaa tipu je mesti la papa & mama belikan baju baru punye nanti.

Kalau baby girl name baby tue nanti mesti takde kene mengena dengan Nayli atau Dayana sebab NAyli Dayana cume ade satu je kat dalam dunia nie. Hehehehehe~

Yang penting name tue mesti simple tapi ade makne sebab kalau tak kang berbelit2 pulak lidah atuk & wan nak panggil baby tu. Takpun kalau name panjang2 sgt tak cukup space pulak nanti nak isi borang masuk 'U'. Haaaaaaa jauhnye ku berangan. Hiks!

Argghh skang nie dah start layan pic2 baby balik. Hahahahaahha! Saje je amik mood preggy.

Sekian.

1 comment:

  1. great info...bagus ni...nanti nak kena review juga ni utk dpt baby gurl...tapi bukan dlm masa terdekat ni laaa...hehe..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~