Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, February 10, 2013

Makan, Makan dan Makan Lagi. Oh Sedapnya Acara Makan Tak Henti-Henti. Wauweee.

Yahoo! Selamat hari jadi untuk sepupu Nayli & Zara, bro Naim yang ke lima tahun.

Jom mulakan kisah jalan-jalan cari makan dengan gambar cake birthday yang super delicious. Choppp! macaron kaler pink tu iolls punye tau. Awww ;p



Allah selamatkan Naim, Allah selamatkan Naim, Allah selamatkan Naim Zulkarnain, Allah selamatkan Naim. Selamat Ulang Tahun Yang ke Lima Tahun. Semoga menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah. Amin.


Alhamdulillah.

Dipanjangkan umur kami sekeluarga besar dan untuk kesekian kalinya acara yang sangat mengkagumkan iaitu gathering makan-makan diadakan. Perghh part makan memanglah best. Burpssss. Bertempat di Secret Recipe, kami meneruskan tradisi acara makan besar yang memang menjadi tradisi turun menurun. Memang sangat mengkagumkan bila dapat berkumpul beramai-ramai sebegini.




Antara makanan yang sempat dibuat kenang-kenangan. Apa nak buat memasing dah lapar tak sempat nak snap semua. Sambung makan cake lagi. Butterscooth's cake. Makan roti botterscooth Gardenia tu pun dah sedap yang teramat, makan cake lagila. Wallaweh.








Teka siapa yang paling lapaqq sekali?



GRrrrrrrrr.

Itu kisah di Secret Recipe yang sangat yaa aww aww. Masih dengan acara makan. Minggu  lepas pun ada acara makangg yang hebakk jugak. Siapa yang duduk Seremban memang tak sah kalau tak tau tempat ni. Tempat terbaik nak makan Nasi Arab, mana lagi Nasi Arab Damsyik la. Fuh fuh.

Aroma sangat harum semerbak. Walaupun restaurant Nasi Arab muncul bagi cendawan tapi masih tidak dapat menandingi kesedapan Nasi Arab kat sini. 




Oih panaihnya. Fuh fuh fuh.



Nayli: Mama, kenapa cawan dia tecittttt je.

Mama: Sebab taknak Nayli minum banyak-banyak air manis. Best tak makan kat sini, sayang?

Nayli: Masa makan atau minum tak boleh cakaplah mama, tuhan marah.

Mama: Eh???

Sekarang bertambah tambah besar dan luas kedainya dan dah ada hidangan baru iaitu kebab.

Model free tak berbayar untuk hidangan kebab. Kebab ayam ada, kebab kamben pun ada.




Dah abeh melantak nasi arab yang ini stok tapau kebab kamben untuk stok alas perut kat rumah pulak. Tak cukup-cukupkankan duhh. Bhahaha!




Oh itu cerita pasal makan kamben. Ini pasal makangg ayam pulak. Gambar ni masa makan kat Nasi Ayam Gemas last 2 week. Campuran sos ayamnye memang menusuk kalbu. Sedap blink blink. Lepas makan mata pun jadi blink blink gak.




Haritu ada jugak pergi makan satay Haji Samuri. Dua orang makan tapi menu macam makan seploh orang. Duh. Abeh program diet iolls. Ngeheeee. Dengss!





Ini pulak minum petang kat Ice Room last week. Yang mee tu rasanya sebijik macam instant Indo mee. Cuma ada extra daging kisar yang diletakkan atas mee tu.




Haritu melepak minum petang kat MAdam Kwan pun best jugak. Pau nye gebu's gebu's dan lazat. Dalamnya berintikan kaya, red bean dan yam.




Last but not least. Yang terkini lagi sensasi di KFC. Golden Wrap Chicken. Yang ni pulak makan dua minggu yang lepas.




Sedap. Kalau tak percaya tanya diorang. Nyum Nyum.



Siapa yang tak try lagi i tell uolss cepatlah ke KFC yang berdekatan dengan rumah anda. Nanti promosi dah tamat melepas karang kempunan pulak nanti.

Inilah serba sikit cerita part makan-makan yang telah di lump sum menjadi satu entry rojak sebab tuan tanah sangatlah femalas nak buat entry bebanyak. Bersambung lagi acara makan-makan pada minggu hadapan sambil membetulkan seluar eh........ apesal macam dah ketat pulak ni?? Glurpsssss. KAHKAHKAH! OkBai!

Eh ada lagi. LAst but not least


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Happy holiday uolls. Nama pun coooti panjangkan mesti lah teacher bagi  homework.

Mama, after siap semua homework boleh tengok cartoon tak?


Lemme think first.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm Tak boleh!! Lepas ni kena sapu sampah lepas tu mop lantai pulak. Bhahahaha.

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~