Assalamualaikum,
Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan haji di Mekah dan bagi mereka yang berkemampuan maka bermulanya ibadah korban untuk dibahagi bahagikan kepada fakir miskin.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik dan juga wangi-wangian. PAda pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat yang kedua.
Pada kebiasaan solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmah dipercepatkan sedikit waktu sunat Aidiladha adalah bagi memberi banyak masa untuk penyembelihan korban dilakukan. Hukum mengerjakan solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad (solat sunat yang sangat dituntut) bagi lelaki dan perempuan, sama ada yang bermukim ataupun musafir.
Jom kita merenung kembali sejarah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s. di mana ia menjadi simbol kasih sayang yang kukuh antara nabi dengan tuhannya, seorang suami kepada isterinya serta kasih sayang ibu dengan anaknya.

Peristiwa iaitu ujian Allah SWT kepada Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, NAbi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan kambing biri biri sebagai ganti kepada anaknya. Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika meraikan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam yan mampu menyembelih binatang korban lalu mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang ditimpa musibah dan lain lain.
Apepun ibadah korban hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11,12 dan 13 Zulhijjah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.
Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban ini jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah setiap tahun, iaitu bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Sudah lebih 1400 tahun NAbi SAW meninggalkan kita dan jangan pula ibadah raya haji ini ditokok tambah dengan adat atau budaya atau dikurangi dengan beberapa perkara penting. Wallahualam.
************************************************
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua. Jeng jeng jeng......
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H
Daripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
SekianDaripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya;

Semoga kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah para nabi. Insyallah.
Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
Salam Aidiladha :)
ReplyDelete