Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, May 31, 2012

Jom Tengok Movie Men In Black. Memang Terbahek!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis,

Esok dah Jumaat yeay yeay! 

Ok jom sambung cerita. Lepas kami berombak rindu di Seoul Garden haritu ahak ahak, kami ke GSC pulak. NAk tengok wayang yelah kali terakhir pergi cinema pun ntah bila tak ingat. Sibuk jaga anak-anak kecil so keinginan itu ini biasanya terpaksalah diketepikan dulu. Berkorban apa saja. Ni anak-anak dah besar sikit barulah boleh berjalan. Alaa lagipun tengok wayang suami isteri takpela. Gelap-gelap berpegangan tangan pun tak dosa. Lainla kalau tengok wayang laki orang dengan bini orang dah sah-sah la dosa besar. Isk iskkkk. Adeke orang yang tak sedar diri macam tu dalam dunia ni ye?? Nauzubillah minta simpang semoga Allah bukakan hati-hati mereka ini untuk bertaubat. Amin.

So far pilihan kami selalunya cite omputeh la. Bukan tak menyokong filem melayu tapi paham-pahamlah kualiti malay movie biasa macam mana. TAkkan nak layan cerita Aku Bukan Tomboy pulak.  KAHKAHKAHKAH. Kesiannyeeeeee ;p

Mr. Manchester United jadi Mr. Portugal hari ni. Janji merah  kira lebih kurang samalah kan ;p




Pilihan hati kami. Highly recommended. Filem action yang sangat menghiburkan.



Si Lelaki Hitam or Men In Black.

Mengisahkan makhluk asing yang ingin menakluki bumi tetapi dengan kebijakan ejen-ejen perisikan khas akhirnya keinginan makhluk asing itu dapat di halang. Cerita selanjutnya pergi tengok sendiri. *5 bintang fuyoooo. Memang best.

*****************************************************

Men In Black memang best, 2 jam tak terasa ape pun tetiba macam aikkk dah habis ke??? Pastu pergi amik angin malam. Dari Damansara ke KL pulak. Eh lame betul tak tengok lampu lip-lap. Bolehla sekali sekala berjalan macam ni kalau orang muda lainlah cerita. Ini dah beranak pinak nak jalan malam pun tak berapa nak lalu. Baru pukul 10pm tapi dah rasa "huwarggggg ngantuknye" lepas tu mesti paksa anak-anak tidur jugak. HikHikHik. Zaman sudah berlalu. Hehehehe.



Motif utama ke KL sebenarnye sebab berjumpa dengan rakan lama. 10 tahun tak jumpa u olls.

10 tahun tak jumpe tau tak!!! Tau tak 10 tahun tu lama giller. Apelagi berjam-jam la borak sampai kering anak tekak. Bayangkanlah 10 years ago umur saya baru berapa. Muda belia lagi u olls. Awwww. Masa tu masih belajar lagi takkan muda-muda dah kahwin dan beranak pinak kot agak-agakla ingat aii takde future  masa depan yang gilang gemilang ke hahahahahaha!

Member lama masa study kat Port Dickson dulu. Saya belajar memang merata dari nun utara sampailah  ke selatan. Best jugak sebab boleh kenal macam-macam pe'el manusia dan belajar pelbagai jenis bahasa noooo ;p Ceq pon suka makan nasi kandaq teewwwww.



Terima kasih bebanyak kat Enchek Husband kerana layankan saja keinginan bini mu ini. NAk makan itu lah, nak tengok wayanglah tetiba nak jumpe kawanlah pulak. Grrrrrrrrrrrrrrrr. Ala setahun sekali je kot. Bukannye selalu. Erksss kalau nak selalu boleh tak? HArHArHar.

Really really really appreciate it ;) Thanks!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
 





 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~