Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, October 26, 2012

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Untuk mommies yang menyusukan baby terutamanya anak sulung biasanya mempunyai masalah dan kebanyakan penyebab masalah penyusuan ialah seperti berikut

* Lewat memulakan penyusuan

* Penyusuan yang tidak kerap dan terlalu berjadual.

* Mencampurkannya dengan susu formula, air atau jus

* Menggunakan puting kosong atau buaian elektrik
* Kedudukan menyusu dan cara hisapan yang tidak betul

* Bayi tidak diberi susu pada waktu malam. (Atau diberi susu formula atau susu ibu yang diperah)



PUTING SAKIT

Puting yang sakit ialah tanda-tanda hisapan bayi yang tidak betul. Bila bayi menyusu, bibirnya perlu berada di luar dan seluruh bahagian areola berada dalam mulutnya. Untuk memperbaiki keadaan ini, tarik dagu bayi ke bawah dengan perlahan dan keluarkan bibirnya jika mendapati bibirnya termasuk ke dalam ketika menghisap. Jangan gunakan pelapik baju dalam yang kalis air jika mendapati puting sakit. Setiap kali hendak penyusuan selesai, perah sedikit susu dan sapu pada puting. Cara ini boleh membantu mempercepatkan ibu sembuh. Insyallah.



KEKELIRUAN PUTING


Bagi sesetengah bayi, hisapan pada puting kosong atau puting botol akan menjejaskan hisapan pada payu dara. Ini kerana pola hisapan antara puting botol dan payu dara adalah berbeza. Bayi yang pernah diberi susu botol akan menghisap payu dara ibu dengan cara yang sama seperti menghisap puting botol. Oleh itu, puting ibu akan terasa sakit kerana hisapan pada puting botol juga tidak perlu terlalu kuat kerana susu mudah mengalir keluar dari botol. Apabila bayi menggunakan cara yang sama untuk menghisap puting payu dara ibu, susu ibu akan kurang mengalir keluar. Ini menyebabkan bayi tidak mendapat cukup susu manakala ibu menyangka susunya tidak cukup banyak untuk bayi. Dia terpaksa memberi susu botol. Ini menjadikan bayi lebih gemar susu botol dan akhirnya bayi kurang berminat dengan susu ibu. Lama kelamaan, bayi akan menyusu susu botol sepenuhnya. Ouch!!!!

Bagi mengelakkan kekeliruan ini, jangan beri susu botol terlalu awal. Jika dah tiada pilihan lain dan terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula, gunakan lah cawan kecil, sudu kecil, penyuntik ubat atau lain-lain peralatan untuk mengelakkan terjadinya nipple confuse.

BAYI ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR JE

Jika berat badan bayi tidak meningkat dengan baik dan sentiasa sahaja tertidur ketika menyusu, bayi perlu dikejutkan dengan kerap. Untuk mengatasi masalah ini, jangan balut bayi dan pastikan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu ketika sedang menyusu ala-ala skin-to skin. Bagi mengatasi kesejukan, selimut bayi dengan kain selimut selepas meletakkan dia dengan betul di payu dara. Selain itu, urut kakinya bagi membuatkan dia terjaga.



SENDAWA


Sesetengah orang terutama dari generasi anda menyangka kita perlu membuatkan bayi sendawa selepas menyusu. Pendapat ini tidak tepat. Bayi tidak semestinya sendawa. Memang baik jika bayi sendawa selepas membuat beberapa percubaan untuk membolehkannya sendawa. Tetapi tidak mengapa jika dia tidak sendawa langsung setelah mencuba beberapa kali.

PEMAKANAN IBU DAN PENGAMBILAN AIR


Dalam kebanyakan kes, ibu menyusu perlu kira-kira 300-500 kalori lebih daripada biasa bagi mengekalkan berat badannya. Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan makanan semulajadi. Elakkan makanan yang diproses. Jika bayi meragam, periksa samada ibu telah makan makanan yang tidak sesuai dan sensitif terhadap bayi. Minum lebih banyak air bagi menambah pengaliran susu. Tapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Biasanya, ibu menyusu akan terlupa minum kerana sibuk menjaga anak. Terdapat juga kepercayaan lama bahawa ibu yang masih dalam pantang tidak boleh minum banyak air. Pendapat ini salah dan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.



ENGGAN MENERIMA BOTOL


Jika bayi enggan menerima susu ibu daripada botol ketika anak atau menantu anda bersedia untuk kembali ke tempat kerja, anda perlu latih baby anda itu secara perlahan-lahan. Beri susu melalui botol dengan cara memangkunya dan mendodoinya perlahan-lahan. Anda juga boleh memberi susu melalui botol ketika dia mengantuk. Adalah lebih baik jika anda atau ahli keluarga lain yang memberikannya botol, bukan ibunya sendiri.


BERHENTI MENYUSU BUAT SEMENTARA WAKTU

Ada ketika, mommies tidak dapat menyusu secara direct kerana kembali  bekerja tetapi masih mahu menyusu dan agar susu terus mengalir kerana hendak mempastikan yang bayi tetap mendapat khasiat susu ibu, mommies perlu memerah susunya dalam jangkamasa yang sama dengan penyusuan susu ibu yang dilakukannya sebelum ini iaitu setiap 2-3 jam. Cara perahan yang baik ialah menggunakan tangan. Caranya ialah seperti berikut :- Letak ibu jari di atas puting dan dua jari lain di bawah, agak jauh daripada areola. Tolak jari ke belakang sehingga ke dinding dada. Kemudian, tolak semula ke depan. Lakukan beberapa kali. Elakkan memicit puting. Jika mempunyai payu dara besar, ampu payu dara itu dengan tangan yang sebelah lagi.



BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU?


Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :



Hisapan Bayi : Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.



Membuang Air Besar: Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. 



Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. 


Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.

Membuang Air Kecil : Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.

MENGENALPATI MASALAH


Segera dapatkan bantuan kesihatan jika mendapati :- · Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya; · Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara ; · Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya; · Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh dengan segera dapatkan bantuan. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah jika ada nasihat yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal.

Apepun penyusuan susu ibu mudah saja bukanlah susah sangat. Yang penting 6 bulan pertama pastikan baby exclusive breastfeed, tidak diberi apa-apa selain susu ibu sahaja air masak pun tak perlu bagi memastikan kesihatanyang lebih maximum dan optimum, sesungguhnya tiada yang lebih baik dari susu ibu. Lepas 6 bulan dah boleh start makan solid food. Makin besar dah boleh makan macam-macam seperti mereka ini *______*



Back to basic breastfeed: more demand = more supply, lagi kerap kosongkan breast, lebih banyak susu dihasilkan coz our brain is unique. It sends signal for breast to make milk according to demand. Kalau produce banyak susu pun tapi demand kurang, lama-lama brain akan signal kat breast untuk slowkan production susu. Sebab tu lama kelamaan kita akan dapati susu kita makin kurang dan kering.

Tahniah kepada semua mommies yang awesome.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~