Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, February 8, 2013

Pos Laju VS Pos Lembab

Dear customer ku yang disayangi sekalian,

Kebelakangan ini sempena long holiday Chinese New Year saya menerima beberapa rungutan dari customer barang yang di post tak sampai lagi. OMAIGODD! Oh kesian.

Pelik tapi benar post pakai post laju bayaran bukan murah beb tapi dah tak boleh panggil pos laju, harus di panggil pos lembab. Duhhh.

Biasanya once post barang saya akan update tracking no to customer, sometimes terlupa Zzzzzz KROH KROH KROH customer yang mintak dan tempoh penghantaran untuk item yang dijual biasanya SEHARI  atau DUA HARI SELEPAS PEMBAYARAN. 

Untuk poslaju tempoh sampai biasanya 1-3 hari bekerja. anda boleh semak kedudukan barang anda dengan memasukkan tracking no yang diberi di


http://www.poslaju.com.my/track.aspx


Mudah saja atau anda juga boleh hubungi Posline 1300 300 300 untuk mengetahui kedudukan barang anda.

Sesiapa yang tak dapat barang lagi harap bersabarlah dan  try call customer service untuk mengetahui status barang anda. Tiada apa yang mampu saya lakukan lagi  *sobssssss!


***********************

NOTIS FROM POS LAJU
Assalammualaikum w.b.t dan selamat pagi. Dimaklumkan bahawa waktu operasi bagi semua cawangan PosLaju di Malaysia untuk musim perayaan Tahun Baru Cina akan diberitahu selewat-lewatnya petang ini.

Dimaklumkan juga, berikut adalah senarai cawangan PosLaju yang mengalami kepadatan item sejak minggu lalu, semua penghantaran dijangka mengalami kelewatan. Mohon untuk tunggu atau boleh terus ke Pusat PosLaju untuk ambil di kaunter. Maaf atas kelewatan yang dialami . Senarai seperti berikut : -

1. PPL Kuala Lumpur
2. PPL Cheras
3. PPL Batu Caves
4. PPL Bandar Baru Bangi (PPL Kajang)

*Mohon pengguna khususnya peniaga online klik 'SHARE' setiap maklumat yang kami beri supaya pelanggan anda juga menerima info yang sama . Terima kasih atas kerjasama.




**************************

Apepun kita membayar kos perkhidmatan penghantaran barang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia, jadi Pos Malaysia seharusnya memberikan perkhidmatan yang berkualiti takkanlah dah bayar mahal-mahal 14 hari baru sampai barang duhhhhhh. Oberrrrr.

LAMBAT HANTAR SEBAB BANYAK SANGAT BUNGKUSAN YANG PERLU DISERAHKAN BERIKUTAN CHINESE NEW YEAR.


Setiap sehari yang lambat dapat diskaun RM1 boleh tak? *______*

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

4 comments:

  1. sabar ye, hendak raya tidak cukup kaki tangan plus ramai yg dah bercuti. normal je tu, mujurlah pihak pos sudah keluarkan notis ada kelewatan.

    ReplyDelete
  2. saya ok je customer yang tak boleh bersabar. sobssss!

    ReplyDelete
  3. saya guna www.expresstrack.net untuk track parcel saya sebab ia lebih mudah dan cepat

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~